Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, June 6, 2012

Bersalin di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan - The Review

Sebelum kami decide nak ke Hospital ni aritu, kami dah Google utk baca review dan hanya jumpa satu review shj. Nasib baik review tu positif, maka tersokonglah decision kami utk pilih hospital ni.

Secara keseluruhannya, maternity ward (gynae ward sebenarnya) + Labour room + pediatric ward di hospital ni bagus. Bagus dari segi:
1. Doctor biasa pun bgs, doctor pakar apatah lagi
2. Doctor sentiasa available bile kau perlukan dia
3. Kalau doctor lewat sikit sbb tgh tgk patient lain pun, nurse sentiasa available to help and nurses di sana sgt friendly dan helpful dan byk yg berpengalaman
4. Peralatan hospital pun cukup dan sgt moden
5. Husband boleh stay in Labour room during labour
6. Penyambut baby adalah nurses perempuan dan doctor perempuan, lelaki takde pun (cuma nasib tak baik masa masuk dkt emergency ward tu, doctor lelaki yg available...yikes! Too bad.)
7. Masa nak melahirkan, nurses membantu husband menjadi support system, siap bersorak bagi semangat lagi (the only thing that's missing is pompom..hehehhe).. Sorakan mereka sgt membantu
8. di gynae ward, lepas bersalin n selesai semua prosedur, baby akan ditinggalkan dengan mummy. Ini sgt best utk bonding dgn baby n bleylah mummy breastfeed baby semahu-mahunya tanpa gangguan. But if u need help due to being too weak to move around, buzz je nurse, zupp dia smpai.. :)
9. ward pediatric, both mummy n daddy bley tunggu baby spnjg hari siang2 dan mlm. Ada katil hospital utk mummy n katil lipat2 utk daddy. Jadi tak pyh risau Kalau baby kene thn sbb kuning
10. Budak kecik bley masuk melawat, so sape2 ada anak selain yg newborn, senanglah
11. Parking sentiasa available di hospital
12. Tak ramai org di Hospital sbb yg boleh pegi hospital ni staff mindef atau tentera n famili diaorg je
13. Ward gynae ikut kelayakan, pegawai kerajaan gred 41 n tentera kapten setaraf dpt satu bilik share 2 org. Bgsla, takla takut duduk sorg2, da la husband takley teman.
14. Ada highway DUKE utk pergi hospital ni plus wangsa maju tak jem sgt, jd, perjalanan ke Hospital relax je

Yg tak best:
1. Di pediatric ward husband bley tggu tp di gynae ward, husband takley stay. Dia hanya boleh masuk masa waktu melawat shj.
2. patutnya baby da bley discaj sbb kuning da turun, tp (mungkin) oleh sbb takde org sgt kt pediatric ward, kami kena extend duduk situ..penat.
(Kalau ada lg, win tmbah kemudian, sbb skrg tak ley fikir apa lg yg tak best)..

Kesimpulannya, hospital ni best sgt. Kami puas hati. So kepada staff mindef, jgn tak ambil peluang utk ke Hospital ini ye..(at least utk bersalin lah) :)

P/s ada je tentera yg tak pilih utk pergi hospital ni especially utk bersalin..I wonder y?
P/s2 sijil lahir Naurah ada tulis HAT Tuanku Mizan.. Permanent. Hahahah, msti nnti dia tanya kenapa dia lahir dkt hosp tentera.

Tempah bunga telur foam untuk Majlis Akikah Baby anda di sini!!

34 comments:

  1. Salam, tumpang tanya..kalau check up di private boleh ke isteri tentera bersalin di HAT?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Asalkan ada buku merah n referral letter dpd doktor private tu.

      Delete
  2. Salam tumpang tanye, klu husband sy tentera di labuan..skrg sy dh blk semenanjung utk deliver..mcm mane prosedure utk msk HAT eh..kene booking eh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau govt servant yg keje mindef, kena ada GL daripada pejabat + surat referral doktor yg kita check up tu. dlm surat referral tu mintak doktor tulis nama HAT yang kita pilih tu,. kalau tentera mungkin tak pyh GL,..yg tu saya tak sure. tp referral letter doktor tu kena ada

      Delete
    2. Ok tq so much for ur advice. Lg satu klu bersalin di HAT die ade tawarkn epidural tak.

      Delete
    3. Sama mcm hospital kerajaan lain, Utk bersalin normal, takde epidural...yg dia kasi cuma gas je

      Delete
  3. salam..maaf tanya, boleh sy tahu, kalau kerja gov, boleh ke nak bersalin di HAT? ayah je pesara tentera. sy 26 thn. tq so much ya. =)

    ReplyDelete
  4. Keje govt dekat mindef je boleh. Yg lain takboleh, unless kecemasan yg ni saya sure.

    Kalau Ayah awk pesara tentera tak boleh pakai kt awk sbb awk dah kahwin.. Tapikan, saya tak berapa sure la fasal ni.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, saya bersalin kat HAT Mizan. Memang seronok sangat. Masa saya bersalin tu, saya sorang je yg bersalin. Maksudnya, dalam masa yg same takde org lain yg bersalin and suami boleh tunggu dengan isteri di labour room starting from isteri masuk labour room sampai selesai bersalin. Tak macam hospital kerajaan yg lain bile baby dah nak keluar baru suami di panggil masuk ke labour room.

