Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Tuesday, July 12, 2011

24 hours in Pangkor

Pada 6 Julai 2011, tiba-tiba kami terfikir utk pergi ke mana-mana pulau di Malaysia yang indah ini utk tujuan melarikan diri daripada KL yang sungguh bersih dan Putrajaya yang hambar.. we checked out Tioman. But all good chalets are fully booked. The only island that still has vacant chalet/hotel is the one and only Pulau Pangkor.


The next day, i quickly booked a room for us to stay on the 9th of July 2011. yey, roadtrip.!
This was the third time i went to Pangkor my whole life, and it was Wan's first time.
Aktiviti kami sepanjang masa di sana adalah, snorkeling dan boat ride sesuka hati pada bila masa pun, bersenang-senang di pantai dan makan ikan dan kerang bakar sepuas hati juga, bila-bila masa pun.

Though i had a few complaints regarding a few things, but i managed to not really care about it too much so to preserve the fun-ness of our honeymoon-getaway-trip.

Berikut merupakan kronologi perjalanan ini:

Bertolak pada 9.30 pagi sabtu,.dari Putrajaya, sambil melihat-lihat jalan ke KL semuanya jem teruk tak berjalan. Those people were literally stucked. Kasihan, tapi kan why do u want to go to KL on bersih day anyway? u have been warned everyday for about three weeks that all roads to KL are blocked and closed. KL is closed. tau kan? sepanjang perjalanan kami ke Lumut ada 4 roadblocks di jalan yang menuju ke KL..gambar di bawah adalah roadblock ke-3 dan 4.










Tiba di Lumut pada jam 1 tengahari. Makan tengahari di tepi Jeti Lumut dan membeli tiket feri berharga RM10 seorang pergi-balik. kereta kami park di parking bertingkat (within 50meters from Lumut Jetty), pakcik tu ckp, 24 jam RM10 ye dik!..oke kan?



Jam 1.45 tengahari, naik feri dan tiba di jeti Pulau Pangkor pada jam 2.15 petang. Yes, setengah jam sahaja. On the way tu feri buat pit stop dekat Jeti Sri Pinang...semua orang ingat dah sampai rupanya belum..hahah malu sikit.!

Turun dari feri, terus ambil van berwarna pink dan terus ke hotel. Van pink charged us RM15 for 6 kilometres!! kejam sungguh kau apek!! ( COMPLAINT no. 1# ) sedangkan dah buat research siap2, sepatutnya apek tu boleh charge RM10 sahaja untuk 2 orang ke Pantai Nipah. bodoh!.

tapi tak apalah, jangan cari fasal kat tempat orang oke win? bayar aje.

Sampai di hotel Pangkor Indah yang terletak di Pantai Nipah. Checked in at 2.30 pm. Kena jalan hampir 50 meter kalau nak ke pantai. oke lah kan? kami sudah bayar deposit RM30 earlier, kena bayar RM80 sebab satu malam kat hotel tu RM110. Hotel di Pangkor, jangan fikir yang classy oke? kalau nak classy pergi lah stay kat Pangkor Laut dan bayar sekurang-kurangnya RM500 per night. Kalau setakat RM100 lebih tu hotel setaraf motel je ada. For us, it was good enough, seriously. Kalau dpt chalet mungkin lagi best, tapi nak pegi sabtu, khamis baru book, mmg lah tak ada pilihan kan? talking about spontaneous? hehe By the way, masuk je bilik, terkejut tengok ada 2 single bed. come on people, 2 single bed untuk honeymooners?? hahaha ( COMPLAINT no. 2# ) ..


