Begini kisahnya,.
Win diberitahu buat paspot kat putrajaya kena pergi Menara Ikhlas, instead of Jabatan Imigresen. Menara Ikhlas terletak di sebelah POJ, bangunan kaler putih. Win sebelum pukul 7.30am hari sabtu dah sampai di Jabatan Imigresen, silap rupanya.. dia tulis notis "tak bukak hari sabtu".
Pergi Menara Ikhlas pun tak bukak jugak hari Sabtu. Masa tu ada KUD dekat Putrajaya, ingatkan disebabkan KUD, jalan tutup, dia tutup, tapi wan ckp dia tulis, something like this "tiada operasi buat paspot pada hari sabtu/ahad mulai 31 Januari 2015. So geng, jangan pergi Menara Ikhlas untuk buat paspot pada hari weekend ya.
Pastu win pergi lah Cawangan Imigresen Kajang. Atas bas stand Kajang. Tingkat 3, ada lif. Kol 8 baru sampai, obviously beratur nak ambil nombor kemain panjang. Tapi at least kita tau bahawa Kajang bukak hari Sabtu oke? Beratur amek nombor lama sgt. Win dpt nombor 1128. Orang je 128!! ya Allah. bila ntah nak selesai.
Masa nak ambil nombor, bagi mereka yang nak renew, mereka nak ic dan paspot lama. Bagi kanak2 bawah 18 tahun, mereka nak surat beranak dan paspot lama. Surat beranak ya, mykid tak laku di sini. ukur tinggi anak kau siap2. ada tempat nak ukur kt tepi tempat amek nombor.
Dah ambil nombor, tunggu kena panggil untuk:
1. dia update details + ambil gambar. Gambar warna hitam putih ala klasik gitu. Memang ambil gambar di situ ya. Takpayah bawak gambar siap2. Tapi win dgr ada baby yang susah nak ambil gambar kan, mak n ayah dia amek gambar siap2 kat luar. boleh la kot, tak pasti. Pakai tudung warna gelap sikit. kalau tak, dorg suruh kau pakai tudung kedut dia.. haha..
2. dia panggil untuk buat bayaran. Dewasa RM200 untuk 5 tahun (tak kira lak berapa muka surat, tak penting untuk win tau, sebab paspot win slalu guna 2/3 muka je) manakala budak RM100 untuk 5 tahun. Warga emas, win tak tau. sorry.
3. tunggu paspot siap, kononnya sejam selepas buat bayaran.
Win perhatikan untuk ambil gambar dan buat bayaran pun tunggu lama. Nak tunggu siap win tak sure la lama mana. Jangan tanya winnya paspot siap kol berapa, sebab win memang tanak cerita. :-)
Dalam imigresen Kajang, tak boleh makan n minum ye. aircond tak berapa rasa, sebab ramai gile orang. tapi serius, kaunter kat kajang laju. win tengok kaunter number masih kasik number sekitar jam 10.40am, masih ramai gile orang beratur.. Taksure bila dia stop bagi number.
Sekian, review ini.
Awin Hashim
No comments:
Post a Comment