Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Thursday, December 20, 2012

tentang Adam dan Hawa

Siapa tengok Adam dan Hawa (Aaron Aziz and Nadiya Nisaa) angkat tangan!

Win memang kaki tengok cerita bersiri. Terus addicted. Cerita melayu, orang putih, jepun, korea semua layan. Sekarang, win layan Adam dan Hawa. Best wooo..hhehehe..


**warning this entry contains SPOILER**


Dari episod mereka kena kahwin sebab kena tangkap basah sampai la episod mereka gaduh fasal Dee sampai Am bawa diri ke London tu, setiap kali pun, win terasa insaf. Contohnya, si Ain asik la marah maki hamun Am ni kan.. padahal Am suami dia. nusyuz betul (hukum tetap hukum) win insaf, win sayang wan., dah la baik, tak pernah marah win sekalipun. Tapi win selalu marah wan. kadang2 tak de sebab (PMS usually..hehe), sejak tengok Adam Hawa selalu lah win pergi manja2 kat wan sebab win rasa bersalah dan insaf, harap tak nusyuz. Wan ampun dosa win ye *oke, drama queen sungguh*

lepas tu, bab2 romantik, jgn ckp la.. lepas tgk episod romantik, terus win berkepit dengan wan, eiii sayangnyaaaa kt wan ni!..kata wan, "pengaruh drama btol la win ni" hmmpphh.!

so, para isteri sekalian!.. sayangilah suami kamu.. syurga isteri di bawah tapak kaki suami oke..jangan nusyuz, faham? pengajaran byk citer ni.. *obses*

p/s i never liked Johan one bit, sampai dah episod 66 pun tak suka Johan jugak. Weirdo.
p/s2 kesian azie. kesian sgt. harap dia tak disia-siakan... tapi OMG..muka azie tu lebih kurang sama macam muka budak hitam bodoh back in zaman UiTM (no, i don't mean u dear A**syah, honest! i mean my used-to-be-friend-who-barked-like-a-b-humiliatingme-infrontof-everybody-at law school-but-i-never-hurt-her-pun! tau..) eiiii tak boleh blah.. azie tu lawalah tapi..nasib baik si hitam tu pandai nyanyi..kalau tak, takde benda positif la kat dia tu..hahahaha..kesian.


awin hashim.

anak kecil dan outstation

oke, fakta:

1. win belum pernah satu malam pun tidur tanpa Naurah sejak Naurah lahir
2. win belum pernah sekalipun memberi excuse untuk tidak hadir outstation ke mana-mana sebab "urusan peribadi/keluarga"

next month kena pergi outstation Sabah. Bos dah suruh win pergi, tapi bos tahu keadaan win, dia siap2 tanya.."win u confirm kan dulu, kalau tak dapat pergi maklumkan awal so saya boleh bawak org lain"
budiman betul bos ni..he knows i am breastsfeeding Naurah.

oke, tapi if win akan say no to Sabah, dah melanggar prinsip win sendiri utk tak "mencampur-aduk hal rumah dengan hal kerja la pulak"

ikut hati nak angkut je Wan n Naurah pergi sama. Tapi, kosnya mengejutkan juga. No. no.. this is not an option. Option yang win ada adalah:

say no to Bos atau say no to Naurah

ehh? how can i say no to Naurah? gila ke apa? keeping my priority straight means, semua ku tinggalkan demi Wan dan Naurah. so?

am i going to be a bad mother if i leave Naurah for 2 nights in good hands?

dilema jugak ni. kan?



awin hashim.


Monday, December 17, 2012

Naurah @ 7 months

Inilah Naurah @ 7 months.
Dah kenal orang. Kalau nak main, dia clingy dengan daddy..ketawa sampai nampak anak tekak dengan daddy, dengan mummy dia senyum lebar je ketawa jarang..tapi kalau ada something wrong, tak selesa ke nak tido ke, lapar ke, org lain semua dia tanak, daddy pun dia tanak, just mummy je dia nak. n ada time dia nak bermanja je, dia pilih mummy. mummy only.
Budak ni memang manja. Tidur nak dipeluk, kalau cium2 dia masa tidur pun, dia tak terganggu pun. Tapi very sensitive to noises. Senang terbangun. Tapi kalau tidur malam, straight je, tak bangun2 kecuali nak menyusu *semoga terus cekap tidur malam ye babey, amin*
Mulutnya mengomel, suka berborak, bak kata nenek kl, mulut Naurah ni leter.
Tapi kalau ada org yang dia tak kenal, terus jadi baik, senyap n behave *thumbs up*
kalau hanya ada mummy n daddy, bercerita terpekik2..hehe
@ 7 months, Naurah pandai imitate apa org buat. org geleng kepala, dia ikut, mulut itik mandi dia tu comel kan, itupun dia ikut (sila tengok gambar di bawah), mummy jerit, dia jerit jugak

Tengok mulut dia tu.. rasa nak sedut sedut ja

Naurah budak sihat. Tak pernah demam selain daripada sebab kena injection, itupun highest suhu dia pernah capai setinggi 37.4 darjah celcius sahaja, lepas berkepit n menyusu dgn mummy puff dia sehat.. breastsmilk is the best milk for your baby, faham? terbukti sudah ni
*semoga terus sihat ye sayang, amin*
weighs 7.1kg (as of 26nov, last time timbang, sekarang tak tau berapa)
69cm tall
She loves chicken berbanding ikan. n sangat suka carot. hehehe..n sangat expert minum pakai cawan
gigi? belum tumbuh..tapi dah suka menggigit especially mummy's u know what! *ouch* haha
merangkak? belum..
dan yang paling baru sekali, duduknya dah tegap dah, alhamdulillah..


p/s i don't think she likes pink. :(

Tuesday, December 4, 2012

Restoran Rasamas - in my view

Disclaimer siap-siap: Ini adalah pendapat saya. Bukannya fakta pun. Oke?

Pada suatu petang yang hening lepas balik kerja, win n wan rasa stress atas sebab masing2. Maka, win ajak wan pergi dinner dekat Alamanda sebab kalau stress, kita perlu apa? MAKAN.

Memang semua org dekat Putrajaya kelaparan agaknya, chicken rice shop penuh. Jadi, win ajak wan pergi Rasamas instead. Ada byk meja kosong. Selepas order, tunggu 5 minit terus dpt makanan. Best..cepat servisnya. Kami order set nasi ayam yang dpt 1 quarter chicken tu. ada sup, air n side dish jugak. Mine was RM15.90, wan's RM16.90.. belum campur tax.

Tapi kan, lepas makan, win masih rasa lapar.. mana tak nya..nasi dia kasi separuh mangkuk je. Selalu kan nasi tu satu mangkuk standard org jual tu.. Alaaahhh,, kau tau kan mangkuk sukat nasi biasa tu. Yes, separuh je, tak tinggi pun bonggol nasi tu. Ayam pun kecik. Harga sama je mcm chicken rice shop lebihkurang. tapi chicken rice shop lagi kenyang. Total almost RM40 jugaklah.. Tambah RM10 dapat kenny rogers! haha

Kesimpulannya, ayam Rasamas aka ayam Ayamas, memang sedap.. Tapi dgn kuantiti yg ditawarkan, harga makanan di situ terus terasa mahal.

Sekian.

p/s takmo makan Rasamas lagi. sedih.

Wednesday, November 28, 2012

Pergi klinik lupa bawa surat beranak!!

Baru-baru ni win sama wan nak bawa Naurah pergi klinik sbb dia constipated.. So, kami yang tak suka Az-Zahraa ni sebab ada doktor yang tak bagus kat sana, instead kami pergi An-Nur..BEST n BETTER.. :)

Alkisahnye, win terlupa bawa surat beranak Naurah. Alamak!! win da paksa wan patah balik dah amik surat beranak. Tapi wan ckp, takpelah, kita masuk je klinik n tanya dulu.

So off we went inside, and asked the nurse.. dia minta kita isikan details seperti nama, tarikh lahir dan alamat lepastu terus dapat number..hahaha boleh rupanya.. aku je cuak. :) hahaha *jahil*

so, kegunaan surat beranak adalah details tu, diaorg nak copy je, sbb susah kalau nak minta org tuliskan, kot tulisan tu susa nak baca, or bila tanya, ada org yg pekak badak tak dgr ke, bisu ke sengau ke..or simply ignorant! so kalau ada surat beranak,. semua dah ada kat situ.. takpayah nak tanya2..kan senang.

jadi, tak perlu patah balik ambil especially bila emergency.. kalau perlu sgt pun, kemudian pun boleh,..

p/s hahaha..sebenarnya aku takde benda nak tulis harini.

Tuesday, November 27, 2012

Kuasa Make Up dan 1 keburukannya yang nyata

Make up memang berupaya membuatkan seorang perempuan lebih cantik dan outstanding, in other words, kalau dibariskan 10 orang perempuan yang lebih kurang sama saiz dan sama bajunya, yang bermekap akan nampak lebih POP, atau menonjol.