then turun ke pantai dan bermain2..jalan sikit je, kami disapa oleh seorang boatman yang kulitnya berwarna logik untuk seorang orang laut. (hehe) "bang, nak pegi snorkeling ke? RM30 je 2 orang.."..kami kata "nak!" terus pakai life jacket dan hop into the small boat, terus ke pulau depan tu, tempat orang snorkeling. snorkeling sepuas hati..best jugak.. boatman tu kasi roti seorang satu, untuk bagi makan ikan-ikan tu sambil snorkeling nanti. n yess,, ikan-ikan makan dari tangan kami..auwww geli i! best giler..and ada ikan besar berenang kat bawah tu, sekali dia dtg nak mkn jugak, terus win larikan tangan takut dia gigit..hahah.. best jugak, tapi air yang jernih itu tak berapa jernih mungkin sebab ada ramai orang. aktiviti itu agak spoilt apabila wan hurt himself pretty bad. *i can't help it, so i cried sebab kesian kat wan yang kesakitan*

despite the accident, we continued snorkeling sampai win dah menggigil kesejukan, terus naik bot and balik. terus ke kedai, beli minyak gamat and plaster and maggie sebab nak mengubat luka-luka wan yang terletak di serata badan. (maggie tu bekalan makanan, memandangkan wan jalan pun dah senget, cmna nak keluar mkn malam nnti kan? maggie pun oke)..we missed the sunset. :( tapi hati jadi senang bila dah pastikan luka wan takkan infected.

makan maggie je kami. tapi later kami jadi kelaparan. wan said, he can walk so we walked tak jauh pun, cari makan. makanan kami antaranya adalah seperti berikut:










hanya RM39.20!!

sebelum tu win telah ditakotkan oleh orang kedai yang mengatakan, baik2 order makanan kak, ada yang dah terkena bayar RM400 untuk 2 org makan.! sampai win takot nak sentuh ikan bakar..sampai lah wan ckp, we must eat ikan bakar, otherwise, this trip won't be complete because we failed to taste pangkor dish!.. seekor ikan seperti gambar di atas RM25 sahaja.

esok sepagi pukul 7.30 kami turun ke pantai, pergi approach satu abang boatman, n tanya harga nak pergi round island. boatman semalam caj RM30 snorkelling 2 orang kan? round islandnya RM40 untuk 2 org.. tapi boatman harini RM30 snorkeling + round island..so we agreed. wan nak snorkeling lagi sbb dia tak puas semalam,.so we went to the same place, again.!

boatman bawa kami jalan2, tgk batu bentuk paus, buaya dan penyu tgk monkey bay dan lain2..naik bot kecik mcm naik roller coaster..kecut perut.! then kami pergi snorkelling. kali ini boatman kasi sebungkus roti..adalah 5 roti dalam plastik tu..n sepagi 7.30 mana ada org snorkelling lagi..so air laut sangat jernih, dan ikan sangat kelaparan..belum kami basahkan badan lagi ikan dah kerumun kaki..aaaaaaaa..heaven oke?!!

nampak beberapa ikan besar warna biru2..and the best part was, kami ternampak 3 ekor angelfish yang agak besar..angelfish jenis mcm dalam gambar di bawah. tak sangka angelfish bley besa cmtu! besar sikit daripada 2 tapak tangan win put together..cantik sgt!!



balik bilik, siap2 terus checked out pukul 12. n cari makan sekejap kat tepi pantai,.then naik van pink balik ke jeti. pakcik van pink caj RM15 lagi. sabar aja lah.!! then bila sampai jeti, arrghhhhhhhh penuh dengan manusia..beratur nak naik feri. kami pun beratur berhimpit-himpit. win dah penat dan lemas sgt, muka dah ijau, akhirnya tiba turn naik feri.. terpaksa naik satu dek yang penuh dengan kaf lam ya nga..banyak budak2 yang terkinja-kinja. peningnya kepala..!! dan salah satu mak budak-budak ni sekali dia angkat tangan, semerbak bau ketiak, wan terus pening, terus kami move duduk jauh sikit. win pulak dah la muka dah ijau..hahaha..tgk lah gambar di bawah kami bersama dengan ... :) kalau mereka behave dan berbau segar, pasti oke je. oh Malaysia tanahairku.!

sampai balik jeti lumut, ambil kereta di parking bertingkat, RM11.20.. lebih sikit daripada 24 jam..murah kan? 24 jam adalah pukul 1 tengahari..kami keluar dari parking within 3 hours..lebih kurang RM0.40 sejam..sungguh bagus,,thumbs up!

balik lalu jalan kuala selangor, nak jimat tol. singgah pasar sekinchan, beli ikan..murahnya!.. cencaru 1kg = RM4 je..arghghhh *pengsan*

sampai rumah, win literally pengsan. malam sikit, gastrik. esoknya (isnin) mc. :)


trip ini sangat berjaya. kecuali the part yang wan hurt himself. Tuhan aje tahu apa perasaan win tgk darah wan byk mcm tu. :(
tamat.

