Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Saturday, May 26, 2012

It's my due date!!

harini sepatutnya dah genap 40 minggu pregnancy, cum my due date.. Yup, 26 May.

Tetapi Little Miss Naurah dah pun masuk hari ke 12 dlm keadaan sihat dan cantik sekali, sempurna utk kami, alhamdulillah.

Terkenang mcm mana rasa bersalinkan Naurah haritu. *oh no no*.. Glad that I have passed that *fewhh*.. But masa ni rasanya mcm cukuplah sekali je beranak.. Esok lusa? Hanya Allah s.w.t. yg tahu..:)

Sunday, May 20, 2012

Naurah Arissa binti Mohamad Izwan

Saya sudah jadi mummy to baby Naurah Arissa binti Mohamad Izwan pada 15 Mei 2012 jam 10.45pagi.
Berat baby masa lahir 3.51kg, normal delivery di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. :)

Win n Wan so proud and bersyukur utk rezeki ini. Alhamdulillah.



Monday, May 14, 2012

11 Mei 2012 ~ harijadi terakhir sebelum kelahiran

Officially I am 26 on 11th may 2012.

Achievements?
I am married to a handsome and loving husband, whose in love with me so deeply, no doubt about it. :)
I am 9 months pregnant and we are expecting a baby girl.
I have a stable carier as a Federal Counsel, no longer a contract officer.
I am surrounded by a bunch of loving and caring people whom I call family.
I have a perfect life so far.
I thank Allah s.w.t. for that.

Birthday presents?
From Lin, a box of wonders. Full with baby's stuffs.
From my darling Wan, a 32-gigabyte blackberry playbook. I cried from disbelief that I am going to own such gadget.

Finding?
I am thankful and blessed. Yeyy!



P/s I was hoping that my baby girl would be born on the same date but she chooses to stay in the oven longer. :)

Final Pre-birth "Mom & Baby Expo" for me

Weekend lepas, besides my birthday weekend (hehe) 11-13 Mei 2012 ada Mom & Baby Expo dekat Mid Valley Convention Centre.

Wan n win dah taknak pergi Expo dah sebenarnya, tapi oleh sebab win nak beli breastpump sgt2, maka pukul 9.50pagi kami dah sampai dpn mvec. Ingatkan takde orang rupanya dah penuh orang dpn pintu masuk mvec tu!!

Masuk2 je terus cari breastpump.. (ended up buying 1 set of Spectra Dew 300, dapat beg pink-purple lagi, checkout fabulous mom, cheapest of the day!!)

Pukul 10 pagi masuk, 11.30pagi dah on the way ke kereta.. Mcm skjp. Tp lama jugak tu!
Barang2 lain harga spt biasa. Tak murah mana pun, spt biasa.

As soon as the baby is born, I am going to use the pump and review the whole product oke? (can't wait) sbb review fasal spectra dew sgt la sikit!

Thursday, May 10, 2012

perhaps u r my May baby

Dear baby,

Let me tell u this..May is THE month, the bestest month ever every year because ur mummy's birthday is on may and ur mummy and daddy's relationship anniversary is on may. last year, when we conceived u, we were told that u r due in may..IT WAS A BLESSED. see? i told u may is the best month. :)

But then the other day, one of my few doctors said that there is a possibility that u will be born later than 26th may. I don't know whether it was a joke or he was being serious because there was a slight synical-joking-smile he was giving me (while he was scanning my belly to see U!) he said, he will wait until 5th June (the latest) before he has to "force" u out of me.

June? please dear baby, don't choose June oke? not cool. hehe.. because i can't stand to wait another month before meeting u the first time. I miss u already, even before u can breathe oxygen. :) jom doa sama2, supaya Allah kasi green light for us to meet each other in may!.. *berdoa*

last night i dreamt that i was going to be in labor tonight. my birthday night,. n u were born on 11th may at 4.30pm. (endless labor i guess.. but for u, it's oke.) same birthday!! .. but then u kicked me hard and i woke up..oh mimpi je rupanya. hhehehe..

i am so looking forward to ur birthday whenever that is. Take ur time, u deserve it. Now, amin my doa ye sayang, "Ya Allah, semoga kau permudahkan untukku urusan ku nanti, serta kurniakan aku dan bayiku kesihatan. Amin"

Love,
Mummy.

