Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, February 28, 2011

rezeki yang indah.

weekend yang berakhir semalam terasa mcm terlampau pendek sebab dari hari jumaat malam (8pm onwards) sampai ke sabtu petang (approx. 4pm) kena hadir satu bengkel di seremban anjuran satu bahagian di kementerian ni. dah lah kena hadir sebagai panel.. preparation pun dibuat bagai nak rak. takut kena tanya n tak boleh jawab. sebab bengkel tu totally out of my field.. macam mana orang legal nak kasi advice on pembinaan bangunan, kan? dah la engineer ramai yang dtg..semuanya "Ir-Ir" belaka!
jadinya bermula dari khamis petang sampai malam,.kerjanya study je fail yang dah diberi awal2 oleh penganjur tu. khamis malam jumaat tu tidur kejap2 je. takotnya macam nak ngadap judge unprepared!
pagi2 jumaat dah masuk office, print semua pekeliling + rujukan yang patut..then terus drive ke seremban utk jumpa buah hati pengarang jantung..sambil nak sambung baca fail tersebut.tiba2 wan ada tapisan keselamatan pulak ptg tu..tambah kelam kabotnya..pergilah kami ke putrajaya then dtg balik ke seremban, check in and terus menghadapi suasana bengkel jumaat malam sabtu yang "indah" tersebut.
it started poorly but it turned out oke. bila dah dapat feel, lajulah bercakap..otak pun cergas pulak mlm2 tu..habis lewat sangat, tak puas enjoy super king size bed sebab tido sekejap sgt..pagi2 bgn terus siap n sambung pegi jadi panel.all in all byk sgt belajar and exposed kepada benda2 baru..pengalaman? PRICELESS..
tapi saya penat.! arghhh. bila bengkel tu habis, i was approached by an officer who handed me a form to fill..tengok2 form elaun panel!! oh yeahh!! alhamdulillah..tapi dpt berapa tak tau lah..
pagi2 ni tanya lah si learned colleague and beliau menyatakan bahawa elaun panel ni kira ikut jam..google sikit jumpalah pekelilingnya..wow! cantiklah...dikala duit diperlukan, rezeki dtg pulak bergolek kan? wajar lah kot after dah buat preparation tunggang terbalik dua malam mcm masa study dulu2..terima kasih Tuhan. kau Tuhan yang maha pemurah lagi maha mengetahui. :)
p/s *suka!!!*

Sunday, February 27, 2011

genap sebulan

sebulan sahaja tinggal sebelum my wedding day
:)

p/s i love u my darling izwan.

Thursday, February 24, 2011

permanent konon.

previously i hope that i will be made permanent govt servant as soon as possible. but now i really hope that they delay everything until late april. i know this is kinda selfish to others. but please dear Allah. i'm praying hard to u. amin.

p/s i have my reasons.

alamat=address

the other day kami berkumpul di satu wedding kawan. seperti biasa bila ada wedding terus ada mini reunion kan. time tu terasa awal sgt nak bagi kad kahwin. makanya mintaklah alamat kawan2 supaya later kad kahwin boleh diposkan.

dalam ramai2 kami, including myself, seorang lagi kawan akan kahwin soon jugak. tapi dia tak ambil pun alamat siapa2 time tu. masa kita sebok menyalin, dia tak salin pun alamat2 tu.(mungkin patutnya dia ambil kesempatan tu n salin sama2 la kan? baru la betul caranya)

dua hari selepas dari hari itu, dia sms n minta semua alamat yang disalin itu di-sms kepada dia for the same purpose, dia nak hantar kad kahwin dia jugak kan? tapi, cuba la fikir babe? ade ke patut? aku ni penat2 salin, mintak alamat sorang2, dia nk kita sms je kat dia..banyak cantik muka dia kan?

so, i didn't reply her sms..later, she sms-ed me the second time, i didn't reply that one either.

i think every bride-to-be should take opportunity when such opportunity arrives (dancing happily) in front of your very eyes!. for example, sekarang byk couples yang invite people ke wedding mereka via facebook events, suro rsvp bagai..kat dalam tu kadang2 byk alamat kawan2 kita yang terpost kat situ sebab mereka mahu kad dari couple yang punye event tu, kat situ pun u bley salin jugak kan? takkan itupun nak kena ajar kan? eihh sabar aje la!

p/s usaha tangga kejayaan.

