Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label office stories. Show all posts
Showing posts with label office stories. Show all posts

Tuesday, June 10, 2014

Kerja vs Anak

Obviously ANAK menang.. She will always be my priority, lagi pulak dia hanya berumur 2 tahun..!
Tapi bila boss suruh pergi kursus 4 hari 3 malam, yang jaraknya melebihi 100km, nak berulang? mcm boleh.. tapi kena melalui KL..SESAK.. sanggup? Tak!
What should i do? Discuss dengan boss? I don't think so. This is my problem, personal issue can't interfere with work. I must find a way.
What should i do?
Allahumma yassir wa la tu assir..


Awin H


Wednesday, March 6, 2013

Bila hidup dikelilingi lelaki

di office win , colleague pegawai semuanya lelaki termasuklah Bos. Yang ada penolong pegawai girl sorg, Rai. Win memang ngam ngan dia. Sebelum ini ada Nadiah, but she left :(

Win biasa kawan dengan lelaki dari zaman UiTM lagi. wan pun kan best guy friend win. n hasiful pun. Kadang-kadang lebih mudah sebab mereka emotion-less most of the time (hehe) so, kalau kita emosi pun, jadinya tak terbawak-bawak sebab takde org nak mengapi-apikan. Kalau among girls, memang makin meluaplah emosi but not in a bad way, a good way actually.  Contohnya, kita marah, kita nak girlfriends menyokong kita, barulah kita rasa betul dan bersemangat. Tapi kalau lelaki dia akan instead ckp "dah la tu, tak luak pun" etc, bagus jugak, tapi POTONG la.. haha

But, se-best mana pun kawan dengan lelaki, I NEED GIRLFRIENDS!! I PREFER GIRLFRIENDS nasib ada Rai. (fuh!)

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari win keluar dengan tiga colleague lelaki. Win seorang je lapar nasik, (maybe because i am breastfeeding a child, lapar extra kot? mungkin!) yg lain tak lapar sebab kita semua dah brunch bihun sebelum tu. So we parked our car not far from kedai mamak n food stall ni. All of them went to the food stall while win pegi kedai mamak, membeli nasi untuk di'ketedarahkan' satgi kat ofis (tapau). Right after win beli, win nmpak all of the guys dah bukak pintu kereta. Win pun cepat2 lah.

Then, win dgr "teet" bunyi gear reverse, masa tu, win tgh nak bukak pintu kereta. By the time win masuk je kereta, the driver said, "nasib awin dah masuk, kalau tak confirm saya lupa dah (terus jln, balik, tinggalkan awin).." win legalah win sampai just in time ke kereta. Win jawab "takpelah kat sini banyak teksi", n he replied, "taklah, mestilah saya pusing amek awin".. hah! (kalau kau ingat lepas dah sampai ofis?) Naya la win sorg2 tercangak kt situ menunggu, sungguh ku rela menahan teksi. (lesson learn, always make sure u have at least RM20 in your purse just in case u'll get dumped like this later in life).

Well, the truth is, win seriklah woi. ada ke kau boleh lupa win yg comel molek ni? sampainya hati. takpelah later, either everybody naik kereta win or win keluar sendiri sorang-sorang or kalau naik kereta lain pun oke, but not that particular car. paling busuk pun, kalau ada Rai sama2 or mizi, i feel safe, kalau takde. SORRY... I PREFER TO BE ON THE SAFE SIDE YE KAWAN-KAWAN. so, no next time. Lagipun, win ada kereta sendiri. Nak makan? jom, jumpa sana. :)

Tiada isu terasa hati di sini, tapi win jenis serik. Kalau dah serik, habislah, forever la kena banned. Senang. haha,. again, win ada kereta sendiri. kena banned tak bermakna win tak kawan,. kawan je mcm biasa. tapi takmo ulang benda sama. pisang kalau berbuah dua kali, baik kau lari (faham ke ni?)

p/s win takkan lupa siapa yang naik kereta dengan win. win takkan lupa siapa yang pernah lupa win. win takkan lupa siapa yang tinggalkan win.

sekian.


awin hashim.

Tuesday, January 15, 2013

Contingency Plan - Ini Kisah Benar

Alkisahnya anak win demam campak sejak hari isnin petang (fakta: isnin demam, selasa ptg dah baik, rabu sihat lewat ptg dmm balik, khamis ptg sihat tp naik bintik-bintik, baru tau, oh campak rupanya). Jadi hari selasa win EL la (EL = emergency leave).
BBM kepada bos:

"bos, harini saya EL, Anak saya demam"

bos jawab:

"Ok lah!!!"


Hari selasa petang Naurah langsung sihat. Tapi tiba2 pagi rabu dia demam balik, demam panas pulak! Jadi win BBM bos:

"Bos, baby masih demam kuat.. 39c..
Saya kena cuti jugak sebab dia taknak makan..
sntiasa nak menyusu je. sorry ye bos"

Naurah kan menyusu badan, bila budak demam mcm tu, dia memang nak mummy aje, nak menyonyot sahaja seharian. kesian. Tapi bos boleh reply begini:

"Kena pandai merancang utk contigency plan"

Oke. Bila budak demam, dia nak menyusu badan dengan mummy dia, apa contigency plan yang boleh win ambil? supaya win boleh dtg kerja? ada ke? Hello! baru 2 hari cuti lah. bukannya seminggu pun! anak nak menetek la.. mummy je ada..mana boleh ganti dgn org len. Cuba lah fikir sikit?

dear readers, apa contingency plan yang ada dlm situasi ni? ada ke ? ada ke???

p/s bukannya ada keje urgent yg perlu aku dtg ofis sgt pun! ceh


awin hashim.