Tapi kan, dalam bulan November 2012 sahaja, win dah pergi ke beberapa wedding kawan-kawan dan win dapati satu fakta yang tak berapa nak best bagi si kaki-kaki mekap. Fakta itu adalah bila perempuan yang suka mekap tebal-tebal ni, masa dia jadi pengantin, nampak mcm biasa je. Biasa.. BIASA.. biasa = boring.. there's nothing special pun yang kita tgk kat dia masa hari dia jadi pengantin. Fakta ini menyedihkan. Win sebagai tetamu telah literally menyebut "macam tu je dia jadi pengantin?, hari tu jumpa dia, sama jugak rupa macam tu.." tak best kan? sedihnya!!  :(  sedih gila.

So apa nak buat? kepada anak dara, jangan mekap tebal-tebal ke?? tak jugak lah kan,. mekap la.. kalau tak kusam je.. tapi taktau la apa solutionnya. Kau fikir lah sendiri. :)
win ckp je apa yg win nmpak. hehe.

p/s win first time mekap tebal masa jadi pengapit kakak win kawin.. lepas tu masa tunang, and nikah n kahwin. :)

Monday, November 26, 2012

Akaun ASB untuk baby

Sempena Naurah menjadi sweet 6 months of age, mummy telah membukakan akaun ASB untuk dia. yeay!!
Menabung amalan mulia ye sayang..nanti monthly mummy suruh daddy topup ye :)

Oke, info untuk membukakan akaun ASB untuk anak anda adalah seperti berikut:

1. Selain kaunter Amanah Saham, u can go to maybank/cimb/pejabat pos
2. Baby mestilah berumur 6 bulan ke atas oke?
3. Bawa sekali fotostat i.c. penjaga (and the original la, of course)
4. Bawa surat beranak baby yang original dan fotostat
5. mykid baby tak pakai pun
6. Duit sekurang-kurangnya RM10

Isi form, dan beratur!

*anda akan membuka akaun remaja (buku dia ada tulis TING!)
*anda sebagai penjaga boleh keluarkan duit tu balik, baby boleh keluarkan balik duit dia selepas dia berumur 12 tahun saja..sebelum tu tak boleh.

Have fun parents!

Sekian.

Wednesday, November 21, 2012

Spectra Dew 300 - After 6 months

Post ini adalah kesinambungan post dulu-dulu:

http://awinh.blogspot.com/2012/06/spectra-dew-300.html
(sila baca post di atas dulu.)


Setelah 6 bulan beberapa hari win pakai Spectra Dew 300, believe me when i say, i have no complaint (yet?).. :)

So, mommies, Spectra Dew 300 = recommended!

Tuesday, November 20, 2012

Next Baby Expo @ Midvalley is on November 2012

Next baby expo adalah 4th Maternity & Children Expo pada 30 November 2012 ini hingga 2 Disember 2012 @ Mid Valley..
Mula 10 am tutup 9 pm..

Tips untuk ibu mengandung:

a dear colleague of mine mentioned to me that if you are pregnant sarat sangat, when you stop at any booth, start asking question as if you are interested, kalau ada rezeki, you'll get free gift. :)

tapi win sendiri tak pernah dapat pun.. cuba la kot kot dpt ke

See you there!

p/s EXCITED..whohoo

Bila win rindu dekat wan

haritu kan ada cuti tersepit kan? deepavali hari selasa, awal muharam hari khamis. so win n wan ambil cuti isnin dan rabu. Jumaat tak lah sebab both of us ada kes.

So dari hari sabtu sampai ke khamis, win dan wan cuti (whohoooo) berkepit sepanjang hari, sepanjang minggu. Turut terkepit si Naurah Arissa Darling yang dah pandai main terjerit-jerit tu, tapi on isnin dan rabu tu, Naurah pegi rumah mama dia. So mummy has daddy all for herself (dengar mcm kejam kan? tak la kejam pun, Naurah suka mama. Mama pun selalu rindu Naurah juge).

It has been 4 years, 6 months and 5 days win dan wan in a relationship. And I still miss him everyday. Semua tempat dia pergi win nak ikut. Even kt dlm rumah, dia kat dapur, win sibuk kt dapur.. Dia kat ruang tamu tgk tv, win pun kat situ, punya lah luas kerusi, nak jugak duduk menyempit, rapat2 je dgn dia. Cuma lately, ada satu anak dara terkepit antara mummy and daddy.. dia ikut mummy suka cuddle. best btol.

Right now, win dekat office, wan dekat ilkap tengah kursus. Keje byk sgt win pening, jadi ambil 5 minutes break, tulis fasal wan dekat blog. How i miss him so much (walaupun pukul 6ptg onwards kembali berkepit di rumah) indahnya marriage, Tuhan sahaja yang tahu, berkepit with the one you love so much everyday. Sesiapa yang masih belum kahwin, go kahwin now and rasalah perasaan ini.

Okelah, dah tamat 5 minit. Bye people, back to work.

Do not give your baby plain water..!

Malas nak tulis panjang-panjang kenapa. Cuba try google "plain water for baby" then, you will find the answers. Some sources said it is fatal if you give water to your baby,.,. fatal? scary kan? most sources said giving plain water to babies can cause "sawan tarik" pun scary. So, when you are pregnant, why not u start ur research on this topic as well.

Plain water should be introduced to your baby when you have introduced to them solid food, around 6 months of age. Itupun, you should not bloat your baby with plain water, instead, keep on feeding her/him breastmilk. She/he'll be fine. Kalau kurang air, sembelit pulak nanti.

Masa mengandungkan Naurah babey dulu, masa pergi check up dekat klinik kesihatan, dekat dinding ada tampal-tampal info breastfeeding, piramid makanan, kesihatan baby, gigi baby, termasuk plain water ni. Tapi kebanyakan pregnant moms di klinik, mereka termenung tunggu turn. Dah lah tak bawa apa-apa benda nak baca ke, mengait ke, game ke.. (i brought sudoku all the time).. since tak bawa apa-apa, bacalah benda-benda tampal kat klinik tu..(tiba-tiba nak komplen)...
kalau moms yang bawa baby takpelah.. dia sibuk membelek2 newborn mereka.

kesimpulannya, plain water is dangerous kepada baby di bawah 6 bulan.

i once (not once, beberapa kali) saw my friend administer air dalam botol susu kepada anaknya. Sepanjang masa berada di rumahnya (sejam ke dua jam) dia asyik kasi anak dia plain water. Anak dia belum 2 bulan lagi time tu. Reason? untuk cuci lidah anak dia yang putih sebab susu formula. I knew it was bad from the very beginning, but if i tegur her, she'll state the classic statement "kau tak de anak maz, kau tak tau"..(masa tu, win anak dara lagi..kawen pun belum..hehe) boohoo! i watched closely how my mom took care of my nephew dari dia lahir sampai dia 2 tahun lebih. memang practical kurang, tapi teori cukup. buktinya, i took care of Naurah sendiri and so far alhamdulillah, "aku dah ada anak, aku tau la.." (tapi sebelum aku ada anak pun aku lebih tau dari kau lah, malu sikit..hehe)

oke, kembali ke tajuk asal, plain water tak perlu untuk baby yang exclusively breastfed and formula fed. Bila mula makan, baru kasi air kosong, tapi itupun jgn kasi sampai baby kenyang tak nak susu. faham? hehe

do your research now mommies, for your son/daughter's benefit tau.

p/s kalau ada yang terasa, janganlah terasa tau.. i may not meant you, because you are not the only friend that i have who has baby. perasan sangat nanti stress,, betul... :)


Tuesday, November 6, 2012

Bolehkah seorang ibu yang masih menyusukan bayinya rebonding rambutnya?

Kebelakangan ni, win terasa diri ini tak cantik, selekeh dan menghampakan. Adalah sebab kenapa tiba-tiba nak rasa mcm tu.. Maka, win nak pergi SALOOOOON! hoyeahh!!.. oke, tapi i have a question, bolehkah win rebonding rambut kusut masai win ni sedangkan win masih menyusukan Naurah? Ada kesan ke ke atas Naurah? kalau ada, saloon has got to wait until Naurah umur 2 tahun la jwbnya.. takda jawapan "NO" yg dtg dari sumber profesional. takda jugak jawapan "YES" dari mereka.. so? boleh ke tak boleh?

p/s jgn lah pulak ada yg nak tanya, kenapa nak rebonding rambut? kan pakai tudung? mcm dpt rasakan je soalan ni akan terpacul daripada mulut sesiapa...hahaha..tak payah lah tanya tau.. tau.. :)

Lagi cerita fasal kerani ku "sayang"

Ceritanya begini, bos memang berniat untuk rombak balik tugas kerani-kerani di office. Jadi the other day, kami semua pegawai berbincang. Bos ada je mention betapa mulut far..eh fatin..(fatin kan? bukan nama sebenar)...bos ada je mention yg si fatin tu mulut lepas..dalam kata lain, celupar atau dalam kata lain, kalau masa zaman dulu2 memang nak kena cili..hehe. Bila win fikir balik kan, sudahlah tahap IQ dia mcm tu je, takde inisiatif utk memajukan diri, kaki mengumpat, celupar pulak lagi mulutnya. Apa yg positif kt kau ni? yg win boleh fokus, supaya win berupaya untuk mengasingkan emosi personal dan emosi profesional.? haha..mcm takde yg positif.

so, hasil rombakan kerja, win antara yang kuat mencadangkan agar fatin digandingkan dengan kawan baik dia utk buat kerja berkaitan accident. gandingan tu adalah supaya dia tak kacau win sebab win tak buat accident cases n supaya dia pandai, sbb kerja accident ni byk ilmu boleh dpt n supaya dia happy kerja dgn best fren dia. BAIK KAN WIN NI? hahahah.. tak dinafikan,, win ada hidden agenda..*wink* takdelah mana ada..:) percaya tak?

bila bos da inform dorg, si fatin suka..dgn obviousnya dia mengeYES-YES dalam meeting. haha..apahal la.. agaknya dia ingat bos syg dia n sebelah kan dia selepas dia mengadu keburukan win yg fictional kepada bos.(?!) ahahahahah think what u want dearest fatin..i'll be watching u...closely..i'll haunt u in ur nightmares...beware.. AH..tak do kojo den nak buek cmtu,.hahahaha.. pegi mamp*s la kau..aku bukannya pedulik pun..hahaha

oke..fasal kerani lain, win sungguh happy mereka happy dengan kerja baru mereka. :) bila mereka happy, win happy... seronok nak pergi kerja..yey!

