Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, August 3, 2011

fahami undang-undang sebelum buat kenyataan.

Utusan Malaysia hari ini telah menyiarkan berita ini di bahagian "Dalam Negeri"..saya (guna sayalah dlm entri ni, biar formal sikit) saya amat tertarik dan mahu kongsi dengan semua reader, especially those who put fb status yang kurang educated berkenaan dengan "freedom of speech" dan "perhimpunan bersih" tempoh hari (especially). *marah ni..marah ni*

marah kenapa? sebab bila saya explain dekat mereka berkenaan "freedom of speech" yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, mereka menyangkal lantas dengan penuh emosi mereka terus marah2 saya. saya tak marah balik sebab saya faham kedangkalan mereka itu.

saya tahu baca undang-undang kerana saya belajar undang-undang. kepada mereka yang tidak belajar undang-undang, apabila tidak tahu, lalu dijelaskan kepada mereka maksud sesuatu undang-undang, mereka jadi faham, mereka ini tidak dangkal. mereka yang dangkal adalah apabila mereka sudah jelas dengan maksud sesuatu undang-undang, namun mereka masih membantah dengan cara yang tidak betul dan penuh dengan emosi (ada cara betul untuk bantah undang-undang, pindalah!), mereka ini memang dangkal secara total dan hanya layak dipandang rendah sahaja. *masih marah ni* >>ini adalah maksud dangkal dalam konteks entri ini.

berikut adalah berita yang nak dikongsi itu:




http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0803&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_19.htm


KUALA LUMPUR 2 Ogos - Rakyat negara ini dinasihatkan agar memahami sedalam-dalamnya setiap akta atau perundangan yang dilaksanakan sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan nama baik negara.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, berdasarkan pemerhatiannya, ramai di kalangan rakyat negara ini gemar membuat kenyataan mengikut fahaman sendiri sehingga menyebabkan negara lain mempunyai pandangan serong terhadap Malaysia.
Tindakan itu katanya, bukan sahaja tidak mendatangkan faedah malah mampu membawa kesan buruk kepada negara.

"Sebagai contoh ramai yang bercakap tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tetapi adakah mereka tahu mengapa ia diwujudkan dan bagaimana undang-undang itu wujud?
"Fahami sejarah serta aspek perundangan sebelum buat kenyataan. Dalam isu ISA, bukan kita sahaja yang mengamalkannya malah ia turut dilaksanakan di negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura," katanya.


Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Duta Switzerland, Dr. Rolf Lenz di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Pertemuan selama sejam itu banyak berkisar mengenai hubungan antara kedua-dua negara selain penyerahan jemputan secara rasmi untuk Abu Zahar menghadiri Himpunan Kesatuan Antara Parlimen (IPU) yang bakal berlangsung di Berne, Switzerland pada 16 hingga 19 Oktober nanti.

Beliau yang juga pakar perundangan menambah, antara akta atau perundangan lain yang sering disalah erti adalah Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan tentang kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

"Mereka mesti juga membaca fasal (2), (3) dan (4) Artikel 10 bagi memahami percakapan, himpunan dan persatuan bagaimana yang dibenarkan dalam Perlembagaan.
"Sebab itu apabila mahu berhimpun, kita perlu minta permit polis di mana pihak berkuasa akan teliti pelbagai aspek termasuk keselamatan dan ketenteraman awam. Bukan boleh dilakukan begitu sahaja kononnya dibenarkan oleh Perlembagaan," ujarnya.


Sementara itu beliau turut menzahirkan harapan agar para duta dan pesuruhjaya tinggi negara asing yang berada di sini lebih kerap mengadakan kunjungan sedemikian bagi lebih memahami keadaan di Malaysia.

"Saya percaya para duta dan pesuruhjaya tinggi ini turut berinteraksi dengan masyarakat luar. Justeru adalah lebih baik perbincangan diadakan secara begini bagi membolehkan mereka mendapat pandangan yang seimbang mengenai realiti negara ini," katanya.

"Bukan mahu menegakkan benang basah tetap sekurang-kurangnya kita boleh menerangkan kepada mereka dari sudut perundangan dan sejarah negara. Itu adalah lebih baik daripada mengambil sumber dari 'kedai-kedai kopi'," katanya.



sekian.

p/s kepada mereka yang uneducated tersebut, saya tahu mereka akan membaca entri ini. semoga maklumat yang betul dapat dicedok dan dikongsi bersama dan fahamilah undang-undang sebelum membuat kenyataan oke? :)

1 comment: