Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Tuesday, September 19, 2017

Review: Genting Trip, Genting Premium Outlet dan Hotel on the Park, Genting

Win, Naurah dan kawan-kawan perempuan (plus a 4 months old baby) telah pergi jalan-jalan ke Genting weekend yang lepas iaitu pada Hari Malaysia dalam tahun 2017. Tujuan perjalanan tu sebab nak celebrate one of them yang akan kahwin in 3 weeks time! woohoooo go Iqah!

Kami pilih untuk check in ke Hotel on the Park yang telah viral baru-baru ini sebab style hipsturrr dia tu. So, on 16th September 2017, kami bergerak ke sana.

To cut the story short, ini adalah review win terhadap the whole trip to Genting, Genting Premium Outlet (GPO) dan juga terhadap Hotel on the Park itu. Bear in mind tarikh penulisan ini ye, sebab kata orang-orang di Genting, mereka dalam pembinaan dan akan getting better in 2018, katanya laaa...

Review Hotel on the Park:



Bilik.
Kami stay di bilik untuk 6 orang iaitu "SIXERS", ada 3 queen bed. Sangat selesa. Perhiasan bilik dia memang seperti yang dijangka (rujuk gambar). Ada peti ais dan iron (upon request). Katil n bantal bersih. Ada 6 mugs, 6 towels and other keperluan biasa like shampu, sabun dsb. Takde aircond cuma kipas, rasanya aircond memang tak perlu. Sejuk sangat sebab kami pergi musim hujan2 jgk lah.








View dari bilik kami
















Bilik air?
ada 2 sinks, dan sinki-sinki ini cukup luas dan dalam untuk memandikan seorang baby. Air panas berfungsi dengan baik, water pressure amat membanggakan. Thumbs up. Ada hair dryer.
Yang tak bestnya ialah toilet tu, yess i mean jambannye, ada cubicle kaca. Tapi pintunya tutup tak berapa rapat. Kami pergi berkawan2 jadi nak guna toilet amatlah tidak selesa because people can see apa kita buat melalui pintu yang tidak rapat itu. Mungkin itu cuma berlaku di bilik kami (5410), but ini tidak best.


Parking!!!
Ini lah masalah utama, in fact the only masalah yang kami hadapi. Hotel ini takde parking, belum siap katanya (dijangka siap 2018). So kami pergi park sampai ke First World Hotel nun sanaaaaaa tu. Ini sangat menjengkelkan. Aduhai. We went there with no guys. Smua husband/tunang tinggal. Jadi kena pergi carik parking sendiri dan menapaaaaakkkk la sambil tolak stroller itu. Masa pergi jauh sangat sebab orang ramai sangat, tp kalau tgk GPS dari tempat parking sampai ke hotel adalah dalam 850meter. Mcm dekat eh? Kami bawak baby 1, budak 5 tahun 1, baggggsss and terpaksa melalui orang yang ramai. So laamaaaaaa sgt baru sampai ke hotel. Tapi perjalanan itu dalam building sahaja.. kecuali the final 30m nak sampai Hotel on the Park tu je dah keluar dari building.


Overal, lobi, cafe, tempat ambil gambar.
Semua oke. Cafe tu, kecil laa.. takde free breakfast. Servis kaunter oke, bell boy oke. Tempat ambil gambar cuma ada 3 je, they should add few more. Oh ye, malam-malam kami tidur bukak tingkap sikit, sejuk nak mampus macam aircond, kalau tutup tingkat panas lak. Tapi, bisingnya lahaiii. Bilik kami tingkat 5, tapi bunyik motor la, bas la, lori la... Genting memang hidup malam2, so? bising sampai terbangun2 dari tidur. Takde cerita seram ye dalam trip kami, syukur :-)


Review Genting:

Genting dah packed!.. Kami berjalan kaki dari parking Hotel First World sampai ke Hotel on the Park itu, walaupun sejuk + aircond lagi tapi, bau rokok ada sepanjang jalan. Tak nampak orang merokok pun baunya masih ada. Sangat-sangat tidak selesa.