Cerita Penang Naurah

Legal Department buat kursus pergi penang on 11-13 Oktober 2012. Oleh sebab jauh, win terus fikir nak bawa Naurah sekali la..dgn wan..malangnya wan ada conference dekat Jerantut pulak pada tarikh 12-14 Oktober 2012..damn! Jadi, win nak tinggalkan Naurah either dekat nenek KL or mama zana (pengasuh Naurah) utk 2 hari 1 malam iaitu 12-13 Okt tu, tapi bila fikir balik, how can i sleep at night without my baby underneath my armpit? hehe NO WAY! dia kan baby lagi..belum 5 bulan lagi masa tu..:( Kebetulan, bos pun kasi bawak baby, jadi Naurah is going to Penang..oh yeahhh!! Nenek n mama cah are coming along too utk menjaga Naurah spnjg mummy berkursus. Maka hati mummy..senang. alhamdulillah.

Mummy pilih untuk naik bas together with all my officemate. Maka, berbondong-bondong lah kami naik bas,..carseat Naurah pun naik bas juga.

Perjalanan pergi Penang sepatutnya 4 jam kan? kalau 4 jam sahaja, Naurah memang takde masalah lah. Tapi dek kerana selalu menyinggah.. perjalanan ended up menjadi hampir 7 jam! 9 pagi jalan, 1.30 tghari sampai penang...3.30ptg baru sampai hotel! makanya, bermula jam 3 ptg Naurah dah restless. tapi sampai2 hotel, selepas dicampakkan ke atas katil, Naurah happy! Bila fikir balik Naurah memang baby yang cool sebab dia suka naik bas dan main2 dalam bas.. Sepanjang dalam perjalanan, dia either main or tido sahaja.. Officemate win sampai ckp "tak dgr suara Naurah nangis langsung spnjg jln" mummy so proud of u! i love u..muah muahh!
Mummy ada kelas malam pertama tu, rupanya, teruk jugak nenek kena jaga Naurah yang cranky sbb penat.. n dia tanak menyusu melalui botol pulak..dia nak mummy je.. boleh je nenek panggil mummy naik ke bilik susukan dulu (itulah tujuan mummy bawak Naurah pun) tapi nenek tak panggil pun..hmmm.. mummy naik mlm tu dia masih merengek2..tido sekejap pastu merengek lagi. alahai Naurah. Pukul 3 baru lah Naurah selamat tidur nyenyak, bukan dalam baby cot hotel, tetapi underneath armpit mummy, "kegemaranku" kata Naurah :)



Muka suka naik bas

with Mummy


Bila sampai Hotel Hydro, Naurah terus bergolek atas katil dengan bahagia


With Aunty Eiffa tepi swimming pool

Nuarah's first time tengok laut

Tapi sekejap lepas gambar ni di snap, she fell asleep


Second day, Naurah oke je.. dia tak cranky, mungkin sebab dah hilang penat. Naurah pergi swimming pool, celup-celup kaki je sebab Mummy belum belikan Naurah bikini err swimming suit lagi. Lagipun nenek kata Naurah kecik lagi belum boleh swimming. Lepas pergi swimming pool, Naurah pergi tengok laut, Miami Beach..hooyeaahh!
Kegemaran Naurah sepanjang masa di hotel adalah, mandi dalam sink bilik hotel. :)
Third day pun oke. n perjalanan balik pun Naurah oke... tapi, bas tu buat lagi.. dia bantai nya perjalanan sampai 8 jam.. NOT GOOD.. dah pukul 7 tu, Naurah dah restless..Mummy pun da pening... Sampai mindef pukul 8 lebih dekat pukul 9.. tak senonoh betul, padahal bas jalan dari penang pukul 1! Pukul 3 atas jambatan pulau pinang lagi..*geleng kepala*

Apapun, it was a nice trip. Naurah memang baby yg terbaik Mummy pernah tgk yg tak cranky langsung dlm perjalanan. Easy to handle. I LOVE U. :)

p/s rugi daddy tak ikut!

Naurah's first photo with pengantin!

Naurah dah pernah pergi wedding sebelum ni, 2 kali. Iela's and Athirah's. Last Sunday, Naurah went to her third wedding ceremony. It was Jamme's. We took picture.. Rupanya kan baru lah perasan, Naurah belum pernah lagi amek gambar dengan pengantin. This was her first!



Selamat pengantin baru Jamme n Hafis. Semoga bahagia sehingga ke syurga. :)

Friday, November 2, 2012

PERUBAHAN yang nyata

sebelum kahwin (masa zaman girlfriend-boyfriend) - LAIN
masa nak kahwin (masa fiance-fiancee) - LAIN
selepas kahwin (newlywed) - LAIN
masa tengah mengandung (anak sulung) - LAIN
selepas beranak (anak sulung) - LAIN

semua dah berubah menjadi lebih baik, syukur alhamdulillah.. tapi ada jugak perubahan yang tak berapa nak best terselit-selit kadang-kadang. so mcm mana nak handle perubahan yg tak best ni?

i figured that i (yes, myself) should push MY OWN refresh button and see what happens next. :)

good luck to me! :)

Thursday, November 1, 2012

alkisah keraniku "sayang"

alkisah seorang typist merangkap kerani di pejabat yang indah ini telah meragut kegembiraan ku pada suatu hari..

Kisah 1

Tiba-tiba bos call bising2 suro win pantau seorang kerani ni, bos suro dia taip agreement..tapi dah berhari-hari dia belum jugak siapkan. padahal dia takde kerja lain yg urgent yang perlu didulukan pun. bising bos. marah betul dia. tapi dia tak pantau sendiri sbb dia outstation, n dia perlu typed agreement tu a.s.a.p,
jadi, win pun jumpa la kerani ni dan ckp dgn lemah lembut longlai sekali "fatin (bukan nama sebenar), bos ada suro taip agreement kan? dah siap dah?"
soalan win yg lemah lembut longlai tu dijawab dengan kasar dan eksyen sekali "belum!! mestilah banyak kan?! kalau bos nak cpt suro dia taip sendiri!!.. kalau cik awin takut nak ckp dgn bos, biar kita ckp sendiri dgn bos"
amboi. kau nak suro bos yg taip ke?
tak sedar diri ke apa budak ni.. tapi win cool je ckp "taiplah cpt cpt ye..bos dah bising tu, awk lmbat sangat"
dia menjawab lagi "banyak lah..ingat kite takde keje lain ke??"
eh? memanglah takde keje lain kan? hahaha..bengong la kau fatin (bukan nama sebenar).
jadi win suro dia siapkan haritu jgk.

esok, bos emel pulak, belum dpt lagi rupanya..bos bising jgk. suro win suro fatin (bukan nama sebenar) cepat.

win jadik fed up..ai! takkan suro taip pun lembab sgt kot? jadi, win pegi dkt fatin (bukan nama sebenar) dan dapati dia sebuk main telefon (sms/whatsapp ntah lah kan) sambil tu kat skrin komputer pulak FACEBOOK..kol 10am office hour dol! selamba je kau tak tau malu ke bukak fb tayang kat bos-bos kau!
win pun tegur la dia (dengan nada keras) "far..eh..fatin (bukan nama sebenar hehe) macam mana nak siap taip kalau asik main talipon je!!..bos da tanya tu, selamba je main talipon tak habis-habis. org lain pun bertunang jugak!!! (kebetulan, weekend lepas tu dia baru bertunang..)" hambik kau.. aku ni cool.. tapi kalau tercross path dengan org lembab dan tak bertanggungjawab mcm kau ni..hilang lah cool aku!!
win suro dia siapkan by 11.30 am

12pm win lalu kat dia, tanya dia dah siap ke belum..dia jawab lembut je "belum cik awin, sikit lagi"
boleh pun jwb lemah lembut. *geleng kepala*
kol 12.45pm dia dah siap n emel kt bos tugasan tu. kol 2.30pm win tanya dia jwb dah emel dah.
so, win diam je la.

esoknya, win breakfast dgn bos, bos mention "win, apsal dgn fatin (bukan nama sebenar) tu? dia emel kt saya dia tulis mcm2 fasal kamu.." jeng jeng jeng.. merah padam muka aku. dia ni burukkan aku dkt bos?? jarum! kaki repot.! penyapu! oleh sebab dia buat gitu, aku pun nak bukak cerita buruk dia kt bos, but then again, i was thinking, tak pyhlah..buat apa? bos bukan taktau tahap "kepandaian" dia tu..hehe..

