Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Tuesday, September 19, 2017

Review: Genting Trip, Genting Premium Outlet dan Hotel on the Park, Genting

Win, Naurah dan kawan-kawan perempuan (plus a 4 months old baby) telah pergi jalan-jalan ke Genting weekend yang lepas iaitu pada Hari Malaysia dalam tahun 2017. Tujuan perjalanan tu sebab nak celebrate one of them yang akan kahwin in 3 weeks time! woohoooo go Iqah!

Kami pilih untuk check in ke Hotel on the Park yang telah viral baru-baru ini sebab style hipsturrr dia tu. So, on 16th September 2017, kami bergerak ke sana.

To cut the story short, ini adalah review win terhadap the whole trip to Genting, Genting Premium Outlet (GPO) dan juga terhadap Hotel on the Park itu. Bear in mind tarikh penulisan ini ye, sebab kata orang-orang di Genting, mereka dalam pembinaan dan akan getting better in 2018, katanya laaa...

Review Hotel on the Park:



Bilik.
Kami stay di bilik untuk 6 orang iaitu "SIXERS", ada 3 queen bed. Sangat selesa. Perhiasan bilik dia memang seperti yang dijangka (rujuk gambar). Ada peti ais dan iron (upon request). Katil n bantal bersih. Ada 6 mugs, 6 towels and other keperluan biasa like shampu, sabun dsb. Takde aircond cuma kipas, rasanya aircond memang tak perlu. Sejuk sangat sebab kami pergi musim hujan2 jgk lah.








View dari bilik kami
















Bilik air?
ada 2 sinks, dan sinki-sinki ini cukup luas dan dalam untuk memandikan seorang baby. Air panas berfungsi dengan baik, water pressure amat membanggakan. Thumbs up. Ada hair dryer.
Yang tak bestnya ialah toilet tu, yess i mean jambannye, ada cubicle kaca. Tapi pintunya tutup tak berapa rapat. Kami pergi berkawan2 jadi nak guna toilet amatlah tidak selesa because people can see apa kita buat melalui pintu yang tidak rapat itu. Mungkin itu cuma berlaku di bilik kami (5410), but ini tidak best.


Parking!!!
Ini lah masalah utama, in fact the only masalah yang kami hadapi. Hotel ini takde parking, belum siap katanya (dijangka siap 2018). So kami pergi park sampai ke First World Hotel nun sanaaaaaa tu. Ini sangat menjengkelkan. Aduhai. We went there with no guys. Smua husband/tunang tinggal. Jadi kena pergi carik parking sendiri dan menapaaaaakkkk la sambil tolak stroller itu. Masa pergi jauh sangat sebab orang ramai sangat, tp kalau tgk GPS dari tempat parking sampai ke hotel adalah dalam 850meter. Mcm dekat eh? Kami bawak baby 1, budak 5 tahun 1, baggggsss and terpaksa melalui orang yang ramai. So laamaaaaaa sgt baru sampai ke hotel. Tapi perjalanan itu dalam building sahaja.. kecuali the final 30m nak sampai Hotel on the Park tu je dah keluar dari building.


Overal, lobi, cafe, tempat ambil gambar.
Semua oke. Cafe tu, kecil laa.. takde free breakfast. Servis kaunter oke, bell boy oke. Tempat ambil gambar cuma ada 3 je, they should add few more. Oh ye, malam-malam kami tidur bukak tingkap sikit, sejuk nak mampus macam aircond, kalau tutup tingkat panas lak. Tapi, bisingnya lahaiii. Bilik kami tingkat 5, tapi bunyik motor la, bas la, lori la... Genting memang hidup malam2, so? bising sampai terbangun2 dari tidur. Takde cerita seram ye dalam trip kami, syukur :-)


Review Genting:

Genting dah packed!.. Kami berjalan kaki dari parking Hotel First World sampai ke Hotel on the Park itu, walaupun sejuk + aircond lagi tapi, bau rokok ada sepanjang jalan. Tak nampak orang merokok pun baunya masih ada. Sangat-sangat tidak selesa.

Makanan syubhah banyak. Makanan tak halal juga senang jumpa. Makanan halal ada sikit, itupun kedai2 mahal. So ready kan makanan sendiri ataupun ready kan duit utk pergi makan kedai mahal ye. Aiskrim byk pulak jual di tempat sejuk ini. Sabar je la. McDonalds ada. Tapi jauh kt tingkat 8 di eskalator paling dekat dengan Hotel on the Park itu. Berhampiran dengan McDonald ada kedai runcit ala 7e utk beli air ke maggie cup ke.

Perjalanan naik dan turun memang bawak slow je sebab kereta banyak. Tak ley laju2 pun, which is bagus lah. Tapi lambat sampai, lagi mabuklah orang yg duduk belakang dalam kereta kita (sorry zira and Naurah!)

Tak sempat naik cable car, kesian Naurah sedih. next time lah!

Review Genting Premium Outlet (GPO):

Parking?
Banyak.. tons of parking. Parking untuk orang naik cable car ke atas jugak kt sini. Maybe we should have taken cable car pergi hotel. Senang sikit.

Outlets
Best la. Semua benda/brand kau cari pun ada. Murah. Contohnya Mac foundation/compact powder win yang harga rm215 itu cuma rm150 di sini.... whattttt. Swatch dpt rm112! Semua murah aje. Win gi padini je la. Baju rm9 pun ada.. haha..kasut vincci yg rm89 kt putrajaya tu, kt sini, yg sama, rm49.wth? Blazer G2000 RM199. oke check mate. murah lah. haritu pegi JPO takdelak excited cam ni.

Makan!??
Tak brapa best. Ada la chicken rice shop yg penuh amat. Absolute Thai.. selain dpd tu syubhah (pada win) atau non halal.. Adalah starbucks, coffee bean tu semua, tapi win kan tak suka kopi, so tak relevanlah kepada win.. ada food court, dalam tu ada marry brown, ada la sizzling jgk, nasik jgk.. tapi ada yg syubhah jgk (win memang aneh n strict sikit..?) so win rasa susah nak makan kt situ... dah la kena bayar ala-ala prepaid card sebelum makan tu, malassss nyee..

Toilet?
Setiap toilet rasanya mcm ada tempat baby. So sangat senang n baby friendly.

Escalator/lift.
Kitorg kan bawak baby in a stroller, lift mcm sikit. Dan nak pergi L ground tu mcm tak jumpa lift langsung..? sukar..sukar.. So kena pandai-pandailah improvise neh..


