Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Friday, July 29, 2011

not good. not good.

minggu ini bermula dengan cara yang sedih. sebab? wan dan win, BOTH kursus dah hampir setengah minggu. siang drag ke malam..

dah habis kursus, busy pulak..busy sgt. kerja kerja kerja.

kesimpulannya, I DON'T THINK I CAN SURVIVE WITHOUT HIM, EVEN FOR ONE DAY,.

win salute orang yang mengalami long distance marriage tu yang tak selalu jumpa tu. tabah betul. (relationship selain daripada perkahwinan mungkin tak berapa terkesan dan tak berapa relevan dalam cerita ini..)

itu je nak cerita.

p/s i hate the person who created this quote
"sayang isteri, tinggal-tinggalkan.."!!! i hate u!..seriously.!

Tuesday, July 26, 2011

Monthsary keempat.



Four months ago, wan said "aku terima nikah mazuin binti hashim dengan mas kahwinnya 80ringgit tunai" and we were married. Alhamdulillah, four wonderful months down, one whole life time to go (plus di sana yang abadi?, mudah-mudahan).

Monday, July 25, 2011

vote..vote..!!

ada satu contest "Sweet Memories Like Contest" yang dianjurkan oleh Apple Biru Home Deco di facebook.. i joined that contest..i need people to like my picture,. the picture which has the most "likes" wins.

i send my picture yang bawah ini to compete. so far i only have 138 likes. so far i got second highest number of likes.. i need everyone else who hasn't like the picture to click "like" at facebook now..

*excited* hehe



how to vote?





2. kemudian, pergi dekat "photos" dan cari album "Sweet Memories Like Contest"


3. cari peserta 17, then dah jumpa, click "like"



4. cara yang terakhir, panggil semua kawan2 anda, untuk like sama.



p/s seronok bertanding, kalah menang, soal lain. :)

kuantiti makanan

pagi tadi seperti biasa pegi beli sarapan dekat bawah. pagi ni terasa nak makan nasi lemak pula,. then masa beratur nak bayar di kaunter, beratur sebelah ada satu kakak ni. size badan dia kali 2 size badan win..(mungkin kali 3).. n kuantiti makanan dia pun kali 2 (mungkin kali 2 setengah) lebih banyak daripada my food. nasi lemak jugak. then after bayar, terus pergi ke lif, kakak tu dah jalan dulu, tapi awin sampai dulu..bila dia sampai dekat lif, dia tercungap2. boleh tak? padahal food court is 5 steps away from the lift.

hmm..dia tak tengok "The Biggest Loser" dekat channel Diva la tu..ch 702. kalau dah jalan 5 kaki pun tercungap, i think it's time for u to cut down ur quantity of food, n jgn la mkn nasi LEMAK tu. namanya pun LEMAK. letak ayam siap.!! from ur conversation, i overheard (i didn't eavesdrop oke? hehe) i assume u have a loving husband and maybe few children to take care of.. what would happen to them if something would happen to u? mmg la org sihat pun boleh tiba2 jatuh sakit/mati. tp itu kehendak Tuhan. tp itu tak memberi izin kepada kau untuk tidak jaga kesihatan. think about ur loved ones oke?

p/s tak sabar nak bulan puasa :)

Monday, July 18, 2011

splinter!

haritu kan kami pergi pangkor kan? snorkeling hari2 kan? mandi laut lagi sepuas hati kan? mestilah bare foot..ada ke org mandi laut pakai kasut? Jadi, bila berkaki ayam di pangkor yang penuh dengan teritip yang tajam, adalah satu atau dua yang mencucuk kaki kita sampai calar-balar dan luka-luka. Adalah juga satu yang tertinggal dalam kulit, degil tak mahu keluar, mcm dalam gambar kat bawah ni. :(

ingatkan calar biasa, tapi bila pijak sakitlah, rasa macam ada benda keras cucuk luka yang mcm hirisan tu. jadi, duduk jap, belek-belek tapak kaki. rupanya ada splinter.


tekan pakai jari, serius, takkan keluarnya dia. so, kenalah pakai, jarum peniti. kenalah korek. minta tolong wan buatkan, tapi rupanya dia ngeri, kenalah lipat kaki sendiri untuk operate diri sendiri. lepas dah korek, dia jadi macam ni,






lagilah geram rasa nak tarik je keluar, tapi serius, masih gagal untuk tarik, kena korek lagi pakai jarum peniti yang tak dinyah kuman. redha ajalah sbb kalau tak keluarkan, nanti infected pula kan? akan infected ke? ntah lah.