Makanan syubhah banyak. Makanan tak halal juga senang jumpa. Makanan halal ada sikit, itupun kedai2 mahal. So ready kan makanan sendiri ataupun ready kan duit utk pergi makan kedai mahal ye. Aiskrim byk pulak jual di tempat sejuk ini. Sabar je la. McDonalds ada. Tapi jauh kt tingkat 8 di eskalator paling dekat dengan Hotel on the Park itu. Berhampiran dengan McDonald ada kedai runcit ala 7e utk beli air ke maggie cup ke.

Perjalanan naik dan turun memang bawak slow je sebab kereta banyak. Tak ley laju2 pun, which is bagus lah. Tapi lambat sampai, lagi mabuklah orang yg duduk belakang dalam kereta kita (sorry zira and Naurah!)

Tak sempat naik cable car, kesian Naurah sedih. next time lah!

Review Genting Premium Outlet (GPO):

Parking?
Banyak.. tons of parking. Parking untuk orang naik cable car ke atas jugak kt sini. Maybe we should have taken cable car pergi hotel. Senang sikit.

Outlets
Best la. Semua benda/brand kau cari pun ada. Murah. Contohnya Mac foundation/compact powder win yang harga rm215 itu cuma rm150 di sini.... whattttt. Swatch dpt rm112! Semua murah aje. Win gi padini je la. Baju rm9 pun ada.. haha..kasut vincci yg rm89 kt putrajaya tu, kt sini, yg sama, rm49.wth? Blazer G2000 RM199. oke check mate. murah lah. haritu pegi JPO takdelak excited cam ni.

Makan!??
Tak brapa best. Ada la chicken rice shop yg penuh amat. Absolute Thai.. selain dpd tu syubhah (pada win) atau non halal.. Adalah starbucks, coffee bean tu semua, tapi win kan tak suka kopi, so tak relevanlah kepada win.. ada food court, dalam tu ada marry brown, ada la sizzling jgk, nasik jgk.. tapi ada yg syubhah jgk (win memang aneh n strict sikit..?) so win rasa susah nak makan kt situ... dah la kena bayar ala-ala prepaid card sebelum makan tu, malassss nyee..

Toilet?
Setiap toilet rasanya mcm ada tempat baby. So sangat senang n baby friendly.

Escalator/lift.
Kitorg kan bawak baby in a stroller, lift mcm sikit. Dan nak pergi L ground tu mcm tak jumpa lift langsung..? sukar..sukar.. So kena pandai-pandailah improvise neh..


Thursday, January 3, 2013

My Izwan's 27th birthday

This is his first birthday as a daddy, i first planned to have it celebrated in Bukit Tinggi. But then, the birthday boy (he is a real man by the way, but "birthday man" doesn't sounds right. Kan?) asked to have it celebrated at the beach. So, tak plan apape, we went to Teluk Kemang (being the nearest) first thing Wednesday morning January 2nd, just us, Wan, Win and Naurah.

With fried macaroni and Naurah's papaya breakfast, we were there as early as 8.30am. Dengan Naurah yang berbaju tidur (baju lubang-lubang plak tu haha).. We planned to arrive around 7am, tapi ye lah 7.15 am baru gerak dari rumah!
Kami makan-makan, borak-borak, ketawa-ketawa and then Wan received his birthday presents and then, before we can do anything else, Naurah sudah mula membunyikan siren, cepat-cepat kemas/pack and 10.15am naik kereta, BALIK! hehehe.. It was a short and sweet trip.

Naurah dah bising sebab dia ngantuk, balik rumah, dia lunch, mandi and tidur.

The day was not over yet because i promised Wan to get him his birthday cake, so we waited (and waited and waited) for Naurah to bangun and then we can go buy daddy's  birthday cake. Pukul 3.30pm baru dia bangun. We bought a cake for daddy, sing-sing, blow candles, eat cake and then? We planned to have dinner at MAEPS steamboat because it was daddy's favourite restaurant, but then Naurah had a runny nose, so, we stayed home and had domino's pizza for dinner instead.