Friday, September 11, 2015

Klinik Kesihatan Presint 18 - Review

Win check up dekat klinik kesihatan presint 18 untuk pregnancy kali ini. So win sgt kerap datang sini. So, berikut adalah review from perspektif win:

1. Parking

Parking susah! tapi win datang sini sentiasa dapat je parking. Dia ada sediakan parking untuk public tapi sikit je. Anggaran win dalam 40 tempat parking berhadapan dengan pintu masuk klinik (tapi tak termasuk parking untuk doktor/kakitangan). Win selalu datang time orang belum datang. so win sentiasa dapat parking. contohnya check up pukul 8, win 7.40 pagi da sampai. So parking banyaklah. Tapi kalau win check up petang, selalu kereta park sampai kat luar2 kawasan klinik. Tapi win tak penah nampak dorg kene saman lah. Should be oke, unless kau park dkt tempat yang dah bertanda no parking, itu nasib kau lah. :-)

2. Prosedur

Bila kita sampai sahaja. kita jalan menuju ke klinik, kat sebelah kanan ada satu tempat "Pendaftaran" opposite dengan "Farmasi". Ambil nombor dan daftar dekat tempat pendaftaran tu. Laju je semua kaunter kalau pergi time bila pun. Jangan lupa bawak ic.. budak2 pakai mykid pun dia layan, untuk Naurah haritu, takyah susah2 win nak bawak surat beranak. Nanti dorg kasi satu kad (kertas je sebenarnya) kecik dan ada barcode. setiap kali pergi klinik ni, bawak kad ni. oke?

Lepas tu barulah pergi ke klinik ibu dan anak (alan straight sikit pergi kiri) atau klinik pesakit luar (jalan straight sikit pergi kanan) atau klinik gigi (naik atas). pakai nombor yang sama. Make sure kau ingat nombor bilik doktor kau, sebab nanti pergi farmasi nak ambil ubat dorg tanya "tadi pergi bilik mana ye?". Tak susah pun prosedur.

3. Fasiliti lain

Toilet ada kt beberapa tempat. atas pun ada. surau aircond ada kat tingkat atas.
ada playground sikit untuk budak2. kafe pun ada, tapi win pegi takpnah nampak ia bukak pun. nurse2 pun beli makanan kt luar. kesian. tapi ada jual makanan ringan/air mineral kat tepi2 tu, kau masuk duit dalam kotak duit tu sendiri dan ambil makanan. takde orang jaga pun.
kerusi2 menunggu ada cukup. ada bilik menyusukan baby di klinik ibu dan anak.

4. Lama tak menunggu?

Standard klinik kerajaan lah mesti cecah 1 jam punya. tapi tak selama klinik kerajaan yang lain, pada pendapat win. tapi tak horror sangat kau nak menunggu sebab tempatnya baru, terbukak so tak lemas dan luas untuk budak2 lari tak la mereka bad mood. menunggu lebih kurang 1 jam lah kalau klinik pesakit luar. kalau ramai orang lagi lama lah. Menunggu kat makmal (utk ambil sampel darah dan air kencing) sekejap je. Menunggu yang lama ni dkt klinik ibu dan anak utk check up, biasalah. Menunggu kat farmasi pun sekejap je. klinik gigi pun sekejap.

Kesimpulannya, klinik ni oke je untuk kau pergi. win rasa dalam banyak2 klinik kerajaan yang win da pernah pergi, klinik ni paling efisyen sekali.

Oh ye haritu win cari nombor telefon klinik ni susah bebenor nak jumpa. Nombor telefon klinik kesihatan presint 18 adalah 0388810062. Kalau kau telefon tak dpt2, kau telefon nombor 1mocc tu 0380008000 dan mintak mereka sambungkan ke klinik ni sampai dapat. Sebab haritu win try call direct ada la 5-6 kali takdpt. 1mocc sambungkan 1 kali je dpt. Tengok rezeki lah.

Oke bye!

Awin Hashim


My Second Bun in the Oven..!

Oi..oi bersawang dah blog. Last entry was dated 19 Mei 2015, tribute untuk Ustaz Abdullah *alfatihah*
Anyways, life has been great in between May and September.. kepada mereka yang belum lagi tau, Naurah nak dapat adik dah. Expected due date is 4 November 2015. Tapi win harap dia sampai in October. :-)

Second time pregnancy ini win nye mabuk teruk pada masa mula2. mabuk. lembik. tak boleh bau tumis. masa tu baru sedar yang kat malaysia ni, kalau kita tak boleh bau orang menumis, kita tak ley lari kt mana-mana pun. susah sangat. sebab orang malaysia memang suka menumis. win duduk rumah teres, dapur win mengadap dapur-dapur jiran. pagi tengahari ptg malam orang menumis. pegi alamanda, lalu kat foodcourt. bau orang menumis. Allah. perit. selain tak boleh bau tumis, win takbley bau sup. lembik pengsan. kebetulan. naurah hari2 mintak nak makan sup. nasib baik ada wan. win tutup pintu bilik tekup muka dengan bantal sementara wan "tumis" dan masakkan "sup" naurah. Allahuakbar. Mabuk2 ni mula hilang bila win pegi Langkawi mei lepas. balik tu masih mabuk tapi dah kurang.

come 6th months, iaitu pada 15 julai. win sendiri dah boleh menumis dan menyediakan sup untuk naurah. Alhamdulillah. gembira. dapur yang tunggang langgang dilanggar todak (wan) dah menjadi kembali teratur sejak win boleh take over.. *yey*

Now win dah cecah 32 minggu, iaitu 8 bulan. selalu mc. bila mc, tengok tv. banyak pulak channel yang menunjukkan rancangan orang nak beranak. to tell u the truth, win jadik takut. masa ngandung naurah tak takut pun, sebab taktau rasa beranak tu cmne. tapi this time,. win takut sgt. takut rasa sakit contraction. takut rasa sakit kena jahit hidup2 dan takut mati. so this time, win nak opt for epidural,. tak kira. nak jugak.

shopping for baby sangat slow berbanding ngandung naurah dulu. sbb mengikut 3D scan, naurah is going to welcome a baby sister. so hand me down sgt lah banyak. kau bayangkan lah first baby adalah girl, baju naurah banyak yang elok/jarang pakai/pakai sekali.. so hand me down la. tp kena jugak beli a few because win expect, hadiah akan jadi kurang this time, sebab baby no. 2 kan.. naurah dulu banyak dapat baju dalam kotak tu. baju size newborn. lgpun baju naurah yang size newborn dah banyak buang sebab lusuh atau stained ada banyak. up till now, beg hospital for mummy and baby, belum siap lagi. masa naurah dulu, masuk minggu ke 28, everything is ready. wan pun nampak macam tak into shopping sangat dis time. not sure why. sedih gak la. tp takpe baby... mummy shopping kan for u yeh!

during check up pulak, ada je hiccup nye. berat tak naik instead turun pulak. pastu berat naik terlebih pulak. HB low memanjang, setiap kali ada remark "mild anemia" dan lain2 like demam. demam,.demam. tonsil. sakit tekat. lembik. nak pitam. banyak gila mc. sabar je la. tapi baby sentiasa oke. mummy yang KO. dah penat gak sbnanya. tak sabar nak cecah 37 mggu, cukup hari. mummy is already tired.

