Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Friday, September 11, 2015

Klinik Kesihatan Presint 18 - Review

Win check up dekat klinik kesihatan presint 18 untuk pregnancy kali ini. So win sgt kerap datang sini. So, berikut adalah review from perspektif win:

1. Parking

Parking susah! tapi win datang sini sentiasa dapat je parking. Dia ada sediakan parking untuk public tapi sikit je. Anggaran win dalam 40 tempat parking berhadapan dengan pintu masuk klinik (tapi tak termasuk parking untuk doktor/kakitangan). Win selalu datang time orang belum datang. so win sentiasa dapat parking. contohnya check up pukul 8, win 7.40 pagi da sampai. So parking banyaklah. Tapi kalau win check up petang, selalu kereta park sampai kat luar2 kawasan klinik. Tapi win tak penah nampak dorg kene saman lah. Should be oke, unless kau park dkt tempat yang dah bertanda no parking, itu nasib kau lah. :-)

2. Prosedur

Bila kita sampai sahaja. kita jalan menuju ke klinik, kat sebelah kanan ada satu tempat "Pendaftaran" opposite dengan "Farmasi". Ambil nombor dan daftar dekat tempat pendaftaran tu. Laju je semua kaunter kalau pergi time bila pun. Jangan lupa bawak ic.. budak2 pakai mykid pun dia layan, untuk Naurah haritu, takyah susah2 win nak bawak surat beranak. Nanti dorg kasi satu kad (kertas je sebenarnya) kecik dan ada barcode. setiap kali pergi klinik ni, bawak kad ni. oke?

Lepas tu barulah pergi ke klinik ibu dan anak (alan straight sikit pergi kiri) atau klinik pesakit luar (jalan straight sikit pergi kanan) atau klinik gigi (naik atas). pakai nombor yang sama. Make sure kau ingat nombor bilik doktor kau, sebab nanti pergi farmasi nak ambil ubat dorg tanya "tadi pergi bilik mana ye?". Tak susah pun prosedur.

3. Fasiliti lain

Toilet ada kt beberapa tempat. atas pun ada. surau aircond ada kat tingkat atas.
ada playground sikit untuk budak2. kafe pun ada, tapi win pegi takpnah nampak ia bukak pun. nurse2 pun beli makanan kt luar. kesian. tapi ada jual makanan ringan/air mineral kat tepi2 tu, kau masuk duit dalam kotak duit tu sendiri dan ambil makanan. takde orang jaga pun.
kerusi2 menunggu ada cukup. ada bilik menyusukan baby di klinik ibu dan anak.

4. Lama tak menunggu?

Standard klinik kerajaan lah mesti cecah 1 jam punya. tapi tak selama klinik kerajaan yang lain, pada pendapat win. tapi tak horror sangat kau nak menunggu sebab tempatnya baru, terbukak so tak lemas dan luas untuk budak2 lari tak la mereka bad mood. menunggu lebih kurang 1 jam lah kalau klinik pesakit luar. kalau ramai orang lagi lama lah. Menunggu kat makmal (utk ambil sampel darah dan air kencing) sekejap je. Menunggu yang lama ni dkt klinik ibu dan anak utk check up, biasalah. Menunggu kat farmasi pun sekejap je. klinik gigi pun sekejap.

Kesimpulannya, klinik ni oke je untuk kau pergi. win rasa dalam banyak2 klinik kerajaan yang win da pernah pergi, klinik ni paling efisyen sekali.

Oh ye haritu win cari nombor telefon klinik ni susah bebenor nak jumpa. Nombor telefon klinik kesihatan presint 18 adalah 0388810062. Kalau kau telefon tak dpt2, kau telefon nombor 1mocc tu 0380008000 dan mintak mereka sambungkan ke klinik ni sampai dapat. Sebab haritu win try call direct ada la 5-6 kali takdpt. 1mocc sambungkan 1 kali je dpt. Tengok rezeki lah.

Oke bye!

Awin Hashim


Review for Moments Picture - White Studio

Wan dengan win pergi photoshoot dekat moments picture studio ni,. dekat seri kembangan sebab win ternampak iklan dia yang offer photoshoot murah sempena raya.