It was a day that ended with a smile on our faces. Alhamdulillah, my dearly beloved husband is 27 and healthy and loved and in love with me and Naurah. I can't ask for more.!

Happy birthday darling. We love you!!

p/s darling, birthday celebration wan belum habis lagi tau.. Tunggguuuu! hehehehe


awin hashim.

Monday, February 27, 2012

saturday..la..la..la..

sabtu sepatutnya bermula dengan perkara sedih, sebab? wan sepatutnya kerja 8-5pm.. can u believe it? pegawai kerajaan pun kena kerja hari sabtu (walaupun berganti dengan cuti, tapi masih mengecewakan!) so, jika wan kerja, win pergi manalah? wedding nabilah safar, with her girlfriends.


tapi tiba2 di waktu subuh wan beritahu, CANCEL pergi office! haha.. leganya, happy..sambung tidur balik, sampai pukul 10am..best betul dapat bangun lambat.


maka, wan accompanied his wife to go to his wife's friend's wedding di bandar tasik selatan. newlyweds pakai warna kuning, cute!




tunggu punya tunggu punya tunggu, girlfriends win langsung tak nampak batang hidung..*tak dpt jumpa*..akhirnya, dekat pukul 3, win n wan had to leave. sebab? kami ada plan lain, iaitu?? attending MOTHERHOOD EXPO at kl convec.. our first baby expo ever!




so, we left and langsung ke klcc. dekat hall 3 berlangsungnya baby expo tu. ramainya orang, sama macam PC fair jugak. tapi kan, wan n win mcm terkedu jugak dan taktau nak start mcm mana. kita pusing seluruh hall and ended up finding pampers yang murah.. ada romper yang carter tu,. satu rm8 je, tapi, dengan sedihnya, kami tidak beli, sebab nak beli rompers kena tahu gender. up till today, we haven't found out whether we are having a girl or a boy,, so, rompers, kena KIV. baju pun best2. stroller tak best. mahal range RM900 ke 2000. orang cina je berkerumun, org melayu tak nampak pun dekat tempat stroller.. *ouch*



beli pampers je, dpt few free gifts..hehe..oke la tu. newborn drypers tu, 56 keping rm25 je. yg saiz S 64 keping RM28..



next, kami pergi ikea sebab win rasa sihat walafiat, tak penat pun. sampai je ikea, kami terus ke children section. niat asal mahu beli tilam nipis rm25 each. nak beli 2, buat baring2 dpn tv untuk baby nanti. tapi mestilah tak ada stock kan benda murah mcm tu?? so kami usha barang2 lain like baby cot and cadar. ada issue "perlu baby cot ke tak?" ada yang kata tak, ada yang kata perlu,.. kami pergi melantak meatballs dulu sambil berfikir..akhirnya, kami ikut kepala kami akhirnya, decide..PERLU! so, kami beli baby cot..yey!! kat ikea range rm165-rm400 je. kat baby expo tadi, paling murah rm400..rata2 rm700 (tapi dah termasuk cadar, tilam, bantal semua).. baby expo mahal! heheh cheapskate. tell me about it..hahah




selepas itu kami balik, mandi, sembahyang, tidur awal, sebab, esoknya wan nak pergi sungai siput meninggalkan win yg dah tak dibenarkan jalan jauh, di rumah.


p/s saturday, very well spent!

Friday, February 24, 2012

secret recipe dinner with dear husband

sudah lama tak makan di secret recipe..bila last eh?? ntah.. see? sampai lupa.. but since yesterday hari gaji, n tekak terasa nak melantak cheese, there we were, secret recipe, precinct diplomat, putrajaya..whohoooo..



