ini belum cerita fasal kerja. win nye current bos, sangat2 suka memerah tenaga orang yang sarat mengandung. tahun ni, 4 orang daripada 5 pegawai dia mengandung (too bad for her). seorang selalu sgt cuti. yang lain tak pun. dia marah sgt dengan yang selalu cuti tu. tapi, marah dia sgt tak adil sebab yang selalu cuti itu dah la ngandung, kena kencing tikus lak lagi masa dia ngandung. n bila dia mc lama, bos marah. gile kan? kencing tikus boleh mati kot!.. and later bila 2 orang dah cuti bersalin, tinggal 3 orang yang kerja. sorang tak ngandung, 2 ngandung. bos asik2 kasik orang2 yang ngandung deretan kerja sedangkan yang tak mengandung tu takde kerja. sebab? bos tak berapa percaya kat dia lah or bos kata dia tak ley harap lah. tp win rasa bos nye reason tu ntah apa-apa dan tidak berasas dan sangat irritating oke. instead bos "enjoy" kasik kerja kat orang2 yang ngandung secara tidak adil dan sama rata mengikut pangkat. lepas tu bos tak mau luluskan elaun tanggung kerja kat dua2 orang yg mengandung ni. zalim. (Ya Allah, sesungguhnya dia telah menzalimiku waktu aku sedang mengandung. Kau balaslah ya Allah. amin). Win serah dekat tuhan aje lah. Sebulat hati win serah dekat tuhan. bismillahi tawakkaltu.

kerja buat win stress dan selalu ngamuk. wan pun selalu jadik tempat win lepaskan marah. sedangkan win cukup tau kalau win derhaka dekat wan masa tengah ngandung, Allah akan kasik cash kat win nanti masa beranak. takutnya. wan, kau tunggu kt rumah nnti petang, win nak mintak ampun.

lately kerja dah tak banyak, atau kerja banyak selesai sebab win dah kuat utk buat kerja walaupun masih kerap mc. so stress kat bos win bley handle sbb takbyk kerja kan.. tapi entahlah. insyaallah semua akan oke.

:-)

Awin Hashim


Friday, July 4, 2014

Apabila Pelanggan Mengadu - Susu Friso Gold 3

Pada suatu hari bertarikh 23 Jun 2014 sekitar jam 9.40 malam, win dan wan membeli susu Friso Gold 3 di satu kedai dekat dengan rumah kami di Kajang. Harga sekotak 1.2kg adalah RM65.50. Kedai ni adalah antara tempat yang jual Friso Gold 3 dengan harga yang murah dan harganya sentiasa konsisten dan Friso Gold 3 sentiasa ada stok. Tempat ni tempat biasa kami beli susu ni.

Esoknya, 24 Jun 2014, dalam pukul 6.30 pagi, wan buka kotak susu ni dan wan jumpa 1 daripada 3 pek susu dalam kotak ni telah terkoyak (slashed open, about an inch). Susu tepung tu dah terkeluar-keluar tetapi kelihatan oke. Tapi dah tentu win takkan beri pada Naurah. Mungkin telah tercemar!.. Lagi 2 pek, selamat, tak koyak. Kebiasaannya kalau jadi begini, win mesti pulangkan balik susu ke tempat yang kami beli. Kalau mereka tidak mahu refund, mereka mesti ganti. Kalau tak mahu ganti, win akan create a scene. TETAPI, susu Naurah sudah betul-betul habis. Dalam masa 10 minit Naurah akan dihantar ke rumah mama (pengasuh). Win kerja. Wan kerja. Walaupun Win kerja dekat, kedai tu buka pukul 10 pagi sedangkan Naurah akan bangun minta susu dalam pukul 8 pagi nanti. ALAMAK! Memang tak ada cara lain.



Win stuck. Jadi win ambil 1 pek yang elok, masukkan dalam beg Naurah, hantar kepada mama. Tapi win agak sedihlah, dah tak bolehlah nak pulangkan lagi kalau macam ni sebab 1 pek dah terpaksa guna. Win dan wan decide untuk hantar aduan melalui emel kepada Friso dan tengok apa tindakan Friso. Mana tau, susu akan dapat ganti? Kalau tak dpt, kiranya memang tak ada rezeki lah. Tak apa lah.. RM20+ je. (still.....) :-(

Win emel kepada Friso pada 24 Jun 2014. No reply. Sampailah 30 Jun 2014, win check semula.. rupanya emel itu failed dihantar..haha.. i felt stupid. Failed sebab saiz gambar-gambar yang win send terlampau besar. MY BAD! sebab tak check.. So pada 30 Jun 2014, around 7am, win hantar semula emel kepada friso and guess what?? Lebih kurang pukul 11 pagi, friso called!.. When I said Friso called, I meant Dutch Lady sebab, Dutch Lady adalah distributor of Friso product di Malaysia. Orang Friso tu tanya beberapa soalan, tapi semua jawapan dah ada pun dalam emel win, tapi win jawab juga lah semua soalan dia. Dia cadangkan win pergi semula ke kedai yang sama, dan beli sekotak lagi susu yang berasal dari production yang sama (she asked me to check the production number), kalau dapat, pulangkan 2 pek susu baru bersama-sama dengan 1 pek yang koyak kepada Dutch Lady kemudian mereka akan replace semula one whole box of 1.2kg Friso Gold 3 yang baru.

Win dengan segera tengahari tu, bersusah payah balik rumah utk check. To cut the story short, production number yang sama is no longer available. Yelah kan, win beli pada asalnya 23 Jun 2014, win cari semula pada 30 Jun 2014. Dah seminggu. Dah tentu orang lain dah beli.

Then, the next day, orang Friso call again dan win ceritakan semua kepada dia. So, setelah berbincang, orang Friso beritahu yang Friso akan gantikan balik 1 pek yang rosak tu. Mereka ambil details win untuk lodge an official complaint for them to forward that complaint to Friso di Netherland. For your info, susu Friso is fully imported daripada Netherland. Dutch Lady Malaysia hanya import dan distribute sahaja. Kotak, packaging semua Netherland buat. Orang Friso beritahu win yang akan ada wakil Dutch Lady call win untuk set an appointment untuk jumpa win, di mana win dikehendaki memulangkan kotak dan 1 pek yang koyak itu kepada Dutch Lady dan orang itu akan beri win susu ganti.

