Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, April 30, 2012

Red Velvet Cake from CuppyCatCake - Birthday Mak!

birthday mak yang ke 55 jatuh pada hari jumaat yang lepas. maka selepas kerja, semua ahli keluarga berduyun-duyun balik ke rumah kl. mula2 win sampai, mak boleh tanya, "apsal kau balik sini?" (sbb jumaat tak pnah2 balik)... jwpn yg terang lagi bersuluh "sebab birthday mak la"..haha

two days before friday, iaitu wednesday, teringat win kepada ikeen, a dear friend yang super gorgeous dan suke buat cake. langsung win order cake dpd dia, yg kebetulan dah jadi business dah, alhamdulillah. oleh sebab masa induksi haritu, si hasiful buat red velvet utk semua peserta kursus, maka win sudah crave for another red velvet. so, i ordered one. kek besar. bukan cuppies..sbb kalau cup cakes mcm tak cukup.

hari jumaat, pada masa yg dijanjikan, berjumpalah kami di solaris dutamas. dpt lah cake yg dimimpi kan dah semenjak 2 hari lepas.

pictures of the gorgeous-ikeen-made-red-velvet-cake dan rupanya selepas dipotong2..:




sorry banyak sgt smears..tu menunjukkan kegelojohan win memotong kek utk kasik semua org rase. :)

maka dengan itu, siapa2 nak order, bley order dpd ikeen. i don't tipu u, kek dia sedap n dressing cake dia simple and cute..! like seriously.

blog address dia (bley la korg gi usha): http://cuppycatcake.blogspot.com/ ada how to order siap dgn harga sekali. mine costs RM75 only, to those who thinks that this price is expensive, jwpn win adalah, NOPE! not at all sbb kek nya berat, besar dan sedap, worth every RM.

kalau kau beli secret recepies punya kek tu harga mcm tu jugak, tp kek nya kurang, cream je lebih...i like cake not creammmm je! n banding with this one, kek secret recepies tu ringan. literally "ringan" yg ni berat.. n kenyang..n dah sejukkan dlm peti ais pun masih lembut.. tak mcm kek dkt king's yg senang keras. :)) it's not that i solely want to promote my friend and her business, tapi i won't be saying these kalau kek dia mmg tak best. faham ke ni? :)

enough about cake.
wan, ini hint, bulan birthday win dah sampai.. u can find ikeen's fon number dlm blackberry win oke? theeehehehe :)




i can't believe that mak is 55 this year! she gave birth to me when she was 29 years and 14 days. n come her 55th years of life, i am going to give her her second grandchild, soon. insyaallah. :) hehehehe tak sabar pulak ni..

Friday, April 27, 2012

less than a month.

eh..eh..cuba tgk ni:


29 hari lagi..dah kurang sebulan..rasa mcm sekejap?? tak jugak sebenarnya..rasa dah lama sgt..cptlah hari sampai..tak sabar nak jumpa baby! :)

walaupun ada lebih kurang sebulan, tapi seorang perempuan bley bersalin anytime setelah kandungan dia mencapai 37 minggu ke 40 minggu dan kadang2 lebih dpd tu.. today, dah masuk minggu ke 36...that means, start daripada next week, if my baby is born, she is not going to be a preemie anymore (preemie = premature baby)... so dear baby, don't come out for another week at least oke sayang? don't be hasty! kalau tak, nanti kena duduk incubator.

taylor vs tailor


semalam, during dinner @ mcD bandar baru bangi, aku ternampak satu kedai ni. Sila rujuk gambar. Antara perkhidmatan dia adalah menjahit pakaian wanita, spa dll. Menjahit pakaian wanita maknanye kedai tukang jahit la kan? oke, kau rasa apa yg silap?

jawapan:

"Tailor" means: 








But if u google "Taylor" instead, u will find these:



yupp taylor? taylor swift ke, taylor is a name. Tailor tu tukang jahit. Kedai ni dia dah buat sign besar2 tulis "Taylor" sedangkan dia maksudkan "Tailor".. hmm.. bukan niat utk condemn english org. tapi, the the shop owner should have checked first before u buat ur shop sign...takkan dia tak perasan kan? hehe *peace*

p/s aku perasan sbb sign dia tulisan kaler pink yg sungguh comel. :)

Thursday, April 26, 2012

hospital angkatan tentera

untung kerja di mindef ni. among keuntungan yang aku dpt sbg salah sorg kakitangan mindef adalah, Hospital Angkatan Tentera (HAT) sudi membuka pintunya luas2 untuk aku bersalin di sana, as long as aku staff mindef or aku tentera or aku bini tentera. tapi kalau dah jadik ex staff mindef, tak dpt dah la benefit ni.