RM49 dan RM79 sahaja. Ada yang 30 minit, ada yang lebih minit. Lebih kurang gitu lah dia punya promo. Win whatsapp dia, cepat sangat dia reply, thumbs up! Photographer ni berbangsa India. Dia nye studio dekat taman equine, seri kembangan, tak susah cari pun. Masa kami discuss available dates and time, cpt je boleh settle. mungkin sebab customer dia tak ramai? mungkin.

So we went there in twenty something august. lupa dah exact tarikh. bawak Naurah. Naurah ni sejenis budak yang tidak berapa mudah mesra dengan orang. especially lelaki yang ada facial hair lagi pulak kalau bukan orang melayu. Dia tak biasa. so.. masa mula2 session je tanda2 bad mood dan terpancar. Hasilnya banyak sangat gambar naurah tak senyum langsung. Gambar nangis pun ada.

Kembali kepada review untuk photographer ni, win berhasrat untuk ada jgk lah gambar yang menunjukkan win nye baby bump. Langsung takde! Tapi win tak specifically ckp dgn photographer, so, i cannot blame them.

Mereka ada props untuk budak. cukup props yang sangat membantu Naurah untuk at least senyum la sikit.

Studionya pula, serius.. panas. Ada aircond tapi baru on. So,,, panas. dah la win ni masa ngandung, sentiasa kepanasan. Ada bilik untuk make up disediakan. not really bilik, sbb hanya berdindingkan langsir. tiada pengudaraan yang bagus dalam bilik ni, maka berpeluh2 lah nak make up pun. tp pencahayaan bilik make up ini oke.

Photographer tak berapa friendly. Mereka macam pendiam dan kaku sikit. Win, wan dan naurah ni bukanlah model yang biasa dengan kamera dan kameraman. So kami memang kaku/stiff/kayu dan segala, kami mengaku. Masa win kawen, photographer win banyak tolong menghilangkan kekakuan kami kerana dia itu friendly. So bila kami kaku, photographer kaku tak friendly, maka,,, hubungan itu fail. kekakuan nampak dalam gambar. :-( win rasa, the way photographer membawa diri sangat sangat penting.

Next, is bila gambar siap.they said 2 weeks,. tapi mereka lambat jugaklah. win diam aje, sbb win tak rush pun. tapi bila tanya, baru lah dia mcm nak kasi gambar. kalau tak tanya taktau lah bila. Gambar hanya diberi melalui e-mel. So win kena download sendiri. Leceh jgk, tapi lebih mudah daripada kena dtg balik ke studio dia untuk ambil. so, oke la concept bagi secara e-mel ni.

Lastly, quantity dan quality gmbar pulak. win hanya dapat 40 gambar sahaja. Editted. Tapi banyak shot yang tak dpt pun. so win mintak raw picture, mereka kata boleh. tapi to date belum dapat lagi. quality is oke. tapi nampak la kami berpeluh dlm gambar tu walaupun setelah edit, sebab studio itu panas. Tak berapa nampak pun tang mana yang mereka edit itu. they could have done better. tapi untuk harga RM49 yang win bayar, i couldn't expect more, it would not be fair to them. Mungkin mereka baru nak compile profile ke kan.. so secara keseluruhannya win kasik 6 over 10 for them.

Awin Hashim

Wednesday, May 6, 2015

Review: Dayang Bay Serviced Apartment and Resort, Langkawi

Check in: 23 April 2015
Room type: Deluxe Seaview

Kami check in pada hari Khamis.. yang bukannya cuti sekolah atau cuti apapun.. Masa yang kami pilih memang lengang. Book melalui Agoda, maka kami dapat rate RM202 lebih kurang so, tambah fee agoda,, total RM444 utk dua bilik.
Win suggest supaya kalau sesiapa nak stay dekat sini, mesti kena stay dekat bilik yang mengadap laut. Kalau mengadap laut, mengadap swimming pool juga. Kalau bukan view laut, maka, view yang kamu akan dapat adalah construction work yang sgt hideous.

Win book dekat Agoda last minit, so dapat bilik yang ada 2 katil single. Katil single ni, dalam gambar nampak macam katil super single. Tapi memang tak ye. Katil single yang biasa, yang kecik!..

Bilik bersih dan baru. Channel tv byk pilihan. Ada disney junior channel oke! Naurah suka.