Pada 3 Julai 2014 sekitar jam 11 pagi, orang Dutch Lady called dan janji nak dtg office win pada jam 2 petang. Lebih kurang pukul 3, dia sampai dan ambil ini daripada win:


1 pek = 400gram

dan gantikan win semua ni:
1 kotak Friso Gold 700gram + vouchers + toys

Win lega. Masalah selesai. Customer service Dutch Lady/Friso adalah bagus, cepat dan efisyen. Hanya buat aduan melalui emel, mereka akan berikan feedback. Lesson for the day is, when you have to complaint, please complaint. But do it properly and politely.

p/s Win tak mahu bagitau di kedai mana win beli susu sebab nanti orang serbu susu habis. Macam Mydin Putrajaya, I once said that Friso Gold 3 costs only RM58, sekarang ni, tak pernah win jumpa Friso Gold 3 dekat Mydin Putrajaya, habis sentiasa.. mungkin kebetulan, tp kalau bukan kebetulan? Kan? U get what I mean? Selfish kan win? hahaha

p/s2 I have made complaint to these customer service centres before:
1. Maybank
2. Myeg
3. Pos Malaysia
4. DIGI
5. Maxis
6. Yes 4G
7. Hospital An-Nur
8. Kementerian Kesihatan
9. Friso
All turned out well. Yang paling lambat reply adalah Kementerian Kesihatan, tapi yang paling best tindakan juga adalah Kementerian Kesihatan. Yang paling teruk customer servis adalah Hospital An-Nur, Bandar Baru Bangi. BOOOO! Yang paling pantas is Friso. Yang paling tersentuh di hati adalah Maybank. hehehe

p/s3 Win dapat Moo Blanket free masa beli susu pada 23 Jun 2014. Tapi bila pulangkan balik, win simpan Moo Blanket tu..hehe

I hope my post helps you people out there (in whatever way possible)..

Till then..!

Awin H

Tuesday, September 17, 2013

Naurah dan tasik.

Naurah dah pandai lari..(yey!!) so, di rumah, habis ke semua tempat dia berlari. Lari laju laju, langgar dinding pun ada. Kadang-kadang kuat gila. Dia pun dah berkehendak sekarang, kata org putih atau org putih wannabe (opps) "tantrum"..kata org melayu mcm win ni, buat perangai. Tapi naurah buat perangai pun masih boleh dikawal la. She just loves to scream, perempuan sangat..

So kadang-kadang nampak sangat dia boring especially bila daddy bukak pintu, dia cepat-cepat nak ikut keluar. Kalau mummy pakai tudung, cepat-cepat dia pegang tangan mummy, excited sgt dan takut kena tinggal. (mummy daddy, wannabe sgt kan? aahahaha)

So, di pagi-pagi hujung minggu atau petang selepas balik kerja, win dan wan bawa naurah pergi jln jln ke taman.. Parents banyak yang malas bangun pagi during weekend. Itu bukan malas, itu selfish, selfish kepada anak. Balik kerja penat konon, takde masa nak pergi taman dah. Itu pun selfish jugak. Bukannya hari hari pun. Berkorban la sikit. Oke enough membebel. haha.

Taman paling dekat Taman Tasik PICC tu. Tak la dekat sangat pun, pergi balik 24km jugak! Dan bila naurah dilepaskan berlari, mak aiiii.. seronoknya dia.. dia lari laju sgt,,. seram jgk win sebab kadang-kadang tu, dia lari senget, nampak macam nak jatuh, tapi dia tegap je sebenarnya. Lagi dia seronok kalau ada pulak budak-budak sebaya dia berlari lari jugak. Nanti dia nak ikut berlari, walaupun ketinggalan sebab kakak/abang tu dah 3 tahun ke atas, tapi dia terjerit jerit ketawa. Happy nya win dikurniakan anak sihat. Thanks Allah. Thanks so much,.. win bersyukur.

Balik rumah, naurah kepenatan. Dia makan nasik banyak. Lepastu, sampai time tidur, dia tidur dgn mudah. Tiada masa untuk tantrum lagi sebab dia seronok dapat merasa bebas.

Some parents diorang paranoid. Takut anak jatuh, takut anak lari menuju ke dalam tasik, takut itu dan ini. Anak tu akhirnya jadi penakut dan lambat belajar. Lepastu parents tu tertanya tanya kenapa anak aku lambat itu dan ini. Bukan salah anak awak lah..bukak mata dan fikiran sikit. Bukan win tak takut naurah jatuh, tapi lumrah kalau budak jatuh lutut berdarah sikit. Ada lesson learn jugak di situ, kalau tak hati hati, nanti jatuh, jatuh lutut sakit. Pengajaran kan tu? Yang penting, kita jgn lupa nak perhati dia, ikut dia, kejar dia. Tapi biar dia bebas. Untuk win as parent, win pun excited tgk dia gembira giler..priceless.

Oke, sekian.


awin hashim

Wednesday, March 6, 2013

Cerita Termometer Baby

Cerita ni kesinambungan cerita termometer sebelum ini:

sila baca post dekat link di atas dulu, baru baca yang ni.

BERITA BURUK
Termometer telinga baby yang win pernah ceritakan tu, pakai tak sampai 3 bulan, ROSAK SUDAH!!

Win pakai mcm biasa, tak pernah jatuh terhempas, tak pernah win hempas ke dinding dan sebagainya. Cara pemakaian kami oke je. tapi dia nak rosak jugak. APa nak buat???

BERITA BAIK
So, since win memang berpandangan termometer sangat penting untuk org yang ada baby, jadi win n wan beli yang betul-betul punya. Mahal jugak la.. Termometer kami beli jenama little bean. Seperti gambar di bawah.




RM149.90 beli kat mana-mana kedai baby pun macam tu lah harganya. Paling murah win pernah jumpa RM145, online, tapi belum masuk harga postage lagi. Kalau selepas harga postage dah jadi lebih mahal dpd RM149.90, so, win start enjin kereta, BELI! (ke wan yang gi beli ha? lupa dah)


Best ke tak? jawapannya, BEST!!
Ni adalah termometer untuk forehead (dahi) dan telinga. Bacaan di telinga adalah lebih accurate (ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri apabila naurah dan win yang demam haritu)
1 second je masa diperlukan untuk suhu diambil. Memang mudah bagi bayi yang suka meronta-ronta seperti Naurah pada dahulu kala. (Sekarang dah tak, dia diam n tunggu je termometer berbunyi..baik anak mummy muah muahh)

Ada pulak suara perempuan menyebut "your temperature is thirty seven point one celcius",, ahahaha itu yang Naurah hairan tu,. :)

Win recommend beli termometer ni. Best, worth it. :)

BERITA YANG LAGI BAIK
fasal harganya, pada masa baby expo yang lepas (KLCC, 1-3Mac2013) win dan wan terjumpa Little Bean punya booth, mereka ada jual termometer ni, sama sejibik sejibam. Nak tau harganya???

