Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, December 16, 2015

Apa tu USB OTG?

Win tengah cuti bersalin maka banyak la masa lapang dihabiskan dengan shopping online.. win browse lazada nak cari thumbdrive. Win terbelajar tentang kewujuda usb yang lebih laju iaitu USB 3.0.. sebelum ni org pakai usb 2.0. Kemudian win ternampak lazada buat flash sale untuk sandisk dual USB 3.0. Win tengok gambarnya dia ada usb type A (usb biasa) dan sebelah lagi ada micro usb (charger samsung tu). Aneh.

Tapi win beli jgk la.. sbb 32gb hrga rm45 saje.
Bila baca description dia kata boleh jadi extra storage utk fon dan sng nak transfer gmba ke kmputer nanti. Win kan asik amek gmba je smpai memory penuh. Jd, win beli laa..

2 days later barang smpai. Gini la rupanya. Jakun betul win sbb win kan berpantang mcm duduk dlm gua tak keluar rumah.




So win test la cucuk micro usb ke samsung s4 win. Mmg best sbb boleh trus transfer file2 yg penuh2 tu masuk ke thumbdrive ni. So nanti bila2 win boleh transfer masuk dlm hard disk (via laptop).. save a lot of time. Selalunya kan masa transfer dr fon ke hard disk kena on laptop pulak.. malasnye.. then tiba2 naurah dtg kacau, teralih sikit cable, transfer fail. Adoi sesak btol.

So, dgn usb otg ni, kehidupan s4 win menjadi lebih mudah sikit dpd biasa.

USB OTG stands for..universal serial bus on the go.. the name suits it well kan?

Oke, tu je. Bye.

Awin Hashim


Tuesday, December 1, 2015

Win dan Wan dapat baby baru

Alhamdulillah. Memperkenalkan, Nadrah Amanda...


19 Oktober 2015, 8.26pm
3.6kg, 51cm

Nadrah Amanda means sekeping emas yang disayangi.. aka my precious.

Harini dia da 44hari, mummy's last day of confinement.. so skrg, ada wan, win, naurah dan nadrah.

Awin Hashim

Kisah deep freezer, chest freezer dan si munafik

Bila dah beranak dua, maka win makin terer menyusukan anak, alhamdulillah, terima kasih Allah s.w.t. atas rezeki utk nadrah. Bile dah terer maka stok susu banyak berbanding masa anak pertama haritu. Belum apa2 lg freezer dah mula menunjukkan tanda2 kesesakan. Tambah lagi terdapat 3 ahli keluarga yg rajin makan, maka freezer win selalu penuh dgn barang basah, left overs dan sausages/nuget/burger etc. So, freezer da sesak.

Win pun terfikir nak beli deep freezer. Masa anak pertama dulu, tak terfikir sbb stok susu cukup2 aja dari mula, jd tak timbul keperluan. Bila tanya kwn2, ada yg beli freezer baru dan ada yg suggest second hand.

Jenis2 deep freezer.

Bila win da google sana sini, maka win tau bahawa wujud 2 jenis deep freezer iaitu CHEST FREEZER dan UPRIGHT FREEZER. Chest freezer yg penutupnya atas manakala upright freezer tu penutupnya depan sama spt peti sejuk biasa. So untuk simpan susu badan yg dah diperah (expressed breast milk, EBM), dua2 jenis deep freezer ni sesuai.

Cuma bile nak ambil susu dari dlm freezer nnti, timbul masalah kalau kite beli chest freezer ni, sebab kena keluarkan yg atas dulu then korek yg dlm2. Kan kite nak pakai susu yg da lama dulu, yg baru kemudian kan? So, boleh bayangkan tak? Kalau upright freezer senang nak ambil susu ni sbb dia ada drawer2 dan takde susu yg tenggelam. Fhm ke ni? Kalau tak fhm, sila tgk gmbar ya:

Upright freezer

Chest freezer

Selain pintunya, beza chest dan upright freezer yg paling ketara adalah..HARGANYA. of course upright freezer lebih mhl sbb dia lebih mudah. Kalau chest freezer 100liter lebih kurang rm500, upright freezer 100liter lebih kurang rm900-1000 harganye. Mahal? Memang mahal. Tapi both ada nilai jual balik ya deep freezer ni.

Kisah si munafik.

