Lokasi? Lokasinya betul-betul di tepi tasik, berdekatan dengan Hotel Pullman dan PICC. Kalau tengok maps google satellite tu nampak swimming pool dekat area situ.
Fee? Fee masuk yang kami bayar hanyalah RM4 untuk wan dan win, maknanya RM2 seorang. Naurah free. Fee itu adalah untuk satu sesi, satu sesi adalah selama 2 jam sahaja. Kami pergi sesi 5 hingga 7 petang.
Kolamnya?
Swimming pool nya besar lebih kurang mcm swimming pool di UiTM Shah Alam, macam standard olimpik size. Kolam dewasa tu, yang tempat paling dalam mencapai 2 meter dalam dan tempat tercetek 1.2 meter sahaja. Ramai juga parents yang bawa anak kecil masuk swimming ke kolam dewasa. Mengganggu orang yang nak buat lap juga. Tapi kami pun sama bawa Naurah ke kolam dewasa. Sebab? Kolam budak sangat pack.
Kolam untuk budak-budak pula ada dua, satu budak-budak yang betul kecil. Parasnya rendah daripada paras lutut orang dewasa yang tingginya normal tak rendah. Satu lagi kolam untuk budak besar sikit. Di kawasan tangga sampai peha win dalamnya, di hujung kolam sedalam 1.2 meter. Jadi kalau ada budak kecil nak masuk kolam budak besar ni kena jagalah sebab mereka boleh tenggelam.
Kolam terbuka ya. Tak berbumbung. Kalau mandi tengahari, hitam! haha.
Pakaian? tegas, pakaian renang sahaja. Ada pakcik pakai shorts biasa, kena wisel dengan jaga kolam tu. Dia diminta keluar. Sekejap lepastu, pakcik tu masuk balik selepas dah tukar seluar mandi.
Life guard? I saw none!. Ada kerusi life guard. Tapi diletakkan di hujung tepi kawasan kolam. Tapi tak nampak pun life guardnya. Mungkin ada, tapi pergi berjalan-jalan ke tak taulah. Tapi sepanjang masa win di sana, win tak nampak pun siapa-siapa yang macam life guard. Jadi, parents yang bawa anak kecil ke kolam dewasa, sendiri mau ingat.
Food? ada gerai waffle kat luar tu, tapi ramai org berkerumun sebab lepas swimming kan lapar. Ada jugak kedai jual barang-barang swimming kat luar tu. Tak mahal sangat harganya.
Toilet? Bersih dan lengkap.
Tempat salin baju? best. Bila masuk dalam ni, ada banyak cubicle. Dalam setiap cubicle ada tempat duduk supaya senang nak salin baju. Ada side shower juga. Selesa, besar dan bersih.
Locker? ada. dalam tempat salin baju tu. Tapi terbuka dan nampak macam tidak digunakan. win tak nampak pun kunci ke apa. Mungkin ada lah kot. Ramai org, letakkan barang di tepi tepi kolam tu je. Tempat yang boleh dilihat dari jauh dan sempat lah nak kejar kalau ada org nak curi barang ke apa.
(Update: Win baru pergi pada selasa lepas (2 Disember 2014) dan mendapati semua locker telah dikunci, tak boleh bukak lagi, so i assume, kena mintak (or bayar) untuk dpt kan kunci from kaunter)
Parking? banyak. Jangan risau.
View? tasik! cantik. Tapi berangin jugak petang-petang.
Kesimpulan? Wan dan win akan pergi lagi. Sebab win dah menggemok. Nak exercise. See you there!
awin hashim
Good review. Thank you.
ReplyDeleteKalau preggy leh ke swimming sna?ke ade rules yg xbg...teringin nk swimming.
ReplyDeleteBoleh aje. Buat u kene pakai swimming suit jgk..
Delete