Cerita ni kesinambungan cerita termometer sebelum ini:
sila baca post dekat link di atas dulu, baru baca yang ni.
BERITA BURUK
Termometer telinga baby yang win pernah ceritakan tu, pakai tak sampai 3 bulan, ROSAK SUDAH!!
Win pakai mcm biasa, tak pernah jatuh terhempas, tak pernah win hempas ke dinding dan sebagainya. Cara pemakaian kami oke je. tapi dia nak rosak jugak. APa nak buat???
BERITA BAIK
So, since win memang berpandangan termometer sangat penting untuk org yang ada baby, jadi win n wan beli yang betul-betul punya. Mahal jugak la.. Termometer kami beli jenama little bean. Seperti gambar di bawah.
RM149.90 beli kat mana-mana kedai baby pun macam tu lah harganya. Paling murah win pernah jumpa RM145, online, tapi belum masuk harga postage lagi. Kalau selepas harga postage dah jadi lebih mahal dpd RM149.90, so, win start enjin kereta, BELI! (ke wan yang gi beli ha? lupa dah)
Best ke tak? jawapannya, BEST!!
Ni adalah termometer untuk forehead (dahi) dan telinga. Bacaan di telinga adalah lebih accurate (ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri apabila naurah dan win yang demam haritu)
1 second je masa diperlukan untuk suhu diambil. Memang mudah bagi bayi yang suka meronta-ronta seperti Naurah pada dahulu kala. (Sekarang dah tak, dia diam n tunggu je termometer berbunyi..baik anak mummy muah muahh)
Ada pulak suara perempuan menyebut "your temperature is thirty seven point one celcius",, ahahaha itu yang Naurah hairan tu,. :)
Win recommend beli termometer ni. Best, worth it. :)
BERITA YANG LAGI BAIK
fasal harganya, pada masa baby expo yang lepas (KLCC, 1-3Mac2013) win dan wan terjumpa Little Bean punya booth, mereka ada jual termometer ni, sama sejibik
RM110 sahaja.
Nasihat win, when you want to purchase something that costs u more than RM100, check out baby expo's price prior before purchasing, oke??
p/s nasib la labu. Tapi takpelah, termometer ni dah berjasa sebab bukannya Naurah selalu demam, win yg selalu demam lately..hehehe
p/s 2 kepada mummies yang fikir begini "aalaaa anak aku tak demam pun n takkan demam pun sebab aku breastfeed fully so dia sentiasa imune"
think again, jgn cabul mulut nanti Tuhan balas baru tau..heheh (dah terserempak dah dengan mummies cmni)..
FYI, Naurah fully breastfeed juge, tapi dia demam juga occasionally selepas kena injection, last time dia kena demam campak oke!.. so, i suggest, buy a termometer juga, simpan je. just in case. kalau sihat eloklah, alhamdulillah, kalau demam, jeng!! ada termometer, SIAP! kan best kan?
awin hashim.
Based on ur comment.will buy the gadget
ReplyDeleteMemang penting pun termometer ni.. Sy dah anak ke2 br nal beli.. Ingat nak beli online je kt Lazada.. Harga pn murah..
ReplyDelete