Bile sebut tentang nilai jual balik, maka win nak cerita kisah si munafik di mudah.my ni.. bukan niat win nak jatuh hukum org ni confirm munafik. Tapi orang yg memungkiri janji is munafik.. sendiri mau ingat la ye..

Nama mamat dlm whatsapp ni izzat stay dkt bandar nusa putra near putrajaya. Kalau ada dia jual apape dlm mudah.my... lari...

Second hand deep freezer.

Maka, coming back.. dkt mudah.my selama 2 minggu win bukak tgk hari2..ada je org nak jual. Kalau org melayu nk jual deep freezer 130liter ke bwh terpakai tu, selalunya dia mmg simpan EBM saje.. tp ada jgk non muslim nak jual.. selalunya non muslim jual lebih murah. Tapi win tak boleh la nak beli dpd mereka, sbb tak pasti kalau mereka pernah simpan daging2 u know what dlm tu..ada chest freezer semurah rm300 atau upright freezer semurah rm500.. tgk la kalau ada rezeki kau orang. Selalunya mereka up iklan harini, harini orang dah beli dah. Laju sungguh..kalau iklan tu smlm, dah jual aje jwpn penjual..

Akibat win telah dimain-mainkan oleh si munafik, maka win serik sikit lah nak beli 2nd hand ni.. so.. win cari yg baru aje terus.. da tentu ianya baru dan tak dela kena main kan. So win keluar rumah pakai stokin (masih dlm pantang masa ni) utk cari deep freezer. Win jumpa dkt tesco 120liter rm628. Ini hrga on sale katanya. Mahal betul. Wan pulak pergi tgk dkt kedai2 letrik dekat dengkil, 100liter rm600++. Mahal. Mahal.

Kisah Lazada.

Win pun cari online. Jumpa di lazada. RM499 free delivery..jenama hisense, 130liter.. ini yang termurah. Tapi win tak pernah beli dkt lazada. Boleh percaya ke? First time nak beli beratus2 pulak tu.. alahai. Jenama hisense pulak tu. Tapi oleh sebab ini je yg murah.. so.. win tawakal n beli je selepas wan bagi green light. Win beli pada hari gaji 25 November 2015, 10.20am cmtu. Freezer smpai 28 November 2015, hari sabtu pukul 11.40am. Dorg pos pakai GDEX. Janji 5-8hari baru sampai, yg sebenarnya 4 hari dah sampai. Alhamdulillah.. inilah chest freezer win.


Cara simpan EBM versi win.

Oleh sebab EBM susah nak organize dalam chest freezer, win terjumpa jgk ada kakak ni tulis dlm blog dia idea dia simpan EBM dlm plastik yg disusun dlm paper bag yg dilubangkan.. thanks kak for the idea.. tp win yg suka simpan susu dlm botol/dadih cup ni.. perlu cari idea sndiri. Skrg win simpan enam botol dlm 1 plastik.. then win susun siap2 yg terbaru di bwh. So time nak ambil nanti win tarik keluar sekali 6 botol la. Of course.. win labelkan setiap botol dan plastik tu sekali.. dalam gmba boleh nampak labelnya. Lepas da susun jadi gini:
Ada 5 plastik. Plastik bwh sekali yg paling baru..yg atas sekali yg paling lama. Dalam bakul tu smntara nak ckupkan 6 botol. Da ckup 6 botol, baru masuk plastik..

Nak tau idea ni berkesan ke tak, kene tgk bile nak hnta nadrah kpd mama dia nanti..mummy kelam kabot ke tak..kalau relax je, maka efektif la cara ni..tggu awal tahun nanti ye..

Oke. Harap2 post ini dapat membantu mummies di luar sana yg tengah survey deep freezer.

Awin Hashim.


Friday, September 11, 2015

Kisah renew paspot Malaysia sekarang

Win baru lagi buat paspot pada 5 September 2015 yang lepas.
Begini kisahnya,.

Win diberitahu buat paspot kat putrajaya kena pergi Menara Ikhlas, instead of Jabatan Imigresen. Menara Ikhlas terletak di sebelah POJ, bangunan kaler putih. Win sebelum pukul 7.30am hari sabtu dah sampai di Jabatan Imigresen, silap rupanya.. dia tulis notis "tak bukak hari sabtu".