Monday, January 7, 2013

Apa perkara yang paling bingai?

Emel..! emel office ni kan, sebulan sekali kena tukar password. Password sama tak boleh guna lebih dari sekali. Lepastu, aku lupa nak tuka password on time. Of course lah tak boleh bukak emel sendiri sebab dah due tuka password pastu lupa nak tuka!...

kenalah contact admin!!!!! arrrhrhhhhhghhh! ngok la.

Sekian, i hate mondays. I HATE MONDAY..VERY DAMN MUCH

Thursday, December 20, 2012

anak kecil dan outstation

oke, fakta:

1. win belum pernah satu malam pun tidur tanpa Naurah sejak Naurah lahir
2. win belum pernah sekalipun memberi excuse untuk tidak hadir outstation ke mana-mana sebab "urusan peribadi/keluarga"

next month kena pergi outstation Sabah. Bos dah suruh win pergi, tapi bos tahu keadaan win, dia siap2 tanya.."win u confirm kan dulu, kalau tak dapat pergi maklumkan awal so saya boleh bawak org lain"
budiman betul bos ni..he knows i am breastsfeeding Naurah.

oke, tapi if win akan say no to Sabah, dah melanggar prinsip win sendiri utk tak "mencampur-aduk hal rumah dengan hal kerja la pulak"

ikut hati nak angkut je Wan n Naurah pergi sama. Tapi, kosnya mengejutkan juga. No. no.. this is not an option. Option yang win ada adalah:

say no to Bos atau say no to Naurah

ehh? how can i say no to Naurah? gila ke apa? keeping my priority straight means, semua ku tinggalkan demi Wan dan Naurah. so?

am i going to be a bad mother if i leave Naurah for 2 nights in good hands?

dilema jugak ni. kan?



awin hashim.


Tuesday, November 6, 2012

Lagi cerita fasal kerani ku "sayang"

Ceritanya begini, bos memang berniat untuk rombak balik tugas kerani-kerani di office. Jadi the other day, kami semua pegawai berbincang. Bos ada je mention betapa mulut far..eh fatin..(fatin kan? bukan nama sebenar)...bos ada je mention yg si fatin tu mulut lepas..dalam kata lain, celupar atau dalam kata lain, kalau masa zaman dulu2 memang nak kena cili..hehe. Bila win fikir balik kan, sudahlah tahap IQ dia mcm tu je, takde inisiatif utk memajukan diri, kaki mengumpat, celupar pulak lagi mulutnya. Apa yg positif kt kau ni? yg win boleh fokus, supaya win berupaya untuk mengasingkan emosi personal dan emosi profesional.? haha..mcm takde yg positif.

so, hasil rombakan kerja, win antara yang kuat mencadangkan agar fatin digandingkan dengan kawan baik dia utk buat kerja berkaitan accident. gandingan tu adalah supaya dia tak kacau win sebab win tak buat accident cases n supaya dia pandai, sbb kerja accident ni byk ilmu boleh dpt n supaya dia happy kerja dgn best fren dia. BAIK KAN WIN NI? hahahah.. tak dinafikan,, win ada hidden agenda..*wink* takdelah mana ada..:) percaya tak?

bila bos da inform dorg, si fatin suka..dgn obviousnya dia mengeYES-YES dalam meeting. haha..apahal la.. agaknya dia ingat bos syg dia n sebelah kan dia selepas dia mengadu keburukan win yg fictional kepada bos.(?!) ahahahahah think what u want dearest fatin..i'll be watching u...closely..i'll haunt u in ur nightmares...beware.. AH..tak do kojo den nak buek cmtu,.hahahaha.. pegi mamp*s la kau..aku bukannya pedulik pun..hahaha

oke..fasal kerani lain, win sungguh happy mereka happy dengan kerja baru mereka. :) bila mereka happy, win happy... seronok nak pergi kerja..yey!

Thursday, November 1, 2012

alkisah keraniku "sayang"

alkisah seorang typist merangkap kerani di pejabat yang indah ini telah meragut kegembiraan ku pada suatu hari..

Kisah 1

Tiba-tiba bos call bising2 suro win pantau seorang kerani ni, bos suro dia taip agreement..tapi dah berhari-hari dia belum jugak siapkan. padahal dia takde kerja lain yg urgent yang perlu didulukan pun. bising bos. marah betul dia. tapi dia tak pantau sendiri sbb dia outstation, n dia perlu typed agreement tu a.s.a.p,
jadi, win pun jumpa la kerani ni dan ckp dgn lemah lembut longlai sekali "fatin (bukan nama sebenar), bos ada suro taip agreement kan? dah siap dah?"
soalan win yg lemah lembut longlai tu dijawab dengan kasar dan eksyen sekali "belum!! mestilah banyak kan?! kalau bos nak cpt suro dia taip sendiri!!.. kalau cik awin takut nak ckp dgn bos, biar kita ckp sendiri dgn bos"
amboi. kau nak suro bos yg taip ke?
tak sedar diri ke apa budak ni.. tapi win cool je ckp "taiplah cpt cpt ye..bos dah bising tu, awk lmbat sangat"
dia menjawab lagi "banyak lah..ingat kite takde keje lain ke??"
eh? memanglah takde keje lain kan? hahaha..bengong la kau fatin (bukan nama sebenar).
jadi win suro dia siapkan haritu jgk.

esok, bos emel pulak, belum dpt lagi rupanya..bos bising jgk. suro win suro fatin (bukan nama sebenar) cepat.

win jadik fed up..ai! takkan suro taip pun lembab sgt kot? jadi, win pegi dkt fatin (bukan nama sebenar) dan dapati dia sebuk main telefon (sms/whatsapp ntah lah kan) sambil tu kat skrin komputer pulak FACEBOOK..kol 10am office hour dol! selamba je kau tak tau malu ke bukak fb tayang kat bos-bos kau!
win pun tegur la dia (dengan nada keras) "far..eh..fatin (bukan nama sebenar hehe) macam mana nak siap taip kalau asik main talipon je!!..bos da tanya tu, selamba je main talipon tak habis-habis. org lain pun bertunang jugak!!! (kebetulan, weekend lepas tu dia baru bertunang..)" hambik kau.. aku ni cool.. tapi kalau tercross path dengan org lembab dan tak bertanggungjawab mcm kau ni..hilang lah cool aku!!
win suro dia siapkan by 11.30 am

12pm win lalu kat dia, tanya dia dah siap ke belum..dia jawab lembut je "belum cik awin, sikit lagi"
boleh pun jwb lemah lembut. *geleng kepala*
kol 12.45pm dia dah siap n emel kt bos tugasan tu. kol 2.30pm win tanya dia jwb dah emel dah.
so, win diam je la.

esoknya, win breakfast dgn bos, bos mention "win, apsal dgn fatin (bukan nama sebenar) tu? dia emel kt saya dia tulis mcm2 fasal kamu.." jeng jeng jeng.. merah padam muka aku. dia ni burukkan aku dkt bos?? jarum! kaki repot.! penyapu! oleh sebab dia buat gitu, aku pun nak bukak cerita buruk dia kt bos, but then again, i was thinking, tak pyhlah..buat apa? bos bukan taktau tahap "kepandaian" dia tu..hehe..

Kisah 2

satu kakak kerani tanya aku "cik awin, surat sekian2 ni ada tak cik awin dpt?" dia nak rekodkan dlm buku perkhidmatan win la tu. win jwb la..surat tu takdelah lagi, sebab nak dpt surat tu kan kena apply dulu. kan saya dah bagi semua dokumen supaya kerani applykan utk saya (in order to get that letter)? kan? dah apply ke belum? dia blur.. sbb itu bukan keje dia. itu keje si fatin!.. rupanya fatin (bukan nama sebenar) belum apply kan lagi!!!!
dear fatin "sayang" kau ni nak sekat periuk nasi aku ke? kau pahal ni? kau nak carik gadoh ke? ha?

apalagi, meletup la win dkt office, marah dkt far..eh..fatin (bukan nama sebenar).. yang tak menjalankan tugasnya yang akan terkesan dekat perjawatan win!..

***

n i bet, dia mengadu dkt bos..hehehe..
n yup. the next day i saw her going into bos's room to complaint..yelah nama pun far..eh KAKI KOMPLEN..sekian.

***

harini, bos ada sebut yang si fatin (bukan nama sebenar) guna perkataan kasar masa marahkan si awin (aku)..hmm..n bos tergelak je..n takde kesan pun la fatin kau nak buruk-burukkan aku.. kerani-kerani lain, tak kurang ajar mcm si fatin, semua oke. masa kerja semua profesional..masa personal,semua ramah n ikhlas.. tapi kau, si kaki report, mulut celupar, masa kerja pun kau layan aku ni mcm kawan-kawan kau je..bos pun kau layan mcm kawan-kawan kau..*geleng kepala lagi* tak guna berkulit putih gebu kalau di muka tu ada stain hitam pekat yang besar.. faham ke ni? heheh..fatin takkan fhm punye..:)

kau kuat mengadulah..kau nak bos buat apa dkt aku ni? transfer aku? marah aku? apa? kau mmg nak carik gadoh kan? SIAP KAU! hahaha

Wednesday, August 8, 2012

Rezeki Naurah lah ni

Last week, wan dpt rezeki, soon dia akan dpt status tetap dlm servis.
Semalam win dpt rezeki, result induksi lulus dengan kepujian, boleh la confirm tak lama lg.

Alhamdulillah, thank u Allah for the rezeki!