RM110 sahaja. damn. WIN BELI RM149.90!! hahaha cis

Nasihat win, when you want to purchase something that costs u more than RM100, check out baby expo's price prior before purchasing, oke??



p/s nasib la labu. Tapi takpelah, termometer ni dah berjasa sebab bukannya Naurah selalu demam, win yg selalu demam lately..hehehe

p/s 2 kepada mummies yang fikir begini "aalaaa anak aku tak demam pun n takkan demam pun sebab aku breastfeed fully so dia sentiasa imune"
think again, jgn cabul mulut nanti Tuhan balas baru tau..heheh (dah terserempak dah dengan mummies cmni)..
FYI, Naurah fully breastfeed juge, tapi dia demam juga occasionally selepas kena injection, last time dia kena demam campak oke!.. so, i suggest, buy a termometer juga, simpan je. just in case. kalau sihat eloklah, alhamdulillah, kalau demam, jeng!! ada termometer, SIAP! kan best kan?


awin hashim.

Thursday, January 17, 2013

Pengasuh demam. Kisah suatu hari yang memeningkan.

Oke, saya sayang pengasuh anak saya kerana pengasuh anak saya sayang anak saya macam anak dia sendiri. Kadang-kadang melebih-lebih pulak sayangnya kepada Naurah. literally. Tapi itu adalah tersangat bagus. Alhamdulillah, Tuhan jumpakan win dengan mama Naurah.

Pada suatu pagi yang hening, kami telah terlewat. Sepatutnya 6.30am dah masuk kereta masing-masing. Tapi 6.40am masih kelam kabut bersiap kat rumah. Sambil kelam kabut, win capai blackberry dan terperasan ada sms.

Dalam hati "alamak, macam sms mama Naurah ni"

Ye. Memang sms dari pengasuhku sayang.
"6.35am: mummy, akak demamlah. bla bla bla.."

Win terus terpinga-pinga. ALAMAK. Apa nak buat ni? Win beritau wan yang masa tu dah pasang enjin kereta lagi. Wan pun ikut terpinga-pinga. Sudahlah dah lambat. Baru tau mama tak boleh jaga Naurah harini.

MACAM MANA NIIIIII?

otak terpinga-pinga memang tak boleh berfikir waras. Tapi yg terlintas di kepala otak sekarang adalah... MAK WAN. she lives 3km away, near mama's house. maybe she can take care of Naurah today. Separuh hari sahaja pun oke (sebab win ada persidangan yang akan tamat 12.30pm). Bila call, sadly MAK WAN said, abah wan demam. (so, tak boleh jaga Naurah). Sedihnya hatiku ini.

Terus call MAK WIN pulak. MAK WIN said oke. fuiyooo leganya hati ni. Nak cuti tak boleh sebab harini kena hadir persidangan lepastu awal bulan dah cuti sehari sebab birthday wan dan baru minggu lepas dah emergency leave 2 hari sebab Naurah demam. ya Allah..kecut dah jantung ni tadi.

since MAK WIN said oke, terus Naurah dimasukkan ke kereta mummy and to kl we went that morning. Mummy was late setengah jam je tapi. Mujur persidangan mula 9am. Win sampai 9.30am. hehe.

Tapi tak bestnya sebab MAK WIN menjaga newborn baby yg baru seminggu umurnya. sedangkan Naurah baru beberapa hari pulih demam campak. Ya Allah. peliharalah kesihatan si newborn itu. Amin.

Sekian, cerita haywire apabila pengasuh demam.

p/s wahai pengasuh ku sayang, janganlah engkau memaklumkan ketidakbolehan engkau last minute sangat. bagitaulah malam sebelum atau 5 pagi pun!.. ini kami patut dah gerak tinggalkan rumah 6.30am, 6.35am baru nak bagitau.


awin hashim.

Monday, November 26, 2012

Akaun ASB untuk baby

Sempena Naurah menjadi sweet 6 months of age, mummy telah membukakan akaun ASB untuk dia. yeay!!
Menabung amalan mulia ye sayang..nanti monthly mummy suruh daddy topup ye :)

Oke, info untuk membukakan akaun ASB untuk anak anda adalah seperti berikut:

1. Selain kaunter Amanah Saham, u can go to maybank/cimb/pejabat pos
2. Baby mestilah berumur 6 bulan ke atas oke?
3. Bawa sekali fotostat i.c. penjaga (and the original la, of course)
4. Bawa surat beranak baby yang original dan fotostat
5. mykid baby tak pakai pun
6. Duit sekurang-kurangnya RM10

Isi form, dan beratur!

*anda akan membuka akaun remaja (buku dia ada tulis TING!)
*anda sebagai penjaga boleh keluarkan duit tu balik, baby boleh keluarkan balik duit dia selepas dia berumur 12 tahun saja..sebelum tu tak boleh.

Have fun parents!

Sekian.

Wednesday, November 21, 2012

Spectra Dew 300 - After 6 months

Post ini adalah kesinambungan post dulu-dulu:

http://awinh.blogspot.com/2012/06/spectra-dew-300.html
(sila baca post di atas dulu.)


Setelah 6 bulan beberapa hari win pakai Spectra Dew 300, believe me when i say, i have no complaint (yet?).. :)

So, mommies, Spectra Dew 300 = recommended!

Tuesday, November 20, 2012

Next Baby Expo @ Midvalley is on November 2012

Next baby expo adalah 4th Maternity & Children Expo pada 30 November 2012 ini hingga 2 Disember 2012 @ Mid Valley..
Mula 10 am tutup 9 pm..

Tips untuk ibu mengandung:

a dear colleague of mine mentioned to me that if you are pregnant sarat sangat, when you stop at any booth, start asking question as if you are interested, kalau ada rezeki, you'll get free gift. :)

tapi win sendiri tak pernah dapat pun.. cuba la kot kot dpt ke

See you there!

p/s EXCITED..whohoo

Do not give your baby plain water..!

Malas nak tulis panjang-panjang kenapa. Cuba try google "plain water for baby" then, you will find the answers. Some sources said it is fatal if you give water to your baby,.,. fatal? scary kan? most sources said giving plain water to babies can cause "sawan tarik" pun scary. So, when you are pregnant, why not u start ur research on this topic as well.

Plain water should be introduced to your baby when you have introduced to them solid food, around 6 months of age. Itupun, you should not bloat your baby with plain water, instead, keep on feeding her/him breastmilk. She/he'll be fine. Kalau kurang air, sembelit pulak nanti.