Kisah 2

satu kakak kerani tanya aku "cik awin, surat sekian2 ni ada tak cik awin dpt?" dia nak rekodkan dlm buku perkhidmatan win la tu. win jwb la..surat tu takdelah lagi, sebab nak dpt surat tu kan kena apply dulu. kan saya dah bagi semua dokumen supaya kerani applykan utk saya (in order to get that letter)? kan? dah apply ke belum? dia blur.. sbb itu bukan keje dia. itu keje si fatin!.. rupanya fatin (bukan nama sebenar) belum apply kan lagi!!!!
dear fatin "sayang" kau ni nak sekat periuk nasi aku ke? kau pahal ni? kau nak carik gadoh ke? ha?

apalagi, meletup la win dkt office, marah dkt far..eh..fatin (bukan nama sebenar).. yang tak menjalankan tugasnya yang akan terkesan dekat perjawatan win!..

***

n i bet, dia mengadu dkt bos..hehehe..
n yup. the next day i saw her going into bos's room to complaint..yelah nama pun far..eh KAKI KOMPLEN..sekian.

***

harini, bos ada sebut yang si fatin (bukan nama sebenar) guna perkataan kasar masa marahkan si awin (aku)..hmm..n bos tergelak je..n takde kesan pun la fatin kau nak buruk-burukkan aku.. kerani-kerani lain, tak kurang ajar mcm si fatin, semua oke. masa kerja semua profesional..masa personal,semua ramah n ikhlas.. tapi kau, si kaki report, mulut celupar, masa kerja pun kau layan aku ni mcm kawan-kawan kau je..bos pun kau layan mcm kawan-kawan kau..*geleng kepala lagi* tak guna berkulit putih gebu kalau di muka tu ada stain hitam pekat yang besar.. faham ke ni? heheh..fatin takkan fhm punye..:)

kau kuat mengadulah..kau nak bos buat apa dkt aku ni? transfer aku? marah aku? apa? kau mmg nak carik gadoh kan? SIAP KAU! hahaha

Wednesday, October 24, 2012

Macam pernah dengar..

Masa mengandungkan Naurah, win yang sememangnya berulang-alik KL-PUTRAJAYA hari2 pergi balik kerja selalu/sentiasa tersangkut dalam traffic jem di KL yang tercinta ini. Kadang-kadang perjalanan 40 minit bertukar menjadi 2 jam atau 2 jam setengah..tgklah.. jadi, win slalu stress, call wan kadang-kadang nangis-nangis (ini pengaruh hormon ketika mengandung..kalau tak mengandung tak kuasa aku nak nangis!)..jadi, bagi mengelakkan stress yang not good for the baby in the tummy, maka win slalu pasang radio kuat-kuat sambil nyanyi2.. driver2 di sebelah tu pandang, win buat tak pedulik je dan teruskan nyanyian sekuat hati..hehe..slain menyanyi, win ngaji jugaklah..btol! sungguh..! win dah nak hafal seluruh surah yasin dah alhamdulillah..

lagu yang paling selalu diulang-ulang adalah HELENA, My Chemical Romance.. terjerit pekik lah win nyanyi lagu punk rock.. surah pulak, surah yasin lah..dengan ar rahman. itu cerita masa mengandunglah..

so, masa umur Naurah mcm 3 bulan mcm tu, win drive balik KL berdua dengan dia.. dia tak tido, dia bising..menjerit-jerit nyanyi ke apa tak tau..tapi dia main lah..bukannye menangis or cranky.. tiba2 keluarlah lagu HELENA tu..terdiam dia..dia dgr sampai habis. habis je lagu tu, dia sambung menjerit2 balik..

win try again, replay HELENA, dia terdiam juga, tapi kali ni tak sampai habis lagu la.. n play lagu lain, tak pulak dia terdiam..pasang semula HELENA, dia diam n dgr..

so, win try pasang surah yasin pulak, pun sama.. dia diam.. n dgr.. (tp surah ar rahman tak pulak)...

so kesimpulan yang win buat adalah..mungkin dia teringat lagu HELENA ni mcm familiar lah.. mcm pernah dgr..bila ye? surah yasin pun mcm familiar sgt.. it's a sweet sweet fact..

it's just, kalaulah win lebih banyak dgr mengaji daripada dengar lagu yang terpekik terlolong adalah jauh lebih baik dan bermanfaat.. ada sesalan di situ. *mengeluh*

p/s adik Naurah nanti, mummy dgr mengaji ye.. :)

Monday, October 1, 2012

apa nak buat dengan duit anak kita?

Duit Naurah dah selamat dalam akaun Mummy yey..besnye boleh shopping!! ;P (oke, tak..mummy tumpangkan je duit tu for safety purposes until i can decide how to keep it for Naurah's benefit)

So now mummy kena fikir cara mana yg paling menguntungkan Naurah darling. Fikirkan masa depan.

Niat asal win adalah untuk tunggu umur Naurah masuk 6 bulan, then win bukak akaun ASB *kegemaranku* untuk dia dan humbankan segala duit raya, duit lahir, duit akikah dia ke dalam akaun ASB tu.

Memandangkan win nye baby adalah girl, ada staff di pejabat cadangkan belikan Naurah emas sebab harga emas makin meningkat. Kalau nanti later dia nak jual harga melambung-lambung.. Yelah kan, masa win nak kawen dgn wan harga emas RM138 mcm tu. Setahun lepas tu, masa nak belikan anklet Naurah haritu harga emas dah jadi RM158 itupun selepas sale..!! Sekarang dengarnya dah RM170 lebih..hmmm good investment i think., bayangkan masa Naurah nak kawen nanti, 25 or 26 tahun dari sekarang berapa harga emas ye? ntah2 org zaman tu kawen tak beli emas dah, pakai besi je sbb emas mhl sgt..haha. so, it is in fact a good investment utk Naurah darling. Kan?

oke, win ada 2 options:

1. Buka akaun bank, simpan je semua duit2.
atau
2. Belikan Naurah emas, sebab harga emas makin meningkat..

Hmm...? ntah eh..daddy rasa cne?

Thursday, September 27, 2012

Bila Pengasuh Nak Bawak Anak Kita Balik Kampung Dia

Kampung nanny Naurah di bagan lalang. dia pernah sebut nak bawak Naurah balik kampung dia. Tapi mummy sentap n mummy tak pernah bagi permission pun. Kenapa nak bawa anak win pegi balik kg dia? kenapa? kalau urgent, mummy balik lah amek Naurah. Pastu dia boleh lah balik kg dia dgn hati senang. mummy pun hati senang.

tapi pada harini, nanny Naurah sms n tanya "boleh ke" dia nak bawak Naurah balik kg. dia tanya boleh ke..so mummy reply "ooo, takpelah saya balik amek Naurah dululah kalau mcm tu, kakak nak balik kg pukul brapa?"...n dia reply "nak balik dah ni, takpelah akak bawak Naurah"

aik? dia kan tanya boleh ke? Kite dah ckp tak boleh, dia nak bawak jugak anyway. Hadoi....sungguh ku tak rela..! tp what choice do i have? win keje kl..Naurah dkt Putrajaya. Kalau nak tggu win balik amek Naurah pun dalam sejam baru sampai...n dia da nak gerak sgt. Again..sungguh ku tak rela!

Hmm. as a working mum, i don't really have choice, baguslah dia inform dulu, dpd dia bawak je terus kan? n baguslah dia bawak, dpd dia tinggalkan Naurah sendiri kan, kalau apa2 jd mcm mana pulak?

*mengeluh* *mengeluh* *dan mengeluh lagi*...again, sungguh ku tak rela!
why can't i take care of my own daughter and work at the same time?

Monday, September 24, 2012

Bunga Telur DIY - Majlis Akikah Naurah Baby

Semasa majlis akikah Naurah haritu, mama long dia (kakak wan) dan nenek sebelah daddy telah sponsor bunga telur dan coklat dalam goodie bag, while the bag itself + yassin, mummy dah sediakan..total ada 130 batang bunga telur. win dah siap2 pesan temanya adalah pink/polkadot.
mlm sabtu tu, dapat-dapat je bunga-bunga telur, win tersenyum, comel la pulak! heheheheh.. despite penat, tapi we had fun adik beradik + wan + bil membuat kerja pembungkusan sambil tgk man Utd lawan team mana ntah.

ada 4 designs all together, little pink gown, carnation, pink pram and botol susu pink yang comel. sila lihat gambar di bawah.



lepastu, kami isikan net tu bukan dengan telur, tapi dgn apam polkadot, sesuai ikut theme. whohooo! comel na laaaahh! i like.

masa majlis tu juga ada kawan win yang dah siap tanya harga benda-benda ni. well, mama long Naurah adalah seorang part time businesswoman yang suka DIY stuff pun, so, i'm sure she can accomodate ur preference..and thus, dearest reader, i am now promoting her bunga telur, if anyone interested, sila emel win.. mazuin.hashim@yahoo.com. :)
harga bermula dengan RM2.50 sahaja. Warna n bentuk boleh tukar-tukar sukahati. Cuma kalau nak tempah, tempahlah 4 minggu sebelum tarikh. Oke?

