Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Tuesday, February 26, 2013

motherhood expo @ KLCC

On 1 hingga 3 Mac 2013!!! @ KLCC convention centre.. Jangan lupa ye kawan-kawan...whohooo




p/s wipes Naurah dah habis ni...kt expo dpt murah sikit.. n tommee tippee begitu murah di expo,, tapi botol baru lagi, takyah le kot..


awin hashim.

Friday, February 1, 2013

YES mobile internet 4G

Baru-baru ni, win sama wan subscribe YES internet. yes, memang laju pun. sebab dia bukan 3G ye kawan2..dia 4G.


best jugak, kalau kita subscribe prepaid mhl gile. mls nak cerita. win n wan subscribe postpaid, tapi kena ada kontrak 24bulan. biasa kan dorg ni ikat kita dgn kontrak!! hah

tapi takpelah sebab murah je pun. Harga dia lebih kurang cmni:

RM48 per month utk 1.5GB
RM68 per month utk 4GB
RM98 per month utk 6GB
RM168 per month utk 10GB

pastu dia ada 4 device:


masa nk subscribe kena bayar utk device tau:
1. putih tu, RM230 (RM80 device, RM150 advance payment) kena bayar upon subscription, ni yg paling mhl. Fungsi sama mcm no 2. beza nya bateri dia thn 6 jam, yg no 2 baterinya thn 4 jam sahaja
2. ni win punya. (RM150 advance payment)
3. ni usb broadband. cucuk kt usb port. (RM150 advance payment)
4. ni besar, kena sntiasa on kat plug kt rumah. (RM150 advance payment)

Coverage dia hijau kalau kuat, kuning sederhana n merah kalau slow n takde.
Kt KL hijau aje. Kt ofis belum pernah try. Kt desa pinggiran putra (rumahku syurgaku) yg di hujung dunia ni, merah sentiasa (sedih). Tapi merah pun, oke je. tak selaju hijau la. tapi stable sgt. berbanding maxis blackberry ku yg sengal. asik edge je! n gprs n gsm! hah..

win tak rajin tgk youtube ke apa..dats y 1.5GB cukup. tapi nak bagitau yg setakat ni, walaupun merah je line kt rumah win, tgk youtube tak buffering pun.. straight je..best tak? bayangkan la kalau hijau,, apatah lagi.

masa nak subscribe, coverage dah check. ada.. memang ada la. dats y kami subscribe. sampai rumah MERAH! cit. ngoi hahhaa.. tp merah pun oke. so
win tak menyesal. instead, win recommend jugak la.. go YES!.. gi bli gi bli..best.. :)

Marilah melawat baby di waktu Maghrib, senja atau malam buta

Org tua-tua selalu pesan, kalau ada anak kecik jangan keluar masuk rumah bila da dekat-dekat Maghrib atau senja. Time tu time jin bertendang dan keluar bersuka ria. Nanti azan, dorg ketakutan, dorg nak lari selamatkan diri, pintu tingkap semua kena tutup. Kalau tak ada yg sesat masuk rumah nanti!

Betul ke? org tua2 kata, baby boleh nampak benda2 yg kita tak nmpak. dats why ada situation di mana baby kita nanges tak henti2 mlm2, dia sentiasa nak elak dpd memandang ke arah satu tempat tertentu. kite lalu situ je, dia lagi nanges kuat. mcm ketakutan. tutup2 muka dkt bahu n dada kita yg tengah mendukung dia. well, win pernah lalui ni bila Naurah nanges cmtu. Lepas wan baca yasin, baca2 3 qul sikit, tiba2 Naurah oke terus, dah tak nanges pun. Benda tu dah blah agaknya. Haih.. win, seram2 pun, win geram tau.. Naurah nanges sampai penat tau. Kesian dia.

Sebelum win kawen dulu, Rayyan (nephew) pun pnah nanges cmtu masa tu kami pergi tidur kt satu hotel kt Port Dickson. Berhantu kot! jeng jeng jeng.,. hehe or merely setan tu tersesat or ikut kami masuk ke dlm hotel tu? ntah. Allah s.w.t. je tau. Rayyan nanges sampai tertidur sebab penat sangat nanges sekuat hati ketakutan. lepas kami semua berdoa n membaca2, oke dah.