Masa mengandungkan Naurah babey dulu, masa pergi check up dekat klinik kesihatan, dekat dinding ada tampal-tampal info breastfeeding, piramid makanan, kesihatan baby, gigi baby, termasuk plain water ni. Tapi kebanyakan pregnant moms di klinik, mereka termenung tunggu turn. Dah lah tak bawa apa-apa benda nak baca ke, mengait ke, game ke.. (i brought sudoku all the time).. since tak bawa apa-apa, bacalah benda-benda tampal kat klinik tu..(tiba-tiba nak komplen)...
kalau moms yang bawa baby takpelah.. dia sibuk membelek2 newborn mereka.

kesimpulannya, plain water is dangerous kepada baby di bawah 6 bulan.

i once (not once, beberapa kali) saw my friend administer air dalam botol susu kepada anaknya. Sepanjang masa berada di rumahnya (sejam ke dua jam) dia asyik kasi anak dia plain water. Anak dia belum 2 bulan lagi time tu. Reason? untuk cuci lidah anak dia yang putih sebab susu formula. I knew it was bad from the very beginning, but if i tegur her, she'll state the classic statement "kau tak de anak maz, kau tak tau"..(masa tu, win anak dara lagi..kawen pun belum..hehe) boohoo! i watched closely how my mom took care of my nephew dari dia lahir sampai dia 2 tahun lebih. memang practical kurang, tapi teori cukup. buktinya, i took care of Naurah sendiri and so far alhamdulillah, "aku dah ada anak, aku tau la.." (tapi sebelum aku ada anak pun aku lebih tau dari kau lah, malu sikit..hehe)

oke, kembali ke tajuk asal, plain water tak perlu untuk baby yang exclusively breastfed and formula fed. Bila mula makan, baru kasi air kosong, tapi itupun jgn kasi sampai baby kenyang tak nak susu. faham? hehe

do your research now mommies, for your son/daughter's benefit tau.

p/s kalau ada yang terasa, janganlah terasa tau.. i may not meant you, because you are not the only friend that i have who has baby. perasan sangat nanti stress,, betul... :)


Wednesday, August 8, 2012

Dengan Penuh Kerisauan - Cerita Nanny

Sejak dah bergelar mummy, hati ni selalu je risau. Risau kalau dia lapar sbb tak tersedar nak menyusukan malam la, risau kalau susu badan ckup utk dia, risau berat badan dia tak naik lah, bla bla bla..dan yg terbaru sekali risau nanny dia tak pandai jaga dia.

FYI, nanny dia sentiasa bergaul dgn babies sbb mak kpd nanny dia adalah seorang pengasuh babies sepenuh masa yg handal sekali (ini first time dlm hidup win gunakan perkataan "handal"). Beliau juga masih mengasuh sehingga sekarang. So, apabila si nanny terdengar nenek si Naurah mencari pengasuh, dia terus berminat utk menjadi pengasuh juga, just like her mom memandangkan dia tidak bekerja. Ada satu je tapi. TAPI dia tidak pernah mempunyai anak sendiri. Ini crucial kpd win. Sangat. Tapi wan ckp kita tawakal, itulah satu2 nya perkara tak best kalau both mummy n daddy kerja. Kesian Naurah baby kena tinggal dengan org.

First Day at Nanny's

Turned out to be difficult for both mummy and nanny. Mummy hantar Naurah dan brg2 lepas tu terus mummy balik, tak Lepak2 sana pun sbb mummy takut mummy nanges.! So mummy terus pergi selepas dah explain briefly fasal handling susu perah dan cloth diaper. Tapi oleh sebab explanation tu brief sgt, nanny ada byk questions tentang susu dan perkara lain juga. End up Naurah either tidur or nanges dengan teruk!

Ya Allah..Mcm ni mcm mana nak start kerja nanti? Nasib baik win hantar dia seminggu awl. Sempat repair masalah ni. Insyaallah.

Contoh masalah adalah (among others), Naurah taknak nenen guna botol susu dia. Win sendiri da sebulan ajar Naurah menyusu guna botol. Memang susah tapi boleh. Perlu kesabaran tapi boleh. sepatutnya nanny lagi senang sbb Naurah tak boleh bau nanny mcm Naurah bau mummy dia, so bottle feeding should be easier. Tapi, TAK!

Masalah lain, Naurah suka mandi. Suka sgt..berenang2 dia dlm besen. Dah la win mandikan dia style old school, nenek Naurah ajar mandikan dia tanpa sebarang gadget zaman skrg. Hanya besen, tgn win dan Naurah dan air. N Naurah suka mandi. Tapi nanny dia ckp Naurah nanges sekuat hati bila dimandikan. Win confused.! How lah?? Apa yg silap ni?

Day 2 at Nanny's

Memandangkan hari pertama tak berjaya, nanny byk mintak barang2 keperluan tambahan, based on experience semalam dan Win adakan semuanya. FYI, 4 hari sblm hari pertama, win dah call nanny dan tanya dia perlu apa2 tak so win boleh siapkan sblm hari pertama. Dia kata tak ada, hanya Naurah dan baju n brg2 essential dia, like diaper, wet tissue etc. Tapi I don't blame her, dia pun first timer. Based on experience smlm dia dah tau apa dia perlu. Nasib baik mak dia was around to guide her through the day. Kalau mak dia takde mungkin win tak akan pilih dia utk mengasuh Naurah to begin with. Sebab sebelum seseorang itu menjadi ibu, dia memang belum pandai jaga baby, walaupun dia rasa dia terer sebab pernah babysit anak org. Kecuali lah dia pernah menjadi pengasuh full time.

Hari kedua turned out to be just fine. Semua oke. Naurah tak nanges2. Dia bahagia je berbanding smlm. Alhamdulillah.

Esok third day. Kita tgklah cmne nanti. So far, nanny Naurah da buat yg terbaik sekali utk Naurah dan she really is trying hard to please me and I appreciate that and hope that this relationship goes well.

truthfully, i am sad not because i dont trust my new nanny but i am sad because i can't take care of Naurah myself.

Wednesday, July 25, 2012

Keluar Malam-Malam

Sekarang kan bulan Ramadan, maka seperti biasa ramailah kawan2 yg ajak keluar buka puasa sama2. Win n Wan tersangatlah excited untuk join tetapi keadaan kami tidak mengizinkan sgt2 sbb Naurah is our priority now.

Keluar siang2 kami dah cuba, berjaya. Tetapi kena segera. Lepak2 borak2 lama2 mmg tak berapa sesuai. Kalau dah nak berbuka dgn kwn2 takkanlah makan terus balik kan?

N kalau nak tinggalkan Naurah dgn nenek, pun tak boleh sbb, nenek nak pergi masjid, sembahyang terawih.

Jadi, kepada kawan2 win yg mengandung sulung skrg ni, pergilah buka puasa kat luar skrg..next year mungkin tak berpeluang. Hehe..mungkin lah. Lain org lain la kan.

Until Naurah is old enough, no more keluar malam-malam for both mummy and daddy.

Sunday, July 15, 2012

Happy 15th every month.

Kenapa dengan 15 haribulan? Especially 15 Mei. Sebab, win n wan punya love anniversary adalah pada 15 Mei. Empat tahun kemudian, Naurah darling pulak lahir, on the same date *yey*

Empat tahun dua bulan yang lepas, pada tarikh ini, jam 2.30ptg, win n wan berada di suatu tempat yg ramai org, tetapi terasa mcm tiada org langsung, di tepi air jernih yg mana suasananya sungguh nyaman dan syahdu., the day we fell in love with each other. That's why tarikh ni tersangat penting bagi kami ditambah pula dengan kelahiran si cantik pada tarikh yg sama tahun ini.

Blessed. Blessed. Blessed. :)
Syukur ya Allah.