Bilik air? tak ada bath tub.. sangat basic, bersih dan selesa. Cuma ada bucu-bucu tajam yang boleh mencederakan kanak-kanak kecil. Win tersiku bucu cermin di atas toilet. Berdarah. Bucu sinki pun tajam jgk. Kalau jatuh terhantuk, teruk padahnya. Pressure air kuat, water heater worked well.

Swimming pool dan laut

Laut takde pantai, nampak kapal2 layar berlabuh. Nun jauh di sana, kelihatan helang besar dekat dataran helang. Ada kerusi malas mengadap laut, sgt best untuk membuang masa di situ.

Kolam, serius best!. Ada pool utk ladies, separated di hujung sana, tidak berapa tertutup.. tapi terasing.
Main pool is infinity pool. Pool kanak2 ada slides, seesaw. Air kolam bersih dan terjaga.

Breakfast

Breakfast tak sedap langsung. Tak banyak pilihan. Kami dapat 4 breakfast free sbb kami book 2 bilik. Padahal kami berlima. Konon-kononnya takpe la bayar la utk sorg lagi.. so that everybody can enjoy holiday kan.. so, kami bayar satu kepala RM30.. Tapi lepas bayar, kami tgk makanan,,, sgt tidak berbaloi. they should charge not more than rm10.. makanan buffet pun tak refil dgn cepat. padahal masa tu ramai juga yg turun breakfast.

Staff hotel

Masa nak check in, staff dkt kaunter lobby telah menyatakan bahawa kalau ada extra org dalam 1 bilik mereka akan kenakan surcaj RM50 if they ever check and find out.. kami memang berlima dewasa with naurah untuk 2 bilik. 1 bilik hanya untuk 2 adult (with 1 kid bwh 12 tahun).. wan jwb ok aje. kalau nak check, kami bayar la surcaj tu. RM50 aje pun.
but in the end they never checked pun.

Masa win turun nak swimming with wan n naurah, win pakai tshirt n track suit biasa, underneath all that clothing, I had my swim suit. Ada satu mamat bangla ni, terus terjah win n said, cannot enter pool sambil menunjuk no shirt sign kepada win. Padahal win masa tu baru duduk dkt one of the kerusi malas di tepi kolam. tak sentuh pun air kolam keramat dia ni. Baru duduk.. takkan duduk tepi kolam pun kene pakai swim suit. apa ke gila bangla bodoh ni.
So win ckp, "i know, i have my swim suit underneath".. dia tak fhm agaknya. So, dia insist utk win pegi kolam budak2 aje. Win ckp kasar satu kali ngan dia, "u ingat i tak pnah duduk hotel ke? i tau la tak boleh pakai tshirt.. u expect i turun dari bilik pakai swim suit ke? naik lif turun pakai swim suit siap2 ke? i tak boleh sarung tshirt kat luar ke? i tau la. kenapa nak ckp berkali kali mcm i ni tak fhm bahasa? very bad lah u.. kalau i nak duduk saja pun i kena pakai swim suit ke?"... win selak baju win kasi flash bangla tu.. so he saw my swim suit.. n he walked away.. tak ckp apapun.
win rasa kan.. dia tak brapa fhm malay/english language pun. cuma cara dia mmg mintak penampar satu..kacau lg perempuan ngandung, kena sound sekali.

Location

Very near to town.. tak sesuai jln kaki.. jalan nak masuk ke hotel, kena lalu construction n kedai2 yang mcm cowboy town, tutup je smua, ada la satu dua je kedai yang bukak.. n the condition of the road is poor,, lubang dalam-dalam, mungkin sebab lori2 construction lalu2 kot.

Lain-lain

ada parking bertingkat.. kosong aje tempat parking. terang tapi sunyi.
lobby luas ada chandelier siap.. n seronok untuk lepak kat bwh tu. ada pool table and also foosball table jugak.
Ada iron room, tp win mls nak pergi. I prefer if they send iron to rooms and pick up after an hour ke kan. Ironing room is annoying! ingat asrama ke? hahaha

Kesimpulan

They claimed to be a 4 star hotel..perasan.. haha.. Win rasa, cuma lobby n swim pool saja 4 star. Bilik oke la kot.. 4 star.. fine! should be 3 star la kot.. tp bilik air is 2 star. Staff is 2 star.. breakfast is 2 star..