Thursday, April 26, 2012

hospital angkatan tentera

untung kerja di mindef ni. among keuntungan yang aku dpt sbg salah sorg kakitangan mindef adalah, Hospital Angkatan Tentera (HAT) sudi membuka pintunya luas2 untuk aku bersalin di sana, as long as aku staff mindef or aku tentera or aku bini tentera. tapi kalau dah jadik ex staff mindef, tak dpt dah la benefit ni.

oke, kenapa aku suke sangat nak pilih nak bersalin di HAT ni? well sbb aku sgtlah pro hospital kerajaan. bukanlah benci hospital swasta tapi prefer not to go to hospital swasta, sbb? hospital swasta ni firstly, cost (of course la kan) secondly, they care about u less than they care about ur money. so, kadang2 dia check kita sambil lewa. thirdly, kalau kite ada complication, dia akhirnya refer kita kembali ke hospital kerajaan. so, baiklah kita siap2 pergi hospital kerajaan je. tunggu la sikit. tp insyaallah dia jaga kita baik. nurse2 kerek pulak zaman skrg dah takde atau dah kurang. nurse hospital kerajaan skrg dah oke. yg angelic punya oke pun byk. alhamdulillah.
so point aku adalah, aku prefer hospital kerajaan. tapi, kalau nak pergi hospital kerajaan, selalunya crowded kan? haaa..HAT adalah hospital kerajaan yg tak crowded. sbb org yg boleh dirawat kat situ hanya 3 kumpulan seperti yang aku sebut tadi jer. kalau compare HKL n HAT..in terms of crowded-ness.. HKL sgtlah kalah. n HKL hospital lama..serammmm..HAT baru..hehehe aku happy,.

i asked around, n did my research, ada jumpa 1 je blog org yg pernah bersalin dkt HAT wangsa maju. dia tak byk komen. takut jugaklah aku sbb kot2 doktor tentera lebih psycho..tak fasal2 je nnti. tapi my sister's fren pernah gave birth di sana n dia sgt recommend aku pergi bersalin kat sana. YEY! dia cerita mcm2 semua best2.. leganya hati ni bila da boleh decide nak bersalin kat mana. so, next step adalah, dapatkan referral letter dari klinik kesihatan tempat aku buat check up utk di-refer ke HAT,. then, insyaallah, bersalin di HAT lah aku nnti.

pastu aku kasik review supaya siapa2 yg nak tau cmne rasa bersalin di HAT bley buat research dia pulak nnti. :)

siapa malas nak dgr saya complaint, tak payah baca entry ni.

boleh tak mana2 doktor kasi saya mc? mc banyak2 sampai sebulan pun oke. saya dah tak larat nak dtg keje. hari2 bangun nak nanges je sbb kene pegi keje.

kalaupun ada satu atau dua kali saya bangun dari tidur terus bersemangat nak pergi keje, sampai2 ofis je, baru nak start sambung keje2 yg sedia ada yg mmg kena siapkan sebelum cuti bersalin, tiba2 misti bos panggil n tambah kerja saya. kerja yang bos kasik last minit tu semuanya urgent dan kena siapkan secepat mungkin.

akhirnya, pada hari tersebut, saya hanya sempat siapkan kerja urgent bos, tapi kerja sndiri tertangguh jugak. itulah sebabnya esoknya saya bangun rasa nak nanges lagi sbb demotivated nak pergi kerja. dan percayalah, sampai je saya di office esok tu dan hari2 seterusnya, first phone call adalah dpd bos, "mazuin, masuk bilik saya sekejap, ada benda urgent ni" *mengeluh*.. fail saya makin banyak, saya ada lagi masa kurang sebulan utk buat kerja2 tu semua.. supaya bila saya start cuti, takde siapa call n ganggu saya..tapi mana la smpat nak buat..takde masa nak buat dah. kenapa kalau ada kerja urgent je, bos misti panggil saya? saya kan ada 4 colleagues yg lain? sampaikan kerja kerani pun bos panggil saya suro buat..alasannya sbb kalau saya yg buat, laju sikit. *nanges, nanges, dan nanges lagi*

pastukan, bila tiba time balik, 4.30pm zuppp terus saya angkat kaki cabut sblm kena panggil utk buat sesuatu..balik lambat? utk masa skrg tak mungkinlah. nanti tersangkut jem nanges sorg2 dalam kereta sampai org kereta sebelah pandang2 kesian/menyampah. sedangkan tak jem pun saya nanges hari2 sbb jauh. org kata jgn cengeng sgt masa pregnant, nanti baby lahir kuat nanges jugak. tapi ingat senang ke nak tahan limpahan air mata tu..? apa?? kau kata senang? cubalah kau mengandung dulu yang oi. baru kau tau. (kalau kau dah penah mengandung n tak nanges2, cuba kau mengandung lagi sekali and berulang pegi balik keje kl-putrajaya spnjg kau mengandung 9 bulan, misti kau kalah jugak n nanges. hehe)

p/s mungkin pada hari2 biasa aku tak penah kesah pun kalau bos nak tenggelamkan aku dgn fail..tapi pada hari2 penghujung 9 bulan ni, emosi yg tak tenteram..hormon? maybe.. it's 7.38am, and i have already started to complaint.

