Win pun terfikir nak beli deep freezer. Masa anak pertama dulu, tak terfikir sbb stok susu cukup2 aja dari mula, jd tak timbul keperluan. Bila tanya kwn2, ada yg beli freezer baru dan ada yg suggest second hand.
Jenis2 deep freezer.
Bila win da google sana sini, maka win tau bahawa wujud 2 jenis deep freezer iaitu CHEST FREEZER dan UPRIGHT FREEZER. Chest freezer yg penutupnya atas manakala upright freezer tu penutupnya depan sama spt peti sejuk biasa. So untuk simpan susu badan yg dah diperah (expressed breast milk, EBM), dua2 jenis deep freezer ni sesuai.
Cuma bile nak ambil susu dari dlm freezer nnti, timbul masalah kalau kite beli chest freezer ni, sebab kena keluarkan yg atas dulu then korek yg dlm2. Kan kite nak pakai susu yg da lama dulu, yg baru kemudian kan? So, boleh bayangkan tak? Kalau upright freezer senang nak ambil susu ni sbb dia ada drawer2 dan takde susu yg tenggelam. Fhm ke ni? Kalau tak fhm, sila tgk gmbar ya:
Upright freezer |
Chest freezer |
Selain pintunya, beza chest dan upright freezer yg paling ketara adalah..HARGANYA. of course upright freezer lebih mhl sbb dia lebih mudah. Kalau chest freezer 100liter lebih kurang rm500, upright freezer 100liter lebih kurang rm900-1000 harganye. Mahal? Memang mahal. Tapi both ada nilai jual balik ya deep freezer ni.
Kisah si munafik.
Bile sebut tentang nilai jual balik, maka win nak cerita kisah si munafik di mudah.my ni.. bukan niat win nak jatuh hukum org ni confirm munafik. Tapi orang yg memungkiri janji is munafik.. sendiri mau ingat la ye..
Nama mamat dlm whatsapp ni izzat stay dkt bandar nusa putra near putrajaya. Kalau ada dia jual apape dlm mudah.my... lari...
Second hand deep freezer.
Maka, coming back.. dkt mudah.my selama 2 minggu win bukak tgk hari2..ada je org nak jual. Kalau org melayu nk jual deep freezer 130liter ke bwh terpakai tu, selalunya dia mmg simpan EBM saje.. tp ada jgk non muslim nak jual.. selalunya non muslim jual lebih murah. Tapi win tak boleh la nak beli dpd mereka, sbb tak pasti kalau mereka pernah simpan daging2 u know what dlm tu..ada chest freezer semurah rm300 atau upright freezer semurah rm500.. tgk la kalau ada rezeki kau orang. Selalunya mereka up iklan harini, harini orang dah beli dah. Laju sungguh..kalau iklan tu smlm, dah jual aje jwpn penjual..
Akibat win telah dimain-mainkan oleh si munafik, maka win serik sikit lah nak beli 2nd hand ni.. so.. win cari yg baru aje terus.. da tentu ianya baru dan tak dela kena main kan. So win keluar rumah pakai stokin (masih dlm pantang masa ni) utk cari deep freezer. Win jumpa dkt tesco 120liter rm628. Ini hrga on sale katanya. Mahal betul. Wan pulak pergi tgk dkt kedai2 letrik dekat dengkil, 100liter rm600++. Mahal. Mahal.
Kisah Lazada.
Win pun cari online. Jumpa di lazada. RM499 free delivery..jenama hisense, 130liter.. ini yang termurah. Tapi win tak pernah beli dkt lazada. Boleh percaya ke? First time nak beli beratus2 pulak tu.. alahai. Jenama hisense pulak tu. Tapi oleh sebab ini je yg murah.. so.. win tawakal n beli je selepas wan bagi green light. Win beli pada hari gaji 25 November 2015, 10.20am cmtu. Freezer smpai 28 November 2015, hari sabtu pukul 11.40am. Dorg pos pakai GDEX. Janji 5-8hari baru sampai, yg sebenarnya 4 hari dah sampai. Alhamdulillah.. inilah chest freezer win.
Cara simpan EBM versi win.
Oleh sebab EBM susah nak organize dalam chest freezer, win terjumpa jgk ada kakak ni tulis dlm blog dia idea dia simpan EBM dlm plastik yg disusun dlm paper bag yg dilubangkan.. thanks kak for the idea.. tp win yg suka simpan susu dlm botol/dadih cup ni.. perlu cari idea sndiri. Skrg win simpan enam botol dlm 1 plastik.. then win susun siap2 yg terbaru di bwh. So time nak ambil nanti win tarik keluar sekali 6 botol la. Of course.. win labelkan setiap botol dan plastik tu sekali.. dalam gmba boleh nampak labelnya. Lepas da susun jadi gini:
Ada 5 plastik. Plastik bwh sekali yg paling baru..yg atas sekali yg paling lama. Dalam bakul tu smntara nak ckupkan 6 botol. Da ckup 6 botol, baru masuk plastik.. |
Nak tau idea ni berkesan ke tak, kene tgk bile nak hnta nadrah kpd mama dia nanti..mummy kelam kabot ke tak..kalau relax je, maka efektif la cara ni..tggu awal tahun nanti ye..
Oke. Harap2 post ini dapat membantu mummies di luar sana yg tengah survey deep freezer.
Awin Hashim.
Ok tak chest freezer hisense ni? Saya pon tengah usha hisense punya..nak carik yg besar sket sebab chest freezer lama elba 130L tu tak muat dah letak ebm huhu anyway saya pon simpan awak, letak dlm 10botol dalam 1palstik then labelkan no besar 1-10 ect..botol tu label masing2 ada juga kat dalam..senang kan bila nak tarik kua hehe paling latest@ paling besar no plastik kat paling bawah freezer ( " ,)
ReplyDeletechest freezer hisense sgt oke!.. :-)
DeleteSalam sis, deep dreezer kita sama. Nak tnya tips macam mana sis bersihkan deep freezer nie kalau ais dalam peti tu dah tebal sebab saya simpan EBM dalam peti tu? Lagi satu sis letak suhu dekat kedudukan MID or lagi lower?
ReplyDeleteSalam sis, deep dreezer kita sama. Nak tnya tips macam mana sis bersihkan deep freezer nie kalau ais dalam peti tu dah tebal sebab saya simpan EBM dalam peti tu? Lagi satu sis letak suhu dekat kedudukan MID or lagi lower?
ReplyDelete