Pada suatu pagi yang hening, kami telah terlewat. Sepatutnya 6.30am dah masuk kereta masing-masing. Tapi 6.40am masih kelam kabut bersiap kat rumah. Sambil kelam kabut, win capai blackberry dan terperasan ada sms.
Dalam hati "alamak, macam sms mama Naurah ni"
Ye. Memang sms dari pengasuhku sayang.
"6.35am: mummy, akak demamlah. bla bla bla.."
Win terus terpinga-pinga. ALAMAK. Apa nak buat ni? Win beritau wan yang masa tu dah pasang enjin kereta lagi. Wan pun ikut terpinga-pinga. Sudahlah dah lambat. Baru tau mama tak boleh jaga Naurah harini.
MACAM MANA NIIIIII?
otak terpinga-pinga memang tak boleh berfikir waras. Tapi yg terlintas di kepala otak sekarang adalah... MAK WAN. she lives 3km away, near mama's house. maybe she can take care of Naurah today. Separuh hari sahaja pun oke (sebab win ada persidangan yang akan tamat 12.30pm). Bila call, sadly MAK WAN said, abah wan demam. (so, tak boleh jaga Naurah). Sedihnya hatiku ini.
Terus call MAK WIN pulak. MAK WIN said oke. fuiyooo leganya hati ni. Nak cuti tak boleh sebab harini kena hadir persidangan lepastu awal bulan dah cuti sehari sebab birthday wan dan baru minggu lepas dah emergency leave 2 hari sebab Naurah demam. ya Allah..kecut dah jantung ni tadi.
since MAK WIN said oke, terus Naurah dimasukkan ke kereta mummy and to kl we went that morning. Mummy was late setengah jam je tapi. Mujur persidangan mula 9am. Win sampai 9.30am. hehe.
Tapi tak bestnya sebab MAK WIN menjaga newborn baby yg baru seminggu umurnya. sedangkan Naurah baru beberapa hari pulih demam campak. Ya Allah. peliharalah kesihatan si newborn itu. Amin.
Sekian, cerita haywire apabila pengasuh demam.
p/s wahai pengasuh ku sayang, janganlah engkau memaklumkan ketidakbolehan engkau last minute sangat. bagitaulah malam sebelum atau 5 pagi pun!.. ini kami patut dah gerak tinggalkan rumah 6.30am, 6.35am baru nak bagitau.
awin hashim.
Pengasuh zaman skrg mmg mcm2. Hujung bulan 12 pengasuh anak i text i masa kat office, starting next year (2013) kalau dia cuti, i still kena byr penuh 'yuran' anak i bulan tu. Few minutes after, she text me again, cakap bulan 1 ni dia nak cuti 1 minggu balik kmpung. Bulan 2 chinese new year pun she's planning to take 1 week off. But still, yuran bulan tu byr full. Boleh gitu??
ReplyDeletepengasuh mcm tu mcm tak ikhlas kan?
Delete