"sebelum-sesudah"



wan mengikut sahaja..sampaikan, lepas habis makan, dia tanya, "oke, apa lagi yang win terasa nak makan lepas ni..?" ..win was like "erkk??" best btol soalan tu..tapi jgn tanya masa kenyang, nafsu pudar sudah ni! haha


thank u darling..! *kisssesss*

p/s lagipun teringat apa dinie pesan (dinie is a friend who is still dlm pantang after given birth to isyraq, few weeks back..weeks ke eh? or days?), dinie bagitau, masa dlm pantang, dia paling tak thn bile tak boleh minum air sejuk lagilah yg berais..! *mengeluh win* sbb? how can i resist ice? i can't live without ice..! nooooooo!!.. so skrg, minum ais..hari2 ais..ais..ais..aiss...!

Tuesday, February 14, 2012

melaka trip.






11 dan 12 Feb 2012, our whole family (extended family) went to Pantai Puteri, Melaka utk bawak si India pegi tgk laut (si India read: yaya yg study medic di India tu)



we stayed in Kondominium Tg Samudera for 1 night. Lintas jalan terus sampai pantai..pantai sgt bersih, tak ada sampah sarap tapi ada banyak bahan tinggalan anjing..:(



aktiviti kami adalah? bola sepak/bola tampar pantai + swimming di pool..laut tak la sbb air tak berapa bersih..aktiviti bola2 tu, unfortunately mama win + rayyan slalu kena jadi bench (takde bench pun tapi) warmer..sebab? sorg carrying fetus, sorg lagi is an infant..


















jadi kami takde keje lain selain, snap gambar mereka itu..dan swim di pool..oke la kan?



















mak kami sangat aktif, terlompat2 jadi goalkeeper la, tampar bola la..cool gile..tak macam org lahir tahun malaya merdeka tau..i wish i'll be that active when i arrived at that age too..or perhaps, more active than that..! yg si warga emas pun bukan main (warga emas = ayah) haha..


the trip was a bit spontaneous and successful.. spontaneous sbb, we were supposed to stay at royal puteri hotel..tapi ya Allah, the condition of the place is too sad..betul lah kata org dlm trip advisor tu "mcm rumah hantu!" haha..nasib ada tempat lain, kondo tg samudera tu oke!..



p/s we should do that again sometimes

Monday, January 30, 2012

port dickson



..practically feels like my own kampung already because pak ngah lives here. so, when lin asked us to join her office's family day in PD, i said oke, because it is near and i missssssss laut and i look forward to swim in a pool (they said that it's the best exercise one can do while she is pregnant),..baru smlmnya mimpi laut, hari ni lin ajak pegi PD pulak..so we said oke.hehe



PD punya pantai memang sentiasa kalah kalau nak dibanding dengan pantai di pulau2 di Malaysia kan..tp somehow, laut dekat area tanjung tuan tu, oke je haritu.. biru pun biru..mcm ala-ala karambunai jugak..(?)


tambah pulak Permaisuri Resort tu ada pantai dia sendiri, jadi tak ramai org..lagilah best kan.

kesimpulannya pengidamanku terhadap laut, sudah langsai..apa next..apa next?

Monday, September 26, 2011

weekend at Sungai Besar,

Before i met Wan's sister, i never knew there is a place called Sungai Besar. Well, it's in Selangor. Hujung sana. From Putrajaya u have to go through either Klang or KL, then Kuala Selangor, proceed towards Tanjong Karang, Sekinchan n Sungai Besar. Atas lagi ada Sabak Bernam.

