Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label apabila aku sedih. Show all posts
Showing posts with label apabila aku sedih. Show all posts

Friday, April 25, 2014

Dear Jay,

Dear Jay,

I don't know you as much to claim to be your friend. I know your name, I know you knew mine, that's about it. We were batch mates, sometimes classmates, mass-lecture-mates, nothing more. We exchanged smiles a few times in 4 years in UiTM, that's it. But I know the fact that you were always baik to everyone. I never saw you mad at anyone, gaduh or anything like that.
I learnt about your passing around 4.30pm on that day, from being trapped in the midst of saving lives of innocent puppies. So noble. So "Jay". Kindness was your last deed, that's how I am going to remember you.

So, Jay.. good bye.

Condolences to Jay's family and friends.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/04/24/Accident-Lawyer-suffocates/

Awin H




Thursday, February 6, 2014

Aduan ke Pos Malaysia - REPLIED BUT LEWAT

Win buat aduan ke Pos Malaysia pada 23 Januari. Tunggu punya tunggu punya tunggu pada 5 Februari dia reply. Tapi reply dia sgt berhemah (unlike sugarscarf*) walaupun emel win marah-marah (sikit je)..

Nak tgk? Oke, win copy paste kat bwh eh:

Emel win 23 Jan:


Assalammualaikum/Selamat Sejahtera,
Saya sepatutnya menerima bungkusan poslaju. Bungkusan poslaju tersebut dialamatkan ke alamat ibu bapa saya di Lot 952, No. 13612, Lorong Jambu 2, Kampung Seri Delima 52000 Kuala Lumpur.
Saya dapati bahawa pada 18 Januari bapa saya menerima notis pemberitahuan yang menyatakan bahawa posmen telah cuba menghantar bungkusan tetapi tidak berjaya kerana tiada orang di rumah.
Adalah dimaklumkan bahawa ibu bapa saya ada di rumah sepanjang hari pada 18 Januari tersebut. Mereka menyatakan bahawa ada posmen datang lebih kurang jam 11 pagi tetapi tidak membunyikan hon langsung. Selalunya jika posmen tidak membunyikan hon, mereka hanya menghantar surat biasa shj. Jadi, ibu bapa saya tidak keluar untuk bertemu posmen tersebut. Posmen terus jalan selepas memasukkan surat dalam peti surat.
Kemudian, bapa saya mengambil surat-surat dan mendapati bahawa terdapat notis pemberitahuan.
Saya amat kesal perkara begini berlaku. Jika memang tiada orang di rumah, tidak mengapalah.
Amat senanglah kerja posmen kalau poslaju dia hantar notis sahaja?? Sedangkan pelanggan bayar untuk khidmat pos laju. Kebiasaannya kan posmen dtg dgn van atau motor, bunyikan loceng, hon kan motor dan sebagainya terlebih dahulu. Kalau dah pasti tiada orang di rumah, barulah dia boleh tinggalkan notis. Tapi kali ni senang sahaja kerja dia. Dtg utk hantar notis terus????
Saya mohon Pos Malaysia mengambil tindakan terhadap perkara ini. Sekiranya tidak, saya akan cuba untuk membuat aduan di pihak yang menjaga kebajikan pengguna kerana saya yakin perkara seperti ini boleh diselesaikan.
Berikut saya kepilkan gambar print screen butir-butir bungkusan saya yang setakat tarikh hari ini, masih belum saya ambil kerana kekangan masa dan kelecehan yang akan timbul kerana terpaksa mencari pusat pengumpulan pos laju di Kepong.
Sekian, terima kasih.

 Pos reply 5 Feb:

Salam sejahtera,

Terima kasih atas e-mel yang diterima pada 23.1.2014.