Wednesday, February 23, 2011

sale..sale..sale..

kawan2!..airasia sale..jom beli!

kau tak sedar yang kau sebenarnya busuk

apabila satu kuasa besar attack sekumpulan budak2., budak2 ni ada 2 choice:

1. senyap jer. sebab mereka kuasa besar. tak berguna kalau menjawab pun.
2. jawab bagi pihak kumpulan, jawab bersungguh-sungguh sebab once kau menjawab, u better have a very good defence. (kalau kau sedar, kau jawab je, kau terdedah kepada counter attack kuasa besar tersebut.)

so, adalah satu budak ni,.dia pilih pilihan kedua. maka dia menjawab. tapi dia tak menjawab bagi pihak kumpulan. dia menjawab bagi pihak dia dan 2 orang kawan dia sahaja. sekiranya tindakan dia tidak menjatuhkan ahli kumpulan yang lain, tak mengapalah, save your own ass is oke with the rest of us. tapi tindakan budak tersebut secara tak langsung telahpun menjatuhkan semua ahli kumpulan yang lain. ini adalah contoh declaration of war kawan2.

p/s penggunaan perkataan "budak" adalah disengajakan. "budak" dalam entry ini bukan reflect umur sesiapa, tapi reflect tahap kematangan semua orang dalam cerita ni..pada kuasa2 besar tersebut, junior tetap junior sampai mati pun junior jugak.faham?

Monday, February 21, 2011

cuba try..

pejam kan mata anda, then celik semula
pejam lagi sekali then celikkan balik,

tadaaa..tinggal 34 hari sahaja lagi..sekejap je kan?

http://awinthinksitstime.blogspot.com/

Friday, February 18, 2011

Cara menyelamatkan diri pabila terkena heart attack!

terbaca blog seorang doktor..useful info, jadi kena share..:)

sila baca:
http://totinx.com/?p=3711

rezeki pagi2

kebelakangan ini disebabkan tarikh dah dekat, duit gaji byk dihabiskan ke arah wedding aje., esok tolak duit kereta pulak..bakinya akan sampai insufficient utk dikeluarkan. kepala dah mula fikir mcm mana nak survive ni..?

pagi2 ini sebelum buat apa2, terus buka maybank2u sbb nk transfer duit bayar hutang kat wan,..tiba2 terkejut tgk balance, mana dtg duit ni?

oh rupanya duit claim dah masuk..:) walau tak sebanyak mana, lepaslah nak pergi family trip weekend ni :) alhamdulillah, rezeki.amin.

Wednesday, February 16, 2011

clocking ticks

:)

39 days left. can't believe that the preparation is almost done. i am left with the financial arrangements and the can't-do-earlier-due-to-its-freshness-stuffs only..

i am now preparing myself to face hiccups (not that i wish for it, but just in case)..and of course preparing myself for the biggest upgrade in my life, to become somebody's wife. :)

2 tahun dan 9 bulan

semalam adalah monthsary yang ke 35 kami. dah lama jugak kan? maseh & maken bahagia. *bersyukur*..dugaan pun byk, tapi mula2 dululah..skrg takde sgt *bersyukur lagi*

beberapa hari je tinggal sebelum wedding, then kami akan ada tarikh monthsary yang baru. yey!

p/s dua hari lepas dekat HBO ada satu movie ni My Life in Ruins. ada satu watak lelaki tua "Irv" nama dia. dia pegi melancong ke Greece, alone. wife dia passed away. ada satu scene tu dia imagine wife dia dtg dekat dia. mereka berbual2..when irv ckp "u've waited too long for me.." something like that. irv sayu sgt sampai dia rebah ke tanah. (ingatkan dia mati sebab nak ikut isteri dia, rupanya pengsan je la)
for an obvious reason, tiba2 tersayu pulak hati ni. :(

