Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Tuesday, September 19, 2017

Review: Genting Trip, Genting Premium Outlet dan Hotel on the Park, Genting

Win, Naurah dan kawan-kawan perempuan (plus a 4 months old baby) telah pergi jalan-jalan ke Genting weekend yang lepas iaitu pada Hari Malaysia dalam tahun 2017. Tujuan perjalanan tu sebab nak celebrate one of them yang akan kahwin in 3 weeks time! woohoooo go Iqah!

Kami pilih untuk check in ke Hotel on the Park yang telah viral baru-baru ini sebab style hipsturrr dia tu. So, on 16th September 2017, kami bergerak ke sana.

To cut the story short, ini adalah review win terhadap the whole trip to Genting, Genting Premium Outlet (GPO) dan juga terhadap Hotel on the Park itu. Bear in mind tarikh penulisan ini ye, sebab kata orang-orang di Genting, mereka dalam pembinaan dan akan getting better in 2018, katanya laaa...

Review Hotel on the Park:



Bilik.
Kami stay di bilik untuk 6 orang iaitu "SIXERS", ada 3 queen bed. Sangat selesa. Perhiasan bilik dia memang seperti yang dijangka (rujuk gambar). Ada peti ais dan iron (upon request). Katil n bantal bersih. Ada 6 mugs, 6 towels and other keperluan biasa like shampu, sabun dsb. Takde aircond cuma kipas, rasanya aircond memang tak perlu. Sejuk sangat sebab kami pergi musim hujan2 jgk lah.








View dari bilik kami
















Bilik air?
ada 2 sinks, dan sinki-sinki ini cukup luas dan dalam untuk memandikan seorang baby. Air panas berfungsi dengan baik, water pressure amat membanggakan. Thumbs up. Ada hair dryer.
Yang tak bestnya ialah toilet tu, yess i mean jambannye, ada cubicle kaca. Tapi pintunya tutup tak berapa rapat. Kami pergi berkawan2 jadi nak guna toilet amatlah tidak selesa because people can see apa kita buat melalui pintu yang tidak rapat itu. Mungkin itu cuma berlaku di bilik kami (5410), but ini tidak best.


Parking!!!
Ini lah masalah utama, in fact the only masalah yang kami hadapi. Hotel ini takde parking, belum siap katanya (dijangka siap 2018). So kami pergi park sampai ke First World Hotel nun sanaaaaaa tu. Ini sangat menjengkelkan. Aduhai. We went there with no guys. Smua husband/tunang tinggal. Jadi kena pergi carik parking sendiri dan menapaaaaakkkk la sambil tolak stroller itu. Masa pergi jauh sangat sebab orang ramai sangat, tp kalau tgk GPS dari tempat parking sampai ke hotel adalah dalam 850meter. Mcm dekat eh? Kami bawak baby 1, budak 5 tahun 1, baggggsss and terpaksa melalui orang yang ramai. So laamaaaaaa sgt baru sampai ke hotel. Tapi perjalanan itu dalam building sahaja.. kecuali the final 30m nak sampai Hotel on the Park tu je dah keluar dari building.


Overal, lobi, cafe, tempat ambil gambar.
Semua oke. Cafe tu, kecil laa.. takde free breakfast. Servis kaunter oke, bell boy oke. Tempat ambil gambar cuma ada 3 je, they should add few more. Oh ye, malam-malam kami tidur bukak tingkap sikit, sejuk nak mampus macam aircond, kalau tutup tingkat panas lak. Tapi, bisingnya lahaiii. Bilik kami tingkat 5, tapi bunyik motor la, bas la, lori la... Genting memang hidup malam2, so? bising sampai terbangun2 dari tidur. Takde cerita seram ye dalam trip kami, syukur :-)


Review Genting:

Genting dah packed!.. Kami berjalan kaki dari parking Hotel First World sampai ke Hotel on the Park itu, walaupun sejuk + aircond lagi tapi, bau rokok ada sepanjang jalan. Tak nampak orang merokok pun baunya masih ada. Sangat-sangat tidak selesa.

Makanan syubhah banyak. Makanan tak halal juga senang jumpa. Makanan halal ada sikit, itupun kedai2 mahal. So ready kan makanan sendiri ataupun ready kan duit utk pergi makan kedai mahal ye. Aiskrim byk pulak jual di tempat sejuk ini. Sabar je la. McDonalds ada. Tapi jauh kt tingkat 8 di eskalator paling dekat dengan Hotel on the Park itu. Berhampiran dengan McDonald ada kedai runcit ala 7e utk beli air ke maggie cup ke.

Perjalanan naik dan turun memang bawak slow je sebab kereta banyak. Tak ley laju2 pun, which is bagus lah. Tapi lambat sampai, lagi mabuklah orang yg duduk belakang dalam kereta kita (sorry zira and Naurah!)

Tak sempat naik cable car, kesian Naurah sedih. next time lah!

Review Genting Premium Outlet (GPO):

Parking?
Banyak.. tons of parking. Parking untuk orang naik cable car ke atas jugak kt sini. Maybe we should have taken cable car pergi hotel. Senang sikit.

Outlets
Best la. Semua benda/brand kau cari pun ada. Murah. Contohnya Mac foundation/compact powder win yang harga rm215 itu cuma rm150 di sini.... whattttt. Swatch dpt rm112! Semua murah aje. Win gi padini je la. Baju rm9 pun ada.. haha..kasut vincci yg rm89 kt putrajaya tu, kt sini, yg sama, rm49.wth? Blazer G2000 RM199. oke check mate. murah lah. haritu pegi JPO takdelak excited cam ni.

Makan!??
Tak brapa best. Ada la chicken rice shop yg penuh amat. Absolute Thai.. selain dpd tu syubhah (pada win) atau non halal.. Adalah starbucks, coffee bean tu semua, tapi win kan tak suka kopi, so tak relevanlah kepada win.. ada food court, dalam tu ada marry brown, ada la sizzling jgk, nasik jgk.. tapi ada yg syubhah jgk (win memang aneh n strict sikit..?) so win rasa susah nak makan kt situ... dah la kena bayar ala-ala prepaid card sebelum makan tu, malassss nyee..

Toilet?
Setiap toilet rasanya mcm ada tempat baby. So sangat senang n baby friendly.

Escalator/lift.
Kitorg kan bawak baby in a stroller, lift mcm sikit. Dan nak pergi L ground tu mcm tak jumpa lift langsung..? sukar..sukar.. So kena pandai-pandailah improvise neh..


No comments:

Post a Comment