Wednesday, April 25, 2012

(in a hope to) miss (escape) another official activity

haritu dapat panggilan induksi, syarat sah jawatan, nak tak nak kenalah datang walaupun membuyung nak masuk 8 bulan..mintalah surat pengesahan doktor hospital serdang dengan harapan dapat a few privilleges like parking yg hampir dgn tmpat kursus, escape aktiviti fizikal etc..tapi urusetia induksi agak2 macam harrraamm sikit, so kena jugak fight for such privilleges, kalau tak, nangis lah kena panjat tangga hari2! (kau pun tahu tangga ilkap tinggi mana)

few days after balik induksi, dapat pula emel untuk pergi conference. 16 hingga 19 Mei 2012..masa tu, mmg dah sah2 menunggu hari..(at that time, i am going to be 10 days away from my due date babeyh!! oh yeahhh..hehe and i am already 26 years old, post 11 May 2012 erkkk).. conference akan diadakan di Melaka, walaupun tak jauh mana (still bley smbahyang jamak dah pun), i should not be away from home masa tu, jadi kenalah tulis surat mintak kebenaran untuk tak hadir. surat kenalah ada lampiran pengesahan doktor kan? makanya, semalam, sudah pergi jumpa doktor dan dapat surat di bawah (whohooo!):



menurut surat pengesahan doktor ni, i am currently 35 weeks plus which is somewhat equal to 9 months..eihh..aku dah 9 bulan ke?? hehe..confuse.. rasa mcm belum.. tapi apapun, harap2 permohonan untuk tidak hadir tu diluluskan, insyaallah.. ya Allah lembutkanlah hati boss ku ya Allah...skrg nak naik tangga setingkat (nak pergi parking kat office) pun dah mengah macam carrying 2 kampit beras 10kg sambil panjat tangga..bulan depan tak ternaik dah tangga oi..sbb mungkin rasa mcm carrying 3 kampit instead..almaklumlah, berat currently sudah total naik 16kgs! oke, now, i have to finish mengarang surat n harini bolehlah hantar dah!..:)

p/s :)

Friday, April 13, 2012

induksi dan pregnancy

siapa yg pernah pergi kursus induksi masa dia tgh pregnant n masih ckp "best pergi induksi masa mengandung, sbb dpt escape beberapa aktiviti" adalah sangat mengelirukan! hehe..no offence kepada siapa yg pernah ckp tu, tp i have to disagree with u. kursus induksi patut dihadiri semasa anda sihat walafiat dari hujung rambut ke hujung kaki sebab, bukan sekadar fizikal yg penat mental pun penat. penat gile, nak nanges! (mmg da nanges da pun, few times)
mungkin best kalau pergi masa nengandung 2nd trimester la kot, sebab masa 1st trimester kan biasanya lembik seluruh badan, n mcm aku ni da 3rd trimester, da minggu 34 dah. nak jalan pun mencungap!!
atau yg best tu, korg masa kene pegi tu ada btn, yg sungguh memenatkan fizikal. so, kalau dpt escape sudah tentulah kau suka kan?

fuhh, naseb baek time batch aku takde btn tu n kursus cuma 2 mggu (11days to be exact) instead of 3 mggu!!

apapun, exam tadi amat menyedihkan, dat's what happen if masuk exam hall unprepared, semoga lulus,amin!! (paras hidung pun oke!)

so, di ptg jumaat yg panas ini, aircond da bukak, baju da ditukar dgn tshirt nipis, sembyg zohor jap, pastu aku nak bobom! like seriusly penat sgt. td makan pun da tak lalu sbb penat abes tenaga. tuhan je tahu..

so, aku nak mula berhibernasi ni, jumaat,sabtu, ahad, straight. kepada wan darling, win mintak maaf, harini tak larat nak masak, wan sampai rumah nanti, kejutkan win, kite makan kt luar, win belanja..

p/s *tarik selimut* dan *berdengkur*

Tuesday, March 27, 2012

the truth is.. the third trimester story

dah masuk minggu ketiga dah sejak our pregnancy menjejak ke third trimester. at 29 weeks we learnt that the baby is going to be a girl and we saw her angelic face *oh my* :)
at 30 weeks, we learnt a bad news, my uri is situated down under, it may have blocked the birth canal..but it's oke, it's not the end of the world.. solutions are given..insyaallah takde apape.
at 31weeks, we celebrated our first wedding anniversary *dah setahun dah* :)) before that i learnt that i have to go for induksi 2 minggu start 2april ni smpai 13april. bgs jgk. sempat nak cukupkan syarat sah jawatan sebelum cuti bersalin *yey*

so, minggu ni patutnya ada rabu, khamis, jumaat..3hari utk siapkan 3 fail yg urgent2..tiba2 bos panggil n tanya boleh pegi bengkel tak mggu ni? (sbnanye bukan tanya, dia suro!)