Wednesday, May 9, 2012

cerita tentang moral

question: adakah seorang lelaki itu bermoral sekiranya dia melakukan seperti ini:

pada suatu pagi, ada seorang perempuan tua, seorang perempuan mengandung dan seorang lelaki tegap lagi perkasa. selain daripada mereka bertiga ada lagi at least 20 orang yang lain menunggu giliran di pejabat pos.

nombor giliran perempuan tua 5011, perempuan mengandung 5012, lelaki tegap lagi perkasa 5033. perempuan tua dan mengandung tu tidaklah menunggu begitu lama kerana semasa mereka sampai, pejabat pos masih lengang. semasa lelaki tegap lagi perkasa sampai, pejabat pos dah penuh. lebih kurang 20 org sampai hampir serentak.

jadi dek kerana panas dan sakit hati menunggu, lelaki tegap lagi perkasa itu telah menghampiri perempuan tua itu dan seraya berkata "makcik punya number giliran berapa? kesian makcik tunggu lama2."
makcik: "5011"
lelaki: "mari saya tolong uruskan urusan makcik, makcik beri saja saya number giliran makcik tu"
makcik: "alahai, baiknya anak muda ni..nah.." (read: "anak muda" tidak pernah disebut oleh makcik tu..makcik tu sebut "awak" instead.)

maka lelaki tu telah mengambil number giliran makcik tu, iaitu 5011 dan telah menguruskan urusan makcik tu sambil menguruskan urusan dia. maka dapatlah dia memotong queue org ramai2 termasuklah perempuan mengandung yang terkebil2 terkesima dengan apa yang terjadi serta ramai lagi orang yang sampai terlebih dahulu ke pejabat pos.

maka,
soalan 1: bijakkah lelaki tegap lagi perkasa itu?
jawapan 1: bijak gile!! save masa hanya dengan manipulate perempuan tua sahaja.

soalan 2: salahkah lelaki tegap lagi perkasa itu?
jawapan 2: tidak salah kepada perempuan tua itu kerana perempuan tua tu tak rugi apape pun, untung jugak sbb ada org buatkan urusan dia untuk dia.
jawapan 2: salah kepada org lain yang sampai terlebih dahulu daripada dia. memotong queue adalah perbuatan KEJI.

soalan 3: bermoralkan lelaki tegap lagi perkasa itu?
jawapan 3: sungguh TIDAK BERMORAL. dia sama seperti seorang lelaki tegap lagi perkasa seperti kisah di bawah:

seorang lelaki tegap lagi perkasa ini lenguh kakinya kerana asyik ke hulu ke hilir menemani isterinya membeli belah di tempat yang sesak. tiba2 dia ternampak tempat duduk yang empuk. tinggal satu je tempat duduk tu. teringin sangat dia menduduki tempat duduk itu. laju langkahnya menuju ke tempat duduk itu. dalam perjalanannya menuju ke tempat duduk itu, dia sedar bahawa ada seorang perempuan mengandung lagi dua langkah akan tiba ke tempat duduk empuk itu sebelum dia. sedangkan dia masih jauh sekurang-kurangnya 10 meter dari tempat duduk itu. lalu dia terus memecut lariannya dan duduk sepantas kilat membuatkan perempuan mengandung yang dah pusing tinggal nak melabuhkan punggungnya ke atas tempat duduk itu terpinga-pinga dan tak sangka ada lelaki tegap lagi perkasa yang "memerlukan" tempat duduk itu lebih daripadanya. selepas lelaki tegap lagi perkasa itu duduk, dia langsung memandang tempat lain dan tidak mempedulikan perempuan mengandung itu sambil tersenyum sinis. terdapat seorang ibu yang sedang menyusukan anaknya di sebelah tempat duduk itu lantas menawarkan tempat duduk kepada perempuan mengandung itu. lelaki tegap lagi perkasa ini sungguh apa? sungguh KEJI...get it?

these situations happen in real life people. seriously. there are still many manipulative guys out there who doesn't give a damn about other people. well, i'm just saying. :)

the end.