Sunday, February 13, 2011

apakah perasaan saya apabila..


apakah perasaan saya apabila saya sebagai seorang junior government officer, yg tak ada urgent matter telah menerima sms daripada seseorang yg bukan bos saya, mintak utk discus perkara work related di pagi hari ahad yang indah?

apakah tindakan saya? of course tak reply pun.

apakah perasaan saya apabila lebih kurang sejam kemudian, dia call pulak di tgh ari ahad yg indah?

apakah tindakan saya? of course tak jawab call pun.

situasi ini menimbulkan kemarahan yg amat sgt, tugas saya terhadap dia dah selesai seawal hari selasa lepas. tiada lagi tanggungjawab susulan di pihak saya. kalau ada benda dia nak lagi dpd saya, dia sepatutnya tulis surat hantar kat office..apa ni?? kol2 org hari ahd?? tak ada keluarga ke? tak ada life ke?? kalau nak workaholic pun pegi la kacau org yg tak ada life..ahad ni oi!

p/s kalau saya nak menjadi seorang workaholic, sudah pasti saya bekerja di luar sana yang membayar gaji yg justify phone calls pada hari ahad. FAHAM?

p/s2 fyi, i have a life.

mata yang berpinar.




bila hari malam, hujan (walau tak berapa lebat) bila terserempak dengan kenderaan penarik ni, mesti hati jadi panas sebab mata saket. lampu dia maha terang menyebabkan mata berpinar n silau teramat sangat. annoying + irritating! lampu sekuat ini boleh ke? membahayakan pemandu2 di sekeliling tau tak?? kalau org tu epilepsy ke, mau terbabas kereta dia.



takpayah nak describe. tgk gmba2 ni pun da silau!




p/s bukan setakat towtruck penguatkuasa..kereta peronda penguatkuasa yg satu lagi tu pun (yg tercanggih lagi mahal tu) punye lampu siren pun mcm ni!

p/s2 nak tulis entry ni (lepas dah upload gamba2 di atas) pun mata pedih oke!

Friday, February 11, 2011

opps terlepas.!

kenapa marah?

sebab perempuan pushy tu dtg lagi harini. nak ty few simple stuff. simple stuff tu mmg simple and tak ada isu pun..yang ada isu is this one: the other day i advised dia on issue TARIKH TAMAT dalam meeting, dia tak berapa nak terima mungkin sbb tak fhm..fine, so ikut prosedur, i email her my written advise also regarding TARIKH TAMAT tu the next day. bila ada written, dia tak ley ckp apa dah la. and i thought it was settled.

tapi hari ni dia sebut lagi TARIKH TAMAT tu as if i tak penah advise dia langsung fasal tu. as if i tak buat lagi kerja i..so here was how i spoke to her just now:

win: kan i dah email u advise i semalam? u nak ayat legal apa lagi? u ni, i dah bagi advise, u mcm tak percaya je? dlm meeting dah ckp. in writing dah bagi ! (sambil cari advise dlm komputer nak reprint n lempar kat dia, muka dah panas..)

perempuan itu: oh..i tak dpt pun, u email kpd siapa? bukan tak percaya, u kan legal adviser. i kenalah terima.

win: email kepada Ali (bukan nama sebenar, Ali adalah pegawai direct bwh dia yg handle isu yg sama dgn dia) Ali tak bagi u ke?

ali pun dtg.

Ali: dah dia (he meant me) dah email pada i smlm.

perempuan itu: (terpinga2) oh..ye ke.

win: kalau i dah bg dia, u patut dah tau! (sambil print advise yg kedua (silap pulak tu..))