Pergi Menara Ikhlas pun tak bukak jugak hari Sabtu. Masa tu ada KUD dekat Putrajaya, ingatkan disebabkan KUD, jalan tutup, dia tutup, tapi wan ckp dia tulis, something like this "tiada operasi buat paspot pada hari sabtu/ahad mulai 31 Januari 2015. So geng, jangan pergi Menara Ikhlas untuk buat paspot pada hari weekend ya.

Pastu win pergi lah Cawangan Imigresen Kajang. Atas bas stand Kajang. Tingkat 3, ada lif. Kol 8 baru sampai, obviously beratur nak ambil nombor kemain panjang. Tapi at least kita tau bahawa Kajang bukak hari Sabtu oke? Beratur amek nombor lama sgt. Win dpt nombor 1128. Orang je 128!! ya Allah. bila ntah nak selesai.

Masa nak ambil nombor, bagi mereka yang nak renew, mereka nak ic dan paspot lama. Bagi kanak2 bawah 18 tahun, mereka nak surat beranak dan paspot lama. Surat beranak ya, mykid tak laku di sini. ukur tinggi anak kau siap2. ada tempat nak ukur kt tepi tempat amek nombor.

Dah ambil nombor, tunggu kena panggil untuk:

1. dia update details + ambil gambar. Gambar warna hitam putih ala klasik gitu. Memang ambil gambar di situ ya. Takpayah bawak gambar siap2. Tapi win dgr ada baby yang susah nak ambil gambar kan, mak n ayah dia amek gambar siap2 kat luar. boleh la kot, tak pasti. Pakai tudung warna gelap sikit. kalau tak, dorg suruh kau pakai tudung kedut dia.. haha..

2. dia panggil untuk buat bayaran. Dewasa RM200 untuk 5 tahun (tak kira lak berapa muka surat, tak penting untuk win tau, sebab paspot win slalu guna 2/3 muka je) manakala budak RM100 untuk 5 tahun. Warga emas, win tak tau. sorry.

3. tunggu paspot siap, kononnya sejam selepas buat bayaran.

Win perhatikan untuk ambil gambar dan buat bayaran pun tunggu lama. Nak tunggu siap win tak sure la lama mana. Jangan tanya winnya paspot siap kol berapa, sebab win memang tanak cerita. :-)
Dalam imigresen Kajang, tak boleh makan n minum ye. aircond tak berapa rasa, sebab ramai gile orang. tapi serius, kaunter kat kajang laju. win tengok kaunter number masih kasik number sekitar jam 10.40am, masih ramai gile orang beratur.. Taksure bila dia stop bagi number.

Sekian, review ini.

Awin Hashim

Klinik Kesihatan Presint 18 - Review

Win check up dekat klinik kesihatan presint 18 untuk pregnancy kali ini. So win sgt kerap datang sini. So, berikut adalah review from perspektif win:

1. Parking

Parking susah! tapi win datang sini sentiasa dapat je parking. Dia ada sediakan parking untuk public tapi sikit je. Anggaran win dalam 40 tempat parking berhadapan dengan pintu masuk klinik (tapi tak termasuk parking untuk doktor/kakitangan). Win selalu datang time orang belum datang. so win sentiasa dapat parking. contohnya check up pukul 8, win 7.40 pagi da sampai. So parking banyaklah. Tapi kalau win check up petang, selalu kereta park sampai kat luar2 kawasan klinik. Tapi win tak penah nampak dorg kene saman lah. Should be oke, unless kau park dkt tempat yang dah bertanda no parking, itu nasib kau lah. :-)

2. Prosedur

Bila kita sampai sahaja. kita jalan menuju ke klinik, kat sebelah kanan ada satu tempat "Pendaftaran" opposite dengan "Farmasi". Ambil nombor dan daftar dekat tempat pendaftaran tu. Laju je semua kaunter kalau pergi time bila pun. Jangan lupa bawak ic.. budak2 pakai mykid pun dia layan, untuk Naurah haritu, takyah susah2 win nak bawak surat beranak. Nanti dorg kasi satu kad (kertas je sebenarnya) kecik dan ada barcode. setiap kali pergi klinik ni, bawak kad ni. oke?

Lepas tu barulah pergi ke klinik ibu dan anak (alan straight sikit pergi kiri) atau klinik pesakit luar (jalan straight sikit pergi kanan) atau klinik gigi (naik atas). pakai nombor yang sama. Make sure kau ingat nombor bilik doktor kau, sebab nanti pergi farmasi nak ambil ubat dorg tanya "tadi pergi bilik mana ye?". Tak susah pun prosedur.

3. Fasiliti lain

Toilet ada kt beberapa tempat. atas pun ada. surau aircond ada kat tingkat atas.
ada playground sikit untuk budak2. kafe pun ada, tapi win pegi takpnah nampak ia bukak pun. nurse2 pun beli makanan kt luar. kesian. tapi ada jual makanan ringan/air mineral kat tepi2 tu, kau masuk duit dalam kotak duit tu sendiri dan ambil makanan. takde orang jaga pun.
kerusi2 menunggu ada cukup. ada bilik menyusukan baby di klinik ibu dan anak.

4. Lama tak menunggu?

Standard klinik kerajaan lah mesti cecah 1 jam punya. tapi tak selama klinik kerajaan yang lain, pada pendapat win. tapi tak horror sangat kau nak menunggu sebab tempatnya baru, terbukak so tak lemas dan luas untuk budak2 lari tak la mereka bad mood. menunggu lebih kurang 1 jam lah kalau klinik pesakit luar. kalau ramai orang lagi lama lah. Menunggu kat makmal (utk ambil sampel darah dan air kencing) sekejap je. Menunggu yang lama ni dkt klinik ibu dan anak utk check up, biasalah. Menunggu kat farmasi pun sekejap je. klinik gigi pun sekejap.

Kesimpulannya, klinik ni oke je untuk kau pergi. win rasa dalam banyak2 klinik kerajaan yang win da pernah pergi, klinik ni paling efisyen sekali.

Oh ye haritu win cari nombor telefon klinik ni susah bebenor nak jumpa. Nombor telefon klinik kesihatan presint 18 adalah 0388810062. Kalau kau telefon tak dpt2, kau telefon nombor 1mocc tu 0380008000 dan mintak mereka sambungkan ke klinik ni sampai dapat. Sebab haritu win try call direct ada la 5-6 kali takdpt. 1mocc sambungkan 1 kali je dpt. Tengok rezeki lah.

Oke bye!

Awin Hashim


Review for Moments Picture - White Studio

Wan dengan win pergi photoshoot dekat moments picture studio ni,. dekat seri kembangan sebab win ternampak iklan dia yang offer photoshoot murah sempena raya.


RM49 dan RM79 sahaja. Ada yang 30 minit, ada yang lebih minit. Lebih kurang gitu lah dia punya promo. Win whatsapp dia, cepat sangat dia reply, thumbs up! Photographer ni berbangsa India. Dia nye studio dekat taman equine, seri kembangan, tak susah cari pun. Masa kami discuss available dates and time, cpt je boleh settle. mungkin sebab customer dia tak ramai? mungkin.

So we went there in twenty something august. lupa dah exact tarikh. bawak Naurah. Naurah ni sejenis budak yang tidak berapa mudah mesra dengan orang. especially lelaki yang ada facial hair lagi pulak kalau bukan orang melayu. Dia tak biasa. so.. masa mula2 session je tanda2 bad mood dan terpancar. Hasilnya banyak sangat gambar naurah tak senyum langsung. Gambar nangis pun ada.

Kembali kepada review untuk photographer ni, win berhasrat untuk ada jgk lah gambar yang menunjukkan win nye baby bump. Langsung takde! Tapi win tak specifically ckp dgn photographer, so, i cannot blame them.

Mereka ada props untuk budak. cukup props yang sangat membantu Naurah untuk at least senyum la sikit.

Studionya pula, serius.. panas. Ada aircond tapi baru on. So,,, panas. dah la win ni masa ngandung, sentiasa kepanasan. Ada bilik untuk make up disediakan. not really bilik, sbb hanya berdindingkan langsir. tiada pengudaraan yang bagus dalam bilik ni, maka berpeluh2 lah nak make up pun. tp pencahayaan bilik make up ini oke.