Thursday, September 13, 2012

sampailah bila la la la la

semenjak start kerja 13 Ogos yang lalu, win lepas balik kerja kol 5.30ptg, tak sempat duduk terus masaklah, basuh kain la bla bla bla..bila wan dah balik dgn naurah pukul 6.30ptg, win lepak jap guling-guling dgn naurah, pastu magrib, pastu susukan naurah pastu tertido, tgh2 mlm terbangun baru sembahyang isyak pastu re-pack baju2 n keperluan naurah utk hari seterusnya di rumah mama dia n gosok baju kerja n kalau sempat tido balik, kalau tak (sebab tersedar tu pukul 4am), kol 5.30am terus siap pergi kerja, kol 6.30pagi jalan..n terus2an mcm tu sepanjang minggu!

tido tu dengarnya macam lama sgt..tapi tak cukup jgk + tak puas..n penat tak hilang lagi..di manakah silapku? hari2 berazam "oke, malam ni aku nak tido pukul 10pm, not earlier n bangun pukul 5.30am, not earlier" tapi, asalkan susukan naurah je, mummy n baby n sometimes daddy sekali terus tertidur..dah sebulan dah masuk office balik lepas maternity leave, takkan penat lagi kot..

soalannya, sampai bila nak jadik cmni..ni ni ni ni..

Tuesday, September 11, 2012

my Naurah sudah besar!

kepala Naurah dah tegap dan tegak sejak dia 2 bulan setengah lagi..sejak tu, dia dah taknak dukung baring dah, nak didukung mcm budak besar, kepala n leher mesti tegak masa kena dukung, baru dia happy..sampaikan masa nak injection imunisasi 3 bulan tu, doktor sampai tegur "eh,..btol ke baru 3 bulan ni? kepala dah kuat sgt tegaknya ni.. ni mcm da 4 - 5 bulan dah,.." bila Naurah ditiarapkan, mmg dah terer, tegak kepala dia, siap dah terkuak2 kononnya nak bergerak ke depan.. tapi dia belum pandai nak meniarap sendiri.. seluruh badan dia da in position meniarap dah, kecuali kepala belum naik2 lagi..tapi mummy cool n relax je, thinking dia akan meniarap bila dia ready..anytime soon..sbb bila baca kat internet, rata2 baby meniarap on the fifth month, plg lambat 6 bulan.. tapi mummy sentiasa mengharap, harap dan harap harap sgt...
sampailah...

malam tadi 9.10pm (10sept2012) (she was 3 months 3 weeks 5 days), Naurah did it for the first time sendiri depan muka mummy!! whooooaaaa!
Pagi2, mama dia snap gambar terus send kt mummy.. Anak dara mummy da meniarap.. *happy*



mummy sungguh bersyukur..Naurah darling, sabtu ni Naurah baru nak masuk 4 bulan..tp Naurah dah berjaya dahh..alhamdulillah...comelnya..mummy so proud!

Thursday, September 6, 2012

Cerita peti ais, susu dan air mata

Sehening pagi berangin jam 2.45 pagi..terduduk win menangis bila menjumpai pintu peti ais tak tutup rapat. ada 6 botol susu perah untuk naurah dalam tu. lembik lutut dek kekecewaan melampau. Sudahlah naurah menyusu dekat baby sitter 5 botol sedangkan win cuma produce 3 botol..sedang gigih catching up sampai bangun malam utk pam, tiba-tiba peti ais pulak tak tutup rapat. ya allah hai,. tp nasib baik bukan freezer yg tak tutup rapat, kalau tak pengsan! ada lg byk yg beku. dah lah makin sikit..sungguh berat dugaan ni.

dengar dek wan win menangis-nangis malam2 buta, terus dia dtg. n dia ckp dia last bukak peti ais baru je lagi..tak lama sgt pun. lagipun masih sejuk.belum betul2 hilang sejuknya.. win bukak satu-satu, bau dan rasa time tu jgk..alhamdulillah. masih elok. n yes masih sejuk. leganya lah hati ni.

huiyooo..frust yg pagi tadi tu.. sungguh berat rasanya. ya Allah, aku mohon jgnlah putus rezeki naurah. amin!

Tuesday, August 28, 2012

Kisah Kedai Cermin Mata

Win da kena pakai spec sejak umur 15 tahun, form 3. So dah byk kali sgt berurusan dengan kedai spec sepanjang 11 tahun ni. Setiap kali sebelum buat spec baru, mesti kena check mata dulu..sgtlah biasa perkara ni, siapa pakai spec mesti tau punya.

Di taman tempat wan n win tinggal tu, ada kedai spec kecik, satu lot kedai tu bahagi 2. Itu je kedainya. Kebelakangan ni win selalu pening2, kemungkinan besar fasal spec la kot, da 2 tahun tak tuka. So, ingatkan murah dan since dekat sgt dgn rumah, maka win berminat utk buat spec kat kedai tu je.

Nak masuk kedai lagi dah terpana dgn sign 50% off.. wow! so win gi la check mata dulu. Mamat yang check ni, confirm bukan optometrist, cara dia check sgt terkial2 dan mcm tak confident langsung. Tapi takpelah kot. Pastu yg buat win turn off adalah apabila mamat ni suro win pakai "spec plastik yg dia masukkan kanta tuka2 nak check power tu, yg rupanya aneh skali tu" ke luar dari tempat check mata tu. fhm tak?

rephrase: kalau kita nak check mata, mesti kita masuk bilik gelap kt belakang yg akan ada screen huruf2 tu tau,..pastu, kita pakai satu spec plastik yg boleh tukar2 kanta tu dlm tu sambil dia nak check power kita.

mamat ni, suro win keluar dari bilik belakang yg gelap tu, masuk balik ke ruang kedai sambil pakai spec plastik tu, dia suro pandang luar n dia tanya jelas tak? n dia suro pandang lantai, tanya even tak lantai kedai dia?

what the? hideous..hideous..mamat ni betul ke tak? turn off betul seyh!

pastu result dia gempak btol. win nye power mata kiri dia kata dah naik. asalnya 325, naik menjadi 450! yes. naik sebanyak tu (menurut kata mamat ni lah) padahal, win rasa spec win masih terang lagi. kalau naik pun takkan la byk sgt. pastu mungkin pening sbb silau yg dah lain. what the hell mamat ni? win dah sebelas tahun pakai spec tak penah jumpa tukang check mata yg mcm ni.!

pastu dia terus promo spec dia. win dah terkedu sbb power bertambah byk mcm tu dan confuse sbb rasa mcm kena tipu pun ada. terus win ckp, takpelah bang, kami dtg masa dah dpt gaji nantilah. mahal lah! memang mahal pun utk kedai standard mcm ni. (mcm berlagak betul ayat ni kan? haha)

so wan n win terus pergi ke focus point kt alamanda. Check power, chinese girl yg check tu cara dia check mmg mcm standard biasa win pernah go through, and resultnya.... power mata kiri ke kanan ke tak berubah. TAK BERUBAH langsung oke! silau mata kiri je turun sikit. n something about angle, this one win baru first time dgr.heheh.

cubalah bygkan kalau win ni stupid enough utk percaya mamat tu yg power win dah naik extra 150 in 2 years. pastu pakai spec yg powernya slh..tak ke buta hasilnye?

so, kedai spec di desa pinggiran something dkt tepi putrajaya ni, soooooo highly NOT RECOMMENDED.. pergilah jauh sikit..jgn mls sgt ye kwn2... :)

p/s mengeluh kuat-kuat!

Monday, August 27, 2012

Kenapa kita patut mengemas rumah?

Sebab...

Pertama sekali, kita mungkin akan terjumpa kad ucapan selamat pengantin baru:




yang tertulis berbagai ucapan:




Di mana, ada ucapan/doa yang dah termakbul:





atau yang tak berapa kesampaian:

(tp mungkin cucu ketiga mak adalah girl. who knows?)




hehe.


Selain itu, kita juga boleh terjumpa sesuatu yang lebih lama daripada kad ucapan selamat pengantin baru.. iaitu,


kad ucapan selamat bertunang!






How cool? :)


Atau kita juga boleh terjumpa envelope misteri seperti ini, sambil kita membukanya tanpa sebarang pengharapan,



tiba-tiba, kita dikejutkan dengan:



wahhhh!!! duit selit-selit..


tapi yang paling bernilai dalam RM literally adalah apabila win menjumpai:



!!!!!!!!!!


alhamdulillah. muahahahaha.. aku kayo!

(bley top up duit nak bayar servis kereta, kata wan.)


Kesimpulannya, kemaslah rumah anda sekarang!!!!

sekian.