Ali: bukan yg ini puan.

win: oh..(sambil print advise pertama, then bagi kat dia)

perempuan itu: oh oke2..u dah bagi (rupanya) oh yg ini..oke2..maaf.kita admit ni salah kita. so kita akan guna la advise ni

matter ni tamat kat situ je. so dia ty fasal benda lain pulak. muka ni agaknya dah tak tercover kelatnya, cepat je dia ty, n cpt je dia mintak diri. tak de pun ulang2 explain n push2 lagi.

ya Allah marahnya.

Kenapa masih marah?

kalau dia disregard my role as legal adviser, fine, none of my problem.but when u still talk as if aku tak buat kerja..itu disrespect,.itu dah encroach personal la tu!

p/s kesian acap kena dgr. wan mana ntah. dah ilang.

p/s2 since benda ni jadi pagi2, terus mood takde nak buat kerja.
i'm such a SLOWPOKE today. :(((

p/s3 woman, aku pangkah kau.
p/s4 sh*t..pen merah aku pun kau kebas!!

terlepas trip ke johor

esok ada jemputan ke majlis engagement kat johor..one of my close friend from mrsm..tapi tu la tu..dekat kempas, johor bahru..5hours away! usually i would just go..usually 5 hours away utk kwn2 rapat, mesti pergi,,,kalau terasa mhl, carpool..kereta ada, duit ada, mesti sampai..tapi apakan daya 44 days to go..duit tengah nak pakai byk sgt, like seriously. :(((

*sampai makanan abu pun bercatu*

i feel so miserable. tp takpelah..nikah dia nnti mesti kena pegi. alang2 tu, buat road trip dgn wan..lagipun masa tu dah halalan toyyiban..1 room = bley jimat..*yey* unlike skrg..double the cost! ;(

p/s sedangkan wedding kwn di sabah pun boleh dtg kan? inikan pula wedding di johor, "drivable"!! insyaallah,.

Thursday, February 10, 2011

adat kahwin melayu tradisional makin hilang.

adat tradisional ni makin hilang, deny it all u want. tapi memang.

dulu2 orang kahwin pakai songket. skrg pakai lace..songket kan dah dipakai oleh orang melayu (dan indonesia) seawal abad ke-13. lace asal dari mana? tapi skrg semua orang pakai lace (termasuk diri sendiri)..

dulu orang kahwin perempuan pakai kebaya songket. lelaki pakai baju melayu atau baju laksmana tu songket jugak ada keris, tanjak semua siap.skrg ada reception pakai baju mcm org putih. suit, kot, gaun. gaun kembang2 putih pun ada jugak. serap budaya org putih.diri sendiri pun sama, nnti ada kot dan gaun pakai masa nak potong kek. tp at least gaun tak la kembang2 mcm cinderela tu..tak cool and tak minat..tapi still gaun..org melayu dulu2 pakai gaun ke?

Potong kek? ha..org melayu kita dulu kalau ada pun, pulut kuning. mana ada wedding kek bertingkat2 ni. kita sekarang ni je terpengaruh dgn budaya luar.sama la spt diri sendiri. ada wedding kek bertingkat jugak..

dulu tumbang lembu..gotong-royong masak..seronok! tapi ada masa tu tetamu yang dtg slalu bgn keesokan harinya saket perut keluar masuk toilet taktau berapa kali. skrg semua pakai katering, ada waiter, uniform semua. dah ilang dah adat gotong-royong masak-memasak ni.

dulu ada kompang, ada silat. skrg both masih ada,.bagus..tp byk wedding ada persembahan yg western-like n ada band lagi. memang cool laa..tapi dah tokok tambah.

dulu orang bertunang, si pengantin perempuan duduk dlm bilik. cincin disarung pun dlm bilik. sebab masih ada malu2 dan sopan santun anak dara tu. skrg semua org ada pelamin mini letak kat ruang tamu rumah. supaya semua orang boleh tgk. "malu2" tu dah ilang. iyer,,sama lah.masa bertunang haritu mmg tak duduk dlm bilik pun.

mekap pengantin dulu pakai mak andam..selalu makcik dah agak berumur. disemburnya muka pengantin, dibaca jampi ntah apa2 (which yg ni wajar hilanglah sbb takot rosak akidah sbb tatau dia jampi apa)..nnti dia mekap merah je muka mcm udang kene bakar pun ada. skrg pakai mekap artis. diri sendiri? kakak tu memang mak andam (kakak andamlah, muda lagi) tapi dia juga mekap profesional and moden..

ada byk lagi contoh tapi cukup lah buat masa ni. budaya kita masih preserved. tapi byk dah ditokok tambah dan dibuat perubahan. adjust sana sini. harap jgn langsung hilang..:)

p/s siapa salah?

Wednesday, February 9, 2011

a phone call

stunned to have received a phone call from a friend whom apologizes for the mistakes that he had done in the past. :O

..i hope he's going to be fine..

Tuesday, February 8, 2011

ada satu orang ni..


huhhh..tersangat marah dengan orang ini..dah lah submit matter las minit, then dia yang da lambat, dia push kita mati-matian suro cpt..padahal takde la urgent mana pon matter kau tu!

dah kata lambat, abeh tu semalam kau amek masa emas aku ni berjam2 untuk explain benda yang semua org dah faham berulang-ulang kali. semua org pandang kau aneh la babe sambil berfikir "apahal minah ni dok ulang2 benda sama???" kata nak cpt sangat, dpd kau ulang2, baik ko ckp skali je, and bagi aku buat keje aku.. kan lg cpt mcm tu??

then, after meeting, kau panggil aku masuk bilik kau sbb nk discuss one short matter..boleh je jadi short and sweet tapi kau pegi explain panjang lebar..apahal kau ni? sampai aku kena balik lewat sia2 la babe..ni yg aku bengang ni..!

then kau push aku nak mintak no telefon handphone..handphone? to org at work..it's a big NO..NO..aku benci diri sendiri sbb tak pndai ckp NO kepada kau..sebab apa kau tau? sbb kau tu pushy dan bossy dan insistance freak...

then dah dpt no aku tu, kau telefon aku pukul 1.15pm..ni dah kemuncak kemarahan aku dah ni..lunch hour ni babe..! aku lunch kol 3 siang tadi sbb siapkan matter kau..hihhhh melampau minah ni.

n aku tak sempat la angkat fon call kau tu, tp aku being professional, aku kol la kau balik segera..n bagik kau gud news, aku da permudahkan matter tu utk kau, kau tak pyh susah2 nak dtg jumpa bos aku sbb aku dah dptkan green lite bos aku utk kau..lagipun kau kan busy, lebih busy dr bos aku la katakan smpai kau nk aku adjust time bos aku utk kau sbb kau nak jumpa dia..dia sapa babe? kau sapa?

then since matter kau berbelit, aku ty la satu lagi quick question..QUICK QUESTION maksudnya jawapan yg aku expect dpd kau hanyalah satu atau dua perkataan shj dlm kes ini, aku expect YES atau NO shj dpd kau. tapi kau pegi explain benda yg langsung takperlu..aku tak ley la tolerate kau td babe..(lagipun aku kan tengah rush nak selesaikan matter kau)..kau tgh explain aku terpaksa potong kau n rephrase soalan aku..selepas 3 kali attempt, baru lah kau jawab "YES" kepada soalan aku..wahhh...jawapan yg kunanti-nantikan..then kau ingat tak aku respon lepas tu mcm ni "haa,, itu shj saya nak tau..yg lain tak nak tau" kan da kena?? hishh..i am such a drama queen..professionalism's gone sbb kau.

then dah pukul dua..perut lapar, kepala pening masuk angin dah..tp aku maseh buat matter kau laju2. tiba2 budak kau telefon..tanya update? haaa..ni yg bikin aku panas..ingat tadi kemuncak bila kau kol 1.15..yg ni lagi kemuncak dr kemuncak yg td, tepat 2.15 korang kol lagi "apa lg ni? kalau setiap 5 minit nak kol ty update mcm takde hormat pulak. please have some respect."..kesian jugak budak kau, dia ckp sori. panas la aku rasa. sempat aku tanya "bila sebenarnya bos awk (kau la tu) nak jumpa bos dia fasal matter ni" n dia jwb esk pagi.

so pukul 3.45 baru la siap segalanya..kelegaan terasa, urat yg berlingkar di tengkuk semua mula menghilangkan diri..boleh terus email..tp japgilah..kasik miserable sket.sket je, lagipun aku tau kau tgh tunggu..hah.. kol 4.15 baru aku email segalanya kpd mereka. the end. semoga jgn la ada deal yg complicated dgn minah ni lagi.


p/s selalu panik tak tentu fasal and suka ulang..ulang..ulang...ulang lagi..ulang..ulang..benda yang seriously semua org dah fhm..mcm familiar kan? haha


p/s 2 teringat dulu pernah masuk meeting yg di chairkan oleh seorang pegawai kanan kementerian ni..dia masuk dgn list agenda. setiap agenda, dia go straight to the point. sikit pun tak lengahkan utk benda2 yg tak perlu. then dia siap aim, "meeting ni akan tamat dlm masa sejam shj".. then sejam lima minit kemudian, meeting habis..semua agenda da communicated/decided..selesai lah..hebat dia ni. patut dicontohi.

bila kita tak nosy.

hati rasa senang.
tak payah TERfikir masalah orang.
azam baru bulan ini. jangan nosy.

p/s deny it all u want, but u r nosy too! haha

Sunday, February 6, 2011

6Februari2011♥

today was among the best date i've ever had with wan.. we spent time off from having to do stuff for the wedding..but still our minds can't stop planning, complaining, and thinking hard about it.

the facts that we managed to gather during the date are as follows:

1. do u know that KFC has breakfast meal that is served until 10.30am daily? well, they do, and among the menus, we ate nasi lemak set (x2) that costs us RM11.25 including tax..the drinks, u can choose to have coffee (refillable), tea or orange juice. however, the orange juice (in KFC Kepong Baru, i'm not sure about other KFCs) is merely mirinda orange soft drink..:( nasik lemak was fine, the sambal was nice too..

2. do u know that the entrance fee for mykad holder is RM20 in KL Bird Park? i thought it was free or RM2 max..haha..it wasn't... it's RM20!

3. do u know that most mat sallehs who came to KL Bird Park are also interested in watching some monkeys playing around up on the old trees nearby? hehe i saw how they found a group of wild monkeys fascinating.. like seriously.


enough facts..

we ended up going to the lake garden..there we were, sitting underneath big and old trees, chatting, sharing, laughing in a lovey-dovey sort of way..about everything..and that was the best part of the day...

Thursday, February 3, 2011

what to do today?

1. attend wedding @ gombak, usha kompang mereka :)
2. dating dgn kesayanganku, sambil beli barang hantaran yg maseh belum dibeli
3. listkan jemputan yg nak dijemput ke wedding nanti
4. prepare wishlist :)

Wednesday, February 2, 2011

ada satu blog.ending.

in relation to one previous entry:
http://awinh.blogspot.com/2011/01/ada-satu-blog.html

question:
did i go on reading the blog?

answer:
NOPE. i didn't. :)

p/s the curious cat was never killed.

.already.in.love.

a friend who's younger than me by a year celebrated her 24th birthday few days ago. i wished her "happy 2* birthday", i put a star (*) purposely neglecting from mentioning "24" for a simple reason i.e. "all our lives, she'll always be younger than me." i was teasing her, of course.

then she replied.."when u're at my age, u have wan already"..(that being said because she's still single today..so she claimed..;P)..haaaaa..then i smiled and cari wan.

this kind of story is purposely left hanging without an ending..because an ending is not suppose to be in existence when it comes to win&wan..:)

p/s missing him so badly today..he's sooo busy with work that he doesn't call as often as usual.mengeluh~

the number 53


p/s why 53? try "days left"