Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, June 20, 2012

Photoshoot Gambar Mengandunglah Konon

Mengimbau kembali hari-hari terakhir sebelum kelahiran Naurah darling. Seperti yang telah diuar-uarkan berkali-kali, due date win yang sebenarnya sepatutnya jatuh pada 26 Mei 2012.

So, pada pagi hari sabtu 12 Mei 2012, win beritahu wan yang win teringin nak buat photoshoot gambar mengandung berdua dengan wan sebelum win bersalin sebab kami takde gambar berdua dengan perut 9 bulan win. Win dah tanya beberapa photographer tentang quotation mereka. kebanyakan photographer caj lebih kurang rm200 ke atas untuk sejam outdoor, itu yg paling murah! (boleh tak? mahal kan, jom jadi photographer, bley buat duit!)

so, oleh sebab mahal, wan pun suggest, apakata mintak tolong Qila n Ady, our dear best friends. mereka ada kamera besar yg best best tu (dslr, dlsr..? ntahlah hehe)...so berjanjilah kami dengan Qila. tapi nak dijadikan cerita, Qila tak free on 13 Mei. Qila kata next sunday iaitu 20 Mei boleh. Win kata oke (dengan berat hati dan sedih sekali) maka berjanjilah kami dengan Qila n Ady.

Win berat hati n sedih sebab win nak photoshoot tu weekend tu jgk. Tak 12 Mei, 13 Mei. Tapi takde siapa free, apa nak buat. Win berat hati sebab....jeng jeng jeng...*teruskan membaca*

Dalam masa yang sama ada jgk photographer yang beginner ni reply emel win dan menyatakan yang dia nak sangat amek gambar kami untuk tambah port folio dia. n dia willing nak caj rm150 je tp 19 Mei la. So, win belumlah confirm.

Come 13 Mei, win rasa sedih sgt tak dpt amek gambar. Win dah ckp dgn wan dah, mungkin kita suruh je siapa2 snapkan gambar kita pakai kamera biasa kite tu. Win beritahu wan yg win terasa gambar kena jugak snap weekend ni. Weekend ni jgk. Tak boleh tangguh. Bile wan tanya kenapa win jwb, win ni anytime je bley be in Labour. That was how desperate i was. Tapi tak jugak snap gambar sampailah....

malam tu, win bleeding, esoknya 14 Mei win start sakit n was admitted, dan 15 Mei, Naurah baby lahir..
There goes my 9 months belly..hehehhe.. Tak kesampaian. Sedih betul.

Pada 16 Mei, photographer tu call win nak confirm lah konon. Win jwb "tak jadilah.I da bersalin semalam!" (he said sorry sbb terlambat)

Apa nak buat. Cerita frust ini tamat di sini. Sekian.

No comments:

Post a Comment