Tuesday, May 8, 2012

Me at 37 weeks


Semalam, sepanjang hari dekat office, kakak2 kerani semua asyik tegur je..butir-butir teguran mereka adalah seperti di bawah:
"perut cik awin dah turun ke bawah. tak lama lagi dah lah tu"
"akak rasa dlm minggu depan bersalinlah tu"
"akak dulu ada tanda2, perut dah turun, pusat dah tak terbonjol lagi, berat badan turun, bengkak kaki dah surut..dalam 2-3 hari admitted n bersalin"
"nanti abg jai la kena hantar cik awin" (abg jai jwb "apsal aku pulak??")
"nanti abg jai la kena sambut baby cik awin"
bla bla bla..
teguran mereka ini tiada maksud lain selain untuk menunjukkan yang they care/give a damn/excited sama2. they made me smile.
but then, at the same time, i am scared. kenapa? sebab my due date should be 26th May tapi, kalau terawal seawal next week, "ready kah aku??" erkkkk *cuak*
maka, memandangkan kerja semakin habis, semalam ada masa lapang sikit, habis google digeledah. carian semalam "tanda-tanda bersalin".. shockingly, dah ada beberapa tanda dah pun. O..Oo! *ngeri*.. tapi tanda-tanda besar such as keluar darah/air ketuban/kontraksi yang konsisten belum lagi sbb tanda-tanda ni means, harini atau esok bersalin dah la. :) tanda-tanda kecil banyak dah..ha..ha..tak tau..! bila cerita kat mak, dia ckp "iye memanglah, kau dah masuk 9 bulan dah".. hehe..
apa aku rasa? excited, ye juga. takut, sgt ye. tak sabar? YESS tolong cepat..sesungguhnya aku sudah lembik. hahaha.. let's get this over with.. :)
p/s tak sabar nak cuti...cuti..cuti..yeah!

Friday, May 4, 2012

baby dah siap!

oke, kepada sesiapa yg tak tau (most probably sbb dia masih anak dara/teruna atau sbb dia belum pernah mengandung or isteri dia belum mengandung lagi), perempuan mengandung 9 bulan 10 hari kan? selama ni org ckp 9 bulan 10 hari bla bla bla... tapi zaman skrg yg moden ni, aku pun taktau nak kira 9 bulan 10 hari tu cmne?? haha

sebabnya, mula2 pregnant je kita jumpa doktor, doktor terus kira ikut MINGGU.. yes,, pregnant berapa minggu.. so, term yg lengkap is up until 40 minggu. tapi, seorang perempuan dah boleh beranak dari 37 sehingga 40 minggu + 10 hari.. bayang kan.. 40 minggu bahagi 4..adakah seorang perempuan mengandung sampai 10 bulan sebenanye? ntahlah..mari tak payah fikir fasal tu.


oke.. apapun, harini win sudah masuk 37 minggu..maknanye kalau tiba2 nak bersalin skrg pun, baby dah cukup hari..n dah siap.. kalau bersalin smlm, baby premature. heee..best kan? i feel blessed.. skrg terserahlah kepada baby dia nak keluar bila. semua barang dah siap..ibu n ayah dia pun dah ready.. tak sabarrrrrr... :)

check up ke..berapa kali eh? dah tak terkira

semalam pagi2 pukul 8.30am dah jumpa doktor di klinik kesihatan batu, jalan ipoh,. doktor scan,. semua oke, perfect..baby dah 2.9kg kau! padahal due hujung bulan.."O'oo tak tau!"..doktor sombong cuti,, doktor kecik ganti. doktor ni badan dia halus je,. baik sgt. senyum je. best btol. i like u doktor!.. maka dia kasi surat refer ke HAT sbb HAT require that kind of letter.