I spent a night there last weekend at Wan's sister's place, with Wan and both of my mum n dad in law. It was a nice place, dikelilingi padi. Tapi around this time of the year, sawah dah botak dan kering. Ada few parts yg tgh menghijau tapi near Kakak's place, all kering already..:(

on the way there, there are many fruit stalls which are soooo identical which each other and the prices are almost the same too. but i am not a fan of mango, yg banyak mango la,,jadi, pisang n jagung je la jwbnya. selain buah ada benda dlm cengkerang yg kita panggil mentarang. i didn't eat it last weekend but i hd tasted it few times..sedap walau menggelikan dan kadang2 berlumpur..:)

the thing i love the most when we went somewhere around there adalah pasarnya!.. since dah jadi bini org ni, benda2 basah kat pasar tulah jd favourite, especially kalau kat sana, ikan murah oke? especially kat sekinchan la..not sungai besar n definitely not kuala selangor..mhl..sekinchan murah :) benda lain, i don't really have the mood to look around pun..

a weekend stay is a pleasure (i'd say ten days top never more) i can't imagine living there for good. there is nothing there for me really. sunyi!..tiba2 terasa i love traffic jams and asap and jerebu and car honks and jalan tar,..terukkan? tapi itulah the truth..apa nak buat :)

all in all, it was a good trip. but i ended up exhausted, i mean really really exhausted. tapi agak menyedihkan, lately, i am not a fan of camera pulak,. camera bwk buat berat beg je tak guna pun. so entry kali ini bosan sebab takde gambar. tulisan je. :(

p/s another great weekend spent!
p/s2 asik lalu je kg kuantan kelip2 tu..bilalah nak singgah.

Tuesday, July 12, 2011

24 hours in Pangkor

Pada 6 Julai 2011, tiba-tiba kami terfikir utk pergi ke mana-mana pulau di Malaysia yang indah ini utk tujuan melarikan diri daripada KL yang sungguh bersih dan Putrajaya yang hambar.. we checked out Tioman. But all good chalets are fully booked. The only island that still has vacant chalet/hotel is the one and only Pulau Pangkor.


The next day, i quickly booked a room for us to stay on the 9th of July 2011. yey, roadtrip.!
This was the third time i went to Pangkor my whole life, and it was Wan's first time.
Aktiviti kami sepanjang masa di sana adalah, snorkeling dan boat ride sesuka hati pada bila masa pun, bersenang-senang di pantai dan makan ikan dan kerang bakar sepuas hati juga, bila-bila masa pun.

Though i had a few complaints regarding a few things, but i managed to not really care about it too much so to preserve the fun-ness of our honeymoon-getaway-trip.

Berikut merupakan kronologi perjalanan ini:

Bertolak pada 9.30 pagi sabtu,.dari Putrajaya, sambil melihat-lihat jalan ke KL semuanya jem teruk tak berjalan. Those people were literally stucked. Kasihan, tapi kan why do u want to go to KL on bersih day anyway? u have been warned everyday for about three weeks that all roads to KL are blocked and closed. KL is closed. tau kan? sepanjang perjalanan kami ke Lumut ada 4 roadblocks di jalan yang menuju ke KL..gambar di bawah adalah roadblock ke-3 dan 4.










Tiba di Lumut pada jam 1 tengahari. Makan tengahari di tepi Jeti Lumut dan membeli tiket feri berharga RM10 seorang pergi-balik. kereta kami park di parking bertingkat (within 50meters from Lumut Jetty), pakcik tu ckp, 24 jam RM10 ye dik!..oke kan?



Jam 1.45 tengahari, naik feri dan tiba di jeti Pulau Pangkor pada jam 2.15 petang. Yes, setengah jam sahaja. On the way tu feri buat pit stop dekat Jeti Sri Pinang...semua orang ingat dah sampai rupanya belum..hahah malu sikit.!

Turun dari feri, terus ambil van berwarna pink dan terus ke hotel. Van pink charged us RM15 for 6 kilometres!! kejam sungguh kau apek!! ( COMPLAINT no. 1# ) sedangkan dah buat research siap2, sepatutnya apek tu boleh charge RM10 sahaja untuk 2 orang ke Pantai Nipah. bodoh!.

tapi tak apalah, jangan cari fasal kat tempat orang oke win? bayar aje.