Setiap kali win n wan n naurah balik rumah dari rumah nenek putrajaya, mesti dah lepas mgrib n dah mlm, rumah nenek putrajaya pulak dikelilingi belukar yg menakutkan. dulu masa win lom kawen, nak hantar wan sampai rumah pun takut, sbb nanti nak balik kena lalu belukar tu sorg2. walaupun naik kereta kejap je dah lepas kwsn belukar tu, tapi semasa melaluinya, kus semangat.. seram siot! hehe. padahal jln tepi kawasan belukar tu tak lebih 20 meter pun dah ada rumah org..alahai. kalau dah dasar penakut gelap! masa Naurah kena tu balik dari rumah nenek la, dah mlm mcm pukul 8.30mlm. hujan renyai. Malam tu, kami terleka. Langsung tak baca ayat kursi ke, 3 qul ke. bismillah pun terlupa. ha, mlm tu la kena!

Maka kesimpulannya di sini yg win buat berdasarkan pandangan win, manusia kan khalifah di bumi ni, maka kita RULE..yeahhh..:) n those syaitan jin come second. So, kita boleh je keluar malam lah lepas maghrib ke, ASALKAN KITA BERINGAT. INGAT APA? INGAT ALLAH. SEBUT NAMA DIA, BACA AYAT DIA, in syaa allah, benda lain takut nak dekat. tapi win n wan jarang keluar2 time cmtu. buat apa carik penyakit. duduk rumah berpelukan (me, exaggerate) lagi best tau!

Tapi, atas dasar hormat pulak, kalau kita nak melawat kawan kita yg baru melahirkan, rumah dia ada newborn baby, jgn lah dtg maghrib! jgn la dtg mlm oi. Hormatlah sikit. kalau ada makhluk lain tersesat ikut korg, yg menanggung keluarga baby tu la, kalau baby tersampuk, bukan korg yg susah,.baby nanges teriak kuat2 yg risau mak dia, bukan korg, korg cukup masa buat apa? balik. kan? Adab nya adalah dtg lah siang2. Kalau akhirnya korg smpai malam pun, lepaskan mghrib dulu, pastu baca2 sikit, baru masuk rumah. Faham?? BERINGAT. tapi seeloknya, jgn lah gatal nak dtg mlm.

People, dah tentu dah, we human are not alone in this world. makhluk lain memang ada. apa salahnya beringat? kan? bukan susah pun.. :)

oke, bai!

Wednesday, January 23, 2013

motherhood expo @ PWTC

sorry ye kawan2.. selalu win inform bila motherhood expo seterusnya.. this time, win terlepas!!! arrghghhh dah la wipes si Naurah sudah mau habis!! beli kat expo je pureen kasi murah2..

expo yg telah terlepas itu adalah pada 18-20jan lepas :(


awin hashim.

Carrefour (Aeon Big) punya voucher

wah wah wah..skrg kalau shopping dkt carrefour atau nama barunya Aeon Big skrg (until 31 Jan 13), cukupkan lah jumlah shopping kau org menjadi RM88! nanti dpt voucher.. tapi voucher RM8 je pun.. ini spirit chinese new year la..all about 8!..hehehe negara muhibbah, yg melayu india semua boleh dpt voucher..! :)
gambar nya tak boleh upload la pulak. sebab internet office melarang win mengupload upload gambar..!
sekian.! :)

p/s apsal lah aku buat iklan free utk dorg ni kan? cis..


awin hashim.

Thursday, January 17, 2013

Pengasuh demam. Kisah suatu hari yang memeningkan.

Oke, saya sayang pengasuh anak saya kerana pengasuh anak saya sayang anak saya macam anak dia sendiri. Kadang-kadang melebih-lebih pulak sayangnya kepada Naurah. literally. Tapi itu adalah tersangat bagus. Alhamdulillah, Tuhan jumpakan win dengan mama Naurah.

Pada suatu pagi yang hening, kami telah terlewat. Sepatutnya 6.30am dah masuk kereta masing-masing. Tapi 6.40am masih kelam kabut bersiap kat rumah. Sambil kelam kabut, win capai blackberry dan terperasan ada sms.

Dalam hati "alamak, macam sms mama Naurah ni"

Ye. Memang sms dari pengasuhku sayang.
"6.35am: mummy, akak demamlah. bla bla bla.."

