Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Thursday, May 5, 2011

Indonesia trip 16-19 April 2011 - Day 1

terima kaseh kpd airasia sbb jual tiket murah. setahun lepas kami bli tiket utk travel pada april 2011..maka, kami sekeluarga pun berangkat lah pada 16 April 2011..












kapal terbang berlepas dr lcct sepang pada 1.15ptg waktu malaysia dan touchdown dekat soekarno hatta airport Jakarta pada 2.15ptg waktu indonesia (3.15ptg waktu malaysia). kira-kira 2 jam lah jugak terbang. sampai2 je di Jakarta, kami pun pergi cop paspot..org imigresen indonesia teramat sombong..berat mulut nak senyum. annoying..


then selepas semua luggage dah keluar, kami jalan keluar n terus nampak kadbod yg tertulis di situ "Mr Mazuin, Kuala Lumpur" dijulang oleh seorang lelaki indonesia seperti gambar di bawah..nama dia Lucky. dia n ayah dia Pak Budi adalah supir kami during the whole 3 days trip.




then dah mcm tu, "Mr Mazuin ni pun terus pergi kat dia n mengaku..i am that Mr Mazuin (sambil menuding jari ke kadbod itu)" Lucky muka blur skjp then tersenyum..later dia explain, the other day yg ckp telefon org lelaki (ayah) so dia ingatkan Mazuin tu lelaki lah..


kami hired 2 innova..thats y ada 2 supir. keluarga kecil (wan and me, lin, abg zam and rayyan) naik innova hitam Lucky.. keluarga besar naik innova gold Pak Budi.


Plan kami adalah untuk terus ke Bandung and spent two nights there, then ke Puncak, Bogor dan akhir sekali Jakarta. So teruslah kami ke Bandung.. ikut highway jasamarga..


singgah di tempat rehat dalam pukul 5 lebih mcm tu, kami yg kelaparan pun belasahlah nasi padang..utk 11 adult makan (termasuk Lucky and Pak Budi) makanan berharga Rp290.000..lebih kurang Rp26.000 seorang..(lebih kurang RM8)..tp kenyangnya mcm mkn RM25 seorang.


Too bad for us, sampai hari dah gelap pun belum smpai bandung..tak dapatlah nak tunjuk kt diorg view tepi highway yang cantik tu!! sedihnya!! smpai je di bandung lebih kurang pukul 7pm. orang indonesia bawak kereta mcm gile..tapi mereka tak mudah marah mcm org malaysia. bila pasang signal, org kasik jalan. jalan sempit pun muat..mcm cool! kalau mcm tu dorg drive kat malaysia, alamatnya dah kena hon, dah dpt isyarat jari siap!!



malam tu, lepas dah check in hotel (Rp150.000 per night per room = RM42.50), kami pergi shopping di Rumah Mode.


Lepas tu, penat, balik, then tidur!


tbc..

No comments:

Post a Comment