Photographer tak berapa friendly. Mereka macam pendiam dan kaku sikit. Win, wan dan naurah ni bukanlah model yang biasa dengan kamera dan kameraman. So kami memang kaku/stiff/kayu dan segala, kami mengaku. Masa win kawen, photographer win banyak tolong menghilangkan kekakuan kami kerana dia itu friendly. So bila kami kaku, photographer kaku tak friendly, maka,,, hubungan itu fail. kekakuan nampak dalam gambar. :-( win rasa, the way photographer membawa diri sangat sangat penting.

Next, is bila gambar siap.they said 2 weeks,. tapi mereka lambat jugaklah. win diam aje, sbb win tak rush pun. tapi bila tanya, baru lah dia mcm nak kasi gambar. kalau tak tanya taktau lah bila. Gambar hanya diberi melalui e-mel. So win kena download sendiri. Leceh jgk, tapi lebih mudah daripada kena dtg balik ke studio dia untuk ambil. so, oke la concept bagi secara e-mel ni.

Lastly, quantity dan quality gmbar pulak. win hanya dapat 40 gambar sahaja. Editted. Tapi banyak shot yang tak dpt pun. so win mintak raw picture, mereka kata boleh. tapi to date belum dapat lagi. quality is oke. tapi nampak la kami berpeluh dlm gambar tu walaupun setelah edit, sebab studio itu panas. Tak berapa nampak pun tang mana yang mereka edit itu. they could have done better. tapi untuk harga RM49 yang win bayar, i couldn't expect more, it would not be fair to them. Mungkin mereka baru nak compile profile ke kan.. so secara keseluruhannya win kasik 6 over 10 for them.

Awin Hashim

My Second Bun in the Oven..!

Oi..oi bersawang dah blog. Last entry was dated 19 Mei 2015, tribute untuk Ustaz Abdullah *alfatihah*
Anyways, life has been great in between May and September.. kepada mereka yang belum lagi tau, Naurah nak dapat adik dah. Expected due date is 4 November 2015. Tapi win harap dia sampai in October. :-)

Second time pregnancy ini win nye mabuk teruk pada masa mula2. mabuk. lembik. tak boleh bau tumis. masa tu baru sedar yang kat malaysia ni, kalau kita tak boleh bau orang menumis, kita tak ley lari kt mana-mana pun. susah sangat. sebab orang malaysia memang suka menumis. win duduk rumah teres, dapur win mengadap dapur-dapur jiran. pagi tengahari ptg malam orang menumis. pegi alamanda, lalu kat foodcourt. bau orang menumis. Allah. perit. selain tak boleh bau tumis, win takbley bau sup. lembik pengsan. kebetulan. naurah hari2 mintak nak makan sup. nasib baik ada wan. win tutup pintu bilik tekup muka dengan bantal sementara wan "tumis" dan masakkan "sup" naurah. Allahuakbar. Mabuk2 ni mula hilang bila win pegi Langkawi mei lepas. balik tu masih mabuk tapi dah kurang.

come 6th months, iaitu pada 15 julai. win sendiri dah boleh menumis dan menyediakan sup untuk naurah. Alhamdulillah. gembira. dapur yang tunggang langgang dilanggar todak (wan) dah menjadi kembali teratur sejak win boleh take over.. *yey*

Now win dah cecah 32 minggu, iaitu 8 bulan. selalu mc. bila mc, tengok tv. banyak pulak channel yang menunjukkan rancangan orang nak beranak. to tell u the truth, win jadik takut. masa ngandung naurah tak takut pun, sebab taktau rasa beranak tu cmne. tapi this time,. win takut sgt. takut rasa sakit contraction. takut rasa sakit kena jahit hidup2 dan takut mati. so this time, win nak opt for epidural,. tak kira. nak jugak.

shopping for baby sangat slow berbanding ngandung naurah dulu. sbb mengikut 3D scan, naurah is going to welcome a baby sister. so hand me down sgt lah banyak. kau bayangkan lah first baby adalah girl, baju naurah banyak yang elok/jarang pakai/pakai sekali.. so hand me down la. tp kena jugak beli a few because win expect, hadiah akan jadi kurang this time, sebab baby no. 2 kan.. naurah dulu banyak dapat baju dalam kotak tu. baju size newborn. lgpun baju naurah yang size newborn dah banyak buang sebab lusuh atau stained ada banyak. up till now, beg hospital for mummy and baby, belum siap lagi. masa naurah dulu, masuk minggu ke 28, everything is ready. wan pun nampak macam tak into shopping sangat dis time. not sure why. sedih gak la. tp takpe baby... mummy shopping kan for u yeh!