Transformers - Dark of the Moon in 3D



oke people..it has been 11 days since my last post..kenapa? sebab busy la! :)




cerita hari ini bermula dengan:



Pada hari selasa 28 Jun 2011, kami (Win & Wan) pergi ke Alamanda (wayang yang paling dekat dengan rumah) sekitar jam 10 malam untuk membeli tiket Transformers 3. Niat asal adalah untuk membeli tiket midnight (mana tau kalau masih available??).. Bila dah sampai di GSC, kami menjadi pasti bahawa kami tidak akan mendapat tiket untuk mlm ini walaupun untuk midnight show, penuh! jadi since sudah pun sampai, kami pun plan la beli tiket mlm ini untuk tgk hari lain, bila sampai turn nak beli, tempat duduk yg best2 dah tidak ada dalam dua tiga hari ini. jadi kami pun beli the next, next, next date yg ada seat best sbb alang-alang tgk, biar puas hati. Tarikh show: 8 Julai!! boleh tak? next week jumaat..3D..





3D dan Win dan Wan: kami tak berapa suka tgk 3D, sebab?



1. Win pakai spec, kalau tgk 3D kena pakai double specs?? kesian kan? kalau nak pakai lens, bahaya sebab win selalu tertidur masa tgk movie..;P



2. 3D tidak ada subtitle. Bukan tak faham, tapi kadang-kadang actor/actress ni ada slang aneh atau tiba2 dia ckp laju atau terbelit, selalunya, satu perkataan yang terTAKdengar tu adalah perkataan PENTING dlm jalan cerita..shisssshhh! annoying.



3. Selepas keluar dari movie, kami pening.!




tapi dekat Alamanda masa tu ada 3D sahaja. 2D tidak ada, bukan dah habis, tapi tidak ada.



come 8 Julai 2011, pukul 9.20 kami pun masuk ke panggung. to cut the story short,


3D TRANSFORMERS DARK OF THE MOON IS OF EXCELLENT QUALITY OF A 3D MOVIE THAT I DID'T EVEN IMAGINE TO EVER WATCH HERE IN MALAYSIA.!



and this is a movie worth watching!

the end.



p/s by the way, Win telah tertidur untuk beberapa minit semasa movie tgh klimaks dan semasa beberapa scene yang lain juga!! Kemudian Win menyedari satu fakta: WIN TAK SUKA TENGOK CERITA ROBOT LAWAN-LAWAN. SUNGGUH BORING, dah 3 movie transformers baru sedar, terukkan? :(



p/s2 Win tertidur sekejap-sekejap dalam setiap movie transformers dari dulu! hehe

Friday, July 1, 2011

1 JULAI 2009.

genap 2 tahun lepas, pada masa lebih kurang mcm skrg ni (11 or 12 lebih)..aku tgh mengadap sang BIG BOSS. interview yang mengerikan.

kenapa mengerikan?

1. interviewee seramai 6 org sekali masuk mengadap 5 (or lebih? ntah, lupa..) interviewer..sebagai org ketiga, patutnya tak lah rasa berdebar sgt., dia tanya mcm2, tiba2 dia tanya "girl, are u wearing blinkers?".. semestinya aku taktau blinkers tu apa. mati..(*____*), jawapan selamat "yes"..pastu kena gelak.