so next destination terus ke HAT (selepas singgah rumah mak utk breakfast, of course).. sampai di HAT pukul 10.40am, dtg dgn tujuan mendapatkan tarikh appointment utk check up..mesti kena tggu at least sminggu. tapi tiba2 nurse ni kasi 3 Mei 3pm.. eh? 3 Mei tu bukan ke hari ni.?? oo rupanya dpt hari yg sama. nasib baik aku cuti der..hahaha

at 2.50pm, muka ni dtg balik ke HAT and jumpa doktor lebih kurang 4.30pm mcm tu.. jumpa doktor bukan main "lama".. hampir half an hour.. scan lagi.. ukur kepala baby, kaki baby, tgk tulang belakang, nampak hati, pundi kencing dia, jantung..semua lah..best.. equipment HAT pun best.. sblh kepala ada mesin scan doktor..kat sblh atas katil, ada monitor. sng la mummy nak tgk, tak payah terteleng2.. mungkin kontrak monitor n scanner canggih ni aku pernah vet? maybe.. worth it! hahaha..suke..!!

tapi doktor lelaki la. tinggi pangkatnya..siap ada datuk lagi..wow!.. doktor lelaki kalau scan, bukan la main gentle.. kalau doktor perempuan, dia tekan2 sana sini, ingat tak sakit ke..ouch! but then, i prefer a female doctor jugak.. tiada gender bias di sini..i just think that only women or my Wan or rayyan (nephew) should touch my pregnant belly..walaupun secara profesional..hmmm..

everything seems to be fine. tapi doktor ckp, u ni mcm takkan beranak bulan ni la kot. mungkin bulan dpan. i was like "erkk..tanak..saya dah lembik dah ni,,harap2 keluar bulan ni jgk.." ketawa la doktor tu. tapi yg pasti dia ckp, everything is normal, n u insyaallah takde masalah utk bersalin normal mcm biasa sbb kepala baby pun da masuk tempat yg sepatutnya. alhamdulillah.! (bestnya dgr. lega + sejuk hati. thank u ya Allah..) patutlah skrg nak jalan pun rasa pelik n dia gerak sikit je terus rasa nak kenchh (read: urinating) rupanya sbb dia dah park kepala dia kat situ, ready nak keluar ikut jalan yg betul. yey..yey..yey..!

oke, next check up is on 9th may.. check up biasa..counting dayss...22 days left till due date..whohooo..

p/s please lahir bulan mei oke sayang.. :)

oh nurse.

semalam akhirnya win sudah pergi check up di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dan secara rasminya telah memilih untuk bersalin di situ. (yey i.c. my baby akan jadik KL..bukan selangor..(tiba-tiba) haha)

oke, cerita ini bukan fasal check up itu. tetapi cerita fasal NURSE. i have nothing against nurse. i always look up to them. diorang ni punya kerja sangatlah noble. kalah cikgu. kalah doktor. (ini my opinion, jgn attack oke!)

semalam, hanya ada 1 doktor bertugas di gynae, so, walaupun patient sikit, tapi lamalah menunggu.. win sampai 2.50pm dipanggil masuk jumpa doktor lebih kurang 4.35pm..standard la kan? government hospital. bila mentally kita dah ready utk tggu, kita da bawak novel + sudoku + blackberry utk membuang masa siap2.. menunggu tak terkesan pun (ini mcm tipu, sebab bila kau mengandung, bawak perut 9 bulan, kau sakit belakang duduk lama2. kau nak jln2 penat pulak, kaki lenguh..hahaha.. so, no matter how prepared u r to wait for something, waiting is always and forever annoying.!)

oke, dalam pukul 4.55pm tu win langsung ke farmasi, sebab doktor prescribe me Obimin. so, sampai kat farmasi adalah satu nurse bermuka kelat ni. win pulak sengal pegi tanya, "oh, farmasi ni bukak ikut ofis hour ke?" (win maksudkan sampai 5.30pm plg lambat la).. sekali dia jawab pulak "patutnya da tutup..tapi harini lambat. patut 4.30 da balik!!" sinikal betul tone dia...ceitt..tak ikhlas la minah ni buat kerja. i understand kalau mungkin dia nak ambil anak dia ke, ada hal la yg mmbuatkan dia ni slalu kena balik on time. tapi bila tugas memerlukan kau balik lewat sikit, jgn lah terus hangin.. aku percaya, kau tu kalau tghari lunch mesti pernah curi2 masa extra, hari jumaat lunch mungkin kau bantai masuk lewat..mesti kau ada halfday terlebih 4 jam..mesti ada..so, bila kau kena kerja lebih sikit, jgn la merungut. what u took, kena give back la kan?hish..spoil mood la minah ni.