Terlebih dahulu, saya bagi pihak Pos Malaysia Berhad mengucapkan terima kasih dan amat menghargai  teguran membina dari pihak tuan kerana kami sentiasa berusaha memajukan syarikat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan kami. Kami juga berasa amat duka cita di atas kesulitan yang dihadapi.  Pos Malaysia memandang serius akan maklum balas tuan.
Harap maklum bahawa item tersebut sedang dalam agihan pada hari ini 5.2.2014- Rabu.
Waktu penghantaran adalah  8.30am – 5.30pm.
Detail result for Parcel No : EF2017XXXX0MY
Date
Time
Process
Office
05-Feb-2014
08:54:59
Courier is attempting delivery


Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Pos Malaysia Berhad, pihak pelanggan boleh menghubungi talian PosLine 1 300 300 300 or 0327279100 dari 8:30 am hingga 8.00 pm setiap Isnin hingga Jumaat dan 8:30 am hingga 5:00 pm pada hari Sabtu (kecuali Sabtu pertama setiap bulan dan Cuti Umum) atau e-mel ke care@pos.com.my
 Sekian, terima kasih.
 Yang benar,
    bagi pihak POS MALAYSIA BERHAD 

Pada hari yang sama, sebelum menerima emel reply ini, ada org call win tanya mcm mana dengan bungkusan yang masih win tak dtg collect (kena collect within 14days after dpt notis). Win minta ia dihantar semula.
Then terima emel from pos, lepastu, bungkusan pun sampai pada hari yang sama.

Alhamdulillah..

Pos Malaysia, mungkin anda tiada saingan sangat (ada, tapi tak tergugat).. Tapi jgn lupa, kalau sentiasa buat cmni mungkin satu hari nanti kena boikot ke? Kan? Think about it. Kalau servis tak bagus sebab kesilapan setitis nila, jangan lah pula tak layan atau lewat layan customer di customer care anda. :-)
awin hashim

Monday, January 20, 2014

Harga apa yang naik?? - dari pandangan mata win

1. KEK SECRET RECIPE...
Masuk tahun baru je, birthday wan. Birthday wan je, tahun baru.. Bukan 1 Jan, itu birthday cah. Tapi 2 Jan.
So, win tak sempat nak order kek daripada Ikeen (oh red velvet ku), win belilah choc indulgence dari Secret Recipe.. MAK KAU harga RM86.90.. win order pada 31 Disember 2013..

2. KEK IKEEN pun naik harga (-___-).. banyak sangat naiknya. maybe byk upgrade lah kan. Tapi bukan utk win dah lahh...

3. Rumah teres 1 tingkat dekat desa pinggiran putra. Win has been eyeing this house la kan, sama mcm rumah yg win duduk skrg menyewa tu. Ada org tu baru jual rumah yg sama harga RM260,000.00 Mahal. Pastu ada satu makcik ni (kwn ibu mertuaku) nak jual rumah dia RM300,000.00.. Oi oi.. naik 40 000.. Boleh beli kereta cash 40k tu.. nak naikkan senang mcm tu je ye. :-(

4. Rumah semi d 1 tingkat dekat desa pinggiran putra. Malas nak ckp byk. Kat mudah smpai skrg RM450,000.00 je lebih kurang. Satu lagi makcik ni (kwn ibu mertuaku juga)nak jual RM750,000.00... hahahahahahah gile ke kau ni makcik? semi d je.. aaaaaaargghhhhh.. boleh dpt banglo kt tempat lain tu..

obviously banglo dkt desa pinggiran putra yang asalnya 1.2 or 1.5 mil dah naik le tu, 2 mil ke?? kenapa ramai org nak beli? lagi ramai org nak beli, lagi naiklah harga... mana dorg ni dpt duit byk byk ni?

Tu je benda yang naik harga yg kena kat batang hidung win dalam 20 hari januari ni..

Sekian.

p/s nak beli tanah pulak la, belum cecah milion kot? (--__--)
p/s 2 mujur tol belum naik. harap jgn naik. forever.


awin hashim


Friday, August 30, 2013

Doktor suruh aku wean off breastfeeding?? What the..