oke, kenapa aku suke sangat nak pilih nak bersalin di HAT ni? well sbb aku sgtlah pro hospital kerajaan. bukanlah benci hospital swasta tapi prefer not to go to hospital swasta, sbb? hospital swasta ni firstly, cost (of course la kan) secondly, they care about u less than they care about ur money. so, kadang2 dia check kita sambil lewa. thirdly, kalau kite ada complication, dia akhirnya refer kita kembali ke hospital kerajaan. so, baiklah kita siap2 pergi hospital kerajaan je. tunggu la sikit. tp insyaallah dia jaga kita baik. nurse2 kerek pulak zaman skrg dah takde atau dah kurang. nurse hospital kerajaan skrg dah oke. yg angelic punya oke pun byk. alhamdulillah.
so point aku adalah, aku prefer hospital kerajaan. tapi, kalau nak pergi hospital kerajaan, selalunya crowded kan? haaa..HAT adalah hospital kerajaan yg tak crowded. sbb org yg boleh dirawat kat situ hanya 3 kumpulan seperti yang aku sebut tadi jer. kalau compare HKL n HAT..in terms of crowded-ness.. HKL sgtlah kalah. n HKL hospital lama..serammmm..HAT baru..hehehe aku happy,.

i asked around, n did my research, ada jumpa 1 je blog org yg pernah bersalin dkt HAT wangsa maju. dia tak byk komen. takut jugaklah aku sbb kot2 doktor tentera lebih psycho..tak fasal2 je nnti. tapi my sister's fren pernah gave birth di sana n dia sgt recommend aku pergi bersalin kat sana. YEY! dia cerita mcm2 semua best2.. leganya hati ni bila da boleh decide nak bersalin kat mana. so, next step adalah, dapatkan referral letter dari klinik kesihatan tempat aku buat check up utk di-refer ke HAT,. then, insyaallah, bersalin di HAT lah aku nnti.

pastu aku kasik review supaya siapa2 yg nak tau cmne rasa bersalin di HAT bley buat research dia pulak nnti. :)

sweet-menyampah-blah

kebelakangan ni kan, my husband si wan tu asyiklah berlaku sweet je.. aku dimanja2kan sbb dah sarat. kalau tak dimanjakan pun, aku mmg terbaring je lepas balik kerja. nak tak nak dia kena buat semua.. nak masak? jarang! penattttttt.. nak kemas rumah? lagilah tak..! so, jgn ada sesape dtg rumah kami skrg oke? sgt sepah tongkang pecah punya sepah.

so, berbalik kepada wan being sweet. aku yg sentiasa beremosi kebelakangan ni, terasa syahdu gila kalau dia tengah berlaku sweet tu. contoh perlakuan sweet dia adalah, tgh malam dia keluar carik ikan kembung nak masakkan laksa, pastu dia masakkan laksa, just because aku nak jugak laksa malam tu walaupun dah dinner sejam sebelum tu. tu kan sweet tu kan? oleh sbb aku sentiasa syahdu2 je, apa lagi yg aku boleh buat? yess, update gambar2/status2 fasal ke-sweet-an wan di facebook n even dekat blog ni pun ada je cerita fasal wan yg sweet.

oh, rupanya ada yg menyampah nak baca..muahahahhaaha..oke, aku sungguh tak faham. inikan blog aku kan? facebook aku tu kan facebook aku jugak kan? aku punye. suka hati akulah aku nak tulis apa..btol tak? kalau menyampah, jgn la baca blog ni. jgn.. kau tambah dosa je ngok. baik kau tapayah baca,. kau pun tak saket hati n bile tak saket hati, kau tak comment mcm2 kat blog ni, aku pun tak saket hati. win-win situation.
kalau kau benci apa aku post kat facebook, by all means, delete me. block me. whatever. yang kau pegi baca pastu sakit hati..mcm...macammm.. kelakar? hahahahaha kelakar campur bodoh2 ayam sikit..hahahahaha. itu je

p/s eiiii aku perasan blog ni mmg emosi kan lately. sue me!

siapa malas nak dgr saya complaint, tak payah baca entry ni.

boleh tak mana2 doktor kasi saya mc? mc banyak2 sampai sebulan pun oke. saya dah tak larat nak dtg keje. hari2 bangun nak nanges je sbb kene pegi keje.