Win terus terpinga-pinga. ALAMAK. Apa nak buat ni? Win beritau wan yang masa tu dah pasang enjin kereta lagi. Wan pun ikut terpinga-pinga. Sudahlah dah lambat. Baru tau mama tak boleh jaga Naurah harini.

MACAM MANA NIIIIII?

otak terpinga-pinga memang tak boleh berfikir waras. Tapi yg terlintas di kepala otak sekarang adalah... MAK WAN. she lives 3km away, near mama's house. maybe she can take care of Naurah today. Separuh hari sahaja pun oke (sebab win ada persidangan yang akan tamat 12.30pm). Bila call, sadly MAK WAN said, abah wan demam. (so, tak boleh jaga Naurah). Sedihnya hatiku ini.

Terus call MAK WIN pulak. MAK WIN said oke. fuiyooo leganya hati ni. Nak cuti tak boleh sebab harini kena hadir persidangan lepastu awal bulan dah cuti sehari sebab birthday wan dan baru minggu lepas dah emergency leave 2 hari sebab Naurah demam. ya Allah..kecut dah jantung ni tadi.

since MAK WIN said oke, terus Naurah dimasukkan ke kereta mummy and to kl we went that morning. Mummy was late setengah jam je tapi. Mujur persidangan mula 9am. Win sampai 9.30am. hehe.

Tapi tak bestnya sebab MAK WIN menjaga newborn baby yg baru seminggu umurnya. sedangkan Naurah baru beberapa hari pulih demam campak. Ya Allah. peliharalah kesihatan si newborn itu. Amin.

Sekian, cerita haywire apabila pengasuh demam.

p/s wahai pengasuh ku sayang, janganlah engkau memaklumkan ketidakbolehan engkau last minute sangat. bagitaulah malam sebelum atau 5 pagi pun!.. ini kami patut dah gerak tinggalkan rumah 6.30am, 6.35am baru nak bagitau.


awin hashim.

Servis Penghantaran Bunga untuk yang Tersayang



I ordered a bouquet of flower and a box of chocolate to be sent to wan on his birthday while he was in his office in Seremban. (It was not actually on his birthday. It was on the 3rd of January not the 2nd since we took leave on his birthday).


There are pros and cons when ordering with onlylove.

Pros:
1. Order form to be filled by customer is simple and user friendly.
2. Payment via online is also simple.
3. If u called them to ask about the status of your flower delivery, they'll answer you politely.
4. Delivery cost is low but reasonable (compared to other florists).
5. Delivery area is wide (compared to other florists).
6. The price for the flower is also reasonable (compared to other florists).


Con:
1. The delivery was made late in the evening!
2. The prices of add ons are a bit high and some are absurd.

Wan received his flowers around 4pm. When i placed my order, i asked them what time will they make the delivery. They informed me around 9 to 11 am. So, i thought that was oke. You see, receiving a bouquet of flower early on your bithday morning is refreshing and that will have affected your whole day's mood. But receiving it late in the evening, around 4 when u leave office for home around 5pm..what's the point?? defeat the purpose, don't you think?

although there are 6 pros and only 2 cons, i have to say that the service frustrated me big time. All 6 pros do not mean anything anymore when delivery was made dead late! they may as well send them tomorrow! huh

So, i strongly do not recommend this florist to you unless they can vow that they'll send it earlier next time!

All in all, that day turned out to be great due to wan's reaction when receiving his flower. Heheh.. but no thanks to u onlylove!


p/s wan was shocked and happy to receive his. I did put a smile on this face that evening.!
p/s2 tiba-tiba terasa nak guna english pulak harini. hehe


awin hashim.

Tuesday, January 15, 2013

Contingency Plan - Ini Kisah Benar

Alkisahnya anak win demam campak sejak hari isnin petang (fakta: isnin demam, selasa ptg dah baik, rabu sihat lewat ptg dmm balik, khamis ptg sihat tp naik bintik-bintik, baru tau, oh campak rupanya). Jadi hari selasa win EL la (EL = emergency leave).
BBM kepada bos:

"bos, harini saya EL, Anak saya demam"

bos jawab:

"Ok lah!!!"


