Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Thursday, January 3, 2013

Bayar Fidyah anda!

Umat islam wajib puasa sepanjang bulan Ramadan. Tapi bagi perempuan, kalau sedang dalam haid tak boleh puasa maka nanti selepas tamat bulan Ramadan, kenalah ganti puasa bagi setiap hari tak puasa tersebut sebelum bulan Ramadan seterusnya. Kalau tak ganti jugak, barulah timbul isu fidyah.

Boleh baca lanjut dekat website PPZ, search "fidyah". Ada diterangkan di situ golongan yang dikenakan fidyah dan kadar fidyah juga. Golongan yang dikenakan fidyah bukannya perempuan yang haid semasa bulan Ramadan sahaja ye, macam-macam golongan. Kalau ikutkan, lelaki pun ada yang terlibat sama dengan fidyah.

Ibu hamil atau menyusukan anak pun kena tau bahawa fidyah boleh dibayar kalau tak boleh puasa masa bulan Ramadan. Tapi puasa yang tinggal tu tetap kena ganti tau. Yang tak payah kena ganti balik puasanya ada satu golongan sahaja, iaitu mereka yang uzur dan tiada kebarangkalian untuk sembuh atau sakit yang doktor cakap tak boleh puasa. Bagi mereka ini, bayar fidyah cukup, ganti puasa tak payah. Mudahkan? Yes, siapa kata Islam susah?

Kadar fidyah bagi tahun 1431H pula sebanyak RM1.80 sehari.

Win sendiri ada soalan, win call lah PPZ 0392895757, PPZ kata kalau nak tanya, boleh call callcentre PPZ 1300885757, tanya fasal fidyah atau zakat apape, mereka boleh tolong. Callcentre tu pun angkat telefon cepat.. tak lengah pun. Great service. Win nya soalan terjawab dengan mesra sekali *suka*

By the way, win dimaklumkan, fidyah boleh bayar online! yey!! senang kan?

Jadi, bila dah dipersenangkan segala urusan, sila bayar fidyah anda atau zakat anda,, No alasan accepted! :)

p/s win dah bayar fidyah dah,.. nak claim dari Wan lah..boleh? hehe

awin hashim.

No comments:

Post a Comment