Wednesday, August 15, 2012

catering majlis akikah



"wow. mahalnye.!" ni adalah reaction apabila win terima quotation dpd satu caterer akikah di klang. RM24 per head, min 100 pax, dah rm2400.. belum masuk harga kambing lagi. kambing golek seekor RM1500.. kau kirakanlah total berapa..!! kaya lah jadi caterer. Nak jadi caterer jugak lah..haha

nasib baik zaman skrg ada internet, boleh browse byk2, mintak quotation sana sini dulu baru decide. byk la pilihan sikit!

kesimpulannya, buat majlis yang sederhana adalah pilihan kami, so, bye2 caterer klang, kau mahal lah.




Tuesday, August 14, 2012

Gambar-Gambar Obsess

Tajuk post ni mcm nak kutuk org. Tapi sebenarnya, tidak. Hehehe.. Semalam, 13 Ogos adalah hari pertama masuk kerja setelah cuti bersalin 90 hari. Jumpa semua officemate..Rindu lah! haha tp win rindu my baby Naurah more.. if win can bawak her, win masukkan Naurie dlm beg, bawak pegi office hari2.hehe

So, bila dah lama tak berjumpa, i did a lot of catching up with them. Satu topik melompat ke satu topik dan seterusnya, tiba2 tersentuh topik gambar Naurah di facebook yang berlambak-lambak. One colleague telah berkata begini "alaaaa, dulu baru kahwin gambar wan aje kat facebook, sekarang, mana ada gambar wan lagi".. win was like "hahaha, ha'ah la.. tak perasan"

kelakar..kelakar..bila dah obsess dengan Naurah, gambar Naurah je lah.. Sorry ye wan darling.. hehe.

Itu je nak ckp.

Wednesday, August 8, 2012

Rezeki Naurah lah ni

Last week, wan dpt rezeki, soon dia akan dpt status tetap dlm servis.
Semalam win dpt rezeki, result induksi lulus dengan kepujian, boleh la confirm tak lama lg.

Alhamdulillah, thank u Allah for the rezeki!

Dengan Penuh Kerisauan - Cerita Nanny

Sejak dah bergelar mummy, hati ni selalu je risau. Risau kalau dia lapar sbb tak tersedar nak menyusukan malam la, risau kalau susu badan ckup utk dia, risau berat badan dia tak naik lah, bla bla bla..dan yg terbaru sekali risau nanny dia tak pandai jaga dia.

FYI, nanny dia sentiasa bergaul dgn babies sbb mak kpd nanny dia adalah seorang pengasuh babies sepenuh masa yg handal sekali (ini first time dlm hidup win gunakan perkataan "handal"). Beliau juga masih mengasuh sehingga sekarang. So, apabila si nanny terdengar nenek si Naurah mencari pengasuh, dia terus berminat utk menjadi pengasuh juga, just like her mom memandangkan dia tidak bekerja. Ada satu je tapi. TAPI dia tidak pernah mempunyai anak sendiri. Ini crucial kpd win. Sangat. Tapi wan ckp kita tawakal, itulah satu2 nya perkara tak best kalau both mummy n daddy kerja. Kesian Naurah baby kena tinggal dengan org.

First Day at Nanny's

Turned out to be difficult for both mummy and nanny. Mummy hantar Naurah dan brg2 lepas tu terus mummy balik, tak Lepak2 sana pun sbb mummy takut mummy nanges.! So mummy terus pergi selepas dah explain briefly fasal handling susu perah dan cloth diaper. Tapi oleh sebab explanation tu brief sgt, nanny ada byk questions tentang susu dan perkara lain juga. End up Naurah either tidur or nanges dengan teruk!

Ya Allah..Mcm ni mcm mana nak start kerja nanti? Nasib baik win hantar dia seminggu awl. Sempat repair masalah ni. Insyaallah.

Contoh masalah adalah (among others), Naurah taknak nenen guna botol susu dia. Win sendiri da sebulan ajar Naurah menyusu guna botol. Memang susah tapi boleh. Perlu kesabaran tapi boleh. sepatutnya nanny lagi senang sbb Naurah tak boleh bau nanny mcm Naurah bau mummy dia, so bottle feeding should be easier. Tapi, TAK!

Masalah lain, Naurah suka mandi. Suka sgt..berenang2 dia dlm besen. Dah la win mandikan dia style old school, nenek Naurah ajar mandikan dia tanpa sebarang gadget zaman skrg. Hanya besen, tgn win dan Naurah dan air. N Naurah suka mandi. Tapi nanny dia ckp Naurah nanges sekuat hati bila dimandikan. Win confused.! How lah?? Apa yg silap ni?

Day 2 at Nanny's

Memandangkan hari pertama tak berjaya, nanny byk mintak barang2 keperluan tambahan, based on experience semalam dan Win adakan semuanya. FYI, 4 hari sblm hari pertama, win dah call nanny dan tanya dia perlu apa2 tak so win boleh siapkan sblm hari pertama. Dia kata tak ada, hanya Naurah dan baju n brg2 essential dia, like diaper, wet tissue etc. Tapi I don't blame her, dia pun first timer. Based on experience smlm dia dah tau apa dia perlu. Nasib baik mak dia was around to guide her through the day. Kalau mak dia takde mungkin win tak akan pilih dia utk mengasuh Naurah to begin with. Sebab sebelum seseorang itu menjadi ibu, dia memang belum pandai jaga baby, walaupun dia rasa dia terer sebab pernah babysit anak org. Kecuali lah dia pernah menjadi pengasuh full time.

Hari kedua turned out to be just fine. Semua oke. Naurah tak nanges2. Dia bahagia je berbanding smlm. Alhamdulillah.

Esok third day. Kita tgklah cmne nanti. So far, nanny Naurah da buat yg terbaik sekali utk Naurah dan she really is trying hard to please me and I appreciate that and hope that this relationship goes well.

truthfully, i am sad not because i dont trust my new nanny but i am sad because i can't take care of Naurah myself.

Saturday, August 4, 2012

Soalan Ikan Salmon

Beberapa hari yg lepas, semasa berbuka puasa berdua dgn wan kat rumah, dalam pada borak2 tu kami tiba-tiba tertanya-tanya, "ikan salmon tu, ikan sungai ke ikan laut??"

Wan ckp ikan sungai sbb pernah kami berdua tgk cerita monster fish ke river monster ke apa tak ingat dekat discovery channel, ikan salmon migrate naik ke hulu sungai utk bertelur. So, wan ckp "obviously ikan salmon tu ikan sungai"

Win pulak ckp, ikan salmon tu ikan laut. Memang dlm discovery channel tu dia tunjuk ikan salmon migrate ke hulu sungai utk bertelur, tapi dia migrate dari laut..dan lepas da menetas, anak ikan salmon balik ke laut..so, dia ikan laut. Lagipun, salmon dekat tesco mhl. Ikan sungai tak mhl. Ikan laut yg mhl.

So, kami bersetuju utk research dan bersetuju juga siapa slh kena bayar..rm50!

So kami Google. Dekat wikipedia ada tulis, "ikan salmon tinggal di laut dan akan migrate ke hulu sungai utk bertelur pada musim2 tertentu. Ikan salmon lahir di hulu sungai dan akan bergerak menuju ke laut..bla..bla.." win dah confident wan slh.. Cubalah interpret wikipedia. Memang win yg betul. Tp wan taknak klh. Tak ada pun ayat penyata daripada punca sahih yg menyatakan "ikan salmon adalah ikan laut" mahupun "ikan salmon adalah ikan sungai"

Masalahnya sampai skrg kami tak tau siapa slh siapa betul. So, soalannya, ikan salmon ikan laut ke ikan sungai?

P/s movie "The Lovely Bones" ada watak Susie Salmon.. Susie ke sushi Salmon? Hahahah apalah nama tu.

Lelaki 711

Have u ever noticed the picture of a guy at channel 711 astro every time every show is about to start? The guy whose picture is between the classification tu (PG13, 18SG etc etc). Well, I have, only recently. Dah lama tau dia ada..kenapa lelaki tu? Handsome? tidak, terkenal pun tidak. Sedikit gay-ish pun ye (his style, I mean) kenapalah astro letak gambar dia?

Tiba-tiba rasa annoying. Selama ni tak perasan pun..
Hahahah. Apalah.

Monday, July 30, 2012

Cerita-cerita Orang Tua

Orang tua ada banyak pantang larangnya especially yang berkaitan dgn perempuan dalam pantang bersalin dan babies.
Baru-baru ni win terdengar tiga pantang larang yg disebut oleh seorang orang tua yang win jumpa. Dua daripada pantang larang ni win baru pertama kali dengar.

1. Win dah pernah dengar, bedunglah baby, nanti elok lurus n rapat je kaki dia.
Tapi, macam mana nak rapat kaki baby tu, kan dia pakai pampers, kalau cloth diapers lagilah bulky? Insyaallah nanti oke je kaki dia.

2. Yg ni tak pernah dengar. Air susu ibu jgn terkena kemaluan baby, nanti kemaluan baby tu sampai ke tua berbau busuk. Tak scary ke der?
Orang tua yg bercerita ni siap bagi contoh, si Jane tu ha, busuk dia punye tu kan sampai tua. Tapi macam mana dia tahu, takkanlah dia pergi bau org punya private part? N si Jane, takkanlah pergi canang dekat org private part dia busuk?? Something fishy ni,.. Or was it a made-up story?!


