Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Tuesday, December 17, 2013

Kenanga Wholesale City

Win belum pernah tulis fasal tempat ni. KWC ni adalah tempat membeli borong. Semua barang harga menjadi rendah kalau kita beli borong. Dalam KWC banyak kedai-kedai kecil. Kebanyakannya adalah kedai barang/baju baby dan kedai baju perempuan. Ada jugak kedai handbag la, belt la, baju lelaki pun ada tapi sikit. Kedai costume pun ada kat sini.

Win sentiasa pergi kedai barang/baju baby kalau dtg KWC, for some of you know why :-)
Sebagai contoh, win kalau nak beli sehelai gaun untuk Naurah, mungkin harganya mencecah RM65. Tapi ada a lot of kedai, kenakan syarat begini, BUY 3, get 50% of, maknanya, sehelai gaun yang asalnya RM65, hanyalah berharga RM32.50. Bayangkan ada je gaun yang before diskaun harganya RM49.. maknanye selepas diskaun RM25 je!!!! arrgghhhh pengsan. Gaun ni yang cantik cantik boleh pakai jalan jalan, kenduri kahwin, ada gaun flower girl bagai oke. Serius.

Kalau baju perempuan pulak, ada a few shops yang win dah came across, dia tak jual sehelai langsung kebanyakannya kena beli minimum 3 atau minimum 6. Berdasarkan pengalaman win sendiri, tau tak sehelai blaus kalau kat kedai kat luar harganya RM39.90, blaus yang sama, kat KWC, dapat RM18... arhhhhhhggghhh pengsan lagi sekali..!!! tapi kena la beli kuantiti yang ditetapkan.. maknanye beli 1 RM39.90, beli 3 helai RM54 je hahahah (Tapi don't worry, kalau mau ada kedai yang jual sehelai-sehelai punya, round round je, mesti jumpa. tapi mahal lah. Tp kan kalau kt KWC, beli sehelai, lagi mahal dpd harga kat luar tau. so kalau nak beli sehelai, bawaklah geng shopping 1 resit)

Ada jual tudung, tapi tak banyak n tak delah murah sgt. Baik pergi Jalan TAR je. Banyak kedai baju org cina, maksud win, baju style yang budak budak chinese suka pakai, sleeveless ke n yang seksi seksi sikit. Kalau siapa style dia mcm tu, memang sesuai dtg sini.

Kalau nak beli sehelai, takpayah dtg. Rugi. Haha.

Kain? kain ela? takde. Adalah dua tiga kedai yang ada, tapi seriously, tak banyak pilihan dan tak akan menggilakan perempuan-perempuan normal. Sedih. kalau ada banyak kedai kain lace mcm dekat Jakarta n Bandung... argghhh lagi pengsan. Tapi takde gals.. So sorry.

Tempat makan? ada food court non halal. Food court halal takde. Tapi ada restoran melayu dekat tingkat 2.

Parking? RM3 per entry. Dulu RM1, baru baru ni je RM3 per entry kalau tak silap. Kalau win silap, mungkin RM3 for the first 3 hours rate yang baru, rate lama RM1 for the first 3 hours. Nanti win update bila dah sure ye, lupa la pulak. Tapi parking rate KWC adalah murah. First time win dtg, win sampai around 12.30 tghari, win balik dalam pukul 2.40 ptg hari jumaat, win kena bayar RM1 sahaja..!!! later win pergi, time n hari serupa, RM3 win kena bayar. Never more than that.

More about parking, kita sampai sampai tu kan, kena naik parking ke tingkat 8, jenuh jgk kereta panjat tinggi tinggi ke tingkat 8. Tingkat 8,9,10 parking. Rasenya 3 tingkat je untuk parking. Selalu win dpt parking senang je. Tapi sebab hari jumaat. Tak pernah pergi hari lain.

Best.. try la dtg. Sorry no gambar. Tak sempat snap sbb taksub shopping. hahaha

Oke bye!.


awin hashim

No comments:

Post a Comment