kalaupun ada satu atau dua kali saya bangun dari tidur terus bersemangat nak pergi keje, sampai2 ofis je, baru nak start sambung keje2 yg sedia ada yg mmg kena siapkan sebelum cuti bersalin, tiba2 misti bos panggil n tambah kerja saya. kerja yang bos kasik last minit tu semuanya urgent dan kena siapkan secepat mungkin.

akhirnya, pada hari tersebut, saya hanya sempat siapkan kerja urgent bos, tapi kerja sndiri tertangguh jugak. itulah sebabnya esoknya saya bangun rasa nak nanges lagi sbb demotivated nak pergi kerja. dan percayalah, sampai je saya di office esok tu dan hari2 seterusnya, first phone call adalah dpd bos, "mazuin, masuk bilik saya sekejap, ada benda urgent ni" *mengeluh*.. fail saya makin banyak, saya ada lagi masa kurang sebulan utk buat kerja2 tu semua.. supaya bila saya start cuti, takde siapa call n ganggu saya..tapi mana la smpat nak buat..takde masa nak buat dah. kenapa kalau ada kerja urgent je, bos misti panggil saya? saya kan ada 4 colleagues yg lain? sampaikan kerja kerani pun bos panggil saya suro buat..alasannya sbb kalau saya yg buat, laju sikit. *nanges, nanges, dan nanges lagi*

pastukan, bila tiba time balik, 4.30pm zuppp terus saya angkat kaki cabut sblm kena panggil utk buat sesuatu..balik lambat? utk masa skrg tak mungkinlah. nanti tersangkut jem nanges sorg2 dalam kereta sampai org kereta sebelah pandang2 kesian/menyampah. sedangkan tak jem pun saya nanges hari2 sbb jauh. org kata jgn cengeng sgt masa pregnant, nanti baby lahir kuat nanges jugak. tapi ingat senang ke nak tahan limpahan air mata tu..? apa?? kau kata senang? cubalah kau mengandung dulu yang oi. baru kau tau. (kalau kau dah penah mengandung n tak nanges2, cuba kau mengandung lagi sekali and berulang pegi balik keje kl-putrajaya spnjg kau mengandung 9 bulan, misti kau kalah jugak n nanges. hehe)

p/s mungkin pada hari2 biasa aku tak penah kesah pun kalau bos nak tenggelamkan aku dgn fail..tapi pada hari2 penghujung 9 bulan ni, emosi yg tak tenteram..hormon? maybe.. it's 7.38am, and i have already started to complaint.

Wednesday, April 25, 2012

(in a hope to) miss (escape) another official activity

haritu dapat panggilan induksi, syarat sah jawatan, nak tak nak kenalah datang walaupun membuyung nak masuk 8 bulan..mintalah surat pengesahan doktor hospital serdang dengan harapan dapat a few privilleges like parking yg hampir dgn tmpat kursus, escape aktiviti fizikal etc..tapi urusetia induksi agak2 macam harrraamm sikit, so kena jugak fight for such privilleges, kalau tak, nangis lah kena panjat tangga hari2! (kau pun tahu tangga ilkap tinggi mana)

few days after balik induksi, dapat pula emel untuk pergi conference. 16 hingga 19 Mei 2012..masa tu, mmg dah sah2 menunggu hari..(at that time, i am going to be 10 days away from my due date babeyh!! oh yeahhh..hehe and i am already 26 years old, post 11 May 2012 erkkk).. conference akan diadakan di Melaka, walaupun tak jauh mana (still bley smbahyang jamak dah pun), i should not be away from home masa tu, jadi kenalah tulis surat mintak kebenaran untuk tak hadir. surat kenalah ada lampiran pengesahan doktor kan? makanya, semalam, sudah pergi jumpa doktor dan dapat surat di bawah (whohooo!):



menurut surat pengesahan doktor ni, i am currently 35 weeks plus which is somewhat equal to 9 months..eihh..aku dah 9 bulan ke?? hehe..confuse.. rasa mcm belum.. tapi apapun, harap2 permohonan untuk tidak hadir tu diluluskan, insyaallah.. ya Allah lembutkanlah hati boss ku ya Allah...skrg nak naik tangga setingkat (nak pergi parking kat office) pun dah mengah macam carrying 2 kampit beras 10kg sambil panjat tangga..bulan depan tak ternaik dah tangga oi..sbb mungkin rasa mcm carrying 3 kampit instead..almaklumlah, berat currently sudah total naik 16kgs! oke, now, i have to finish mengarang surat n harini bolehlah hantar dah!..:)

p/s :)