3. Kalau baby tgh meneran untuk buang air besar, jgn cium2 dia, nanti ketiak dia busuk sampai tua (ada bau badan yang tak best). Inipun win baru pertama kali dengar.

Untuk pantang larang yang kedua tu, win tanya si orang tua, macam mana boleh terkena air susu dkt kemaluan baby? Kan baby sentiasa bertutup dgn lampin? Si orang tua jawab, tak lah, mungkin zaman dulu baby tak pakai lampin aka bogel semasa disusukan. Hmm..Hmm..Hmm..

Kadang-kadang ada pantang larang yang boleh diikuti, tapi yang mengarut tak pyh la nak ikut. Kadang-kadang sampai menyalahi agama pulak, jahil..jahil...sendiri decide oke?

P/s jangan pakaikan baju kuning atau dekatkan apa-apa benda kuning (langsir, kerusi, boot phua chu kang etc) pada baby yg kena demam kuning..nanti makin teruk kuningnya.. Betul..betul, kalau baby tu baby chameleon (cicak sesumpah) la..ahaha..NO OFFENCE, pendapat masing-masing. kau fikirkan lah, oke?

Wednesday, July 25, 2012

Keluar Malam-Malam

Sekarang kan bulan Ramadan, maka seperti biasa ramailah kawan2 yg ajak keluar buka puasa sama2. Win n Wan tersangatlah excited untuk join tetapi keadaan kami tidak mengizinkan sgt2 sbb Naurah is our priority now.

Keluar siang2 kami dah cuba, berjaya. Tetapi kena segera. Lepak2 borak2 lama2 mmg tak berapa sesuai. Kalau dah nak berbuka dgn kwn2 takkanlah makan terus balik kan?

N kalau nak tinggalkan Naurah dgn nenek, pun tak boleh sbb, nenek nak pergi masjid, sembahyang terawih.

Jadi, kepada kawan2 win yg mengandung sulung skrg ni, pergilah buka puasa kat luar skrg..next year mungkin tak berpeluang. Hehe..mungkin lah. Lain org lain la kan.

Until Naurah is old enough, no more keluar malam-malam for both mummy and daddy.

Sunday, July 15, 2012

Happy 15th every month.

Kenapa dengan 15 haribulan? Especially 15 Mei. Sebab, win n wan punya love anniversary adalah pada 15 Mei. Empat tahun kemudian, Naurah darling pulak lahir, on the same date *yey*

Empat tahun dua bulan yang lepas, pada tarikh ini, jam 2.30ptg, win n wan berada di suatu tempat yg ramai org, tetapi terasa mcm tiada org langsung, di tepi air jernih yg mana suasananya sungguh nyaman dan syahdu., the day we fell in love with each other. That's why tarikh ni tersangat penting bagi kami ditambah pula dengan kelahiran si cantik pada tarikh yg sama tahun ini.

Blessed. Blessed. Blessed. :)
Syukur ya Allah.

Wednesday, June 20, 2012

Photoshoot Gambar Mengandunglah Konon

Mengimbau kembali hari-hari terakhir sebelum kelahiran Naurah darling. Seperti yang telah diuar-uarkan berkali-kali, due date win yang sebenarnya sepatutnya jatuh pada 26 Mei 2012.

So, pada pagi hari sabtu 12 Mei 2012, win beritahu wan yang win teringin nak buat photoshoot gambar mengandung berdua dengan wan sebelum win bersalin sebab kami takde gambar berdua dengan perut 9 bulan win. Win dah tanya beberapa photographer tentang quotation mereka. kebanyakan photographer caj lebih kurang rm200 ke atas untuk sejam outdoor, itu yg paling murah! (boleh tak? mahal kan, jom jadi photographer, bley buat duit!)

so, oleh sebab mahal, wan pun suggest, apakata mintak tolong Qila n Ady, our dear best friends. mereka ada kamera besar yg best best tu (dslr, dlsr..? ntahlah hehe)...so berjanjilah kami dengan Qila. tapi nak dijadikan cerita, Qila tak free on 13 Mei. Qila kata next sunday iaitu 20 Mei boleh. Win kata oke (dengan berat hati dan sedih sekali) maka berjanjilah kami dengan Qila n Ady.

Win berat hati n sedih sebab win nak photoshoot tu weekend tu jgk. Tak 12 Mei, 13 Mei. Tapi takde siapa free, apa nak buat. Win berat hati sebab....jeng jeng jeng...*teruskan membaca*

Dalam masa yang sama ada jgk photographer yang beginner ni reply emel win dan menyatakan yang dia nak sangat amek gambar kami untuk tambah port folio dia. n dia willing nak caj rm150 je tp 19 Mei la. So, win belumlah confirm.

Come 13 Mei, win rasa sedih sgt tak dpt amek gambar. Win dah ckp dgn wan dah, mungkin kita suruh je siapa2 snapkan gambar kita pakai kamera biasa kite tu. Win beritahu wan yg win terasa gambar kena jugak snap weekend ni. Weekend ni jgk. Tak boleh tangguh. Bile wan tanya kenapa win jwb, win ni anytime je bley be in Labour. That was how desperate i was. Tapi tak jugak snap gambar sampailah....

malam tu, win bleeding, esoknya 14 Mei win start sakit n was admitted, dan 15 Mei, Naurah baby lahir..
There goes my 9 months belly..hehehhe.. Tak kesampaian. Sedih betul.

Pada 16 Mei, photographer tu call win nak confirm lah konon. Win jwb "tak jadilah.I da bersalin semalam!" (he said sorry sbb terlambat)

Apa nak buat. Cerita frust ini tamat di sini. Sekian.

Saturday, June 16, 2012

TreatsPoints shopping!! - Ear Thermometer

ada update bagi post ini..PENTING!! sila baca link ini selepas membaca entri di bawah:
http://awinh.blogspot.com/2013/03/cerita-termometer-baby.html



Maybank ada TreatsPoints, tau kan? kalau kita guna credit card n maybank2u dpt point. Kalau guna credit card sangatlah cepat point ni naik, inilah yang terjadi kepada win. Bila point da banyak (atau cukup), maka win pun nak lah redeem.. Nak redeem apa ye?

Bila browse through apa-apa yang ada n cukup point utk di-redeem, win terjumpa EAR THERMOMETER! hoyeahh!!.. kenapa? best sgt ke ear thermometer ni?



well, for a person with a baby nowadays, u need a thermometer.. It's not a trend, it's a need. Sebab kebanyakan ibu bekerjaya ni, dia tak berada di rumah dgn anak dia 24/7, dia hantar kat org, lagi teruk kalau hantar kat nursery. Maka, perlu selalu check temperature baby sebelum hantar ke tempat org jaga dia..lagi pulak kalau dah rasa2 mcm berbahang sikit baby pagi2.. kalau da check dulu n kalau dmm, terus tau yg kau kenalah cuti haritu sbb ur baby needs u..takkanlah nak hantar jugak kan?.. :)


termometer yg selalu letak kat ketiak or bwh lidah tu pun dah oke sebenarnya. tapi u know how babies are..they tend to meronta-ronta, maka, usaha utk ambil temperature dia akan menjadi sukar atau gagal sebab lama nak tggu dia capture temperature tu..tp ear thermometer ni, dia perlu 1 saat je..beep..n voila! dpt dah temperature,..whohoooo!! best tau.. memang sesuai sgt lah utk babies..

saiznya pun comel je, tak lebih besar daripada tapak tangan win, minus jari..yess the size of ur palm only! n se-ringan pensil tekan (mechanical pencil)..berat sikit la kot dpd tu hehe.. nmpak dlm gmbar mcm besar.. tapi tak.. kalau doktor punya kt klinik tu besar..yg ni mcm smaller than half dpd yg doktor punya je..

 

p/s people, go redeem yours today..! mine arrives via post 4 days after i redeemed it online..

ada update bagi post ini..PENTING!! sila baca link ini pula:
http://awinh.blogspot.com/2013/03/cerita-termometer-baby.html

Friday, June 15, 2012

My One-Month-Old Baby Naurah

Baby Naurah lahir pada 10.45 pagi hari Selasa, 15 Mei 2012. Hari ini dah 15 Jun dah pun, maka genaplah sebulan umur dia.. Tahniah baby mummy dah sebulan dah dia.

Gaya org umur sebulan tidur.


Dalam sebulan ni dah mcm2 dah pandai dia.. Dah pandai main, senyum2, ketawa berbunyik (yg ni hanya dalam tidurnya sahaja, so far), mummy n daddy pun dah pandai jaga baby...thank u nenek (read: nenek Naurah) sbb jaga Naurah n Mummy sebulan ni n thank u for teaching me a lot of things about taking care of a newborn n raising a baby.. 

Now mummy n daddy can't wait to go back home and start "main rumah-rumah" with u Naurah darling. :)

P/s 12 days left for pantang..