Sampai di hotel Pangkor Indah yang terletak di Pantai Nipah. Checked in at 2.30 pm. Kena jalan hampir 50 meter kalau nak ke pantai. oke lah kan? kami sudah bayar deposit RM30 earlier, kena bayar RM80 sebab satu malam kat hotel tu RM110. Hotel di Pangkor, jangan fikir yang classy oke? kalau nak classy pergi lah stay kat Pangkor Laut dan bayar sekurang-kurangnya RM500 per night. Kalau setakat RM100 lebih tu hotel setaraf motel je ada. For us, it was good enough, seriously. Kalau dpt chalet mungkin lagi best, tapi nak pegi sabtu, khamis baru book, mmg lah tak ada pilihan kan? talking about spontaneous? hehe By the way, masuk je bilik, terkejut tengok ada 2 single bed. come on people, 2 single bed untuk honeymooners?? hahaha ( COMPLAINT no. 2# ) ..


then turun ke pantai dan bermain2..jalan sikit je, kami disapa oleh seorang boatman yang kulitnya berwarna logik untuk seorang orang laut. (hehe) "bang, nak pegi snorkeling ke? RM30 je 2 orang.."..kami kata "nak!" terus pakai life jacket dan hop into the small boat, terus ke pulau depan tu, tempat orang snorkeling. snorkeling sepuas hati..best jugak.. boatman tu kasi roti seorang satu, untuk bagi makan ikan-ikan tu sambil snorkeling nanti. n yess,, ikan-ikan makan dari tangan kami..auwww geli i! best giler..and ada ikan besar berenang kat bawah tu, sekali dia dtg nak mkn jugak, terus win larikan tangan takut dia gigit..hahah.. best jugak, tapi air yang jernih itu tak berapa jernih mungkin sebab ada ramai orang. aktiviti itu agak spoilt apabila wan hurt himself pretty bad. *i can't help it, so i cried sebab kesian kat wan yang kesakitan*

despite the accident, we continued snorkeling sampai win dah menggigil kesejukan, terus naik bot and balik. terus ke kedai, beli minyak gamat and plaster and maggie sebab nak mengubat luka-luka wan yang terletak di serata badan. (maggie tu bekalan makanan, memandangkan wan jalan pun dah senget, cmna nak keluar mkn malam nnti kan? maggie pun oke)..we missed the sunset. :( tapi hati jadi senang bila dah pastikan luka wan takkan infected.

makan maggie je kami. tapi later kami jadi kelaparan. wan said, he can walk so we walked tak jauh pun, cari makan. makanan kami antaranya adalah seperti berikut:










hanya RM39.20!!

sebelum tu win telah ditakotkan oleh orang kedai yang mengatakan, baik2 order makanan kak, ada yang dah terkena bayar RM400 untuk 2 org makan.! sampai win takot nak sentuh ikan bakar..sampai lah wan ckp, we must eat ikan bakar, otherwise, this trip won't be complete because we failed to taste pangkor dish!.. seekor ikan seperti gambar di atas RM25 sahaja.

esok sepagi pukul 7.30 kami turun ke pantai, pergi approach satu abang boatman, n tanya harga nak pergi round island. boatman semalam caj RM30 snorkelling 2 orang kan? round islandnya RM40 untuk 2 org.. tapi boatman harini RM30 snorkeling + round island..so we agreed. wan nak snorkeling lagi sbb dia tak puas semalam,.so we went to the same place, again.!

boatman bawa kami jalan2, tgk batu bentuk paus, buaya dan penyu tgk monkey bay dan lain2..naik bot kecik mcm naik roller coaster..kecut perut.! then kami pergi snorkelling. kali ini boatman kasi sebungkus roti..adalah 5 roti dalam plastik tu..n sepagi 7.30 mana ada org snorkelling lagi..so air laut sangat jernih, dan ikan sangat kelaparan..belum kami basahkan badan lagi ikan dah kerumun kaki..aaaaaaaa..heaven oke?!!