bengkel itu adalah bengkel 4 hari..khamis, jumaat, sabtu, ahad. *hoi.hoi..sbtu ahad?gilebetulpenganjurbengkel, takde anakbini ke??*

langsung terus ku beli alasan. tak boleh sbb..itu..ini..bla..bla.. tp endingnya kene jgk. :((

dlm hatiku berkata:
yg sebenarnya bos, sejak masuk third trimester, hari2 saya menangis. pinggang saya rasa nak pth. heartburn sgt teruk. hari2 wan kene urut kaki, tgn, belakang, pinggang bla bla bla..sbb lenguhnye tuhan (dan perempuan yg pnah mengandung) je tahu. mlm2 lepas dinner pukul 8, lepas smbyg isyak, lgsung tido smpai pagi.itupun tidur rasa tak cukup. badan tak hilang lesu pun. pagi2 bangun mesti terfikir, ya allah, harini kene pergi kerja lg. penatnye badan ni. nak berulang kl-putrajaya-kl hari2..(wan da suro stay rumah mak, saya je yg tanak. kesian wan)..kaki cramp masa drive smpai terberenti tgh jln pun ada. kalau jem nak balik rumah, saya nangis tersedu2 dlm kete da tak peduli org kete sblh tu nmpak. kalau dorg nampak "mama-to-be on board" kt cermin kete saya tu, mesti dorg fhm. tolong la bos. bengkel yg bos suro pegi tu, mlm2 pun on. tentative 8.30-10.30mlm tp saya tau sgt bhgn pembangunan suka drag smpai 1am., kan dulu da pnah rasa. saya tau la. padahal waktu kerja saya smpai 4.30 je bos. kasihanilah saya. kalau minggu depan saya kerja mcm biasa takpe. tp saya kan kene pegi induksi. dorg da kasi soalan assignment lg ni. nanti ada examnye. bengkel yg bos suro pegi pun kena buat homework. the truth is, saya tak mampu.
saya penat. of all people, u should understand, u've gone through 6 pregnancies before.

tp kan, i won't be saying this to my boss. pregnancy is never an excuse. so, apa nak buat? kuatkan diri n belasah je la.

p/s ya allah kuatkan aku.amin

Tuesday, March 13, 2012

everything seems to be in order..:)

first sekali, sebagai government servant yang berdedikasi, terdapat keperluan melengkapkan 7 hari kursus sepanjang tahun. Skrg sudah bulan 3. tinggal 2 bulan shj lagi sebelum cuti panjang. balik daripada cuti panjang, lebih kurang bulan 9 nanti, tinggal mungkin 3 bulan sahaja sebelum tahun baru (minus ramadhan)..
so, 7 hari dalam masa 5 bulan. kena pergi kursus. << pening jugak tu, bila da cuti panjang, mesti ada kerja yang menunggu kan. jadi sempat ke nak pergi kursus? (7 hari macam pendek. tapi sebenarnya tidak..!)

jawapannya sempat, kerana tiba2 (ting..ting..ting..tingggg...) nama tersenarai untuk ke kursus induksi yang panjangnya lebih dpd 10 hari!.. kursus induksi adalah satu requirement untuk sah jawatan. kalau ditangguh, pengesahan jawatan pun tertangguh la.

lucky for me, induksi pada bulan april. sempat selesai sebelum cuti bersalin. yey! alhamdulillah. so, induksi - checked!... requirement kursus 7 hari setahun also - checked!

n alangkah heavennya apabila induksi tu di ilkap, which is 15-20mins away from home. kan best kalau tempat kerja dekat mcm tu..tambahan pula bila baby comel dah keluar senang kalau mommy kerja dekat. ya Allah, lembutkan lah hati datuk tu untuk luluskan permohonan transfer ke putrajaya aku..amin! :)

p/s harini semangat nak buat kerja. ntah kenapa,. :)

Thursday, March 8, 2012

induksi weyh!

my soon to be married colleague, telah memberitahu bahawa salah satu kawan kami sebatch AGC telah dpt call dpd ilkap yg bgtau dia fasal induksi.
simpler sentence? yes, batch kami dah mula dipanggil utk induksi.

maka, terus aku kelam kabot. kenapa kau tau? sbb aku ni membuyung,.kalau induksi time aku sebok beranak n berpantang, alamatnya, tertangguhlah pengesahan jawatan aku,. bakal ditinggalkan oleh kwn2 sebatch sekalian. :(

terus kami cek website ilkap. induksi ada 3 kali.. mac, jun dan sept. mac pulak akan start next week. mac je yg sesuai dgn aku sbb jun aku sebok beranak. sept pulak ada baby kecik.!

lantas laju tangan aku mendail number telefon ilkap. pukul 1 baru telefon, baiknya dorg angkat telefon (cik huda, i owe u one!) to cut the story short, huda (kerani yg angkat telefon) setelah diterangkan kepada dia situasi aku, terus huda ckp, "puan, induksi ditunda ke bulan 4. sbb nak dgr pm ckp apa fasal sbpa dulu esok (hari ni) ada ura2 induksi mansuh ke apa"
aku jwb "i.c...jadi, utk bulan 4 tu, boleh ke cek, nama saya ada ke tak?"
huda jwb "boleh, nama puan? puan kerja mana?"
aku jwb "mazuin hashim, kementerian pertahanan"
huda cek, 5 minit cmtu dia jwb "takde pun? ashyraf ashi....apa ni..ada la..kementerian pertahanan..ehh..ada..ada..mazuin binti hashim.."

gembira tak terkata aku..yey! tak clash tarikh aku due,. alhamdulillah.

later, i told my soon-to-be married colleague "ashyraf, cmne? induksi clash tarikh kawen kau?"
hmm..jwpn dia..takpayah la nak cerita kt sini.. kesian dia :(

balik rumah aku cerita dkt wan. wan terus ckp "jd win tak pegi la wedding ashyraf?"
i was like "haaah laa! alaaaaaa cmne? nasib baik iznie jmput jgk side dia..tapi alaaaaa nak pegi ashyraf punye jgk...cne wan?"...