Wednesday, June 20, 2012

Photoshoot Gambar Mengandunglah Konon

Mengimbau kembali hari-hari terakhir sebelum kelahiran Naurah darling. Seperti yang telah diuar-uarkan berkali-kali, due date win yang sebenarnya sepatutnya jatuh pada 26 Mei 2012.

So, pada pagi hari sabtu 12 Mei 2012, win beritahu wan yang win teringin nak buat photoshoot gambar mengandung berdua dengan wan sebelum win bersalin sebab kami takde gambar berdua dengan perut 9 bulan win. Win dah tanya beberapa photographer tentang quotation mereka. kebanyakan photographer caj lebih kurang rm200 ke atas untuk sejam outdoor, itu yg paling murah! (boleh tak? mahal kan, jom jadi photographer, bley buat duit!)

so, oleh sebab mahal, wan pun suggest, apakata mintak tolong Qila n Ady, our dear best friends. mereka ada kamera besar yg best best tu (dslr, dlsr..? ntahlah hehe)...so berjanjilah kami dengan Qila. tapi nak dijadikan cerita, Qila tak free on 13 Mei. Qila kata next sunday iaitu 20 Mei boleh. Win kata oke (dengan berat hati dan sedih sekali) maka berjanjilah kami dengan Qila n Ady.

Win berat hati n sedih sebab win nak photoshoot tu weekend tu jgk. Tak 12 Mei, 13 Mei. Tapi takde siapa free, apa nak buat. Win berat hati sebab....jeng jeng jeng...*teruskan membaca*

Dalam masa yang sama ada jgk photographer yang beginner ni reply emel win dan menyatakan yang dia nak sangat amek gambar kami untuk tambah port folio dia. n dia willing nak caj rm150 je tp 19 Mei la. So, win belumlah confirm.

Come 13 Mei, win rasa sedih sgt tak dpt amek gambar. Win dah ckp dgn wan dah, mungkin kita suruh je siapa2 snapkan gambar kita pakai kamera biasa kite tu. Win beritahu wan yg win terasa gambar kena jugak snap weekend ni. Weekend ni jgk. Tak boleh tangguh. Bile wan tanya kenapa win jwb, win ni anytime je bley be in Labour. That was how desperate i was. Tapi tak jugak snap gambar sampailah....

malam tu, win bleeding, esoknya 14 Mei win start sakit n was admitted, dan 15 Mei, Naurah baby lahir..
There goes my 9 months belly..hehehhe.. Tak kesampaian. Sedih betul.

Pada 16 Mei, photographer tu call win nak confirm lah konon. Win jwb "tak jadilah.I da bersalin semalam!" (he said sorry sbb terlambat)

Apa nak buat. Cerita frust ini tamat di sini. Sekian.

Saturday, June 16, 2012

TreatsPoints shopping!! - Ear Thermometer

ada update bagi post ini..PENTING!! sila baca link ini selepas membaca entri di bawah:
http://awinh.blogspot.com/2013/03/cerita-termometer-baby.html



Maybank ada TreatsPoints, tau kan? kalau kita guna credit card n maybank2u dpt point. Kalau guna credit card sangatlah cepat point ni naik, inilah yang terjadi kepada win. Bila point da banyak (atau cukup), maka win pun nak lah redeem.. Nak redeem apa ye?

Bila browse through apa-apa yang ada n cukup point utk di-redeem, win terjumpa EAR THERMOMETER! hoyeahh!!.. kenapa? best sgt ke ear thermometer ni?



well, for a person with a baby nowadays, u need a thermometer.. It's not a trend, it's a need. Sebab kebanyakan ibu bekerjaya ni, dia tak berada di rumah dgn anak dia 24/7, dia hantar kat org, lagi teruk kalau hantar kat nursery. Maka, perlu selalu check temperature baby sebelum hantar ke tempat org jaga dia..lagi pulak kalau dah rasa2 mcm berbahang sikit baby pagi2.. kalau da check dulu n kalau dmm, terus tau yg kau kenalah cuti haritu sbb ur baby needs u..takkanlah nak hantar jugak kan?.. :)


termometer yg selalu letak kat ketiak or bwh lidah tu pun dah oke sebenarnya. tapi u know how babies are..they tend to meronta-ronta, maka, usaha utk ambil temperature dia akan menjadi sukar atau gagal sebab lama nak tggu dia capture temperature tu..tp ear thermometer ni, dia perlu 1 saat je..beep..n voila! dpt dah temperature,..whohoooo!! best tau.. memang sesuai sgt lah utk babies..

saiznya pun comel je, tak lebih besar daripada tapak tangan win, minus jari..yess the size of ur palm only! n se-ringan pensil tekan (mechanical pencil)..berat sikit la kot dpd tu hehe.. nmpak dlm gmbar mcm besar.. tapi tak.. kalau doktor punya kt klinik tu besar..yg ni mcm smaller than half dpd yg doktor punya je..

 

p/s people, go redeem yours today..! mine arrives via post 4 days after i redeemed it online..

ada update bagi post ini..PENTING!! sila baca link ini pula:
http://awinh.blogspot.com/2013/03/cerita-termometer-baby.html

Friday, June 15, 2012

My One-Month-Old Baby Naurah

Baby Naurah lahir pada 10.45 pagi hari Selasa, 15 Mei 2012. Hari ini dah 15 Jun dah pun, maka genaplah sebulan umur dia.. Tahniah baby mummy dah sebulan dah dia.

Gaya org umur sebulan tidur.


Dalam sebulan ni dah mcm2 dah pandai dia.. Dah pandai main, senyum2, ketawa berbunyik (yg ni hanya dalam tidurnya sahaja, so far), mummy n daddy pun dah pandai jaga baby...thank u nenek (read: nenek Naurah) sbb jaga Naurah n Mummy sebulan ni n thank u for teaching me a lot of things about taking care of a newborn n raising a baby.. 

Now mummy n daddy can't wait to go back home and start "main rumah-rumah" with u Naurah darling. :)

P/s 12 days left for pantang..

Daddy membuli Naurah sampai bising dia - gambar ni sgt membahagiakan mummy. *mengalir air mata*



P/s2 saya bahagia.

Thursday, June 7, 2012

Spectra Dew 300

Semasa mom n baby Expo win n wan pergi right before Naurah was born, kami telah beli breastpump Spectra Dew 300. Bila Google, byk ibu2 yg pilih brand medela, tp win still nak spectra jgk sbb dgn hrga yg sama dengan medela 1 pump, win dpt spectra yg dual pump.. Yey! Plus, byk online reviews yg ckp medela lebih bising (bunyi motor dia) berbanding spectra. Win rasa segan kalau nak pump bising2 bunyinya bila kat office nanti.

