Monday, June 6, 2011
bila polis melambai tangan suruh berhenti,.
sabtu malam ahad, wan & win punya aktiviti adalah memindahkan katil dari rumah mak win ke rumah kami sendiri..katil tu utk guestroom kami..supersingle yang selesa,,waaa..
perpindahan katil tersebut dibuat menggunakan toyota innova ayah..jadi dlm perjalanan ke rumah kami, ada win & wan je dalam kereta tu dan sudah tentu, kami bersama dengan katil itu..
katil itu kami tutup dgn kain selimut bercorak batik..sbb? asalnya katil tu dah berhabuk..so, ayah alaskan supaya kereta dia tak berhabuk la...
masuk shj ke jalan kuching, ada polis buat mini roadblock (tempat biasa mereka tahan org tak pakai seat belt)..seatbelt..? CHECKED.. tapi tiba2 dia suro kami berhenti..win yg drive = win lah yg cuak..(wan takkan lah cuak, kerja hari-hari dengan polis kan?)
maka, kami pun berenti, n conversation ini pun terjadi:
polis tanya "cik..tu bawak apa tu.."
win (dah mula senyum lega dalam hati, ingatkan fasal apa kena tahan ni) lalu menjawab "katil, kami pindah rumah.."
polis dah tergelak apabila win menyelak kain selimut bercorak batik tu sambil berkata "haahlaa katil rupanya, ingatkan apa bertutup-tutup"
win "haah, kami pindahkan katil ni, ni kereta ayah, dia suruh tutup supaya tak berhabuk/calar kereta dia ni sbb alih-alihkan barang"
polis tu ckp kat walkie-talkie dia, "ni katil, katil, dua tilam"..then dia mintak lesen win sambil tersengih lalu kasi kami jalan..
cis, penat je cuak..hahaha,,
fakta utk mlm tu ialah: awin takut polis trafik..heheh.
fakta kedua: win da pecahkan rekod dia yang tak pernah kena tahan polis yang dia cuba pertahankan sejak dapat lesen kereta 7 tahun lepas..CIS!!!!
p/s kalau anda pindahkan katil, jgn tutup dgn kain selimut, suspicious..heheh..ni lesson for the day nih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment