Apa yg win sempat dgr ialah, dia dah 7 tahun kawen dan tak ambil sijil nikah. Ag suruh dia bayar denda RM100 setahun maknanya RM700 dah dia kena bayar, itu peraturannya lah konon dalam panggilan hangit ni,. mamat ni mengamok la.
Oke, win ada byk kawan/reader yg layman in law kan. Tapi rule nya mengikut apa yg win belajar ialah, ignorance in law is no defence or is not an excuse. Never can it be used as defence or excuse.
Contoh:
mamat dlm panggilan hangit tu ckp, awk tak bagi surat yg tulis peraturan tu, saya tak tau fasal peraturan tu, (so takboleh la penalized saya RM700)!!
mamat tersebut cuba untuk memberikan excuse tak nak bayar denda RM700 sebab dia tak dimaklumkan tentang penalti (dalam peraturan) RM100 setiap tahun bagi kegagalan mengambil sijil nikah.
Maka? excuse ini tak boleh pakai ha. dalam contoh ni majlis agama (kononnya) tak bertanggungjawab utk bacakan satu per satu peraturan kat mamat tau. So, mamat ni tak boleh langsung guna reason "saya taktau pun peraturan ni wujud" dalam cerita panggilan hangit ni.
Tapi tu kan panggilan hangit kan.. siapa kesah? peraturan la, majlis agama la semua tu konon kononnya, nama pun prank call.
Tapi fakta yg win cuba nak explain adalah benar (last time i checked, i stand corrected by fellow legal friends).. tadi contoh senang tapi situasi tipu kan, so, now win kasik contoh realistik pula:
contoh sebenar:
win pernah pergi buat attachment dekat mahkamah masa belajar dulu, suka win pergi melawat mahkamah tinggi setiap kali ada jatuh hukum. kebetulan ada pulak kes mengedar dadah, sepasang suami isteri ni, suami dah disabitkan bersalah mengedar dadah dlm kuantiti yang cukup utk dikenakan hukuman gantung sampai mati. si wife pulak membantu suami dia. mahkamah jatuhkan hukum gantung sampai mati bagi suami tu dan penjara seumur hidup bagi isteri.
apa yg korg taktau? mengedar dadah, mengikut hukuman di malaysia, kalau dadah yg diedarkan tu cukup kuantitinya ke sekian sekian gram, maka hukumannya gantung sampai mati. couple tu, masa dia mengedar dadah dia taktau pun hukuman kesalahan tu seberat ini. Tapi bila dah kena tangkap, dibacakan charge dekat dia baru dia tau, nak lembik kepala lutut pun dah tak guna. mahkamah takkan terima reason "aku tak tau pun hukumannya hukuman mati mandatori la!! kalau aku tau aku tak buat atau tak edarlah sebanyak tu dadah..huaaaaaa menyesal".. ignorance in law is NEVER an excuse.keluarkan lah air mata darah sekalipun..
takut kan contoh sebenar?..
so, melalui panggilan hangit hot fm tu, win terpanggil untuk bagitau semua layman di luar sana bahawa, kau tau atau tidak undang-undang tu wujud, kalau kau tertakluk di bawah undang-undang tu, kau kena!
p/s siapa yang nak join perhimpunan haram 31 Disember 2013 ni, kalau kena tangkap..jeng jeng jeng.. boleh kena penjara.. kalau kena padan muka... ISA dah takda tapi SOSMA ada.. ingatlah anak bini, mak bapak atau girlfriend/boyfriend kau yg tersayang sgt tu sebelum buat benda salah di sisi undang-undang.
awin hashim