2. pastu semua interviewee diminta keluar dari bilik interview. then apa yg mengerikan adalah tiba-tiba staff tu keluar dekat pintu n sebut "mazuin..?" "mazuin..??".. aku jawab "ye saya?".. "tan sri nak jumpa, masuk balik ye?"..."saya seorang ke?"..."ha'ah.."..*gulp* "kenapa????"...dia tak jawab, cuma angkat kedua-dua bahu tanda "taktahu".. (ngerikan?)
it's either aku ni TERRER sangat, atau MATI sangat..n rasanya interview tadi aku mmg tak terrer, tp horror, sbb soalan wearing blinkers tu la..omg..! dah la semua org kat luar tu pandang aku, bagi muka kesian..sabar je lah.

3. bila masuk balik, aku kena tanya "when we asked u, r u wearing blinkers, why did u say yes?".. dlm kepala time tu, dah fikir "win, abeslah kau, kau confirm tak dpt".. dah sebab fikiran mcm tu, so i came clean, and told them the truth.. "to tell u the truth, i didn't even know what "wearing blinkers" is".. (semestinya) pecah gelak dorg, bahannya aku lah. (@__@)

4. tapi Tuhan itu maha pemurah kan? terus BIG BOSS ckp "oke, lapor diri 1 julai, bgtau kawan2 yg lagi 5 org tadi tu sekali.." (ada lagi dia komen, tapi yg bes2 i want to keep it to myself, oke? :)) kalau cerita jugak, mesti org fikir masuk bakul angkat sendiri kan?) << ini tak ngeri, wait till u read further..

5. almost a year later, aku pergi kursus dekat ilkap, i told them the story "wearing blinkers" tu, then ada satu senior officer sambung cerita aku.. *cmne dia bley tau nih??*.. cis *malu*.. n dia jwb, "alaaa u tau la, gossips, they don't sit still,, they spread..! hahahah"..hmm. siapa subjek gossip tu? aku.."zfgxkzsasdghdfaghdfk!"..

p/s dah dua tahun dah kerja..terasa dah mcm 40 thn lah tapi? :)

Tuesday, June 28, 2011

Parking at Semua House

"http://awinh.blogspot.com/2011/01/parking-semua-house.html" adalah dirujuk.

Just now, i went to semua house with a colleague..we parked there, level 3..we spent more than an hour shopping,.and when it's time to pay for the parking fee, i was charged with RM7.00..

Info: First our at Semua House parking = RM4.00
Subsequent hours = RM3.00

i guess dah naiklah, sebab last time, when i wrote entry "parking semua house" the rate was lower,,kan?

hmm apa-apalah..

p/s this entry is not meant for complaint, just an info to share with everybody..daa..! :)

Monday, June 27, 2011

3 months ago..

was the first morning, i woke up as izwan's wife..went downstairs and help with the table arrangement..and 3 hours later, i was dolled up by kak as..and later, waited for my new husband to arrive with his rombongan..untuk bersanding..:)

yesterday was our third monthsary. we've been married for 3 wonderful months already. i'm lovin every second of it.


p/s i love u darling.

Friday, June 24, 2011

hati-hati dengan maxis gift

fyi, my birthday was last month, the month of MAY.. n 2 days after my bday, maxis called me and offered me bday goodie gifts. they offered me MAXIS BROADBAND..along with other surprise gifts.

i said no to their offer.
fyi, i once subscribed to maxis broadband, but i unsubscribed later because i engaged myself with maxis blackberry pulak. don't get me wrong, maxis broadband laju, agak stable dan oke!..it's just, i didn't really need it anymore, that's all.

but the telephonist, being a good telemarketer, she made me agree to accept, because, i won't be getting only maxis broadband but together with other gifts..plus she said, i could return the modem within 10 days, if later i decide not to use it..so, all in all, i get to keep the free gifts anyway.

so, they pos laju it to my mum's house the next day and i came to forget about it until the eighth day, i called my mum, and she said, there's a package for me from maxis..alamak, dah hari ke 8 dan masa tu dah mlm buta.

esok hari ke 9 = hari ahd.!!

to cut the story short, hari ke 10 tu, i manage to return the modem back to maxis, and by right, i can enjoy the rest of the gifts..