during check up pulak, ada je hiccup nye. berat tak naik instead turun pulak. pastu berat naik terlebih pulak. HB low memanjang, setiap kali ada remark "mild anemia" dan lain2 like demam. demam,.demam. tonsil. sakit tekat. lembik. nak pitam. banyak gila mc. sabar je la. tapi baby sentiasa oke. mummy yang KO. dah penat gak sbnanya. tak sabar nak cecah 37 mggu, cukup hari. mummy is already tired.

ini belum cerita fasal kerja. win nye current bos, sangat2 suka memerah tenaga orang yang sarat mengandung. tahun ni, 4 orang daripada 5 pegawai dia mengandung (too bad for her). seorang selalu sgt cuti. yang lain tak pun. dia marah sgt dengan yang selalu cuti tu. tapi, marah dia sgt tak adil sebab yang selalu cuti itu dah la ngandung, kena kencing tikus lak lagi masa dia ngandung. n bila dia mc lama, bos marah. gile kan? kencing tikus boleh mati kot!.. and later bila 2 orang dah cuti bersalin, tinggal 3 orang yang kerja. sorang tak ngandung, 2 ngandung. bos asik2 kasik orang2 yang ngandung deretan kerja sedangkan yang tak mengandung tu takde kerja. sebab? bos tak berapa percaya kat dia lah or bos kata dia tak ley harap lah. tp win rasa bos nye reason tu ntah apa-apa dan tidak berasas dan sangat irritating oke. instead bos "enjoy" kasik kerja kat orang2 yang ngandung secara tidak adil dan sama rata mengikut pangkat. lepas tu bos tak mau luluskan elaun tanggung kerja kat dua2 orang yg mengandung ni. zalim. (Ya Allah, sesungguhnya dia telah menzalimiku waktu aku sedang mengandung. Kau balaslah ya Allah. amin). Win serah dekat tuhan aje lah. Sebulat hati win serah dekat tuhan. bismillahi tawakkaltu.

kerja buat win stress dan selalu ngamuk. wan pun selalu jadik tempat win lepaskan marah. sedangkan win cukup tau kalau win derhaka dekat wan masa tengah ngandung, Allah akan kasik cash kat win nanti masa beranak. takutnya. wan, kau tunggu kt rumah nnti petang, win nak mintak ampun.

lately kerja dah tak banyak, atau kerja banyak selesai sebab win dah kuat utk buat kerja walaupun masih kerap mc. so stress kat bos win bley handle sbb takbyk kerja kan.. tapi entahlah. insyaallah semua akan oke.

:-)

Awin Hashim


Tuesday, May 19, 2015

Cheese Cake Kukus - A tribute to Ustaz Abdullah Mahmod

Win sendiri pernah buat kek ni. Senang. Jadi.
Tapi win kurangkan sunquick sikit.. sebab manis sgt.


panaskan dulu air dalam kukusan..kalau tak ada pengukus guna periuk mcm abah punya tu ..bantai je

larutkan 5keping cheesedale bersama 106 gm(1kotak kecik) susu segar atas api yg sederhana..ketepikan biar dia sejuk...boleh tambah susu hingga 150gm

mix 250gm butter bersama 150gm gula kastor hingga kembang 

kembanglah ni..

masukkan 4 biji telur selang seli dgn 250gm tepung bluekey..mix sebiji2 selang seli dgn tepung hingga selesai semuanya

lepas letak telur mix dulu biar rata pastu letk tepung mix lagi biar rata 


ni yg dah siap mix 4biji telur dan 250gm tepung


ambik susu yg di larut dgn cheesedake tadi dan tuang dlm adunan


mix sekejap biar dia sebati


masukkan 4 sudu sunquick dan mix rata sekejap


greese Loyang guna butter


curah semua adunan ke dlm Loyang yg di greese tadi


tutup Loyang dgn alumunium foil


kukus 80min atau hingga masak


inilah hasinya..sape yg nak resepi silakan..jangan lupa doakan abah sihat2 ya


ada yg nak tengok pic t/bluekey
ada yg Tanya guna yg lain boleh tak
pada abah dia macam minyak petrol shell Caltex PETRONAS lebih kurang sama je.....
bantai je...belasah lah yg mana satu lebih kurang je..yg penting pandai bawak kereta


Dari Allah s.w.t. kita dtg, kepada Allah s.w.t. kita kembali. Innalillah Ustaz Abdullah Mahmod (19 Mei 2015)

Awin Hashim

Resepi Kek Karamel Hatiku - A tribute to Ustaz Abdullah Mahmod

Resepi ni diambil daripada FB Ustaz Abdullah Mahmod. He passed away this morning, innalillah.

