Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Friday, September 11, 2015

Klinik Kesihatan Presint 18 - Review

Win check up dekat klinik kesihatan presint 18 untuk pregnancy kali ini. So win sgt kerap datang sini. So, berikut adalah review from perspektif win:

1. Parking

Parking susah! tapi win datang sini sentiasa dapat je parking. Dia ada sediakan parking untuk public tapi sikit je. Anggaran win dalam 40 tempat parking berhadapan dengan pintu masuk klinik (tapi tak termasuk parking untuk doktor/kakitangan). Win selalu datang time orang belum datang. so win sentiasa dapat parking. contohnya check up pukul 8, win 7.40 pagi da sampai. So parking banyaklah. Tapi kalau win check up petang, selalu kereta park sampai kat luar2 kawasan klinik. Tapi win tak penah nampak dorg kene saman lah. Should be oke, unless kau park dkt tempat yang dah bertanda no parking, itu nasib kau lah. :-)

2. Prosedur

Bila kita sampai sahaja. kita jalan menuju ke klinik, kat sebelah kanan ada satu tempat "Pendaftaran" opposite dengan "Farmasi". Ambil nombor dan daftar dekat tempat pendaftaran tu. Laju je semua kaunter kalau pergi time bila pun. Jangan lupa bawak ic.. budak2 pakai mykid pun dia layan, untuk Naurah haritu, takyah susah2 win nak bawak surat beranak. Nanti dorg kasi satu kad (kertas je sebenarnya) kecik dan ada barcode. setiap kali pergi klinik ni, bawak kad ni. oke?

Lepas tu barulah pergi ke klinik ibu dan anak (alan straight sikit pergi kiri) atau klinik pesakit luar (jalan straight sikit pergi kanan) atau klinik gigi (naik atas). pakai nombor yang sama. Make sure kau ingat nombor bilik doktor kau, sebab nanti pergi farmasi nak ambil ubat dorg tanya "tadi pergi bilik mana ye?". Tak susah pun prosedur.

3. Fasiliti lain

Toilet ada kt beberapa tempat. atas pun ada. surau aircond ada kat tingkat atas.
ada playground sikit untuk budak2. kafe pun ada, tapi win pegi takpnah nampak ia bukak pun. nurse2 pun beli makanan kt luar. kesian. tapi ada jual makanan ringan/air mineral kat tepi2 tu, kau masuk duit dalam kotak duit tu sendiri dan ambil makanan. takde orang jaga pun.
kerusi2 menunggu ada cukup. ada bilik menyusukan baby di klinik ibu dan anak.

4. Lama tak menunggu?

Standard klinik kerajaan lah mesti cecah 1 jam punya. tapi tak selama klinik kerajaan yang lain, pada pendapat win. tapi tak horror sangat kau nak menunggu sebab tempatnya baru, terbukak so tak lemas dan luas untuk budak2 lari tak la mereka bad mood. menunggu lebih kurang 1 jam lah kalau klinik pesakit luar. kalau ramai orang lagi lama lah. Menunggu kat makmal (utk ambil sampel darah dan air kencing) sekejap je. Menunggu yang lama ni dkt klinik ibu dan anak utk check up, biasalah. Menunggu kat farmasi pun sekejap je. klinik gigi pun sekejap.

Kesimpulannya, klinik ni oke je untuk kau pergi. win rasa dalam banyak2 klinik kerajaan yang win da pernah pergi, klinik ni paling efisyen sekali.

Oh ye haritu win cari nombor telefon klinik ni susah bebenor nak jumpa. Nombor telefon klinik kesihatan presint 18 adalah 0388810062. Kalau kau telefon tak dpt2, kau telefon nombor 1mocc tu 0380008000 dan mintak mereka sambungkan ke klinik ni sampai dapat. Sebab haritu win try call direct ada la 5-6 kali takdpt. 1mocc sambungkan 1 kali je dpt. Tengok rezeki lah.

Oke bye!

Awin Hashim


1 comment: