Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, December 30, 2013

Panggilan Hangit 30 Disember 2013 - ignorance in law

Win pagi-pagi dengar hot fm. Pagi tadi ada panggilan hangit AG buat kepada satu lelaki ni. Win tak dgr habis sbb on the way to work, win singgah isi minyak.
Apa yg win sempat dgr ialah, dia dah 7 tahun kawen dan tak ambil sijil nikah. Ag suruh dia bayar denda RM100 setahun maknanya RM700 dah dia kena bayar, itu peraturannya lah konon dalam panggilan hangit ni,. mamat ni mengamok la.

Oke, win ada byk kawan/reader yg layman in law kan. Tapi rule nya mengikut apa yg win belajar ialah, ignorance in law is no defence or is not an excuse. Never can it be used as defence or excuse.

Contoh:
mamat dlm panggilan hangit tu ckp, awk tak bagi surat yg tulis peraturan tu, saya tak tau fasal peraturan tu, (so takboleh la penalized saya RM700)!!

mamat tersebut cuba untuk memberikan excuse tak nak bayar denda RM700 sebab dia tak dimaklumkan tentang penalti (dalam peraturan) RM100 setiap tahun bagi kegagalan mengambil sijil nikah.

Maka? excuse ini tak boleh pakai ha. dalam contoh ni majlis agama (kononnya) tak bertanggungjawab utk bacakan satu per satu peraturan kat mamat tau. So, mamat ni tak boleh langsung guna reason "saya taktau pun peraturan ni wujud" dalam cerita panggilan hangit ni.

Tapi tu kan panggilan hangit kan.. siapa kesah? peraturan la, majlis agama la semua tu konon kononnya, nama pun prank call.

Tapi fakta yg win cuba nak explain adalah benar (last time i checked, i stand corrected by fellow legal friends).. tadi contoh senang tapi situasi tipu kan, so, now win kasik contoh realistik pula:

contoh sebenar:
win pernah pergi buat attachment dekat mahkamah masa belajar dulu, suka win pergi melawat mahkamah tinggi setiap kali ada jatuh hukum. kebetulan ada pulak kes mengedar dadah, sepasang suami isteri ni, suami dah disabitkan bersalah mengedar dadah dlm kuantiti yang cukup utk dikenakan hukuman gantung sampai mati. si wife pulak membantu suami dia. mahkamah jatuhkan hukum gantung sampai mati bagi suami tu dan penjara seumur hidup bagi isteri.

apa yg korg taktau? mengedar dadah, mengikut hukuman di malaysia, kalau dadah yg diedarkan tu cukup kuantitinya ke sekian sekian gram, maka hukumannya gantung sampai mati. couple tu, masa dia mengedar dadah dia taktau pun hukuman kesalahan tu seberat ini. Tapi bila dah kena tangkap, dibacakan charge dekat dia baru dia tau, nak lembik kepala lutut pun dah tak guna. mahkamah takkan terima reason "aku tak tau pun hukumannya hukuman mati mandatori la!! kalau aku tau aku tak buat atau tak edarlah sebanyak tu dadah..huaaaaaa menyesal".. ignorance in law is NEVER an excuse.keluarkan lah air mata darah sekalipun..

takut kan contoh sebenar?..

so, melalui panggilan hangit hot fm tu, win terpanggil untuk bagitau semua layman di luar sana bahawa, kau tau atau tidak undang-undang tu wujud, kalau kau tertakluk di bawah undang-undang tu, kau kena!

p/s siapa yang nak join perhimpunan haram 31 Disember 2013 ni, kalau kena tangkap..jeng jeng jeng.. boleh kena penjara.. kalau kena padan muka... ISA dah takda tapi SOSMA ada.. ingatlah anak bini, mak bapak atau girlfriend/boyfriend kau yg tersayang sgt tu sebelum buat benda salah di sisi undang-undang.


awin hashim

Tuesday, December 24, 2013

18 Disember ....

18 Disember 2010, Wan and Win got engaged.

What have Wan and Win accomplished in life?
1. We got married, almost reached 3rd anniversary in about 3 months,
2. We have given birth to a child who has now reached 1 year and 7 months of age, who dah pandai count to 10 already!!
3. We have what we need, love, health, loving family members and good careers.
Alhamdulillah.

Tuesday, December 17, 2013

Kenanga Wholesale City

Win belum pernah tulis fasal tempat ni. KWC ni adalah tempat membeli borong. Semua barang harga menjadi rendah kalau kita beli borong. Dalam KWC banyak kedai-kedai kecil. Kebanyakannya adalah kedai barang/baju baby dan kedai baju perempuan. Ada jugak kedai handbag la, belt la, baju lelaki pun ada tapi sikit. Kedai costume pun ada kat sini.

Win sentiasa pergi kedai barang/baju baby kalau dtg KWC, for some of you know why :-)
Sebagai contoh, win kalau nak beli sehelai gaun untuk Naurah, mungkin harganya mencecah RM65. Tapi ada a lot of kedai, kenakan syarat begini, BUY 3, get 50% of, maknanya, sehelai gaun yang asalnya RM65, hanyalah berharga RM32.50. Bayangkan ada je gaun yang before diskaun harganya RM49.. maknanye selepas diskaun RM25 je!!!! arrgghhhh pengsan. Gaun ni yang cantik cantik boleh pakai jalan jalan, kenduri kahwin, ada gaun flower girl bagai oke. Serius.

Kalau baju perempuan pulak, ada a few shops yang win dah came across, dia tak jual sehelai langsung kebanyakannya kena beli minimum 3 atau minimum 6. Berdasarkan pengalaman win sendiri, tau tak sehelai blaus kalau kat kedai kat luar harganya RM39.90, blaus yang sama, kat KWC, dapat RM18... arhhhhhhggghhh pengsan lagi sekali..!!! tapi kena la beli kuantiti yang ditetapkan.. maknanye beli 1 RM39.90, beli 3 helai RM54 je hahahah (Tapi don't worry, kalau mau ada kedai yang jual sehelai-sehelai punya, round round je, mesti jumpa. tapi mahal lah. Tp kan kalau kt KWC, beli sehelai, lagi mahal dpd harga kat luar tau. so kalau nak beli sehelai, bawaklah geng shopping 1 resit)

Ada jual tudung, tapi tak banyak n tak delah murah sgt. Baik pergi Jalan TAR je. Banyak kedai baju org cina, maksud win, baju style yang budak budak chinese suka pakai, sleeveless ke n yang seksi seksi sikit. Kalau siapa style dia mcm tu, memang sesuai dtg sini.

Kalau nak beli sehelai, takpayah dtg. Rugi. Haha.

Kain? kain ela? takde. Adalah dua tiga kedai yang ada, tapi seriously, tak banyak pilihan dan tak akan menggilakan perempuan-perempuan normal. Sedih. kalau ada banyak kedai kain lace mcm dekat Jakarta n Bandung... argghhh lagi pengsan. Tapi takde gals.. So sorry.

Tempat makan? ada food court non halal. Food court halal takde. Tapi ada restoran melayu dekat tingkat 2.

Parking? RM3 per entry. Dulu RM1, baru baru ni je RM3 per entry kalau tak silap. Kalau win silap, mungkin RM3 for the first 3 hours rate yang baru, rate lama RM1 for the first 3 hours. Nanti win update bila dah sure ye, lupa la pulak. Tapi parking rate KWC adalah murah. First time win dtg, win sampai around 12.30 tghari, win balik dalam pukul 2.40 ptg hari jumaat, win kena bayar RM1 sahaja..!!! later win pergi, time n hari serupa, RM3 win kena bayar. Never more than that.

More about parking, kita sampai sampai tu kan, kena naik parking ke tingkat 8, jenuh jgk kereta panjat tinggi tinggi ke tingkat 8. Tingkat 8,9,10 parking. Rasenya 3 tingkat je untuk parking. Selalu win dpt parking senang je. Tapi sebab hari jumaat. Tak pernah pergi hari lain.

Best.. try la dtg. Sorry no gambar. Tak sempat snap sbb taksub shopping. hahaha

Oke bye!.


awin hashim

Isteri yang baik adalah isteri yang...

banyak jawapan yang boleh diisi di ruangan kosong tersebut.

Harini win mempelajari dua daripada beribu jawapan yang sesuai yang boleh diisi di ruangan kosong tersebut. Jawapan tersebut adalah isteri yang baik adalah isteri yang tidak meminta-minta dan isteri yang sentiasa memahami suami dia dalam apa jua keadaan.

Huraian:

Isteri yang baik adalah isteri yang faham kemampuan suami dia, financially atau dari segi apa sekalipun. Kalau kita tgk dari segi financially, isteri yang baik adalah isteri yang sentiasa understanding, tak mintak bukan-bukan sebab dia tau setakat mana husband dia mampu. Tak mintak upah, tak mintak belanja benda tak perlu, membantu husband dia some more, especially if she is making more money than he does.

Sebagai satu contoh situasi kan, isteri mengandung, mintak mcm mcm (barang la,.,.bukan makanan) daripada suami walaupun dia tahu suami dia tak mampu, atau kalau mampu pun, tapi akan menjadi susah untuk menunaikan permintaan si isteri. Isteri-isteri ni kadang-kadang tau je, keadaan poket suami, tapi dia tak peduli.

Terus win terkait situasi win, win melahirkan Naurah 4 hari selepas birthday win, win takda mintak apape rasanya.. hehe.. kan Wan kan?? isteri yang baik, biasalah. Tapi blackberry playbook tu, hadiah birthday win. pun bukan win mintak. Win hint hint je. hehehe. (Wan, i know u r reading this.)

She (my friend) opened my eyes, into seeing one/two of thousands characteristic of a good wife.
Thank u kak! hehe




awin hashim

Monday, December 16, 2013

Our trip to Big Bad Wolf Book Sale - a good idea to bring baby/toddler??

yes, but no. maybe yes?

BBW, as the title suggest, telah berlangsung dari 6-15 Disember 2013. Win, wan dan Naurah pergi pada hari terakhir, ahad lepas. Cah dan Ira tagged along too. Sesak. Penuh. Tapi not in a bad way. Meriah. Malaysians do read books, serious.

Naurah tidur dalam kesesakan lalu lintas berhampiran mines sampai kereta dah sudah parking. Jadi, stroller perlu digunakan. Tapi masuk je dlm stroller, Naurah bangun. Oke lagi.

Kami park di luar mines, dulu boleh park di bwh MIECC, senang. Tapi ada construction. Jadi parking ikut rezeki masing masing. Dah parking luar bangunan, kami kenalah jln bwh matahari dan masuk ke mines melalui pintu berhampiran chicken rice shop dan mencari jln masuk ke miecc dari dlm mines.

Nak masuk ke pintu mines, ada tangga turun ke bawah. Lebih kurang 10 anak tgga. Tak nmpak pun lorong turun bukit utk stroller. So Naurah terpaksa win angkat dan stroller terpaksa wan angkat, turun tangga. Tak baby/stroller friendly number 1. On our way back, kami terjumpa ada jln naik bukit kt tepi sikit.. kena jln sikit la. Tp boleh tolak stroller.. so, tarik balik. Stroller friendly.

Masuk ke mines, naik lif pergi tingkat 3. then mencari jln masuk miecc kt tepi tepi tu akhirnya jmpa. Ada tangga. Tp kt tepi tu ada susur bukit, baby/stroller friendly. Oku pun boleh naik.

Pastu jln dpn lagi.. ada tangga.. takde jln utk stroller.langsung takde. If wan takde, win definitely akan patah balik. Wan pun angkat stroller naik tangga curam itu. Baby/stroller tak friendly langsung.

Oke. Jln dpn sikit, kena naik tangga yg akhir.. naik je tangga tu sampai dah dewan. Tapi tepi tu ada lift. Tp dah la slow. Sentiasa penuh. Sebab ramai org bawa stroller baby n troli buku.. shopping buku kan. Dua lif yg teramat slow dan penuh. Teruk teruk. Not baby/stroller friendly, obviously. Again, wan angkat stroller naik tangga. Mujur stroller berat Naurah tu boleh lipat ala ala payung.

Dah masuk dewan, everything was smooth. Ramai org bawak babies n toddlers. Ye lah kan. Kalau dah beranak pinak nak pergi mana mana mesti angkut semua.

Tp akibat ramai sgt org, Naurah had enough selepas lebih sejam dlm dewan tu. Itu pun kira lama la jgk. Win n wan ter carried away dlm timbunan buku. My bad. Sorry Naurah.

Masa nak bayar, Naurah nanges jerit jerit tak berhenti.. hahaaa. Sampai kat luar dewan, ada org jual ais krim. Dpt ais krim dia diam. Pandai ko ye. Haha.

Kami mengharung jln yg sama dgn jln pergi tadi. Melalui tangga tangga.

Mungkin ada jalan lain??? Mungkin lah. Tapi based on jalan yang win lalu,... it was not a good idea to bring baby/toddler with stroller ke situ.
Kalau angkat je oke lah kot.

Untuk shopping buku pulak,
typically, dah memang namanya budak.. Memang tak boleh lama lama pun. dia boring, mula mengamok, silalah angkat kaki. hehe

p/s tertengok instagram a friend, dia baru jgk lah kawin, masih berdua belum bertiga, dia shopping buku tengah malam, lama lama, n dpt buku byk bertimbun timbun.. best. :-) ada juga pros utk org yang belum rezeki nak dpt baby ni, 1 of the pros, can go to BBW lama lama puas puas malam malam buta.
As for me.. pegi sekejap pun dah ckup best..