"Ini resepi yg abah guna utk niaga. Mohon panjangkan kepada sesiapa yg berminat semoga menjadi amal jariah untuk abah dan mohonjasa baik semua baca alfatihah dan doa untuk abah agar segera sembuh dari penyakit abah ini.(nanti abah taip lagi)

KEK KARAMEL HATIKU
1.3sdb gula buat gula hangus
2. 3plastik kecil gula kastor setiap satu 70gm.salah satu darinya +4gm serbuk vanilla
3. 1plasrik 160gm tepung gandum+8gm baking powder
4. 11 biji telur grade a behagi kpd 3 beekas
Bekas a 9putih telur
Beks b 6 kuning t2elur
Bekasc c 3 kuning + 2lengkap
5.9putih telur+70gm gula kastar+ 20gm jus lemon/limau kasturi mix laju 6 min hingga jadi meringue kemudin curah dlm satu bekas besar letak dua tiga titik orange flavour dan ketepikan.
6. Guna bowl yg sama, masukkan 6 kuning telur + 60g minyak jagung + 154 g air laici (dlm tin @ apa2 perisa yg digemari) mix laju selama 6 minit. Masukkan 70g gula kastar dan mix lagi 6min (jumlah 12min utk mix).
7. Curah adunan kek keatas meringue kemudian tapis 160g tepung gandum +8g baking powder dan kacau rata menggunakan mata mixer atau spatula atau senduk .
8. Bahagi adunan kepada 3 bekas. 1 plain dan 2 warna yg digemari.
9. Sediakan satu bekas utk puding. 3kuning telur + 2 telur lengkap +4g serbuk vanila + 1tin susu cair f&n. Kacau / pukul sehingga adunan sebati dan curah ke atas gula hangus.
10. Guna senduk kecil dan letak adunan kek ke atas puding td berselang seli warna sehingga selesai.
11. Bakar gune double boil suhu 100degrre selama satu jam atau hingga masak bergantung jenis oven (pastikan ovrn dipanaskan dahulu selama 15min)
12. Setelah masak keluarkan dan tunggu sehingga kek sejuk (nmpk kek merenggang dr loyang) baru terbalikkan kek.

- MOHON DOAKAN ABAH CEPAT SEMBUH DAN SEHAT SEPERTI BIASA AGAR DPT MELAKUKAN AKTIVITI HARIAN SEPERTI DAHULU."


Dari Allah s.w.t. kita dtg, kepada Allah s.w.t. kita kembali. Innalillah Ustaz Abdullah Mahmod (19 Mei 2015)

Awin Hashim

Wednesday, May 6, 2015

Review: Dayang Bay Serviced Apartment and Resort, Langkawi

Check in: 23 April 2015
Room type: Deluxe Seaview

Kami check in pada hari Khamis.. yang bukannya cuti sekolah atau cuti apapun.. Masa yang kami pilih memang lengang. Book melalui Agoda, maka kami dapat rate RM202 lebih kurang so, tambah fee agoda,, total RM444 utk dua bilik.
Win suggest supaya kalau sesiapa nak stay dekat sini, mesti kena stay dekat bilik yang mengadap laut. Kalau mengadap laut, mengadap swimming pool juga. Kalau bukan view laut, maka, view yang kamu akan dapat adalah construction work yang sgt hideous.

Win book dekat Agoda last minit, so dapat bilik yang ada 2 katil single. Katil single ni, dalam gambar nampak macam katil super single. Tapi memang tak ye. Katil single yang biasa, yang kecik!..

Bilik bersih dan baru. Channel tv byk pilihan. Ada disney junior channel oke! Naurah suka.

