question: adakah seorang lelaki itu bermoral sekiranya dia melakukan seperti ini:
pada suatu pagi, ada seorang perempuan tua, seorang perempuan mengandung dan seorang lelaki tegap lagi perkasa. selain daripada mereka bertiga ada lagi at least 20 orang yang lain menunggu giliran di pejabat pos.
nombor giliran perempuan tua 5011, perempuan mengandung 5012, lelaki tegap lagi perkasa 5033. perempuan tua dan mengandung tu tidaklah menunggu begitu lama kerana semasa mereka sampai, pejabat pos masih lengang. semasa lelaki tegap lagi perkasa sampai, pejabat pos dah penuh. lebih kurang 20 org sampai hampir serentak.
jadi dek kerana panas dan sakit hati menunggu, lelaki tegap lagi perkasa itu telah menghampiri perempuan tua itu dan seraya berkata "makcik punya number giliran berapa? kesian makcik tunggu lama2."
makcik: "5011"
lelaki: "mari saya tolong uruskan urusan makcik, makcik beri saja saya number giliran makcik tu"
makcik: "alahai, baiknya anak muda ni..nah.." (read: "anak muda" tidak pernah disebut oleh makcik tu..makcik tu sebut "awak" instead.)
maka lelaki tu telah mengambil number giliran makcik tu, iaitu 5011 dan telah menguruskan urusan makcik tu sambil menguruskan urusan dia. maka dapatlah dia memotong queue org ramai2 termasuklah perempuan mengandung yang terkebil2 terkesima dengan apa yang terjadi serta ramai lagi orang yang sampai terlebih dahulu ke pejabat pos.
maka,
soalan 1: bijakkah lelaki tegap lagi perkasa itu?
jawapan 1: bijak gile!! save masa hanya dengan manipulate perempuan tua sahaja.
soalan 2: salahkah lelaki tegap lagi perkasa itu?
jawapan 2: tidak salah kepada perempuan tua itu kerana perempuan tua tu tak rugi apape pun, untung jugak sbb ada org buatkan urusan dia untuk dia.
jawapan 2: salah kepada org lain yang sampai terlebih dahulu daripada dia. memotong queue adalah perbuatan KEJI.
soalan 3: bermoralkan lelaki tegap lagi perkasa itu?
jawapan 3: sungguh TIDAK BERMORAL. dia sama seperti seorang lelaki tegap lagi perkasa seperti kisah di bawah:
seorang lelaki tegap lagi perkasa ini lenguh kakinya kerana asyik ke hulu ke hilir menemani isterinya membeli belah di tempat yang sesak. tiba2 dia ternampak tempat duduk yang empuk. tinggal satu je tempat duduk tu. teringin sangat dia menduduki tempat duduk itu. laju langkahnya menuju ke tempat duduk itu. dalam perjalanannya menuju ke tempat duduk itu, dia sedar bahawa ada seorang perempuan mengandung lagi dua langkah akan tiba ke tempat duduk empuk itu sebelum dia. sedangkan dia masih jauh sekurang-kurangnya 10 meter dari tempat duduk itu. lalu dia terus memecut lariannya dan duduk sepantas kilat membuatkan perempuan mengandung yang dah pusing tinggal nak melabuhkan punggungnya ke atas tempat duduk itu terpinga-pinga dan tak sangka ada lelaki tegap lagi perkasa yang "memerlukan" tempat duduk itu lebih daripadanya. selepas lelaki tegap lagi perkasa itu duduk, dia langsung memandang tempat lain dan tidak mempedulikan perempuan mengandung itu sambil tersenyum sinis. terdapat seorang ibu yang sedang menyusukan anaknya di sebelah tempat duduk itu lantas menawarkan tempat duduk kepada perempuan mengandung itu. lelaki tegap lagi perkasa ini sungguh apa? sungguh KEJI...get it?
these situations happen in real life people. seriously. there are still many manipulative guys out there who doesn't give a damn about other people. well, i'm just saying. :)
the end.
No comments:
Post a Comment