nampak beberapa ikan besar warna biru2..and the best part was, kami ternampak 3 ekor angelfish yang agak besar..angelfish jenis mcm dalam gambar di bawah. tak sangka angelfish bley besa cmtu! besar sikit daripada 2 tapak tangan win put together..cantik sgt!!



balik bilik, siap2 terus checked out pukul 12. n cari makan sekejap kat tepi pantai,.then naik van pink balik ke jeti. pakcik van pink caj RM15 lagi. sabar aja lah.!! then bila sampai jeti, arrghhhhhhhh penuh dengan manusia..beratur nak naik feri. kami pun beratur berhimpit-himpit. win dah penat dan lemas sgt, muka dah ijau, akhirnya tiba turn naik feri.. terpaksa naik satu dek yang penuh dengan kaf lam ya nga..banyak budak2 yang terkinja-kinja. peningnya kepala..!! dan salah satu mak budak-budak ni sekali dia angkat tangan, semerbak bau ketiak, wan terus pening, terus kami move duduk jauh sikit. win pulak dah la muka dah ijau..hahaha..tgk lah gambar di bawah kami bersama dengan ... :) kalau mereka behave dan berbau segar, pasti oke je. oh Malaysia tanahairku.!

sampai balik jeti lumut, ambil kereta di parking bertingkat, RM11.20.. lebih sikit daripada 24 jam..murah kan? 24 jam adalah pukul 1 tengahari..kami keluar dari parking within 3 hours..lebih kurang RM0.40 sejam..sungguh bagus,,thumbs up!

balik lalu jalan kuala selangor, nak jimat tol. singgah pasar sekinchan, beli ikan..murahnya!.. cencaru 1kg = RM4 je..arghghhh *pengsan*

sampai rumah, win literally pengsan. malam sikit, gastrik. esoknya (isnin) mc. :)


trip ini sangat berjaya. kecuali the part yang wan hurt himself. Tuhan aje tahu apa perasaan win tgk darah wan byk mcm tu. :(
tamat.

Monday, May 9, 2011

Indonesia trip 16-19 April 2011 - The Final Day

Hari keempat = final day started with a lovely breakfast at N2 hotel. menu dia agak pelik..sorry lupa nak snap gambar,,maybe ada tapi dalam kamera cah..



dua hari lepas dah pesan dekat pak budi minta tolong belikan rokok yang rai pesan.. pagi2 tgh breakfast tu pak budi kasi rokok tu...n the view of seeing me with rokok made me became lauk for a moment among the sisters..kononnya kelakarlah tu..




then selepas packing and check out, kami round2 di jakarta, lalu singgah di masjid istiqlal..sempat mereka posing..










ini pakcik yang simpan kasut..dia berkali2 suro derma dalam box masjid tu..jadi mcm paksa pun ye..tapi luckily we have small change..kami kasi Rp2.500..;P




ayah wanted to visit the museum, tetapi memandangkan all the girls wanted to go shopping at tanah abg jadi kami singgah di museum, nak ambil gmbar di bhgn luar, tp ended up renting basikal tua yg terdapat di hadapan museum, naik basikal ntah berapa round..cool gila..! :)










sewa basikal dpt pakai topi skali..how cute..sewa basikal Rp10.000 (RM3.50) utk setengah jam..
ayah sewakan dua for all of us..kami ambil masa lama na..(yg later membawa padah kecil..)




after that, we went to Tanah Abg utk SHOPPING!!.. pak budi kasi kami masa smpai 11.30 shj sbb nak catch flight kami yg akan berlepas pada pukul 2.15..




shopping mcm gila n tepat 11.30 kami naik innova and tinggalkan tanah abg utk ke airport,, smpai pukul 12.30, after say goodbye and made payment semua, kami pergi check in..




the bad news is it was already 1.15ptg kami masih terkial2 beratur..smpai di kaunter nak check in barang, kami tersangkut sbb zebra rayyan yg atuk beli kena wrap pakai plastik dulu.


