Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, July 30, 2012

Cerita-cerita Orang Tua

Orang tua ada banyak pantang larangnya especially yang berkaitan dgn perempuan dalam pantang bersalin dan babies.
Baru-baru ni win terdengar tiga pantang larang yg disebut oleh seorang orang tua yang win jumpa. Dua daripada pantang larang ni win baru pertama kali dengar.

1. Win dah pernah dengar, bedunglah baby, nanti elok lurus n rapat je kaki dia.
Tapi, macam mana nak rapat kaki baby tu, kan dia pakai pampers, kalau cloth diapers lagilah bulky? Insyaallah nanti oke je kaki dia.

2. Yg ni tak pernah dengar. Air susu ibu jgn terkena kemaluan baby, nanti kemaluan baby tu sampai ke tua berbau busuk. Tak scary ke der?
Orang tua yg bercerita ni siap bagi contoh, si Jane tu ha, busuk dia punye tu kan sampai tua. Tapi macam mana dia tahu, takkanlah dia pergi bau org punya private part? N si Jane, takkanlah pergi canang dekat org private part dia busuk?? Something fishy ni,.. Or was it a made-up story?!


3. Kalau baby tgh meneran untuk buang air besar, jgn cium2 dia, nanti ketiak dia busuk sampai tua (ada bau badan yang tak best). Inipun win baru pertama kali dengar.

Untuk pantang larang yang kedua tu, win tanya si orang tua, macam mana boleh terkena air susu dkt kemaluan baby? Kan baby sentiasa bertutup dgn lampin? Si orang tua jawab, tak lah, mungkin zaman dulu baby tak pakai lampin aka bogel semasa disusukan. Hmm..Hmm..Hmm..

Kadang-kadang ada pantang larang yang boleh diikuti, tapi yang mengarut tak pyh la nak ikut. Kadang-kadang sampai menyalahi agama pulak, jahil..jahil...sendiri decide oke?

P/s jangan pakaikan baju kuning atau dekatkan apa-apa benda kuning (langsir, kerusi, boot phua chu kang etc) pada baby yg kena demam kuning..nanti makin teruk kuningnya.. Betul..betul, kalau baby tu baby chameleon (cicak sesumpah) la..ahaha..NO OFFENCE, pendapat masing-masing. kau fikirkan lah, oke?

No comments:

Post a Comment