Hari selasa petang Naurah langsung sihat. Tapi tiba2 pagi rabu dia demam balik, demam panas pulak! Jadi win BBM bos:

"Bos, baby masih demam kuat.. 39c..
Saya kena cuti jugak sebab dia taknak makan..
sntiasa nak menyusu je. sorry ye bos"

Naurah kan menyusu badan, bila budak demam mcm tu, dia memang nak mummy aje, nak menyonyot sahaja seharian. kesian. Tapi bos boleh reply begini:

"Kena pandai merancang utk contigency plan"

Oke. Bila budak demam, dia nak menyusu badan dengan mummy dia, apa contigency plan yang boleh win ambil? supaya win boleh dtg kerja? ada ke? Hello! baru 2 hari cuti lah. bukannya seminggu pun! anak nak menetek la.. mummy je ada..mana boleh ganti dgn org len. Cuba lah fikir sikit?

dear readers, apa contingency plan yang ada dlm situasi ni? ada ke ? ada ke???

p/s bukannya ada keje urgent yg perlu aku dtg ofis sgt pun! ceh


awin hashim.


Monday, January 7, 2013

Apa perkara yang paling bingai?

Emel..! emel office ni kan, sebulan sekali kena tukar password. Password sama tak boleh guna lebih dari sekali. Lepastu, aku lupa nak tuka password on time. Of course lah tak boleh bukak emel sendiri sebab dah due tuka password pastu lupa nak tuka!...

kenalah contact admin!!!!! arrrhrhhhhhghhh! ngok la.

Sekian, i hate mondays. I HATE MONDAY..VERY DAMN MUCH

Thursday, January 3, 2013

Bayar Fidyah anda!

Umat islam wajib puasa sepanjang bulan Ramadan. Tapi bagi perempuan, kalau sedang dalam haid tak boleh puasa maka nanti selepas tamat bulan Ramadan, kenalah ganti puasa bagi setiap hari tak puasa tersebut sebelum bulan Ramadan seterusnya. Kalau tak ganti jugak, barulah timbul isu fidyah.

Boleh baca lanjut dekat website PPZ, search "fidyah". Ada diterangkan di situ golongan yang dikenakan fidyah dan kadar fidyah juga. Golongan yang dikenakan fidyah bukannya perempuan yang haid semasa bulan Ramadan sahaja ye, macam-macam golongan. Kalau ikutkan, lelaki pun ada yang terlibat sama dengan fidyah.

Ibu hamil atau menyusukan anak pun kena tau bahawa fidyah boleh dibayar kalau tak boleh puasa masa bulan Ramadan. Tapi puasa yang tinggal tu tetap kena ganti tau. Yang tak payah kena ganti balik puasanya ada satu golongan sahaja, iaitu mereka yang uzur dan tiada kebarangkalian untuk sembuh atau sakit yang doktor cakap tak boleh puasa. Bagi mereka ini, bayar fidyah cukup, ganti puasa tak payah. Mudahkan? Yes, siapa kata Islam susah?

Kadar fidyah bagi tahun 1431H pula sebanyak RM1.80 sehari.

Win sendiri ada soalan, win call lah PPZ 0392895757, PPZ kata kalau nak tanya, boleh call callcentre PPZ 1300885757, tanya fasal fidyah atau zakat apape, mereka boleh tolong. Callcentre tu pun angkat telefon cepat.. tak lengah pun. Great service. Win nya soalan terjawab dengan mesra sekali *suka*

By the way, win dimaklumkan, fidyah boleh bayar online! yey!! senang kan?

Jadi, bila dah dipersenangkan segala urusan, sila bayar fidyah anda atau zakat anda,, No alasan accepted! :)

p/s win dah bayar fidyah dah,.. nak claim dari Wan lah..boleh? hehe

awin hashim.

My Izwan's 27th birthday

This is his first birthday as a daddy, i first planned to have it celebrated in Bukit Tinggi. But then, the birthday boy (he is a real man by the way, but "birthday man" doesn't sounds right. Kan?) asked to have it celebrated at the beach. So, tak plan apape, we went to Teluk Kemang (being the nearest) first thing Wednesday morning January 2nd, just us, Wan, Win and Naurah.

