cerita 1#
just arrived at the office after attending the perjumpaan with PM at PICC.
kesimpulan perjumpaan (yg hanya melibatkan my concern):
sbpa cancelled. ssm kekal + ditambahbaik
gaji naik 13%
cola kawasan B (untuk wan le ni) rm200 jadik rm250..
bitk maintained.
yg len.. yada yada yada..rubbish2..bla2..none of my concern.. heheh
cerita 2#
lepas perjumpaan semua hadirin dijamu dgn mee goreng mamak n few kuih2 moden n teh tarik. maka kenyang lah saya makan bertambah oke, makan da la sorg2.suka hati je nak ambik 2 kali.hahah teruk betul. so langsung ke eskalator utk turun ke kereta la.
di eskalator tu tiba2 ada perempuan lebih kurang umur 40 lebih menjerit terkejut sbb kain dia tersangkut dkt eskalator. ya allah. ngeri siot. 2 org lelaki belakang dia terus tolong tarik kain dia. smpai dia hilang dari pandangan mata aku yg terus turun eskalator seterusnya (3 tingkat tau, means 3 eskalator), kain dia masih tersangkut dekat eskalator. eii ngeri siot..ya Allah, janganlah kau beri pengalaman seperti itu kepada aku dan semua perempuan yg aku kenal. amin. tatau apa jadik pastu.
kalau aku dgn pakaian aku lah yg kena tu, kalau kain tu terpaksa dicabut (tanggal kain??) maka, dah tentu seluar dalam maternity pink aku semua terbukak utk penglihatan org sekeliling. sbb baju kurung aku pakai ni jarang. ya Allah serius ngeri apa yg terjadi dkt perempuan tadi tu. aku doa dia diselamatkan daripada aib,. amin.!
cerita 3#
selepas dpt makan mee goreng mamak free di PICC, terus pergi parking, n terperangkap hampir setengah jam di level B2. pelik2..sesama govt servant pun susah nak kasi jalan..sama2 terperangkap kot?? ceritanya begini..adalah makcik tu pakai vios (boooo!) kaler kelabu. dah tentu semua org selang seli kasi jalan kat kereta yg baru keluar parking. dia tanak kasi aku jalan. hoi..silap lah makcik..aku ni gangster jalanan tau dak? bukannye lady driver yg jenis takut n terhegeh2 on the road tu..sekali kami mcm play chicken, n disebabkan dia sayang vios (boooo!) dia tu, maka, she had to give way to me..the best lady wins..! mazuin wins..get it? well. tengok kaki la..kaki aku ni da la da bengkak sebab membawak budak. hahah..marah pulak tiba2.
maka, jelingan tajam aku beri kepada makcik tu (harap2 dia bukan org AGC yg pada suatu hari nanti terjadik bos aku..erkk!) haha dan aku pun (selepas menang dgn makcik tu) berada di depan makcik tu jugak lagi. tersangkut sama2. sampailah sama2 dpt keluar menjengah sinaran matahari kt luar PICC. haha.
the end. :)
No comments:
Post a Comment