Tuesday, April 24, 2012

Cerita Satu Malam - Laksa

Petang semalam adalah petang yang paling mengantuk sekali dalam sejarah "kemengandungan" aku. Walaupun ngantuk tetap jua kena drive balik dari office di KL ke rumah di Putrajaya. Setengah jalan tu, wan dah call, ajak berborak sambil drive bagi mengelakkan aku terlelap masa drive. Yes, macam tu sekali. Dah la aircond pasang kuat2 sampai beku dalam kereta sebab cuaca kat luar semalam tersangat panas dan aku dah berpeluh macam kerbau oleh sebab panas sangat. Fyi, mengandung itu panas, literally. Wan suruh slow kan aircond, kalau sejuk syahdu langsung lelap masa drive. Tapi suruhan wan terpaksa di-ignore dek sebab kepanasan sgt smpai pening. Panjang pulak intro ni. Hehe...sampai rumah, terus bukak aircond n tidur. Sampai wan balik pukul 6.30ptg barulah terhegeh2 nak sembahyang asar n then masak dinner with wan.

Baru nak mula masak, tekak dah terasa "mcm sedap je kalau dpt makan laksa ni??" terus aku menyatakan hasrat hati kepada wan. tp tengok muka wan yang dah terkemot2 sbb penat balik kerja n lapar, teruslah kami sambung masak mengikut plan, sambal telur mata, salad cicah belacan n tempe goreng rangup..nyum sedapnye... lepas makan dah kenyang terlentang, tekak ni masih rasa nak laksa. nak laksa jugak. tanak yang beli. nak yg masak sendiri. sbb yg beli tak sedap. jadi, pukul 9.15mlm wan terus pergi kedai carik ikan kembung, bunga kantan n daun kesum.

9.30pm kami dah start bertukang dlm dapur, bekerjasama masak laksa. dengan pantas.











Akhirnya, pada pukul 9.55pm, laksa dah siap masak n sedia untuk di MAM! mangkuk pertama selesai dibaham pada jam 10.10pm.




Pukul 10.20pm win tambah semangkuk lagi.. then, kol 10.30pm duduk2 jap menurunkan isi perut ke bawah. last sekali tgk jam pukul 10.40pm..pastu dah hilang (read: tidur) sampai pukul 1.30am bangun utk ke bilik air sebab si kecil telah menendang pundi ibu dia. erkk? hahah..

selesai episod laksa. balance kuah laksa tu ada lagi dibeku dlm freezer. kot2 mlm ni berselera pelik lagi, boleh panaskan je tak payah susah payah wan masak lagi. :) ... i love u darling..! terima kasih sebab sentiasa layan win. i'm proud to have u as my husband. (oke, berair la pulak mata ni..hahaha)

p/s to all husbands out there, i know everybody has his own way of taking care of his beloved pregnant wife, please do take care of her, especially when she is one month away from her due date :), even when she's mad at u without reason, even when she's asking for something crazy in the middle of the night, even when she falls asleep when u need her the most, in any circumstances, please be with her by her side at all times. believe me when i say she needs u more now than ever..n it's not difficult to do that, because u r in love with her, aren't u?

Thursday, April 19, 2012

baby kurang gerak..risau tak?

masuk minggu ke 30, barulah nurse di klinik kesihatan suruh monitor pergerakan baby. nurse ajar dari 9 pagi ke 9 malam daily, mesti kena cukup 10 kali pergerakan baby. pergerakan haruslah yg kuat sama ada tendangannya atau pusingannya dan bukan sekadar kuakkan kecil je. yg tu tak kira. kalau dia gerak byk2 dlm satu masa, tu dikira 1 dan bukannya 2 atau 3 atau 4.. bila dia stop n then gerak byk2 sekali lagi, baru kira asing2. n nurse caution kan, kalau cukup 10:

a. by pukul 5 or 6 petang, sangat excellent. baby sehat n aktif.
b. kalau by pukul 9 malam baru nak cukup 10, ini masalah sbb baby tak berapa aktif, maklumkan kpd doktor kata nurse tu..
c. tapi kalau kiraan 10 dah cukup seawal jam 12 tghari atau lebih awal, baby terlalu aktif pulak..mungkin itu boleh dianggap sebagai indicator ada masalah. yg ini kena inform doktor jugak kalau setiap hari resultnya begini.

hmm..my baby, kadang2 pukul 2 or 3 dah cukup..slalunya by 4 or 5 lah,. tapikan..semalam, pukul 4.30 ptg masa nak balik dr ofis, baby baru buat 4 gerakan. *cuak* dah kenapa la pulak sayang?? tidur ke? risau betul. terus win failkan report kepada bapak baby. n wan ckp, by the time dia balik ptg nnti pukul 6, dia tgk kan. ptg bawak ke malam, lagi setengah jam nak pukul 9 malam ni.. da buat mcm2 tapi dgn bantuan bapak baby, by 8.40 cukup 10. alhamdulillah.

