Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Friday, September 11, 2015

Review for Moments Picture - White Studio

Wan dengan win pergi photoshoot dekat moments picture studio ni,. dekat seri kembangan sebab win ternampak iklan dia yang offer photoshoot murah sempena raya.


RM49 dan RM79 sahaja. Ada yang 30 minit, ada yang lebih minit. Lebih kurang gitu lah dia punya promo. Win whatsapp dia, cepat sangat dia reply, thumbs up! Photographer ni berbangsa India. Dia nye studio dekat taman equine, seri kembangan, tak susah cari pun. Masa kami discuss available dates and time, cpt je boleh settle. mungkin sebab customer dia tak ramai? mungkin.

So we went there in twenty something august. lupa dah exact tarikh. bawak Naurah. Naurah ni sejenis budak yang tidak berapa mudah mesra dengan orang. especially lelaki yang ada facial hair lagi pulak kalau bukan orang melayu. Dia tak biasa. so.. masa mula2 session je tanda2 bad mood dan terpancar. Hasilnya banyak sangat gambar naurah tak senyum langsung. Gambar nangis pun ada.

Kembali kepada review untuk photographer ni, win berhasrat untuk ada jgk lah gambar yang menunjukkan win nye baby bump. Langsung takde! Tapi win tak specifically ckp dgn photographer, so, i cannot blame them.

Mereka ada props untuk budak. cukup props yang sangat membantu Naurah untuk at least senyum la sikit.

Studionya pula, serius.. panas. Ada aircond tapi baru on. So,,, panas. dah la win ni masa ngandung, sentiasa kepanasan. Ada bilik untuk make up disediakan. not really bilik, sbb hanya berdindingkan langsir. tiada pengudaraan yang bagus dalam bilik ni, maka berpeluh2 lah nak make up pun. tp pencahayaan bilik make up ini oke.

Photographer tak berapa friendly. Mereka macam pendiam dan kaku sikit. Win, wan dan naurah ni bukanlah model yang biasa dengan kamera dan kameraman. So kami memang kaku/stiff/kayu dan segala, kami mengaku. Masa win kawen, photographer win banyak tolong menghilangkan kekakuan kami kerana dia itu friendly. So bila kami kaku, photographer kaku tak friendly, maka,,, hubungan itu fail. kekakuan nampak dalam gambar. :-( win rasa, the way photographer membawa diri sangat sangat penting.

Next, is bila gambar siap.they said 2 weeks,. tapi mereka lambat jugaklah. win diam aje, sbb win tak rush pun. tapi bila tanya, baru lah dia mcm nak kasi gambar. kalau tak tanya taktau lah bila. Gambar hanya diberi melalui e-mel. So win kena download sendiri. Leceh jgk, tapi lebih mudah daripada kena dtg balik ke studio dia untuk ambil. so, oke la concept bagi secara e-mel ni.

Lastly, quantity dan quality gmbar pulak. win hanya dapat 40 gambar sahaja. Editted. Tapi banyak shot yang tak dpt pun. so win mintak raw picture, mereka kata boleh. tapi to date belum dapat lagi. quality is oke. tapi nampak la kami berpeluh dlm gambar tu walaupun setelah edit, sebab studio itu panas. Tak berapa nampak pun tang mana yang mereka edit itu. they could have done better. tapi untuk harga RM49 yang win bayar, i couldn't expect more, it would not be fair to them. Mungkin mereka baru nak compile profile ke kan.. so secara keseluruhannya win kasik 6 over 10 for them.

Awin Hashim

No comments:

Post a Comment