kekecewaan no 1# : the "other gifts" yg mereka canang-canangkan sangat tu adalah sehelai tuala mengelap muka. yess,,sehelai shj..bukannya "giftSSSS" but "gift"..n towel kecik je.alahai

kekecewaan no 2# : bila bil sampai pada penghujung bulan, tengok-tengok, maxis charged me RM106..RM100 being penalty for not returning/terminating maxis broadband service within 10 days and another RM6 is miscellaneous..

oke..kekecewaan no 1# tak ada apalah sgt kan.? tapi kekecewaan no 2# tu made me furious and right away i called maxis broadband..1 800 82 2000..i told them my story especially how i return the modem in time. after they checked, yes, it was confirmed that i should not be charged with any penalty whatsoever. but the penalty was written in the bill because maxis centre where i return the modem has failed to update my record and that caused me all this hardship and sorrow..

so, the maxis main office has clarified that mistake, and they have deducted RM100 from my amount due this month. but all this will only be reflected on next month's bill..i was satisfied and i thank maxis main office for checking and clarifying things with me. semuanya salah maxis centre yang i pergi return my modem tu..ada ke dia tak update info tu?? makan gaji bute ke?terpampang wajah p***k*d yang kerja kat maxis centre yang entertained i haritu. maxis centre kat mana tak pyh sebutlah..tapi the nearest one with my house lah, obviously.

well, everybody is human, she/he makes mistake. forgiven.

p/s tapi RM100 refunded, RM6 kena bya jugak..rasanya mcm harga towel tu? hmm, so it turned out not to be a gift pun lah..because i still have to pay RM6 for that towel kan? at least boleh buat lap kereta? maxis oh maxis, sabar je aku.!

p/s2 despite of this incident, i still believe in maxis..;P

Tuesday, June 21, 2011

iklan yang aneh

semasa berjalan-jalan di sogo, bila ye? lama dah..around january 2011 yang lepas, ternampak iklan ni...ditampal kat dinding di sogo...(sebelah secret recepy ada bonia kan? pintu masuk sogo yang ditutup tu, kat dpn bonia ada tangga2 kan? kat bawah2 tu lah)

the iklan is self explained. hahaha..

komen: it's kinda cute, but undeniably SCARY.





p/s nak ambil gambar pun dah segan..org mesti ingat si tukang amik gambar tu berminat..alahai

Monday, June 20, 2011

family portrait













p/s credit to abg jimy dan kamera besarnya.:)

Nadiah is Married!!!

Nikah. 17 Jun 2011 @ SS14/7A, Subang Jaya.



Reception. 18 Jun 2011 @ De Seri Hendon, Putrajaya




Pinjam Afeef, untuk ambil gambar..testing ambil gambar berTIGA. :)

Table No. 40




We enjoyed the night so very much. The wedding, from my eyes, went so smoothly, it was beautiful in a lovey-dovey mood. Congratulation Nadiah and Aliff, Selamat Pengantin Baru, semoga kekal ke akhir hayat.

Thursday, June 16, 2011

bila siti join wataniah

harini mindef kecoh2 sikit sbb siti nurhaliza n few other celebrities dtg mindef..kekecohan itu terasa sbb event yang mereka attend tu bertempat di level yang sama dgn office ku duniaku ini.

takdelah minat sgt dgn siti pun..tapi since dia ada, turut samalah terkinja2 nak pergi bergambar. hmm..tak kesampaian nak bergambar dgn siti, tapi sempatlah snap a few of her pictures. n gambar dgn datuk K dapat lah sbb dia tak kena kerumun dgn public mcm wife dia.



omg siti's skin so flawless, sudah la cantik, kulit putih bersih pula.. kesian sikit dkt artis2 lain yang kurang dikerumuni sbb semua focus adalah pada siti.
point post ini di-post-kan adalah kerana.. hmm kerana...?? tak apalah, kena ke ada sebab pun? suka hati lah kan? heheh

p/s sama kejadian mcm anuar zain masa dinner jalsoa haritu..tak minat pun, tp since dah penah tgk dkt2, terus jadi minat..tiba2 skrg ni terasa mcm minat kat siti pulak..hehe ntah apa2..*blushed*
p/s2 harap2 soon akan tercross path dgn lisa surihani mungkin? hmm..


p/s3 lupa satu lagi..bila siti lalu tepi, awin said "kak siti!!"..n to awin's surprise, siti answered "iyeeerr.." ahahaha...humble, isn't it?? sesetengah org, takkan menyahut selagi kita tak panggil pangkat "datuk" dia tu. heh

lori pun boleh nampak comel...

jika mereka bewarna pink!!



p/s driver lori ni siap terperasan gambar dia di snap. muka bengang sebab mungkin dia malu menjadi lelaki yang kena drive lori pink berbunga-bunga plus, diambil gambar lagi..haha kasehan.