oh ye..sblm tu, masa win baru sampai teruslah bertanya satu nurse kt kaunter..nak letak buku merah kat sini terus ke, kena amek number ke camne? kelat jugak muka dia ckp, "kena amek number"..padahal kat kaunter nurse tu ada tulis "Kempen Senyum" hmm..kempen senyum my ass...! hahaha.. selain tu, semua nurse baik..n sweet as usual..i like nurses yg baik la..pandang tinggi oke? :)

p/s maka kesimpulannya, kalau kau seorang nurse, janganlah sombong. kau yg pilih kerjaya yg perlu tahap kesabaran yg tinggi, so deal with it.!

Wednesday, May 2, 2012

permohonan cuti bersalin

hello people, akhirnya, bulan Mei, bulan yg ditunggu-tunggu telah tiba..(whohooo) kenapa win tunggu bulan Mei? sebab pada 11 Mei saya akan confirm dpt hadiah birthday (WAN INI WAJIB, hehe) dan bulan ini wan n win akan dapat baby! (insyaallah).

Tempah bunga telur foam untuk Majlis Akikah Baby anda daripada saya!!


so, pada penghujung bulan april, win telah mengira2 cuti bersalin. yup, for government servant like me, cuti bersalin yg boleh apply adalah selama 60 or 90 hari. oleh sebab ini baby pertama, tak payah nak fikir pun dah tau yg win akan apply cuti 90 hari. so, bila nak start ambil cuti depends on bila win akan bersalin n bila cuti 90 hari tu akan berakhir, sebab bila dikira-kirakan semula, hari ke 90 nanti lebih kurang tengah2 ogos. dan bear in mind hari raya jatuh pada 19 Ogos 2012. n bagi government servant jugak (kepada siapa2 yg taktau) kita boleh apply cuti seawal 14hari sebelum tarikh due asalkan ada surat pengesahan doktor, faham? tapi kalau dah start awal, habisnya pun awal lah.

fikir punya fikir punya fikir akhirnya, win dah decide yg win akan start cuti 5 hari lebih awal dari due date (itupun kalau win belum terbersalin lebih awal dari itu) dan kalau dikira2, hari ke 90 adalah pada 19 Ogos 2012 iaitu pada hari raya pertama. maka, kesannya, 22 Ogos 2012, hari raya keempat win kena masuk office balik..(erkk)..atau mungkin win sambung je cuti lagi 3 hari. itu pun kalau bos kasi (i doubt it though.. :(.. tp tak apalah kalau tak lulus pun sbb "kampung" kami hanyalah di KL n Kajang..kan JAUH tu.! haha

bulan Mei

bulan Ogos

bestlah bila dah fikir nak cuti lama2 ni..tapi kesan sampingannya adalah, win dah tak motivate nak buat kerja memandangkan tinggal 12 hari bekerja sahaja lagi sebelum cuti panjang...lalalaa...

wan n win lebih kurang 50 tahun dari sekarang

iphone ada application yg boleh menuakan dan menggemukkan orang.. agingbooth n fatify. hasilnya berikut adalah rupa kami menurut imaginasi iphone lebih kurang 40/50 tahun akan dtg..:


pastu kami yg digemukkan..:







wan ditua dan digemukkan sekaligus..hahahaha..
seronok betul apps ni tau.. gambar yg tua tu cute tapi yg montel tu, menginsafkan, langsung berazam win akan menjaga badan win dan badan wan jugak supaya sentiasa sihat dan kuat dan tidak overweight. so wan, kita perlu diet as soon as baby dah lahir oke? :)