Oi..oi bersawang dah blog. Last entry was dated 19 Mei 2015, tribute untuk Ustaz Abdullah *alfatihah*
Anyways, life has been great in between May and September.. kepada mereka yang belum lagi tau, Naurah nak dapat adik dah. Expected due date is 4 November 2015. Tapi win harap dia sampai in October. :-)
Second time pregnancy ini win nye mabuk teruk pada masa mula2. mabuk. lembik. tak boleh bau tumis. masa tu baru sedar yang kat malaysia ni, kalau kita tak boleh bau orang menumis, kita tak ley lari kt mana-mana pun. susah sangat. sebab orang malaysia memang suka menumis. win duduk rumah teres, dapur win mengadap dapur-dapur jiran. pagi tengahari ptg malam orang menumis. pegi alamanda, lalu kat foodcourt. bau orang menumis. Allah. perit. selain tak boleh bau tumis, win takbley bau sup. lembik pengsan. kebetulan. naurah hari2 mintak nak makan sup. nasib baik ada wan. win tutup pintu bilik tekup muka dengan bantal sementara wan "tumis" dan masakkan "sup" naurah. Allahuakbar. Mabuk2 ni mula hilang bila win pegi Langkawi mei lepas. balik tu masih mabuk tapi dah kurang.
come 6th months, iaitu pada 15 julai. win sendiri dah boleh menumis dan menyediakan sup untuk naurah. Alhamdulillah. gembira. dapur yang tunggang langgang dilanggar todak (wan) dah menjadi kembali teratur sejak win boleh take over.. *yey*
Now win dah cecah 32 minggu, iaitu 8 bulan. selalu mc. bila mc, tengok tv. banyak pulak channel yang menunjukkan rancangan orang nak beranak. to tell u the truth, win jadik takut. masa ngandung naurah tak takut pun, sebab taktau rasa beranak tu cmne. tapi this time,. win takut sgt. takut rasa sakit contraction. takut rasa sakit kena jahit hidup2 dan takut mati. so this time, win nak opt for epidural,. tak kira. nak jugak.
shopping for baby sangat slow berbanding ngandung naurah dulu. sbb mengikut 3D scan, naurah is going to welcome a baby sister. so hand me down sgt lah banyak. kau bayangkan lah first baby adalah girl, baju naurah banyak yang elok/jarang pakai/pakai sekali.. so hand me down la. tp kena jugak beli a few because win expect, hadiah akan jadi kurang this time, sebab baby no. 2 kan.. naurah dulu banyak dapat baju dalam kotak tu. baju size newborn. lgpun baju naurah yang size newborn dah banyak buang sebab lusuh atau stained ada banyak. up till now, beg hospital for mummy and baby, belum siap lagi. masa naurah dulu, masuk minggu ke 28, everything is ready. wan pun nampak macam tak into shopping sangat dis time. not sure why. sedih gak la. tp takpe baby... mummy shopping kan for u yeh!
during check up pulak, ada je hiccup nye. berat tak naik instead turun pulak. pastu berat naik terlebih pulak. HB low memanjang, setiap kali ada remark "mild anemia" dan lain2 like demam. demam,.demam. tonsil. sakit tekat. lembik. nak pitam. banyak gila mc. sabar je la. tapi baby sentiasa oke. mummy yang KO. dah penat gak sbnanya. tak sabar nak cecah 37 mggu, cukup hari. mummy is already tired.
ini belum cerita fasal kerja. win nye current bos, sangat2 suka memerah tenaga orang yang sarat mengandung. tahun ni, 4 orang daripada 5 pegawai dia mengandung (too bad for her). seorang selalu sgt cuti. yang lain tak pun. dia marah sgt dengan yang selalu cuti tu. tapi, marah dia sgt tak adil sebab yang selalu cuti itu dah la ngandung, kena kencing tikus lak lagi masa dia ngandung. n bila dia mc lama, bos marah. gile kan? kencing tikus boleh mati kot!.. and later bila 2 orang dah cuti bersalin, tinggal 3 orang yang kerja. sorang tak ngandung, 2 ngandung. bos asik2 kasik orang2 yang ngandung deretan kerja sedangkan yang tak mengandung tu takde kerja. sebab? bos tak berapa percaya kat dia lah or bos kata dia tak ley harap lah. tp win rasa bos nye reason tu ntah apa-apa dan tidak berasas dan sangat irritating oke. instead bos "enjoy" kasik kerja kat orang2 yang ngandung secara tidak adil dan sama rata mengikut pangkat. lepas tu bos tak mau luluskan elaun tanggung kerja kat dua2 orang yg mengandung ni. zalim. (Ya Allah, sesungguhnya dia telah menzalimiku waktu aku sedang mengandung. Kau balaslah ya Allah. amin). Win serah dekat tuhan aje lah. Sebulat hati win serah dekat tuhan. bismillahi tawakkaltu.
kerja buat win stress dan selalu ngamuk. wan pun selalu jadik tempat win lepaskan marah. sedangkan win cukup tau kalau win derhaka dekat wan masa tengah ngandung, Allah akan kasik cash kat win nanti masa beranak. takutnya. wan, kau tunggu kt rumah nnti petang, win nak mintak ampun.
lately kerja dah tak banyak, atau kerja banyak selesai sebab win dah kuat utk buat kerja walaupun masih kerap mc. so stress kat bos win bley handle sbb takbyk kerja kan.. tapi entahlah. insyaallah semua akan oke.
:-)
Awin Hashim
No comments:
Post a Comment