maybe aku yg ter tak kira few movements masa ofis hour smlm? atau baby mmg tido? wallahualam.

harini, stakat pukul 1.30, sudah 6.. on track..smlm baby saje je nak attention ye?? ishhh..don't do that again...u scared me big time..!

wedding invitations

hanya ada 1 wedding invitation dlm bulan may, awl may, jadi, i am sooo going, insyaallah.

tapi utk tarikh 2 jun sahaja, ada 4 invitations diterima. dengan sedihnya terpaksaku tolak kerana masa tu tengah sibuk bersalin atau tengah bergelumang dengan newborn sudah. jadi, 10 jari disusun memohon maaf, win tidak dapat hadir selepas dari tarikh 15 mei. wan mungkin boleh tertakluk kepada keadaan semasa pada tarikh tersebut. :)

p/s eyh..15may tu kan tarikh keramat. dah nak 4 tahun dah usia "win+wan" :)

Tuesday, April 17, 2012

makin tinggi keputusan spm..makin...

baru2 ni wan n win pergi ke Sekolah Agama Menengah Bestari dekat USJ 5 Subang Jaya untuk menghadiri hari anugerah cemerlang adik bongsu wan yg berjaya mendapat 10A dan 1B dalam SPM 2011. alhamdulillah, nanges2 cik timah (mak wan) bila tgk anak dia naik pentas.

ramai betul org dpt straight A,. 11A je 41 org. dekat2 50% students tu 41 org tu,,. 10A1B 28 org.. so, hadiah monetary yg budak2 ni dpt semua sikit je la RM10 per A cmtu sbb ramai na. bankrap JAIS (skolah ni under JAIS). kalau zaman aku dulu, satu A RM100 pun boleh dpt, sbb tak berapa ramai yg dpt straight A..hahah..zaman berubah sudah.

entri ni nak ckp fasal adik wan yg selama ni sentiasa nak pursue study dlm bidang engineering. kami pun menyokong penuh cita2 dia. tapi dpt result, yg B tu fizik pulak. padahal dia sgt hebat la fizik. mungkin over confident? or simply tak de rezeki..

then masa nak isi UPU, dia boleh blur pulak fasal cita2 dia.

i made a conclusion, bila kita pandai, kita byk A, kita layak apply apa sahaja kos yg ada. oleh sbb layak semua, langsung rambang mata n taktau nak decide mcm mana..ahaha..mcm tu pun boleh.

adik wan ni, dah buat keputusan dia sendiri yg dia tak jadi pegi engineering instead dia nak law degree. so, untuk merealisasikan keputusan dia, dia tanya wan pros and cons law degree n engineering degree. wan sampai consult abg zam, yg merupakan engineer utk tolong adik dia.

well, apa keputusan akhir tu tak penting nak discuss kat sini,. tapi aku turut sama tumpang happy budak2 dpt keputusan bagus2 ni..semoga terus2 cemerlang. buat mak bapak bangga ye adik2.

p/s teringat si Yaya kt india belajar jadik doktor.

nak bersalin di mana ni?

oke, mari tulis tentang sesuatu yang menggembirakan hati aku.
oh ye sebelum start tulis mari kita letak disclaimer siap2 sebelum anonymous komen lagi
disclaimer-nye adalah
"iyer, bukan aku sorg2 sahaja yg mengandung". org lain pun amek law degree jugak, eh..i mean org laen pun mengandung jgk..hahahahaha.. oke *stopspammingmyownblog* :)

topik terbaru. nak bersalin kat mana?

kalau google ramai org yg ckp pengalaman dia bersalin kt hospital swasta la, hospital kerajaan la..yg bersalin kt rumah tak de pulak siapa2 cerita, mungkin zaman skrg hanya kes2 terpencil yg terbersalin di rumah.

oke, soalan. kenapa aku nak bersalin dekat swasta pun?

sebabnya adalah,

satu..personally aku rasa dah la nak bersalin tu menakutkan, at least, aku bley make sure wan berada bersama aku spanjang masa di hospital. kalau di hospital kerajaan, masa melawat n masa bersalin je wan boleh teman..selain dpd tu, i am on my own. tak ke scary tu?

