Beberapa hari yg lepas, semasa berbuka puasa berdua dgn wan kat rumah, dalam pada borak2 tu kami tiba-tiba tertanya-tanya, "ikan salmon tu, ikan sungai ke ikan laut??"
Wan ckp ikan sungai sbb pernah kami berdua tgk cerita monster fish ke river monster ke apa tak ingat dekat discovery channel, ikan salmon migrate naik ke hulu sungai utk bertelur. So, wan ckp "obviously ikan salmon tu ikan sungai"
Win pulak ckp, ikan salmon tu ikan laut. Memang dlm discovery channel tu dia tunjuk ikan salmon migrate ke hulu sungai utk bertelur, tapi dia migrate dari laut..dan lepas da menetas, anak ikan salmon balik ke laut..so, dia ikan laut. Lagipun, salmon dekat tesco mhl. Ikan sungai tak mhl. Ikan laut yg mhl.
So, kami bersetuju utk research dan bersetuju juga siapa slh kena bayar..rm50!
So kami Google. Dekat wikipedia ada tulis, "ikan salmon tinggal di laut dan akan migrate ke hulu sungai utk bertelur pada musim2 tertentu. Ikan salmon lahir di hulu sungai dan akan bergerak menuju ke laut..bla..bla.." win dah confident wan slh.. Cubalah interpret wikipedia. Memang win yg betul. Tp wan taknak klh. Tak ada pun ayat penyata daripada punca sahih yg menyatakan "ikan salmon adalah ikan laut" mahupun "ikan salmon adalah ikan sungai"
Masalahnya sampai skrg kami tak tau siapa slh siapa betul. So, soalannya, ikan salmon ikan laut ke ikan sungai?
P/s movie "The Lovely Bones" ada watak Susie Salmon.. Susie ke sushi Salmon? Hahahah apalah nama tu.
No comments:
Post a Comment