With fried macaroni and Naurah's papaya breakfast, we were there as early as 8.30am. Dengan Naurah yang berbaju tidur (baju lubang-lubang plak tu haha).. We planned to arrive around 7am, tapi ye lah 7.15 am baru gerak dari rumah!
Kami makan-makan, borak-borak, ketawa-ketawa and then Wan received his birthday presents and then, before we can do anything else, Naurah sudah mula membunyikan siren, cepat-cepat kemas/pack and 10.15am naik kereta, BALIK! hehehe.. It was a short and sweet trip.

Naurah dah bising sebab dia ngantuk, balik rumah, dia lunch, mandi and tidur.

The day was not over yet because i promised Wan to get him his birthday cake, so we waited (and waited and waited) for Naurah to bangun and then we can go buy daddy's  birthday cake. Pukul 3.30pm baru dia bangun. We bought a cake for daddy, sing-sing, blow candles, eat cake and then? We planned to have dinner at MAEPS steamboat because it was daddy's favourite restaurant, but then Naurah had a runny nose, so, we stayed home and had domino's pizza for dinner instead.

It was a day that ended with a smile on our faces. Alhamdulillah, my dearly beloved husband is 27 and healthy and loved and in love with me and Naurah. I can't ask for more.!

Happy birthday darling. We love you!!

p/s darling, birthday celebration wan belum habis lagi tau.. Tunggguuuu! hehehehe


awin hashim.

Thursday, December 20, 2012

tentang Adam dan Hawa

Siapa tengok Adam dan Hawa (Aaron Aziz and Nadiya Nisaa) angkat tangan!

Win memang kaki tengok cerita bersiri. Terus addicted. Cerita melayu, orang putih, jepun, korea semua layan. Sekarang, win layan Adam dan Hawa. Best wooo..hhehehe..


**warning this entry contains SPOILER**


Dari episod mereka kena kahwin sebab kena tangkap basah sampai la episod mereka gaduh fasal Dee sampai Am bawa diri ke London tu, setiap kali pun, win terasa insaf. Contohnya, si Ain asik la marah maki hamun Am ni kan.. padahal Am suami dia. nusyuz betul (hukum tetap hukum) win insaf, win sayang wan., dah la baik, tak pernah marah win sekalipun. Tapi win selalu marah wan. kadang2 tak de sebab (PMS usually..hehe), sejak tengok Adam Hawa selalu lah win pergi manja2 kat wan sebab win rasa bersalah dan insaf, harap tak nusyuz. Wan ampun dosa win ye *oke, drama queen sungguh*

lepas tu, bab2 romantik, jgn ckp la.. lepas tgk episod romantik, terus win berkepit dengan wan, eiii sayangnyaaaa kt wan ni!..kata wan, "pengaruh drama btol la win ni" hmmpphh.!

so, para isteri sekalian!.. sayangilah suami kamu.. syurga isteri di bawah tapak kaki suami oke..jangan nusyuz, faham? pengajaran byk citer ni.. *obses*

p/s i never liked Johan one bit, sampai dah episod 66 pun tak suka Johan jugak. Weirdo.
p/s2 kesian azie. kesian sgt. harap dia tak disia-siakan... tapi OMG..muka azie tu lebih kurang sama macam muka budak hitam bodoh back in zaman UiTM (no, i don't mean u dear A**syah, honest! i mean my used-to-be-friend-who-barked-like-a-b-humiliatingme-infrontof-everybody-at law school-but-i-never-hurt-her-pun! tau..) eiiii tak boleh blah.. azie tu lawalah tapi..nasib baik si hitam tu pandai nyanyi..kalau tak, takde benda positif la kat dia tu..hahahaha..kesian.


awin hashim.

anak kecil dan outstation

oke, fakta:

1. win belum pernah satu malam pun tidur tanpa Naurah sejak Naurah lahir
2. win belum pernah sekalipun memberi excuse untuk tidak hadir outstation ke mana-mana sebab "urusan peribadi/keluarga"

next month kena pergi outstation Sabah. Bos dah suruh win pergi, tapi bos tahu keadaan win, dia siap2 tanya.."win u confirm kan dulu, kalau tak dapat pergi maklumkan awal so saya boleh bawak org lain"
budiman betul bos ni..he knows i am breastsfeeding Naurah.

oke, tapi if win akan say no to Sabah, dah melanggar prinsip win sendiri utk tak "mencampur-aduk hal rumah dengan hal kerja la pulak"

ikut hati nak angkut je Wan n Naurah pergi sama. Tapi, kosnya mengejutkan juga. No. no.. this is not an option. Option yang win ada adalah:

say no to Bos atau say no to Naurah

ehh? how can i say no to Naurah? gila ke apa? keeping my priority straight means, semua ku tinggalkan demi Wan dan Naurah. so?

am i going to be a bad mother if i leave Naurah for 2 nights in good hands?

dilema jugak ni. kan?



awin hashim.