dua..sampai zaman sekarang pun org masih menyebut2 nurse2 yg dah senior yg kasar dan menjengkelkan..ayat2 biasa yg dijumpai di internet adalah nurse yg senior ni garang, suka marah2, maki hamun, org dah la tgh sakit. dia maki hamun lagi..keluarkan statement mcm "bukan kau je sorg amek law degree"..eh *heyp!!heyp, itu cerita lain* muahahaha
i mean "bukan awak sorg je sakit nak beranak" tak payah nak mengada sgt..bla bla bla.. aku taktau pun betul2 masih wujud tak nurse begini sbb last time admitted dekat hospital serdang, nurse nya muda2, comel2 dan baik2 sekali, dua kali dan tiga kali..:) org saket pasti sehat cepat.

tiga, baju hospital kerajaan tak cute..ahaha..mengade kan? haha

oke, soalan. kenapa aku taknak bersalin di swasta?

one, cost. org laen tu, kerja swasta yg company mereka tanggung (tak semua pun) sedikit kos. contoh, kos beranak RM2800, RM2000 company tanggung, kau tambah la RM800 lagi..tu je. aku dua2 org kerja kerajaan. duit ada je, ..tapi aku ada terbaca kt internet, ada org tu, both laki bini keje government, gaji 5k sorang pun, duit bukan lah isu pun. pastu dia beranak kt swasta sbb they seek for comfort and excellence in service. tiba2 wife dia ada complications. menyebabkan dia kena go thru beberapa medical procedures yang setiap satunya kos lain2 n end up c-sect. both ibu n baby selamat. tapi total cost dia RM9800.. erkkk uhuk uhukk..tmbah 2oo dah jadi 10k.. duit boleh cari der. tp aku bukan nak beranak sekali tu jer. :)

dua, kalau complication apa2 swasta pun refer ke hospital kerajaan..*so i've heard*. tak tau la sejauh mana kebenarannya..so might as well kita ke kerajaan siap2. tapi kalau ditakdirkan apa2 jadik, jadik juga walaupun kt kerajaan ke swasta ke

tiga, kerajaan ada semua fasiliti, kelengkapan, kepakaran yg diperlukan, insyaallah.

oke, dalam membuat keputusan. tiba2 mak telah mengeluarkan satu statement:

takpelah win, swasta ke kerajaan ke, sakitnya sama juge. mak! cool btol. langsung boleh buat keputusan dengan mudah..hahaha *keputusan belum subject to wan's approval tapi*


************************************

kalau ikut pregnancy ticker, tinggal lagi 39 hari je. tapi haritu masa induksi terjumpa la satu colleague sesama lawyer ni.. *yes, kakak ni pun ada law degree tau, bukan aku sorg je*
dia sikit lagi nak abes pantang, dah kene pegi kursus. mesti dia rindu baby dia.

anyway, she said, dia mengandung sampai 36minggu je, pastu beranak. sbb ada complication sikit la. aku yg dengar ni tersentak.. ha 36 minggu ke? aku dah 34 mggu setengah..kalau 36 minggu means, tak sampai 2 mggu lagi je tinggal..huhuhuhuhu

sbb kalau ikut faktanya, perempuan akan bersalin dari 37-40minggu.. n aku punya 39 hari yang tinggal tu adalah berdasarkan 40minggu mengandung..! tp ada jgk yg melebihi 40minggu..kuasa tuhan..

dah dekat..dah dekat! n hospital pun blom pilih..hahah..

setakat ni, masih berderet keputusan berkaitan dgn baby belum buat lagi... rasa mcm lama lagi je..haaaaaa..tp tak pun..dah dkt dah... sikit lagi boleh countdown ikut jam tak payah countdown hari dah,,hahahahaha, maka, mazuin, sila face realiti ini.

p/s ya Allah, permudahkanlah hari2 terakhir mengandung ni untuk aku..selamatkanlah baby dan aku. amin.

proper channel

menegur memang bagus. lagi pulak kalau menegur ke arah kebaikan. tapi, biarlah kena pada tempatnya. through a proper channel. kalau salah channel, nanti org marah. bila org marah, macam2 boleh jadik, contoh "macam2 boleh jadik" adalah, kena pangkah besar2 warna merah.

bak kata wan, pelan2 kayuh, jalan jauh lagi "bro".. itu wan ckp, kalau win yg ckp dia jadik mcm ni "ada lagi ke "jalan" dia nak kayuh pun?? kalau dah mcm tu gayanye. kalau ada jalan pun, win block dah jalan dia, nak kayuh laju ke pelan ke, tak boleh proceed."