Naurah dah hampir 1 tahun 4 bulan. Semalam win pergi klinik bawa wan, tp win sempat minta doktor prescribe win dgn domperidone (ubat utk boost milk production). Bukan apa sebab sekarang sgt kerap miss milk pump session..banyak sgt kerja kat office. If win consume 2 pills in 2 days pun enough untuk naikkan at least 3 oz milk production, n then win stop..

tapi, win bukan saja kena bebel dengan doktor. Dia siap ajar lagi benda kita dah tau..demand-supply.. kena pump regularly..bla bla bla.. alamak doktor common la.. saya dah 1 tahun lebih breastfeeding.. i know that.. n then win cpt cpt mention my daughter is 1 thn 3 bulan lebih. then the doctor stopped lecturing,,hahaha after realizing that i know what she thought i don't.

anyway, dia keeps on membebel n dia ckp lebih kurang begini "kiranya dah bagus sangat dah awk dpt breastfeed anak awak sampai lebih setahun. sebab kita kan kerja kan.. jadi saya rasa awk dah boleh start wean off la.. sbb i have this friend anak dah lebih 2 tahun masalah dia ialah tak boleh stop breastfeed. so baik awk start skrg"

GULP! what the? wean what? wean off? stop kan naurah?



hahaha.. aku taktau nk respon mcm mana.
dia sambung lagi lebih kurang mcm ni

"i tak fhm la,.. parents skrg ni memang besarkan anak ikut internet. ikut sgt kena breastfeed smpai umur 2 tahun, kite ni kerja kalau sampai 1 tahun pun dah oke sgt. parents sampai beli blender kt intenet mahal mahal bla bla bla...."

oke. masih terkedu..
dia sambung lagi "maybe its time for u to let nature takes its course"..
yg ini win rasa oke je. advice accepted adalah:

1. let nature takes it's course - don't rely on ubat-ubatan, just breastfeed n pump seperti biasa.. kalau masih ada susu, masih la. tapi kalau akhirnya habis, habislah..

2. ...?? hmm..apa lg?

takde? ahahaha

doktor, umur 2 tahun tu bukan internet tetapkan. Tapi dalam Quran ada sebut. n takkan la umur 1 tahun 4 bulan kena wean off? alahai kesian naurah,, dah la pandai mintak nenen skrg..

i hope someone can console me on this.

Romper baby, tempah bunga telur foam untuk Majlis Akikah BABY anda di sini!!


Friday, April 19, 2013

morbid thursday

semalam. di mrr2, jalan tak jem langsung. mungkin sebab tak jem. win was like "yey, sampai cepat, boleh masak cepat utk naurah n daddy"...
sambil bercakap telefon (win used handsfree) sambil drive n berborak dengan daddy. tiba-tiba tgh2 highway yg tak jem berhenti terus. 0km/j. I was like.. what aaa?

there near Pantai Hospital Cheras, on the opposite road (the one menuju ke dalam KL, win menuju ke luar KL), jalan tu pulak menaik, there atas bukit. ada something mati. agak besar.. i can't see from afar.
since win mmg dekat lane paling laju, so i thought, i'll get clearer view nanti bila nak lalu.

bila dah dekat, baru la win boleh sure, itu mayat org!! what a morbid thursday. ya Allah.. melayu ke? india kot? but definitely not cina because, kulit dia bukan putih/kuning. when i passed through, i can see clearly that the mayat was so nipis. n dada dia mcm kosong. n i can't see the face/head clearly.. hancur bersepai.

berderau darahku. ya Allah. sempat win snap gambar 2 keping, then tutup tingkap n nak jalan la, sambil tu masih memandang ke arah jln tu kan, and then i saw some organs bertaburan. mcm paru paru? or hati, i don't know.. tapi ada tali tali (which was obviously intestines!!) no blood. mcm bersih dah kena cuci, darah hanya ada di tempat mayat tu terbaring.

beristighfar win dalam hati. mulut terkunci. ini real nampak sendiri, bukan movie atau gambar dari internet.
win called 999 and report to them. sempat win tanya, dah ada org repot ke? polis said, belum.

then win called wan balik, wan said sedekah Al-Fatihah kepada dia kalau dia islam, dia dpt lah. so i did. sampai rumah tangan sejuk je.

bila ada kematian macam tu, buat win terfikir, it could happen to anyone, especially org motor, so org motor, jangan nak menyelit sgt. bahaya. like seriously, think about ur wife and kids. macam mayat tu, ada lah anak n isteri dia yg akan menangis sepanjang malam td utk dia. ya Allah. insaf.

p/s ..?? takde p/s.