    ReplyDelete
  6. Teringin nk bersalin kt sane sbb dkt dgn umah MIL. suami keje jauh and family sindri dok jauh. So pe2 hal senang. Tp frust juga if gov servant dr kementerian lain xleh join beranak situ.. Nk minta tkr kompem xde post wujud kt situ :-P.. Tp sket muyskil sbb my aunt pnh admit ward situ tp guna GL anak dia yg keje gomen (pasti bkn tentera). Tp dpt masuk ward kelas pertama kot, 1 bilik srg..adakah kerana menantunya pegawai tentera? Bleh ke..tingin bebeno ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. GL kerajaan ni kan terpakai dekat mak/ayah/isteri/suami/anak shj. Tapi itu GL govt servant yg biasa la.

      Tapi kalau tentera, mak mertua mungkin termasuk sekali ke itu saya tak tau.

      Selain dpd tu,. kalau tak keje mindef or kalau bukan tentera, hanya emergency cases je pergi HAT Mizan ni, itupun, bila da tak berapa emergency, HAT Mizan selalunya hantar patient pegi HKL or mana2 hospital lain. Contohnya, kalau org tu ter eksiden dpn hospital, berdarah2, HAT layan la. Bila dah stable org tu, dia refer pergi HKL. Haa, mcm tu...

      Kalau awk tak dpt pegi sini, pegi la FPP Hospital Putrajaya, kena bayar sikit, tapi dpt first class! cer google. Saya kalau tak kerja dkt Mindef lagi, saya pergi Putrajaya FPP la kot.. :)

      Delete
  7. Salam, nk tnya klu husbund tudm...kjet kt sg besi bole req bersalin kat hat x? Mcm best jer ble dok bcer...

    ReplyDelete
  8. husband tentera sudah tentu boleh bersalin di hospital angkatan tentera..:)
    tapi HAT yg mana satu, tak sure, cer kol tanya..

    ReplyDelete
  9. salam..tumpang tya,doktor yg sambut baby tu muslim ke non muslim?doktor ok x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. doktor yg smbut baby saya muslim, perempuan, pangkat kapten. tapi lupa nama dia. doktor oke.

      Delete
  10. Sy bakal bersalin di HAT Mizan.tp sedihnya husband keje di Labuan.mcm kene hadapi waktu bersalin ngn nurses n doc je tnpa suami d cc.mak kandung bole msuk x gantikan kehdiran husband dlm labor room?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti la. Sebab masa saya tu, nurse hanya ckp, suami saja. Tapi, kalau nnti awak mintak mak masuk teman msti boleh sebab, sgt penting utk ada org meneman. Lagipun nurse HAT Mizan baik je.
      Good luck ye!

      Delete
  11. nak tnye,masa buat pemeriksaan seperti ve (seluk kat bawah) sampailah da nak bersalin, doc ppuan yang buat atau ada doc lelaki skali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time..doktor lelaki..BAD..!! sbb doktor lelaki shj yg bertugas dkt emergency dept...
      later sentiasa doktor perempuan..

      Delete
  12. assalam..nak tanye..lepas deliver bole ke hubby or mum or MIL nak dtg temankan sebab sunyi jugak stay dgn baby je nanti..hehhe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bilik share, lelaki tak ley masuk..utk hormat roomate awak tu.. tp kalau bilik sorg oke je rasanye..ini kalau wad gynae
      kalau wad paed, boleh je hubby teman sntiasa

      Delete
  13. assalam..nak tanye..lepas deliver bole ke hubby or mum or MIL nak dtg temankan sebab sunyi jugak stay dgn baby je nanti..hehhe :)

    ReplyDelete
  14. nak tanya,tawu x kat mana lagi hospital pertahanan macam ni selain wangsa maju?,berapa cawangan ye semua?,

    ReplyDelete
  15. tak sure yg tu, selain wangsa maju, saya tahu ada 1 lg HAT di lumut, perak..

    ReplyDelete
  16. Assalam... klu nak bersalin kat HAT kena buat boking jg eik mcm hosp lain...? Tq...

    ReplyDelete
  17. Kena dptkan referral letter dpd klinik kesihatan tmpat u check up.. n then kene gi check up kt hat mizan dulu

    ReplyDelete
  18. Kena dptkan referral letter dpd klinik kesihatan tmpat u check up.. n then kene gi check up kt hat mizan dulu

    ReplyDelete
  19. Sy pun bsalin kat Hat tngku Mizan mac2015...mmg sgt2 berpuas hati dgn servic kt sini...

    ReplyDelete
  20. As salam.. Saya dua kali call HAT wangsa maju.. Sekali ckp org awam xboleh, saya tak puas hati kali kedua saya call skali lagi tp boleh pulak.. Pening

    ReplyDelete
  21. as'salam.. sy isteri tentera, husband kt kem batu kentonmen KL, blh x sy nk bersalin kt sane?

    ReplyDelete
  22. i'll coming soon give a birth there.
    Sha akan bersalin kat hospital angkatan tentera (HAT) ni. Sebab pilih kerana lebih selesa di samping dekat dengan rumah.

    ReplyDelete
  23. tq atas sharing. ingat kan org yg folo up HTTM je bole besalin situ..ada harapan gak pas baca blog awak..rasa nak besalin situ sbb dr perempuan..dh terlepas satu carian

    ReplyDelete
  24. Sy 3 kali admit kt Hat Mizan. n sekarang tgh buat rawatan susulan. Dah masuk 2 tahun. Seriously, sy xde komen negatif mengenai hospital ini. Suka dgn doctor pakar dorg. Sgt2 friendly n mbantu. Begitu jgak ngn nurse2.

    ReplyDelete