*cerita ni tamat di sini.*

p/s cik ilkap, cpt la antar surat ke kol ke. confirm kan tarikh tu.! aku anxious ni.

sbpa cancelled and other stories.

cerita 1#

just arrived at the office after attending the perjumpaan with PM at PICC.
kesimpulan perjumpaan (yg hanya melibatkan my concern):

sbpa cancelled. ssm kekal + ditambahbaik
gaji naik 13%
cola kawasan B (untuk wan le ni) rm200 jadik rm250..
bitk maintained.

yg len.. yada yada yada..rubbish2..bla2..none of my concern.. heheh

cerita 2#

lepas perjumpaan semua hadirin dijamu dgn mee goreng mamak n few kuih2 moden n teh tarik. maka kenyang lah saya makan bertambah oke, makan da la sorg2.suka hati je nak ambik 2 kali.hahah teruk betul. so langsung ke eskalator utk turun ke kereta la.
di eskalator tu tiba2 ada perempuan lebih kurang umur 40 lebih menjerit terkejut sbb kain dia tersangkut dkt eskalator. ya allah. ngeri siot. 2 org lelaki belakang dia terus tolong tarik kain dia. smpai dia hilang dari pandangan mata aku yg terus turun eskalator seterusnya (3 tingkat tau, means 3 eskalator), kain dia masih tersangkut dekat eskalator. eii ngeri siot..ya Allah, janganlah kau beri pengalaman seperti itu kepada aku dan semua perempuan yg aku kenal. amin. tatau apa jadik pastu.
kalau aku dgn pakaian aku lah yg kena tu, kalau kain tu terpaksa dicabut (tanggal kain??) maka, dah tentu seluar dalam maternity pink aku semua terbukak utk penglihatan org sekeliling. sbb baju kurung aku pakai ni jarang. ya Allah serius ngeri apa yg terjadi dkt perempuan tadi tu. aku doa dia diselamatkan daripada aib,. amin.!


cerita 3#

selepas dpt makan mee goreng mamak free di PICC, terus pergi parking, n terperangkap hampir setengah jam di level B2. pelik2..sesama govt servant pun susah nak kasi jalan..sama2 terperangkap kot?? ceritanya begini..adalah makcik tu pakai vios (boooo!) kaler kelabu. dah tentu semua org selang seli kasi jalan kat kereta yg baru keluar parking. dia tanak kasi aku jalan. hoi..silap lah makcik..aku ni gangster jalanan tau dak? bukannye lady driver yg jenis takut n terhegeh2 on the road tu..sekali kami mcm play chicken, n disebabkan dia sayang vios (boooo!) dia tu, maka, she had to give way to me..the best lady wins..! mazuin wins..get it? well. tengok kaki la..kaki aku ni da la da bengkak sebab membawak budak. hahah..marah pulak tiba2.
maka, jelingan tajam aku beri kepada makcik tu (harap2 dia bukan org AGC yg pada suatu hari nanti terjadik bos aku..erkk!) haha dan aku pun (selepas menang dgn makcik tu) berada di depan makcik tu jugak lagi. tersangkut sama2. sampailah sama2 dpt keluar menjengah sinaran matahari kt luar PICC. haha.

the end. :)

Monday, February 20, 2012

mengeluh di pagi hari isnin

1. bilalah nak dpt transfer order pergi putrajaya ni? dah penatlah nak berulang kl-putrajaya hari2..penatlah. tau tak? dah la costly..

2. apalah nasib dpt kerani tak ikhlas buat kerja? wan punye duit ganjaran, dgn mudah je dia dpt..sama mcm fakrin masa dia kat kkr..mereka kata "sign je, then duit masuk".. kita kat sini, ada kerani in charge pentadbiran, tak boleh harap. asyik facebook je,. aku geram esok, siap kau..

3. apalah makanan breakfast kt kafe mindef ni..hari2 sama, yg kering, kering benar, yg basah, tak thn lama, japgi basi,,. telur mata spesen je. ntah apa2 rasa..yong tau fu pun ada pg2..?? kuih pun tak semenggah..aku ni dah la asik lapa je..tp makanan serupa tu..cmne org ngandung lain bley gemok duduk mindef ni????? nasib baik mknn lunch oke sikit,.kalau tak, boleh tak nak claim duit minyak, hari2 keluar cr makan kat luar?

p/s 3 biji komplen je la untuk hari ni.. :(

Friday, January 27, 2012

facebook,..where art thou?

tiba2 internet di pejabat jadi begitu strict?..*ni bengang ni* selama ni mmg dia dah banned facebook during office hours. fahamlah kan? fair tau sebab during lunch hour, or before or after office hour dia kasi je kita on facebook.

harini, masuk2 office, pukul 7.10pagi..belum start kerja oke?? i have like 20 minutes utk chill before starting to work, n tak boleh bukak pulak. langsung. what the HELL??

do u know that some of us, punye mood bekerja akan hilang serta merta kalau tak boleh on facebook pagi2?? tau ke dak? *bangga mark zuckerberg dengar ni, how people are becoming more and more addicted to dia punya product*

mood aku hape harini? TERBAKAR!