bila dah korek sepuas hati, maka keluarlah serpihan teritip yang tajam dan degil.














lepas tu, kaki tak sakit lagi dah. :)






tamat.




p/s kalau ada orang yang baca dan berfikir, "laaa, fasal kaki tercucuk splinter pun nak cerita" sekiranya anda berfikir sedemikian, jelaslah bahawa anda tidak sedar yang blog ni blog saya bukan blog anda..oke? :) dan walau anda terfikir begitu, anda tetap baca sampai habis? i think something is wrong with u. go find help, u never know that u really need one.haha.


p/s2 oh ye, please don't mind my tapak kaki yang buruk, lepas berendam dalam air laut seharian, mestilah kulit kecut sana sini kan? tu yang buruk tu. :(

wedding zul dan wedding nik siti!!

This time, zul punya turn kahwin pula, eloklah tu, berdasarkan tahap wajib kahwin dia, alhamdulillah, selamat sudah. Tetapi sedihnya, wedding dia kami (win&wan) tak dpt nak hadir, sebab..clash dates dgn wedding yang satu lagi..*sila scroll ke bawah utk some more info, thank u*

btw, selamat pengantin baru zul, my dearest ex firm mate in LL.B Hons who shared ups and downs with us (plus abby only,.).. semoga kekal bahagia ke akhir hayat dengan isteri. amin.


Kami tidak dapat hadir kerana pada hari yang sama nik nini nikah + kahwin!! rasa rugi kalau tak dtg sbb nik pakai pink..hehehe..NIK SITI NORAZLINI, u have been one of my true friends all these years, thank u for that..:) mmuahhh mmuaahh mmuaahh!!
Selamat pengantin baru, semoga kekal bahagia ke akhir hayat..n yess, "welcome to the club" (belum sempat aku wish kau, kau dah wish diri sendiri..hehehehe..ur funny!)
*ada lagi gambar, tapi yang itu reserve for u lah ye? tayang 4 je gambar kat sini cukup*


selain itu, aku doa kau kuat tunggu husband kau kat rumah memandangkan dia asyik pergi belayar, kau memang perempuan tough..tak mcm aku yg dah miserable bila dgr je wan nak outstation walaupun 1 hari!! :(


n selamat tinggal di rumah sendiri yang dah sibuk kau bersihkan tu. n i'm glad that u can now experience living with ur husband, berdikari, it's a priceless experience that u will be enjoying for the rest of ur life, serious..:) i love u nik!


p/s win + wan = pengantin lama yang makin lama (tapi still nak be considered as pengantin jugak) :)

Thursday, July 14, 2011

something to laugh about

Tengah-tengah busy semalam, tiba-tiba kawan baikku BBM satu perkara yang membuat aku ketawa..So, di sini, aku share dan harap kau orang ketawa juga, oke?

Mula-mula buka "Google Maps", kemudian pergi "Get directions". Lepas itu, masukkan destinasi A "China" dan destinasi B "Taiwan" macam dalam gambar di bawah ni. Tekan button biru "GET DIRECTIONS" di bawah itu.




Kemudian, bila dah jumpa seperti gambar di bawah ni,..




cari instruction nombor 48..



tamat.

p/s gi cari, gi cari..:)



p/s2 happy working, stress people!

Tuesday, July 12, 2011

24 hours in Pangkor

Pada 6 Julai 2011, tiba-tiba kami terfikir utk pergi ke mana-mana pulau di Malaysia yang indah ini utk tujuan melarikan diri daripada KL yang sungguh bersih dan Putrajaya yang hambar.. we checked out Tioman. But all good chalets are fully booked. The only island that still has vacant chalet/hotel is the one and only Pulau Pangkor.


The next day, i quickly booked a room for us to stay on the 9th of July 2011. yey, roadtrip.!
This was the third time i went to Pangkor my whole life, and it was Wan's first time.
Aktiviti kami sepanjang masa di sana adalah, snorkeling dan boat ride sesuka hati pada bila masa pun, bersenang-senang di pantai dan makan ikan dan kerang bakar sepuas hati juga, bila-bila masa pun.

Though i had a few complaints regarding a few things, but i managed to not really care about it too much so to preserve the fun-ness of our honeymoon-getaway-trip.

Berikut merupakan kronologi perjalanan ini:

Bertolak pada 9.30 pagi sabtu,.dari Putrajaya, sambil melihat-lihat jalan ke KL semuanya jem teruk tak berjalan. Those people were literally stucked. Kasihan, tapi kan why do u want to go to KL on bersih day anyway? u have been warned everyday for about three weeks that all roads to KL are blocked and closed. KL is closed. tau kan? sepanjang perjalanan kami ke Lumut ada 4 roadblocks di jalan yang menuju ke KL..gambar di bawah adalah roadblock ke-3 dan 4.










Tiba di Lumut pada jam 1 tengahari. Makan tengahari di tepi Jeti Lumut dan membeli tiket feri berharga RM10 seorang pergi-balik. kereta kami park di parking bertingkat (within 50meters from Lumut Jetty), pakcik tu ckp, 24 jam RM10 ye dik!..oke kan?



Jam 1.45 tengahari, naik feri dan tiba di jeti Pulau Pangkor pada jam 2.15 petang. Yes, setengah jam sahaja. On the way tu feri buat pit stop dekat Jeti Sri Pinang...semua orang ingat dah sampai rupanya belum..hahah malu sikit.!

Turun dari feri, terus ambil van berwarna pink dan terus ke hotel. Van pink charged us RM15 for 6 kilometres!! kejam sungguh kau apek!! ( COMPLAINT no. 1# ) sedangkan dah buat research siap2, sepatutnya apek tu boleh charge RM10 sahaja untuk 2 orang ke Pantai Nipah. bodoh!.

tapi tak apalah, jangan cari fasal kat tempat orang oke win? bayar aje.

Sampai di hotel Pangkor Indah yang terletak di Pantai Nipah. Checked in at 2.30 pm. Kena jalan hampir 50 meter kalau nak ke pantai. oke lah kan? kami sudah bayar deposit RM30 earlier, kena bayar RM80 sebab satu malam kat hotel tu RM110. Hotel di Pangkor, jangan fikir yang classy oke? kalau nak classy pergi lah stay kat Pangkor Laut dan bayar sekurang-kurangnya RM500 per night. Kalau setakat RM100 lebih tu hotel setaraf motel je ada. For us, it was good enough, seriously. Kalau dpt chalet mungkin lagi best, tapi nak pegi sabtu, khamis baru book, mmg lah tak ada pilihan kan? talking about spontaneous? hehe By the way, masuk je bilik, terkejut tengok ada 2 single bed. come on people, 2 single bed untuk honeymooners?? hahaha ( COMPLAINT no. 2# ) ..


then turun ke pantai dan bermain2..jalan sikit je, kami disapa oleh seorang boatman yang kulitnya berwarna logik untuk seorang orang laut. (hehe) "bang, nak pegi snorkeling ke? RM30 je 2 orang.."..kami kata "nak!" terus pakai life jacket dan hop into the small boat, terus ke pulau depan tu, tempat orang snorkeling. snorkeling sepuas hati..best jugak.. boatman tu kasi roti seorang satu, untuk bagi makan ikan-ikan tu sambil snorkeling nanti. n yess,, ikan-ikan makan dari tangan kami..auwww geli i! best giler..and ada ikan besar berenang kat bawah tu, sekali dia dtg nak mkn jugak, terus win larikan tangan takut dia gigit..hahah.. best jugak, tapi air yang jernih itu tak berapa jernih mungkin sebab ada ramai orang. aktiviti itu agak spoilt apabila wan hurt himself pretty bad. *i can't help it, so i cried sebab kesian kat wan yang kesakitan*

despite the accident, we continued snorkeling sampai win dah menggigil kesejukan, terus naik bot and balik. terus ke kedai, beli minyak gamat and plaster and maggie sebab nak mengubat luka-luka wan yang terletak di serata badan. (maggie tu bekalan makanan, memandangkan wan jalan pun dah senget, cmna nak keluar mkn malam nnti kan? maggie pun oke)..we missed the sunset. :( tapi hati jadi senang bila dah pastikan luka wan takkan infected.

makan maggie je kami. tapi later kami jadi kelaparan. wan said, he can walk so we walked tak jauh pun, cari makan. makanan kami antaranya adalah seperti berikut:










hanya RM39.20!!