hmm, tahu ke proper channel tu cmne? tau tak? kalau tak tau, komen la kat sini pulak, biar aku kasik tutorial sikit. :) bukan apa, aku ni hanya nak menegur cara menegur kau yg tak brape ikut proper channel tu. (haha) kalau lawyer ckp, kau tu takde "locus standi" nak menegur. gi google locus standi tu apa (kot kot kau nak komen kat entri ni pulak nanti)..haha
(eh..aku ni ada ke locus standi nak kasik dia tutorial? kang aku kena sound pulak)

p/s apsal masa aku mengalami sindrom "amuk org mengandung" ramai pulak yg suke cari pasal? ha? ha? cuba masa aku tgh normal kau cari pasal, mesti tak jadik isu. kau ni btol tak sensitif la..! nanti bini kau mengandung, tau la kau cmne

p/s2 eiii..marahnye aku, astaghfirullahalazim.

p/s3 siapa la anonymous ni..jgn aku tersilap pangkah org sudeh

Friday, April 13, 2012

hishhhh aurat aurat aurat!!

baru nak lelapkan mata kejap, godek2 blackberry tgk facebook jap ternampak post yg berkisar begini "bertudung tp tak tutup aurat" atau "bertudung tapi berbogel" atau "isteri: cari yg bertudung dan menutup aurat sempurna, jgn yang bertudung tetapi seakan bertelanjang"

hello people! sebelum ni perempuan2 tak pakai tudung kau sebok bising suroh pakai tudung, padahal adik kakak mak atau kwn2 rapat kau tu dok menayang rambut baju ketat, kau biar aje, yg kau sebokkan org2 sekeliling yg kau katakan menyakitkan mata kau!

skrg org banyak da pakai tudung (tak dinafikan mmg ada yg pakai tudung sbb fesyen tudung skrg menarik2 belaka) kau bising lagi, da bertudung tp mcm bertelanjang la.. hiiiishhh! rimas la.. especially yg "menegur" tu (bukan menegur tp meng-condemn) jantan2 yg perasan baik sgt (yg perempuan dia pun dia tak berani nak condemn, tp kat facebook, amboi!!)

well, newsflash, perempuan yg dah baligh dorg tu semua dah boleh fikir baik dan buruk, dorg tau menutup aurat sempurna tu mcm mana, pakai tudung tp telanjang tu mcm mana. maka, pada pandangan aku, jgn condemn, tp nasihat baik2.n mulut tu jgn smpai layak nak kena cili. ckp elok2 tak boleh ke? mulakan nasihat kepada adik perempuan kau, kakak kau, mak kau, perempuan yg ada blood relation ngan kau. pastu, baru mula dgn kwn2 rapat pulak. ini tulis kat facebook mcm la kau tu bagus sgt nak cari isteri yg bertudung n menutup aurat sempurna..padahal, perempuan yg kau kepit tu, blom sah halal nak dikepit2 n pakai tudung, jambul keluar, baju ketat.. n kau rasa kau layak menegur org laen? come on la!

ada cara menegur org tp obviously cara ini bukan salah satu dpdnya! wake upa bai!

n to my dearest muslim female reader, mari kita berusaha untuk sentiasa menutup aurat kita dengan sempurna. :)

induksi dan pregnancy

siapa yg pernah pergi kursus induksi masa dia tgh pregnant n masih ckp "best pergi induksi masa mengandung, sbb dpt escape beberapa aktiviti" adalah sangat mengelirukan! hehe..no offence kepada siapa yg pernah ckp tu, tp i have to disagree with u. kursus induksi patut dihadiri semasa anda sihat walafiat dari hujung rambut ke hujung kaki sebab, bukan sekadar fizikal yg penat mental pun penat. penat gile, nak nanges! (mmg da nanges da pun, few times)
mungkin best kalau pergi masa nengandung 2nd trimester la kot, sebab masa 1st trimester kan biasanya lembik seluruh badan, n mcm aku ni da 3rd trimester, da minggu 34 dah. nak jalan pun mencungap!!
atau yg best tu, korg masa kene pegi tu ada btn, yg sungguh memenatkan fizikal. so, kalau dpt escape sudah tentulah kau suka kan?

fuhh, naseb baek time batch aku takde btn tu n kursus cuma 2 mggu (11days to be exact) instead of 3 mggu!!

apapun, exam tadi amat menyedihkan, dat's what happen if masuk exam hall unprepared, semoga lulus,amin!! (paras hidung pun oke!)

so, di ptg jumaat yg panas ini, aircond da bukak, baju da ditukar dgn tshirt nipis, sembyg zohor jap, pastu aku nak bobom! like seriusly penat sgt. td makan pun da tak lalu sbb penat abes tenaga. tuhan je tahu..