Monday, December 17, 2012

Naurah @ 7 months

Inilah Naurah @ 7 months.
Dah kenal orang. Kalau nak main, dia clingy dengan daddy..ketawa sampai nampak anak tekak dengan daddy, dengan mummy dia senyum lebar je ketawa jarang..tapi kalau ada something wrong, tak selesa ke nak tido ke, lapar ke, org lain semua dia tanak, daddy pun dia tanak, just mummy je dia nak. n ada time dia nak bermanja je, dia pilih mummy. mummy only.
Budak ni memang manja. Tidur nak dipeluk, kalau cium2 dia masa tidur pun, dia tak terganggu pun. Tapi very sensitive to noises. Senang terbangun. Tapi kalau tidur malam, straight je, tak bangun2 kecuali nak menyusu *semoga terus cekap tidur malam ye babey, amin*
Mulutnya mengomel, suka berborak, bak kata nenek kl, mulut Naurah ni leter.
Tapi kalau ada org yang dia tak kenal, terus jadi baik, senyap n behave *thumbs up*
kalau hanya ada mummy n daddy, bercerita terpekik2..hehe
@ 7 months, Naurah pandai imitate apa org buat. org geleng kepala, dia ikut, mulut itik mandi dia tu comel kan, itupun dia ikut (sila tengok gambar di bawah), mummy jerit, dia jerit jugak

Tengok mulut dia tu.. rasa nak sedut sedut ja

Naurah budak sihat. Tak pernah demam selain daripada sebab kena injection, itupun highest suhu dia pernah capai setinggi 37.4 darjah celcius sahaja, lepas berkepit n menyusu dgn mummy puff dia sehat.. breastsmilk is the best milk for your baby, faham? terbukti sudah ni
*semoga terus sihat ye sayang, amin*
weighs 7.1kg (as of 26nov, last time timbang, sekarang tak tau berapa)
69cm tall
She loves chicken berbanding ikan. n sangat suka carot. hehehe..n sangat expert minum pakai cawan
gigi? belum tumbuh..tapi dah suka menggigit especially mummy's u know what! *ouch* haha
merangkak? belum..
dan yang paling baru sekali, duduknya dah tegap dah, alhamdulillah..


p/s i don't think she likes pink. :(

Tuesday, December 4, 2012

Restoran Rasamas - in my view

Disclaimer siap-siap: Ini adalah pendapat saya. Bukannya fakta pun. Oke?

Pada suatu petang yang hening lepas balik kerja, win n wan rasa stress atas sebab masing2. Maka, win ajak wan pergi dinner dekat Alamanda sebab kalau stress, kita perlu apa? MAKAN.

Memang semua org dekat Putrajaya kelaparan agaknya, chicken rice shop penuh. Jadi, win ajak wan pergi Rasamas instead. Ada byk meja kosong. Selepas order, tunggu 5 minit terus dpt makanan. Best..cepat servisnya. Kami order set nasi ayam yang dpt 1 quarter chicken tu. ada sup, air n side dish jugak. Mine was RM15.90, wan's RM16.90.. belum campur tax.

Tapi kan, lepas makan, win masih rasa lapar.. mana tak nya..nasi dia kasi separuh mangkuk je. Selalu kan nasi tu satu mangkuk standard org jual tu.. Alaaahhh,, kau tau kan mangkuk sukat nasi biasa tu. Yes, separuh je, tak tinggi pun bonggol nasi tu. Ayam pun kecik. Harga sama je mcm chicken rice shop lebihkurang. tapi chicken rice shop lagi kenyang. Total almost RM40 jugaklah.. Tambah RM10 dapat kenny rogers! haha

Kesimpulannya, ayam Rasamas aka ayam Ayamas, memang sedap.. Tapi dgn kuantiti yg ditawarkan, harga makanan di situ terus terasa mahal.

Sekian.

p/s takmo makan Rasamas lagi. sedih.