sebelum tu win telah ditakotkan oleh orang kedai yang mengatakan, baik2 order makanan kak, ada yang dah terkena bayar RM400 untuk 2 org makan.! sampai win takot nak sentuh ikan bakar..sampai lah wan ckp, we must eat ikan bakar, otherwise, this trip won't be complete because we failed to taste pangkor dish!.. seekor ikan seperti gambar di atas RM25 sahaja.

esok sepagi pukul 7.30 kami turun ke pantai, pergi approach satu abang boatman, n tanya harga nak pergi round island. boatman semalam caj RM30 snorkelling 2 orang kan? round islandnya RM40 untuk 2 org.. tapi boatman harini RM30 snorkeling + round island..so we agreed. wan nak snorkeling lagi sbb dia tak puas semalam,.so we went to the same place, again.!

boatman bawa kami jalan2, tgk batu bentuk paus, buaya dan penyu tgk monkey bay dan lain2..naik bot kecik mcm naik roller coaster..kecut perut.! then kami pergi snorkelling. kali ini boatman kasi sebungkus roti..adalah 5 roti dalam plastik tu..n sepagi 7.30 mana ada org snorkelling lagi..so air laut sangat jernih, dan ikan sangat kelaparan..belum kami basahkan badan lagi ikan dah kerumun kaki..aaaaaaaa..heaven oke?!!

nampak beberapa ikan besar warna biru2..and the best part was, kami ternampak 3 ekor angelfish yang agak besar..angelfish jenis mcm dalam gambar di bawah. tak sangka angelfish bley besa cmtu! besar sikit daripada 2 tapak tangan win put together..cantik sgt!!



balik bilik, siap2 terus checked out pukul 12. n cari makan sekejap kat tepi pantai,.then naik van pink balik ke jeti. pakcik van pink caj RM15 lagi. sabar aja lah.!! then bila sampai jeti, arrghhhhhhhh penuh dengan manusia..beratur nak naik feri. kami pun beratur berhimpit-himpit. win dah penat dan lemas sgt, muka dah ijau, akhirnya tiba turn naik feri.. terpaksa naik satu dek yang penuh dengan kaf lam ya nga..banyak budak2 yang terkinja-kinja. peningnya kepala..!! dan salah satu mak budak-budak ni sekali dia angkat tangan, semerbak bau ketiak, wan terus pening, terus kami move duduk jauh sikit. win pulak dah la muka dah ijau..hahaha..tgk lah gambar di bawah kami bersama dengan ... :) kalau mereka behave dan berbau segar, pasti oke je. oh Malaysia tanahairku.!

sampai balik jeti lumut, ambil kereta di parking bertingkat, RM11.20.. lebih sikit daripada 24 jam..murah kan? 24 jam adalah pukul 1 tengahari..kami keluar dari parking within 3 hours..lebih kurang RM0.40 sejam..sungguh bagus,,thumbs up!

balik lalu jalan kuala selangor, nak jimat tol. singgah pasar sekinchan, beli ikan..murahnya!.. cencaru 1kg = RM4 je..arghghhh *pengsan*

sampai rumah, win literally pengsan. malam sikit, gastrik. esoknya (isnin) mc. :)


trip ini sangat berjaya. kecuali the part yang wan hurt himself. Tuhan aje tahu apa perasaan win tgk darah wan byk mcm tu. :(
tamat.

Transformers - Dark of the Moon in 3D



oke people..it has been 11 days since my last post..kenapa? sebab busy la! :)




cerita hari ini bermula dengan:



Pada hari selasa 28 Jun 2011, kami (Win & Wan) pergi ke Alamanda (wayang yang paling dekat dengan rumah) sekitar jam 10 malam untuk membeli tiket Transformers 3. Niat asal adalah untuk membeli tiket midnight (mana tau kalau masih available??).. Bila dah sampai di GSC, kami menjadi pasti bahawa kami tidak akan mendapat tiket untuk mlm ini walaupun untuk midnight show, penuh! jadi since sudah pun sampai, kami pun plan la beli tiket mlm ini untuk tgk hari lain, bila sampai turn nak beli, tempat duduk yg best2 dah tidak ada dalam dua tiga hari ini. jadi kami pun beli the next, next, next date yg ada seat best sbb alang-alang tgk, biar puas hati. Tarikh show: 8 Julai!! boleh tak? next week jumaat..3D..