then tiba2 terbaca tentang kewujudan tax..Rp150.000 per person, that is about RM54..boleh tak nobody warned us about that..GERAM.. nak dijadikan cerita, semua org dah kehabisan duit..


luckily, wan and i, we planned to convert Rp to RM back sebab itu kan duit simpan, if ada lebih, BAGUS..we had Rp1juta.. rupanya 1juta tu jadi duit backup.. total kena bayar for 9 adults = Rp1.350.000 = RM486..n kami ada 1 juta je..ayah bagi Rp100.000, yaya bagi Rp100.000 dan ira bagi Rp50.000.. kami tak cukup Rp100.000 sahaja,, n akhirnya tertanya "duit malaysia boleh tak?" dia bilang "oke"..so i gave him RM50..jadinya, cukup!! alhamdulillah..ini semua, MELAMBATKAN KEADAAN..




then lepas chop paspot, tiba2..mereka panggil "AIRASIA JAKARTA-KUALALUMPUR..!" kami ingatkan first call..tiba2 lagi sekali mereka panggil, this time mereka sebut "AIRASIA JAKARTA-KUALALUMPUR..FINAL CALL!"




n ya Allah airport tu besar..berlari2 kami mengejar flight..mak pun lari sama..kesian mak! hehe..n masa checkpoint akhir nak check in hand luggage, lin suggested for us to cut queue tp the staff said "nggak bisa buk.." jadi terpaksa kami beratur dgn jantung yg berdebar2..sh*t! queue panjang pulak tu!!




then after checkpoint tu, kami lari tak cukup tanah tinggalkan semua org yg lain..yg ada di depan hanya ira yaya cah, n wan and i..yg lain dah ilang tertinggal..so kami terus lari dgn harapan bila masuk bas yg nak hantar ke flight tu, boleh la mintak dorg tunggu sekejap sementara mak n ayah nk lari ke bas..




as soon as kami naek bas tu, hati makin berdebar after kami berlima, mak sampai..then lin..dia sorg je..rayyan ntah ke mana,...tiba2 ayah sampai with rayyan..then last skali abg zam..




ceritanya adalah seperti berikut:




1. mak lambat sebab dia adalah mak yg berlari..she is 54 years old what do u expect..


2. lin lebih lambat dr mak sebab mula2 dia dokong rayyan..rayyan is 11.5kg..so dia ckp dgn ayah, dia dah nak pengsan, maka dia pass rayyan dekat ayah n lari..boleh tak?


3. ayah smpai dgn rayyan sbb rayyan 11.5kg,,


4. kesian rayyan penat kena pass-pass


5. abg zam paling last sebab dia bwk beg susu. org airport suro bukak beg, bukak thermos, nak check dlm thermos ada senjata ke, kot-kot manalah tau?? r u kidding me?? dia bwk susu la begok!.


6. ada satu keluarga org lain tu yg hnya anak perempuan and mak je sempat naik bas..ayah nya tinggal..kesian..




nasib baik kami sempat..! ahahaha




then bila dah naik plane, dah duduk dan menarik nafas lega, tiba2 flight attendant dtg kat ayah and said..ayah punya kad yg kastam tu tak ada..mcm wth kan?? masa dia chop paspot tu ada je!arghhhh!! kelam kabot ayah n mak cari..n jantung ni mcm nak stop je rasanya...tiba2 dlm 5 min kemudian through walkie-talkie, dorg ckp ada!..bodoh la org2 ni,.,




then barulah kami lega..n barulah sedar yg kami lapar..:





wan dah tak ada mood nak ambil gambar..ayah n mak kat tepi tu pun dah tersandar penat..mental especially n physical jugak..




tapi, bila dah touchdown, n lepas dah cecak kaki kat tanah, baru semua org happy balik, sebab there's no place like home..like seriously, oke???? arghhhh








it was a nice trip..the best! especially when u go with the people u care about the most in the whole wide world..! especially, him.. :)




senyum1000x..! TAMAT.