so, aku nak mula berhibernasi ni, jumaat,sabtu, ahad, straight. kepada wan darling, win mintak maaf, harini tak larat nak masak, wan sampai rumah nanti, kejutkan win, kite makan kt luar, win belanja..

p/s *tarik selimut* dan *berdengkur*

Tuesday, April 10, 2012

wan dah pandai masak!


kursus induksi umum dr 5-13april 2012, belum abes lagi smpai sekarang ni. pada 6, 9 dan 10 april, kelas habis pukul 7 (tentatively), 6hb tu abes 7.15pm, 9hb abes after 7.30pm and today hopefully habis sebelum pukul 7..(as i write this, jam baru menunjukkan pukul 5.45pm).. so cerita dlm post ini berlaku semalam. win bgtau wan pukul 7.20 pun kelas tak habis lagi. n wan cukup tau, win sampai rumah confirm dah lembik. terus tido, tak makan, mlm2 bgn nanges2 saket pinggang n gastrik! so, wan telah bertindak untuk memasak utk win. wan masak nasi, goreng ayam celup tepung goreng ayam kfc, sayur goreng and sambal goreng yg susah nak describe tp sedap.. win sampai rumah saja, mandi, sembahyang magrib n terus makan. sedapnye husband saya masak. oleh sebab sedap sgt, si tukang masak makan sampai 2 kali..eh..lebih2 pulak?? hehehe..
maka dengan rasminya, selain nasik goreng, maggie, air dan telur, wan dah pandai masak lauk. maka senang lah hati win bile win nak pergi beranak nanti, sebab kalau wan lapar, dia bley masak sndiri. :) i am proud of u darling.

p/s yg plg penting, lepas ni kalau win mls masak, wan bley la take over kitchen duty..whohooo! (mission acconmplished!) muahahaha

Sunday, April 8, 2012

3.55am

i woke up at 3.20am just now. nak pegi toilet for no. 1.. it is a rutin tau bgn mlm2 pegi pee pee..:)
itu lgsung tidak menyusahkan. dah biasa. tp lately kesian wan terpaksa dikejutkan. sbb? susahnye nak bgn dr katil..sakit belakang ni makin menjadi2..mungkin sbb berat bertambah mendadak ditambah dengan ketidakbolehan baring terlentang..kau bayangkan la kalau kau hy boleh tido mengiring kiri/mengiring kanan sahaja sejak 3 bulan lalu smpai la 2bulan dpn! mujur wan senang dibangunkan n senang jugak ditidurkan kembali. :)
now it is literally 3.55am..lain pulak masalah selain sakit belakang, aku lapar!!!! :( sebab? masa dinner perut kenyang, makan sikit je. mlm2 buta begini kebuluran. nak makan, roti dah abes, terlupa beli pulak tadi. n lapar ni, lapar nasik. boleh tak? *nangis*
cmne ni? bukannya boleh tido balik pun? lapar sgt.. kalau tak mkn ni, japgi gastrik pulak..

p/s semasa entri ini ditaipkan, memang tiada penyudahnye. aku terus bangun, terkebil2 dlm gelap sbb lapar. :(

Friday, April 6, 2012

appointment @ hosp serdang, tentang placenta praevia

2 april, 11am.
win yg ditemani wan masih berlegar2 dkt dpn kaunter klinik pakar di hospital serdang. bad service, very bad service. hospital kerajaan mana pernah sikit org kan? mmg la lama kena tggu. yg menjadikan service nya teruk adalah, nurse di hospital ni ckp "puan, dkt hospital ni, kita ada polisi bagi appointment. kalau appointment puan pukul 11, puan tak perlu dtg awl sgt, pukul 10.30 dah oke, sbb kite takkan layan org yg appointment dia lmbt tp dia awl pun.." nurse tu ckp ni masa hari dpt tarikh appointment tu (16mac).
so harini, win smpai 10.30 n guess what?? nurse tu sgtlah silap. i should have come earlier say 9.30..??
oke, mari kita kembali ke topik asal.
pukul 1.40, turn kami sampai utk jumpa doktor. terus disuruh baring utk scan.
cepat je doktor tu scan n finding dia ialah, uri win berada di tempat yang betul. maknanye, ia berada di atas.bukan di bwh. tiada placenta praevia.
bila ditanya, adakah uri tu yg naik, atau doktor sblm ni yg silap.
the doctor ckp dua2 mungkin. tp yg penting, no placenta praevia whatsoever..
what a great news that was!! alhamdulillah.

p/s n i was preparing myself for the worst news and it turned out to be the best one. :)