Friday, July 1, 2011

1 JULAI 2009.

genap 2 tahun lepas, pada masa lebih kurang mcm skrg ni (11 or 12 lebih)..aku tgh mengadap sang BIG BOSS. interview yang mengerikan.

kenapa mengerikan?

1. interviewee seramai 6 org sekali masuk mengadap 5 (or lebih? ntah, lupa..) interviewer..sebagai org ketiga, patutnya tak lah rasa berdebar sgt., dia tanya mcm2, tiba2 dia tanya "girl, are u wearing blinkers?".. semestinya aku taktau blinkers tu apa. mati..(*____*), jawapan selamat "yes"..pastu kena gelak.

2. pastu semua interviewee diminta keluar dari bilik interview. then apa yg mengerikan adalah tiba-tiba staff tu keluar dekat pintu n sebut "mazuin..?" "mazuin..??".. aku jawab "ye saya?".. "tan sri nak jumpa, masuk balik ye?"..."saya seorang ke?"..."ha'ah.."..*gulp* "kenapa????"...dia tak jawab, cuma angkat kedua-dua bahu tanda "taktahu".. (ngerikan?)
it's either aku ni TERRER sangat, atau MATI sangat..n rasanya interview tadi aku mmg tak terrer, tp horror, sbb soalan wearing blinkers tu la..omg..! dah la semua org kat luar tu pandang aku, bagi muka kesian..sabar je lah.

3. bila masuk balik, aku kena tanya "when we asked u, r u wearing blinkers, why did u say yes?".. dlm kepala time tu, dah fikir "win, abeslah kau, kau confirm tak dpt".. dah sebab fikiran mcm tu, so i came clean, and told them the truth.. "to tell u the truth, i didn't even know what "wearing blinkers" is".. (semestinya) pecah gelak dorg, bahannya aku lah. (@__@)

4. tapi Tuhan itu maha pemurah kan? terus BIG BOSS ckp "oke, lapor diri 1 julai, bgtau kawan2 yg lagi 5 org tadi tu sekali.." (ada lagi dia komen, tapi yg bes2 i want to keep it to myself, oke? :)) kalau cerita jugak, mesti org fikir masuk bakul angkat sendiri kan?) << ini tak ngeri, wait till u read further..

5. almost a year later, aku pergi kursus dekat ilkap, i told them the story "wearing blinkers" tu, then ada satu senior officer sambung cerita aku.. *cmne dia bley tau nih??*.. cis *malu*.. n dia jwb, "alaaa u tau la, gossips, they don't sit still,, they spread..! hahahah"..hmm. siapa subjek gossip tu? aku.."zfgxkzsasdghdfaghdfk!"..

p/s dah dua tahun dah kerja..terasa dah mcm 40 thn lah tapi? :)

Tuesday, May 3, 2011

persidangan advisory 2011

i came with nadiah..naik gen 2 hitam..siap ter-kemalangan dengan seekor burung raja udang lagi..ngeri sbb melibatkan kematiannya..accidently (poor birdie)..we gerak at 9 am..lebih kurang..or was it 8.30? i forgot. we arrived in kuantan at 12..






Persidangan diadakan di Swiss Garden Kuantan Pahang. hotel dia oke..bilik dia comfy..just fine. tarikh persidangan adalah pada 14-16 April 2011..terus jadi problem for me since i have flight tickets to indonesia on 16 april tu.. so i prepared a letter to ask for permission to leave early, naseb baek bos besar itu terima alasan, maka, permission granted.




anyway, since my batch still dianggap junior batch maka kami kena lah terlibat dengan persembahan.. thank god i didn't have to involve in persembahan sangat sebab i was lucky enough to have volunteered to become ajk props yg bertugas pada kedua2 mlm dinner, tp second night tak relevant la sebab i am going to be on my way home already..(ajk props yang turned out to have nothing to do pun!) @_@..



sampai2 je ada la perjumpaan budak2 props..kelamkabot org2 props baru meeting first time..later at 8pm dah nak "beraksi" dah..:)



dinner malam tu makan makanan cina..(asalkan dinner je chinese cuisines? boring!..tak de ke makanan lain?)






i snapped a few photos..but the truth is nothing really happen during the persidangan,..hmm..yess,kecuali penyu! :)






after aktiviti berpenyu, i went back to the hotel and waited for wan who was on his way to kuantan solely to pick me up..he fetched me, and kami balik ke putrajaya terus..




kononnya i wanted to drive sebab dia penat drive straight dari seremban ke kuantan..but later i asked him to drive sbb tak thn ngantuk then fell asleep smpai putrajaya..kesian dia..dah la ter-encounter dgn sesuatu di Karak?..:(



p/s so..mcm tu rupanya persidangan..now i get the idea..hmm..bukannya ada apapun?? haha :)