Wednesday, March 6, 2013

Bila hidup dikelilingi lelaki

di office win , colleague pegawai semuanya lelaki termasuklah Bos. Yang ada penolong pegawai girl sorg, Rai. Win memang ngam ngan dia. Sebelum ini ada Nadiah, but she left :(

Win biasa kawan dengan lelaki dari zaman UiTM lagi. wan pun kan best guy friend win. n hasiful pun. Kadang-kadang lebih mudah sebab mereka emotion-less most of the time (hehe) so, kalau kita emosi pun, jadinya tak terbawak-bawak sebab takde org nak mengapi-apikan. Kalau among girls, memang makin meluaplah emosi but not in a bad way, a good way actually.  Contohnya, kita marah, kita nak girlfriends menyokong kita, barulah kita rasa betul dan bersemangat. Tapi kalau lelaki dia akan instead ckp "dah la tu, tak luak pun" etc, bagus jugak, tapi POTONG la.. haha

But, se-best mana pun kawan dengan lelaki, I NEED GIRLFRIENDS!! I PREFER GIRLFRIENDS nasib ada Rai. (fuh!)

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari win keluar dengan tiga colleague lelaki. Win seorang je lapar nasik, (maybe because i am breastfeeding a child, lapar extra kot? mungkin!) yg lain tak lapar sebab kita semua dah brunch bihun sebelum tu. So we parked our car not far from kedai mamak n food stall ni. All of them went to the food stall while win pegi kedai mamak, membeli nasi untuk di'ketedarahkan' satgi kat ofis (tapau). Right after win beli, win nmpak all of the guys dah bukak pintu kereta. Win pun cepat2 lah.

Then, win dgr "teet" bunyi gear reverse, masa tu, win tgh nak bukak pintu kereta. By the time win masuk je kereta, the driver said, "nasib awin dah masuk, kalau tak confirm saya lupa dah (terus jln, balik, tinggalkan awin).." win legalah win sampai just in time ke kereta. Win jawab "takpelah kat sini banyak teksi", n he replied, "taklah, mestilah saya pusing amek awin".. hah! (kalau kau ingat lepas dah sampai ofis?) Naya la win sorg2 tercangak kt situ menunggu, sungguh ku rela menahan teksi. (lesson learn, always make sure u have at least RM20 in your purse just in case u'll get dumped like this later in life).

Well, the truth is, win seriklah woi. ada ke kau boleh lupa win yg comel molek ni? sampainya hati. takpelah later, either everybody naik kereta win or win keluar sendiri sorang-sorang or kalau naik kereta lain pun oke, but not that particular car. paling busuk pun, kalau ada Rai sama2 or mizi, i feel safe, kalau takde. SORRY... I PREFER TO BE ON THE SAFE SIDE YE KAWAN-KAWAN. so, no next time. Lagipun, win ada kereta sendiri. Nak makan? jom, jumpa sana. :)

Tiada isu terasa hati di sini, tapi win jenis serik. Kalau dah serik, habislah, forever la kena banned. Senang. haha,. again, win ada kereta sendiri. kena banned tak bermakna win tak kawan,. kawan je mcm biasa. tapi takmo ulang benda sama. pisang kalau berbuah dua kali, baik kau lari (faham ke ni?)

p/s win takkan lupa siapa yang naik kereta dengan win. win takkan lupa siapa yang pernah lupa win. win takkan lupa siapa yang tinggalkan win.

sekian.


awin hashim.

Thursday, January 17, 2013

Pengasuh demam. Kisah suatu hari yang memeningkan.

Oke, saya sayang pengasuh anak saya kerana pengasuh anak saya sayang anak saya macam anak dia sendiri. Kadang-kadang melebih-lebih pulak sayangnya kepada Naurah. literally. Tapi itu adalah tersangat bagus. Alhamdulillah, Tuhan jumpakan win dengan mama Naurah.

Pada suatu pagi yang hening, kami telah terlewat. Sepatutnya 6.30am dah masuk kereta masing-masing. Tapi 6.40am masih kelam kabut bersiap kat rumah. Sambil kelam kabut, win capai blackberry dan terperasan ada sms.

Dalam hati "alamak, macam sms mama Naurah ni"

Ye. Memang sms dari pengasuhku sayang.
"6.35am: mummy, akak demamlah. bla bla bla.."

