if u read my wedding blog, u know who i want to talk about in this entry..he who just received some deposit for a service that he's going to offer during my wedding.
bila kami borak-borak, (kami include myself, wan, and him), dia adalah meluahkan perasaan dia terhadap "our law" yang tak betul...well, if u ask me, mmg byk law kita yg tunggang terbalik..but what do u expect? hanya undang-undang Tuhan sahaja yg sempurna..kita kan manusia?
tapi bila undang-undang yg tunggang terbalik ditadbir oleh manusia yg waras dan bagus akal fikirannya, takkan menjadi masalah..tapi ada yg tak berapa waras, corrupted dsb, i can't deny that..so yg dia meluah perasaan ni terhadap org yg dituduhnya corrupted..
there was an incident, that was related to his close family, who got arrested for something that he didn't really do, (but in my opinion, he did it, memang he did it..if u commit a crime even with a GOOD reason, it's still a crime. Robin hood..masih seorang pencuri kan??) bila family member dia got arrested, kena dibawa ke mahkamah (standard procedure). dia "terpaksa" hire a lawyer sbb selagi dia tak hire a lawyer, dia diberitahu oleh seseorang (yg penipu lg laknat) yg hukum tak akan dpt dijatuhkan ke atas ahli keluarga dia tersebut, kes akan terus-terusan pending. masa ni sempat aku menyelah tanya wan "kena ke amek lawyer, tak payah kan"..wan jwb sukati tak payah pun takpe. (fakta: TAK WAJIB hire lawyer pun kalau kau dah mengaku salah. kalau ada org kata WAJIB, kau dah kena tipu, faham?)
so dia bayarlah lawyer,, 4 angka of course, then dia nmpak lawyer tu pegi masuk bilik judge utk "settle"..pada pandangan dia, "settle" means "rasuah"..dia tuduh dgn yakinnya, lawyer tu masuk bilik hakim utk kasi rasuah.. sbb after that hakim keluar terus jatuh hukum yg ringan, no more delay.
dia sedap cerita..tp dia tatau..dia tgh cerita kpd seorang majistret dan seorang lawyer..dia tgh tuduh our kind direct ke btg hidung kami! lg kesian wan sbb "hakim" dlm cerita dia tu mmg merujuk kepada majistret la pon..
well the fact is, kalau lawyer pergi bincang dgn majistret dlm kamar majistret, diorang bincang facts supaya majistret dpt facts yg clear. in other words, melancarkan proses mahkamah.. bila majistret fhm kes, tak la terhegeh2 lagi nak tanya mcm2 sbb tak faham fakta. n ya Allah, bukannya lawyer masuk bilik majistret nak kasi rasuah..tolong sikit.. kami pun berTuhankan Allah..riba tu haram..siapa mkn duit haram kena smbar api neraka nnti.. kau ni nak tuduh tak pandang kiri kanan. lempang karang!
so, wan explain jugak..like, "undang2 mungkin oke, tapi org yg tadbir yg mgkin corrupted"..or.."bukannya lawyer tu kasi rasuah, dia berbincang dgn hakim tu je. hakim faham kes, boleh cpt buat decision. so lajulah proses mahkamah, itu je" dan few other.
sebenarnya i was stunned bila mamat tu komplen. cuba jugak tukar topik tapi tak kena layan. cuba jugak suro dia stop talking, still tak berjaya, almaklumlah mmg nature dia pandai bercerita. bukan apa bang. aku tamau kau malu sendiri bila kau tau siapa kami. dan aku juga sudah bengang jenis2 kami dituduh ambil rasuah.
akhirnya dia bercerita sampai abes.
nnti pada hari wedding kami, dia sendiri akan baca fakta berkenaan kami. he'll learn who we are all along...org yg innocent dituduh rasuah. tapi apakan daya kami, mmg ada golongan kami yg corrupted (tgk tv, ada je cerita org2 legal kena dakwa rasuah..) setitis nila rosakkan susu sebelanga..
p/s tapi kami masih susu dan takkan jadi nila tu..insyaallah.
byk sgt tgk drama la tu...settle means---rasuah je yg dia phm...
ReplyDeletebtol2..smua layman sntiasa bersangka buruk ke?
ReplyDelete