3D dan Win dan Wan: kami tak berapa suka tgk 3D, sebab?



1. Win pakai spec, kalau tgk 3D kena pakai double specs?? kesian kan? kalau nak pakai lens, bahaya sebab win selalu tertidur masa tgk movie..;P



2. 3D tidak ada subtitle. Bukan tak faham, tapi kadang-kadang actor/actress ni ada slang aneh atau tiba2 dia ckp laju atau terbelit, selalunya, satu perkataan yang terTAKdengar tu adalah perkataan PENTING dlm jalan cerita..shisssshhh! annoying.



3. Selepas keluar dari movie, kami pening.!




tapi dekat Alamanda masa tu ada 3D sahaja. 2D tidak ada, bukan dah habis, tapi tidak ada.



come 8 Julai 2011, pukul 9.20 kami pun masuk ke panggung. to cut the story short,


3D TRANSFORMERS DARK OF THE MOON IS OF EXCELLENT QUALITY OF A 3D MOVIE THAT I DID'T EVEN IMAGINE TO EVER WATCH HERE IN MALAYSIA.!



and this is a movie worth watching!

the end.



p/s by the way, Win telah tertidur untuk beberapa minit semasa movie tgh klimaks dan semasa beberapa scene yang lain juga!! Kemudian Win menyedari satu fakta: WIN TAK SUKA TENGOK CERITA ROBOT LAWAN-LAWAN. SUNGGUH BORING, dah 3 movie transformers baru sedar, terukkan? :(



p/s2 Win tertidur sekejap-sekejap dalam setiap movie transformers dari dulu! hehe

Friday, July 1, 2011

1 JULAI 2009.

genap 2 tahun lepas, pada masa lebih kurang mcm skrg ni (11 or 12 lebih)..aku tgh mengadap sang BIG BOSS. interview yang mengerikan.

kenapa mengerikan?

1. interviewee seramai 6 org sekali masuk mengadap 5 (or lebih? ntah, lupa..) interviewer..sebagai org ketiga, patutnya tak lah rasa berdebar sgt., dia tanya mcm2, tiba2 dia tanya "girl, are u wearing blinkers?".. semestinya aku taktau blinkers tu apa. mati..(*____*), jawapan selamat "yes"..pastu kena gelak.

2. pastu semua interviewee diminta keluar dari bilik interview. then apa yg mengerikan adalah tiba-tiba staff tu keluar dekat pintu n sebut "mazuin..?" "mazuin..??".. aku jawab "ye saya?".. "tan sri nak jumpa, masuk balik ye?"..."saya seorang ke?"..."ha'ah.."..*gulp* "kenapa????"...dia tak jawab, cuma angkat kedua-dua bahu tanda "taktahu".. (ngerikan?)
it's either aku ni TERRER sangat, atau MATI sangat..n rasanya interview tadi aku mmg tak terrer, tp horror, sbb soalan wearing blinkers tu la..omg..! dah la semua org kat luar tu pandang aku, bagi muka kesian..sabar je lah.

3. bila masuk balik, aku kena tanya "when we asked u, r u wearing blinkers, why did u say yes?".. dlm kepala time tu, dah fikir "win, abeslah kau, kau confirm tak dpt".. dah sebab fikiran mcm tu, so i came clean, and told them the truth.. "to tell u the truth, i didn't even know what "wearing blinkers" is".. (semestinya) pecah gelak dorg, bahannya aku lah. (@__@)

4. tapi Tuhan itu maha pemurah kan? terus BIG BOSS ckp "oke, lapor diri 1 julai, bgtau kawan2 yg lagi 5 org tadi tu sekali.." (ada lagi dia komen, tapi yg bes2 i want to keep it to myself, oke? :)) kalau cerita jugak, mesti org fikir masuk bakul angkat sendiri kan?) << ini tak ngeri, wait till u read further..

5. almost a year later, aku pergi kursus dekat ilkap, i told them the story "wearing blinkers" tu, then ada satu senior officer sambung cerita aku.. *cmne dia bley tau nih??*.. cis *malu*.. n dia jwb, "alaaa u tau la, gossips, they don't sit still,, they spread..! hahahah"..hmm. siapa subjek gossip tu? aku.."zfgxkzsasdghdfaghdfk!"..

p/s dah dua tahun dah kerja..terasa dah mcm 40 thn lah tapi? :)