Win terus terpinga-pinga. ALAMAK. Apa nak buat ni? Win beritau wan yang masa tu dah pasang enjin kereta lagi. Wan pun ikut terpinga-pinga. Sudahlah dah lambat. Baru tau mama tak boleh jaga Naurah harini.

MACAM MANA NIIIIII?

otak terpinga-pinga memang tak boleh berfikir waras. Tapi yg terlintas di kepala otak sekarang adalah... MAK WAN. she lives 3km away, near mama's house. maybe she can take care of Naurah today. Separuh hari sahaja pun oke (sebab win ada persidangan yang akan tamat 12.30pm). Bila call, sadly MAK WAN said, abah wan demam. (so, tak boleh jaga Naurah). Sedihnya hatiku ini.

Terus call MAK WIN pulak. MAK WIN said oke. fuiyooo leganya hati ni. Nak cuti tak boleh sebab harini kena hadir persidangan lepastu awal bulan dah cuti sehari sebab birthday wan dan baru minggu lepas dah emergency leave 2 hari sebab Naurah demam. ya Allah..kecut dah jantung ni tadi.

since MAK WIN said oke, terus Naurah dimasukkan ke kereta mummy and to kl we went that morning. Mummy was late setengah jam je tapi. Mujur persidangan mula 9am. Win sampai 9.30am. hehe.

Tapi tak bestnya sebab MAK WIN menjaga newborn baby yg baru seminggu umurnya. sedangkan Naurah baru beberapa hari pulih demam campak. Ya Allah. peliharalah kesihatan si newborn itu. Amin.

Sekian, cerita haywire apabila pengasuh demam.

p/s wahai pengasuh ku sayang, janganlah engkau memaklumkan ketidakbolehan engkau last minute sangat. bagitaulah malam sebelum atau 5 pagi pun!.. ini kami patut dah gerak tinggalkan rumah 6.30am, 6.35am baru nak bagitau.


awin hashim.

Tuesday, December 4, 2012

Restoran Rasamas - in my view

Disclaimer siap-siap: Ini adalah pendapat saya. Bukannya fakta pun. Oke?

Pada suatu petang yang hening lepas balik kerja, win n wan rasa stress atas sebab masing2. Maka, win ajak wan pergi dinner dekat Alamanda sebab kalau stress, kita perlu apa? MAKAN.

Memang semua org dekat Putrajaya kelaparan agaknya, chicken rice shop penuh. Jadi, win ajak wan pergi Rasamas instead. Ada byk meja kosong. Selepas order, tunggu 5 minit terus dpt makanan. Best..cepat servisnya. Kami order set nasi ayam yang dpt 1 quarter chicken tu. ada sup, air n side dish jugak. Mine was RM15.90, wan's RM16.90.. belum campur tax.

Tapi kan, lepas makan, win masih rasa lapar.. mana tak nya..nasi dia kasi separuh mangkuk je. Selalu kan nasi tu satu mangkuk standard org jual tu.. Alaaahhh,, kau tau kan mangkuk sukat nasi biasa tu. Yes, separuh je, tak tinggi pun bonggol nasi tu. Ayam pun kecik. Harga sama je mcm chicken rice shop lebihkurang. tapi chicken rice shop lagi kenyang. Total almost RM40 jugaklah.. Tambah RM10 dapat kenny rogers! haha

Kesimpulannya, ayam Rasamas aka ayam Ayamas, memang sedap.. Tapi dgn kuantiti yg ditawarkan, harga makanan di situ terus terasa mahal.

Sekian.

p/s takmo makan Rasamas lagi. sedih.

Friday, November 2, 2012

PERUBAHAN yang nyata

sebelum kahwin (masa zaman girlfriend-boyfriend) - LAIN
masa nak kahwin (masa fiance-fiancee) - LAIN
selepas kahwin (newlywed) - LAIN
masa tengah mengandung (anak sulung) - LAIN
selepas beranak (anak sulung) - LAIN

semua dah berubah menjadi lebih baik, syukur alhamdulillah.. tapi ada jugak perubahan yang tak berapa nak best terselit-selit kadang-kadang. so mcm mana nak handle perubahan yg tak best ni?

i figured that i (yes, myself) should push MY OWN refresh button and see what happens next. :)

good luck to me! :)