Tuesday, June 14, 2011

:: BLACKBERRY CONS!!!! ::





oke, haritu "don'ts" harini "cons"

beware people..here was what happened yesterday:

i went to a BIG FAT meeting yesterday chaired by A BIG FAT BOSS, attended by BIG FAT PEOPLE (i mean high ranks tau bukannya gemok, faham?)

meeting tu pulak senyap sgt sbb mcm serius na. then tiba2 ada fon org tu bunyi. bunyi ringtone polyphonic nokia yang classic tu. dalam hati ini terus berkata-kata "dah tau nak masuk meeting tak reti pulak nak silent fon" (sambil check my blackberry, oke, da silent dah..)

dlm setengah jam kemudian, tiba2 ada satu lagi fon bunyi..mcm kenal je lagu ni, rhytm of love by plain white t's..oh ye. fon aku.! what the helllllllllllooo?? mcm mana boleh bunyi..dengan muka cuak yang kemerah-merahan, aku cancel call..then tgh menggigil nak cari button switch off, fon bunyi lagi..tak cancel call kali ni, tapi butang "ringer off" ditekan.. sambil terkial2 cabot battery fon terus..

menggigil siot.!! ntah apa org2 sekeliling ni ckp dlm hati dorg???? n naseb baek bos tak menjerit kat aku..kalau dia tau aku org AG jugak mcm dia, mesti dah kena tempelak dah. sh*t!

oke, satu con si blackberry adalah berkaitan "Sounds for Contacts"

dalam banyak2 contacts, wan sorg je yang ada personalized ringtone, because he is the man that i love kan, so mesti kena ada ringtone special..(tiba2)..(sampai skrg walau dah kahwin, walau hari2 jumpa, tp still melompat terkocoh-kocoh nak angkat fon bila dia call!!..talk about love kan?..heheh..)..by the way, semalam tu dia lah call..heheh..sebab setting dia kan special..padan muka awin!

lesson for the day

bila dah assign "sounds for contacts" ni sila cari contact alert settings>phone>sound alert>playsound>"active profile" dan NEVER SET KAN "always" nanti naseb kau sama mcm naseb aku.!

ataupun, bila nak silent fon nak masuk meeting, jgn pilih profile "silent" tapi pilih "all alerts off"..kau akan terselamat..:)

sebab apa tau..kau silent kan fon kau, tapi untuk sounds for contacts kau setkan "always" berbunyi, so walau kau dah silent, dia tetap berbunyi untuk contact yang kau setkan tu..so thats why "always" kena tukar menjadi "active profile" so, dia akan ikut silent kalau kau dah silentkan fon kau keseluruhannya.

faham ke ni? mcm belit2 je kan ayat dalam pos ni..?? tapi..mls nak review lagi dah..pandai2 la ye..:)

p/s baru pakai blackberry selama hampir 3 bulan, fact ni aku baru tau..kalau kau dah lama tau aku tak peduli pun, sebab kau bukan nak share ngan org lain! huh..




p/s2 oke oke..mungkin aku yg tak reti2 pkai blackberry ni..haha

Monday, June 6, 2011

Google muse

my homepage is and will always be "http://www.google.com.my/"

as all of u (i assume) know that google likes to change their big icon accordingly..for example, during mother's day, the icon will have "motherly theme" etc..

but today, i can see that google icon is a bit weird and can't be read as "Google":



But when my cursor moves on it, the strings, move along..
see??

and to my surprise, they produce sounds..guitar sounds..




though it looks weird, but it is in fact amusing..:)

p/s i like google..mmmuuaahhh!