Bilik air? tak ada bath tub.. sangat basic, bersih dan selesa. Cuma ada bucu-bucu tajam yang boleh mencederakan kanak-kanak kecil. Win tersiku bucu cermin di atas toilet. Berdarah. Bucu sinki pun tajam jgk. Kalau jatuh terhantuk, teruk padahnya. Pressure air kuat, water heater worked well.

Swimming pool dan laut

Laut takde pantai, nampak kapal2 layar berlabuh. Nun jauh di sana, kelihatan helang besar dekat dataran helang. Ada kerusi malas mengadap laut, sgt best untuk membuang masa di situ.

Kolam, serius best!. Ada pool utk ladies, separated di hujung sana, tidak berapa tertutup.. tapi terasing.
Main pool is infinity pool. Pool kanak2 ada slides, seesaw. Air kolam bersih dan terjaga.

Breakfast

Breakfast tak sedap langsung. Tak banyak pilihan. Kami dapat 4 breakfast free sbb kami book 2 bilik. Padahal kami berlima. Konon-kononnya takpe la bayar la utk sorg lagi.. so that everybody can enjoy holiday kan.. so, kami bayar satu kepala RM30.. Tapi lepas bayar, kami tgk makanan,,, sgt tidak berbaloi. they should charge not more than rm10.. makanan buffet pun tak refil dgn cepat. padahal masa tu ramai juga yg turun breakfast.

Staff hotel

Masa nak check in, staff dkt kaunter lobby telah menyatakan bahawa kalau ada extra org dalam 1 bilik mereka akan kenakan surcaj RM50 if they ever check and find out.. kami memang berlima dewasa with naurah untuk 2 bilik. 1 bilik hanya untuk 2 adult (with 1 kid bwh 12 tahun).. wan jwb ok aje. kalau nak check, kami bayar la surcaj tu. RM50 aje pun.
but in the end they never checked pun.

Masa win turun nak swimming with wan n naurah, win pakai tshirt n track suit biasa, underneath all that clothing, I had my swim suit. Ada satu mamat bangla ni, terus terjah win n said, cannot enter pool sambil menunjuk no shirt sign kepada win. Padahal win masa tu baru duduk dkt one of the kerusi malas di tepi kolam. tak sentuh pun air kolam keramat dia ni. Baru duduk.. takkan duduk tepi kolam pun kene pakai swim suit. apa ke gila bangla bodoh ni.
So win ckp, "i know, i have my swim suit underneath".. dia tak fhm agaknya. So, dia insist utk win pegi kolam budak2 aje. Win ckp kasar satu kali ngan dia, "u ingat i tak pnah duduk hotel ke? i tau la tak boleh pakai tshirt.. u expect i turun dari bilik pakai swim suit ke? naik lif turun pakai swim suit siap2 ke? i tak boleh sarung tshirt kat luar ke? i tau la. kenapa nak ckp berkali kali mcm i ni tak fhm bahasa? very bad lah u.. kalau i nak duduk saja pun i kena pakai swim suit ke?"... win selak baju win kasi flash bangla tu.. so he saw my swim suit.. n he walked away.. tak ckp apapun.
win rasa kan.. dia tak brapa fhm malay/english language pun. cuma cara dia mmg mintak penampar satu..kacau lg perempuan ngandung, kena sound sekali.

Location

Very near to town.. tak sesuai jln kaki.. jalan nak masuk ke hotel, kena lalu construction n kedai2 yang mcm cowboy town, tutup je smua, ada la satu dua je kedai yang bukak.. n the condition of the road is poor,, lubang dalam-dalam, mungkin sebab lori2 construction lalu2 kot.

Lain-lain

ada parking bertingkat.. kosong aje tempat parking. terang tapi sunyi.
lobby luas ada chandelier siap.. n seronok untuk lepak kat bwh tu. ada pool table and also foosball table jugak.
Ada iron room, tp win mls nak pergi. I prefer if they send iron to rooms and pick up after an hour ke kan. Ironing room is annoying! ingat asrama ke? hahaha

Kesimpulan

They claimed to be a 4 star hotel..perasan.. haha.. Win rasa, cuma lobby n swim pool saja 4 star. Bilik oke la kot.. 4 star.. fine! should be 3 star la kot.. tp bilik air is 2 star. Staff is 2 star.. breakfast is 2 star..

Awin Hashim

p/s later win letak gambar ya,. masih belum transfer dpd camera fon.