So far my Spectra Dew 300 sgt best.. Been using it for 3weeks now. Masa nak beli tu, I thought of buying Spectra Dew 350..mhl sikit lah tp alang2 kan? Tp salesgirl tu ckp ramai mothers yg prefer 300 sbb tak kuat sgt suction power dia. Then win tanya, bukankah lebih bagus kalau suctionnya lebih kuat? Salesgirl tu ckp "sakit nnti puan"... Ooo mana lah nak tau, awk kan first timer..muahahhaha..

Since baru ada 1 atau 2 review je fasal Spectra Dew 300 ni dekat www, maka, I am giving u extrapoints if u think of buying it. Oke? Heregoes:

Pros:
1. Suction power nya boleh control sbb ada knob yg pink (atau biru) yg cute tu. The salesgirl was right, kalau kuat sgt sakit, tp bykla susu keluarkan n laju sikit.
2. Bley jadi 1 pump or dual pump. Kepada first timer (masa win belum lahir Naurah, I need to know this fact, mujur ada kwn yg bgtau), bila susu da byk nnti, lebih baik pakai 2 pump serentak, kalau tak while u pump 1 breast, the other one will be dripping..sayang terbuang!
3. Senyap.. Pump kat sebelah telinga Naurah yg tgh tido tak berapa nyenyak pun, dia masih tak terganggu.
4. Spare parts senang jumpa. Online ada, kat kedai Barang2 baby pun ada jgk.
5. Guna elektrik, plug ye. Bukan manual or guna battery.

Cons:
1. Besar, sebesar separuh bola bowling tp tak seberat bola bowling lah. Tp with a proper bag, yg cute, it's not going to be a problem.
2. Guna elektrik fully, so masa mengepam, ibu2 akan melekat dkt plug kt dinding je lah. Tak boleh charge-recharge. Tak guna battery, tk boleh guna dlm kereta. Nope cannot.

This lists mungkin akan di update dari semasa ke semasa. Skrg ni, reviews pendekla sbb baru pakai 3 minggu. :)

Tempah bunga telur foam untuk Majlis Akikah BABY anda daripada saya!!


P/s to mummy to be, kalau nak beli breastpump, readykanlah duit up to rm700 (akan terlebih pun duit ni..melainkan kalau kau nak medela freestyle, mmg tak cukup lah) n cari yg package, termasuk pump, beg dia, icepack bagai cooler bag etc. Lebih murah cmtu. Mine was rm538 termasuk electric pump n breastshield for dual pumping (Peralatan bagi dual pumping), carrier bag warna dark purple with shocking pink zippers yg comel, cooler bag, 6 storage bottles, icepack. Kalau tak amek package, 1 pump + motor dah lebih kurang rm500. Giler kan? Tambah rm38 je kak..Hahahah..
P/s2 I hope this post will be helpful at least to 1 person in the world, kalau ramai lg lah bagus ;p

cuba baca ni..review selepas 6 bulan pakai spectra dew 300:
http://awinh.blogspot.com/2012/11/spectra-dew-300-after-6-months.html

Wednesday, June 6, 2012

Bersalin di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan - The Review

Sebelum kami decide nak ke Hospital ni aritu, kami dah Google utk baca review dan hanya jumpa satu review shj. Nasib baik review tu positif, maka tersokonglah decision kami utk pilih hospital ni.

Secara keseluruhannya, maternity ward (gynae ward sebenarnya) + Labour room + pediatric ward di hospital ni bagus. Bagus dari segi:
1. Doctor biasa pun bgs, doctor pakar apatah lagi
2. Doctor sentiasa available bile kau perlukan dia
3. Kalau doctor lewat sikit sbb tgh tgk patient lain pun, nurse sentiasa available to help and nurses di sana sgt friendly dan helpful dan byk yg berpengalaman
4. Peralatan hospital pun cukup dan sgt moden
5. Husband boleh stay in Labour room during labour
6. Penyambut baby adalah nurses perempuan dan doctor perempuan, lelaki takde pun (cuma nasib tak baik masa masuk dkt emergency ward tu, doctor lelaki yg available...yikes! Too bad.)
7. Masa nak melahirkan, nurses membantu husband menjadi support system, siap bersorak bagi semangat lagi (the only thing that's missing is pompom..hehehhe).. Sorakan mereka sgt membantu
8. di gynae ward, lepas bersalin n selesai semua prosedur, baby akan ditinggalkan dengan mummy. Ini sgt best utk bonding dgn baby n bleylah mummy breastfeed baby semahu-mahunya tanpa gangguan. But if u need help due to being too weak to move around, buzz je nurse, zupp dia smpai.. :)
9. ward pediatric, both mummy n daddy bley tunggu baby spnjg hari siang2 dan mlm. Ada katil hospital utk mummy n katil lipat2 utk daddy. Jadi tak pyh risau Kalau baby kene thn sbb kuning
10. Budak kecik bley masuk melawat, so sape2 ada anak selain yg newborn, senanglah
11. Parking sentiasa available di hospital
12. Tak ramai org di Hospital sbb yg boleh pegi hospital ni staff mindef atau tentera n famili diaorg je
13. Ward gynae ikut kelayakan, pegawai kerajaan gred 41 n tentera kapten setaraf dpt satu bilik share 2 org. Bgsla, takla takut duduk sorg2, da la husband takley teman.
14. Ada highway DUKE utk pergi hospital ni plus wangsa maju tak jem sgt, jd, perjalanan ke Hospital relax je

Yg tak best:
1. Di pediatric ward husband bley tggu tp di gynae ward, husband takley stay. Dia hanya boleh masuk masa waktu melawat shj.
2. patutnya baby da bley discaj sbb kuning da turun, tp (mungkin) oleh sbb takde org sgt kt pediatric ward, kami kena extend duduk situ..penat.
(Kalau ada lg, win tmbah kemudian, sbb skrg tak ley fikir apa lg yg tak best)..

Kesimpulannya, hospital ni best sgt. Kami puas hati. So kepada staff mindef, jgn tak ambil peluang utk ke Hospital ini ye..(at least utk bersalin lah) :)

P/s ada je tentera yg tak pilih utk pergi hospital ni especially utk bersalin..I wonder y?
P/s2 sijil lahir Naurah ada tulis HAT Tuanku Mizan.. Permanent. Hahahah, msti nnti dia tanya kenapa dia lahir dkt hosp tentera.

Tempah bunga telur foam untuk Majlis Akikah Baby anda di sini!!

Saturday, May 26, 2012

It's my due date!!

harini sepatutnya dah genap 40 minggu pregnancy, cum my due date.. Yup, 26 May.

Tetapi Little Miss Naurah dah pun masuk hari ke 12 dlm keadaan sihat dan cantik sekali, sempurna utk kami, alhamdulillah.

Terkenang mcm mana rasa bersalinkan Naurah haritu. *oh no no*.. Glad that I have passed that *fewhh*.. But masa ni rasanya mcm cukuplah sekali je beranak.. Esok lusa? Hanya Allah s.w.t. yg tahu..:)