Daddy membuli Naurah sampai bising dia - gambar ni sgt membahagiakan mummy. *mengalir air mata*



P/s2 saya bahagia.

Sunday, June 10, 2012

Bola dan Win

Euro 2012 oh yeahhhhh! (??)

Masa zaman uitm dulu-dulu, kan ada sekali liverpool kalahkan ac Milan dekat Istanbul, final uefa champions league 2005..Ingatkan tak? (or tau tak?).. Ac Milan dah hentam liverpool 3-0 masa first half, n tiba2 masa second half, liverpool yg patut dah deemed to kalah tu tiba2 bangkit n sumbat 3 gol against ac Milan.. Liverpool ended up menang mlm tu, penalty. well, bila tgk 2nd half tu, win mcm kagum sgt dgn captain (steven gerrard) liverpool yg masih bersemangat walaupun anak buah dia semua da mula give up. Dek kerana dia semangat, dia jaringkan 2 out of 3 goals.. N kemudian barulah player liverpool bersemangat semula n akhirnya menang. Win suka liverpool sbb ni. N win suke gerrard sebab ni..(bukan setakat suke, win cintakan gerrard..Hahahah *oke, over*)

Sepanjang masa dekat uitm win layan liverpool.. Habis je belajar, sambung tgk epl dekat rumah..Tp mungkin sbb tgk bola dgn kwn2 lg best dpd tgk bola jerit sorg2 dekat rumah., maka minat tgk bola slowly pergi. Lgpun, kemudian win kahwin dgn peminat man utd yg mustahil utk di-convert-kan menjadi fan liverpool. Tp win masih enjoy tgk liverpool kadang2 n win berjaya pujuk wan pergi bukit jalil tgk liverpool lwn Malaysia haritu..

Teringat nak tulis fasal bola sbb minggu ni start euro 2012. N win, sama seperti setiap kali worldcup n euro, akan sokong Germany *whohooo* dan England *weeeee*..dan kalau england kena lwn jerman, win akan sokong Germany....*oh yeahhh*.

P/s kalau ikutkan hati sanggup lagi bgn mlm2 tgk bola, tp antara Germany dan Naurah, sorry ye Lahm, I hv to watch siaran ulangan ajelah. ;p
P/s2 klose patut masuk dulu bukan gomez. Tak suke!

Thursday, June 7, 2012

Spectra Dew 300

Semasa mom n baby Expo win n wan pergi right before Naurah was born, kami telah beli breastpump Spectra Dew 300. Bila Google, byk ibu2 yg pilih brand medela, tp win still nak spectra jgk sbb dgn hrga yg sama dengan medela 1 pump, win dpt spectra yg dual pump.. Yey! Plus, byk online reviews yg ckp medela lebih bising (bunyi motor dia) berbanding spectra. Win rasa segan kalau nak pump bising2 bunyinya bila kat office nanti.

So far my Spectra Dew 300 sgt best.. Been using it for 3weeks now. Masa nak beli tu, I thought of buying Spectra Dew 350..mhl sikit lah tp alang2 kan? Tp salesgirl tu ckp ramai mothers yg prefer 300 sbb tak kuat sgt suction power dia. Then win tanya, bukankah lebih bagus kalau suctionnya lebih kuat? Salesgirl tu ckp "sakit nnti puan"... Ooo mana lah nak tau, awk kan first timer..muahahhaha..

Since baru ada 1 atau 2 review je fasal Spectra Dew 300 ni dekat www, maka, I am giving u extrapoints if u think of buying it. Oke? Heregoes:

Pros:
1. Suction power nya boleh control sbb ada knob yg pink (atau biru) yg cute tu. The salesgirl was right, kalau kuat sgt sakit, tp bykla susu keluarkan n laju sikit.
2. Bley jadi 1 pump or dual pump. Kepada first timer (masa win belum lahir Naurah, I need to know this fact, mujur ada kwn yg bgtau), bila susu da byk nnti, lebih baik pakai 2 pump serentak, kalau tak while u pump 1 breast, the other one will be dripping..sayang terbuang!
3. Senyap.. Pump kat sebelah telinga Naurah yg tgh tido tak berapa nyenyak pun, dia masih tak terganggu.
4. Spare parts senang jumpa. Online ada, kat kedai Barang2 baby pun ada jgk.
5. Guna elektrik, plug ye. Bukan manual or guna battery.

Cons:
1. Besar, sebesar separuh bola bowling tp tak seberat bola bowling lah. Tp with a proper bag, yg cute, it's not going to be a problem.
2. Guna elektrik fully, so masa mengepam, ibu2 akan melekat dkt plug kt dinding je lah. Tak boleh charge-recharge. Tak guna battery, tk boleh guna dlm kereta. Nope cannot.

This lists mungkin akan di update dari semasa ke semasa. Skrg ni, reviews pendekla sbb baru pakai 3 minggu. :)

Tempah bunga telur foam untuk Majlis Akikah BABY anda daripada saya!!


P/s to mummy to be, kalau nak beli breastpump, readykanlah duit up to rm700 (akan terlebih pun duit ni..melainkan kalau kau nak medela freestyle, mmg tak cukup lah) n cari yg package, termasuk pump, beg dia, icepack bagai cooler bag etc. Lebih murah cmtu. Mine was rm538 termasuk electric pump n breastshield for dual pumping (Peralatan bagi dual pumping), carrier bag warna dark purple with shocking pink zippers yg comel, cooler bag, 6 storage bottles, icepack. Kalau tak amek package, 1 pump + motor dah lebih kurang rm500. Giler kan? Tambah rm38 je kak..Hahahah..
P/s2 I hope this post will be helpful at least to 1 person in the world, kalau ramai lg lah bagus ;p

cuba baca ni..review selepas 6 bulan pakai spectra dew 300:
http://awinh.blogspot.com/2012/11/spectra-dew-300-after-6-months.html

Wednesday, June 6, 2012

Bersalin di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan - The Review

Sebelum kami decide nak ke Hospital ni aritu, kami dah Google utk baca review dan hanya jumpa satu review shj. Nasib baik review tu positif, maka tersokonglah decision kami utk pilih hospital ni.

Secara keseluruhannya, maternity ward (gynae ward sebenarnya) + Labour room + pediatric ward di hospital ni bagus. Bagus dari segi:
1. Doctor biasa pun bgs, doctor pakar apatah lagi
2. Doctor sentiasa available bile kau perlukan dia
3. Kalau doctor lewat sikit sbb tgh tgk patient lain pun, nurse sentiasa available to help and nurses di sana sgt friendly dan helpful dan byk yg berpengalaman
4. Peralatan hospital pun cukup dan sgt moden
5. Husband boleh stay in Labour room during labour
6. Penyambut baby adalah nurses perempuan dan doctor perempuan, lelaki takde pun (cuma nasib tak baik masa masuk dkt emergency ward tu, doctor lelaki yg available...yikes! Too bad.)
7. Masa nak melahirkan, nurses membantu husband menjadi support system, siap bersorak bagi semangat lagi (the only thing that's missing is pompom..hehehhe).. Sorakan mereka sgt membantu
8. di gynae ward, lepas bersalin n selesai semua prosedur, baby akan ditinggalkan dengan mummy. Ini sgt best utk bonding dgn baby n bleylah mummy breastfeed baby semahu-mahunya tanpa gangguan. But if u need help due to being too weak to move around, buzz je nurse, zupp dia smpai.. :)
9. ward pediatric, both mummy n daddy bley tunggu baby spnjg hari siang2 dan mlm. Ada katil hospital utk mummy n katil lipat2 utk daddy. Jadi tak pyh risau Kalau baby kene thn sbb kuning
10. Budak kecik bley masuk melawat, so sape2 ada anak selain yg newborn, senanglah
11. Parking sentiasa available di hospital
12. Tak ramai org di Hospital sbb yg boleh pegi hospital ni staff mindef atau tentera n famili diaorg je
13. Ward gynae ikut kelayakan, pegawai kerajaan gred 41 n tentera kapten setaraf dpt satu bilik share 2 org. Bgsla, takla takut duduk sorg2, da la husband takley teman.
14. Ada highway DUKE utk pergi hospital ni plus wangsa maju tak jem sgt, jd, perjalanan ke Hospital relax je

Yg tak best:
1. Di pediatric ward husband bley tggu tp di gynae ward, husband takley stay. Dia hanya boleh masuk masa waktu melawat shj.
2. patutnya baby da bley discaj sbb kuning da turun, tp (mungkin) oleh sbb takde org sgt kt pediatric ward, kami kena extend duduk situ..penat.
(Kalau ada lg, win tmbah kemudian, sbb skrg tak ley fikir apa lg yg tak best)..

Kesimpulannya, hospital ni best sgt. Kami puas hati. So kepada staff mindef, jgn tak ambil peluang utk ke Hospital ini ye..(at least utk bersalin lah) :)

P/s ada je tentera yg tak pilih utk pergi hospital ni especially utk bersalin..I wonder y?
P/s2 sijil lahir Naurah ada tulis HAT Tuanku Mizan.. Permanent. Hahahah, msti nnti dia tanya kenapa dia lahir dkt hosp tentera.

Tempah bunga telur foam untuk Majlis Akikah Baby anda di sini!!