bila polis melambai tangan suruh berhenti,.


sabtu malam ahad, wan & win punya aktiviti adalah memindahkan katil dari rumah mak win ke rumah kami sendiri..katil tu utk guestroom kami..supersingle yang selesa,,waaa..

perpindahan katil tersebut dibuat menggunakan toyota innova ayah..jadi dlm perjalanan ke rumah kami, ada win & wan je dalam kereta tu dan sudah tentu, kami bersama dengan katil itu..

katil itu kami tutup dgn kain selimut bercorak batik..sbb? asalnya katil tu dah berhabuk..so, ayah alaskan supaya kereta dia tak berhabuk la...

masuk shj ke jalan kuching, ada polis buat mini roadblock (tempat biasa mereka tahan org tak pakai seat belt)..seatbelt..? CHECKED.. tapi tiba2 dia suro kami berhenti..win yg drive = win lah yg cuak..(wan takkan lah cuak, kerja hari-hari dengan polis kan?)

maka, kami pun berenti, n conversation ini pun terjadi:

polis tanya "cik..tu bawak apa tu.."
win (dah mula senyum lega dalam hati, ingatkan fasal apa kena tahan ni) lalu menjawab "katil, kami pindah rumah.."
polis dah tergelak apabila win menyelak kain selimut bercorak batik tu sambil berkata "haahlaa katil rupanya, ingatkan apa bertutup-tutup"
win "haah, kami pindahkan katil ni, ni kereta ayah, dia suruh tutup supaya tak berhabuk/calar kereta dia ni sbb alih-alihkan barang"
polis tu ckp kat walkie-talkie dia, "ni katil, katil, dua tilam"..then dia mintak lesen win sambil tersengih lalu kasi kami jalan..

cis, penat je cuak..hahaha,,
fakta utk mlm tu ialah: awin takut polis trafik..heheh.
fakta kedua: win da pecahkan rekod dia yang tak pernah kena tahan polis yang dia cuba pertahankan sejak dapat lesen kereta 7 tahun lepas..CIS!!!!

p/s kalau anda pindahkan katil, jgn tutup dgn kain selimut, suspicious..heheh..ni lesson for the day nih.

Wednesday, June 1, 2011

pringles..my favourite

masa kecik2 kalau balik singapore, mesti ada 3 benda kat rumah nyai (nyai = nenek in bahasa jawa)...."cheese, air oren dan pringles"...kalau habis, sekejap je, then mesti dah ada org pegi beli kat kedai bawah dan gantikan. *yey*...oke, mari kita cerita fasal pringles. my favourite pringles flavour is sour cream & onion. botol dia kaler hijau. yg original sedap jugak, tapi boring.

then bila balik malaysia, dekat sekolah, ada jugak budak2 yang bawak pringles pegi sekolah. n mesti ada jugak cikgu yang sebut "pringles tu tak halal, tak boleh makan".. budak mana yang tak percaya cikgu, kan?? jadinya, dengan sedihnya, semua budak2 spread the news to the entire school yang pringles tu tak halal.

tapi bila balik singapore lagi, ada je, n makan je. siap pegi beli sendiri jugak. balik malaysia balik, tak berani sentuh. hmm..i was a kid, i liked it tooo much, so i don't care.

tapi bila dah besar/tua begini, dah tak makan pringles dah la..sbb ada perasaan was-was. kalau dah was-was, halal tidak haram pun tidak, maka jadinya syubhah, jadi tak boleh lah makan.


sampailah semalam, wan & win pegi giant kat bb bangi..nampak pringles.. dan TANDA HALAL JAKIM YANG SUNGGUH BESAR di botol pringles tu..maka, terus kami beli, sour cream & onion (though wan agak frust sbb dia nak original flavour..:))

lupa nak snap gambar, later if i snap, i put the picture here ye, in the mean time,

ini buktinya:




p/s nampak tak? sour cream & onion? hehehehehe..this fact, made my day..i'm lovin it.
p/s2 mungkin ramai orang dah tau...itu tak penting, yang penting, aku baru tau :)