Awin Hashim

p/s later win letak gambar ya,. masih belum transfer dpd camera fon.

Thursday, December 4, 2014

Tentang Pressure Cooker

Hi..

Masa hari raya aidilfitri yang lepas, mak win masak rendang ayam tua dgn pantas atas bantuan pressure cooker dia yang kakak win belikan utk dia dari Langkawi. Bila win tanya harga, diorg semua dah lupa.

So, melihat keajaiban hasil pressure cooker ini (antara keajaibannya adalah, masak sup tulang dalam masa 25 minit sahaja double WOW!!), win pun sangat berminat utk beli satu untuk win, sampai ajak wan pegi Langkawi lagi sekali just for this..

Tapi of course pergi Langkawi akan menambah kos yg tak perlu, jadinya, wan kata, takkanlah di KL yang hebat ni, takda jual kot? Win dalam sebulan dua asyik terfikir-fikir.. MANA NAK BELI PRESSURE COOKER, selama ni tak pernah nampak pun (sebab tak pernah terfikir nak cari) and Malaysian bloggers tidak ada yang cerita fasal mana nak cari pressure cooker yg murah ni selain Langkawi.

Kat kedai cina yang jual segala barang dapur (lesung batu/kukus old fashion etc) dekat Dengkil tu ada ke? Dekat giant/tesco ada jual ke? Atau kena pergi kedai barangan elektrik (atas suggestion wan)?

Maka, kami pergi ke kedai elektrik, dan terjumpa pressure cooker canggih yang menggunakan kuasa elektrik. Mahal. Ada yg sampai seribu pun. shishh.

Win nak yang macam mak punya, masak atas api dapur je. So.. kami jalan2 di jusco ke cari2 dan jumpa!! RM149.90. Win taktau pun range harga pressure cooker. Tapi win rasa masih mahal ni. Lebih kecil daripada mak punya pulak tu.

So, pada 11.10.2014 (punyalah excited sampai ingat tarikh), win jalan2 di giant Bandar Baru Bangi.. dan terjumpa pressure cooker 7 liter..ON SALE!! berapa tau harga dia....


RM 70 sahaja!!!

*pengsan*


Kalau tak da diskaun, RM140 juga lebih kurang harga dia. Yang 4 liter di giant waktu tu, RM90 kot..lebih mahal daripada yang 7 liter, sebab it wasn't on sale. Walaupun niat pergi ke giant nak beli extension plug yang berharga RM15 sahaja, win terus rembat sebuah, n bayar.

Gembira gila. Jadi, pelajarannya di sini adalah, pressure cooker boleh dijumpai di giant, mana-mana giant dan ada yg berharga bawah RM100!..


Till then..!!

Awin H

p/s i used it first time to cook sup tulang. only 25mins, daging dah tercerai daripada tulang dan super lembut.. aaaaaa..satisfaction

Monday, September 22, 2014

Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highland

Hi..!!

Masa cuti hari Malaysia yang lalu (16.9.2014) kami tiga beranak pergi berjalan-jalan ke Cameron Highland. Kami telah book Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highland dari 2 Jun 2014 lagi untuk dapatkan tarikh sekitar September 2014.

Win takmau cerita fasal Cameron Highland trip just yet, win hanya nak bercerita tentang Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highland ini sahaja.

Ini blok apartment. Bilik win number 2 dari kanan, atas. Bawah nya lobi.
Ini pintu masuk. Berdepan dengan "Healthy Strawberry Farm"
Ini pandangan apartment dari dalam. Mengadap playground. Win snap gambar ni semasa win berdiri di playground sementara Naurah berlari ke sana ke sini kegembiraan.

Oke, first of all, Rumah Peranginan Persekutuan hanya untuk kakitangan kerajaan sahaja. Kerajaan Persekutuan ya. Kalau di Cameron Highland ada (antaranya) apartment dan banglo. Banglo untuk gred 48 ke atas dan apartment untuk semua gred. Untuk trip kali ni, win book apartment. Untuk info fasal banglo, check blog win somewhere in November 2014 nanti ya.. sbb bulan November 2014 nanti win pegi lagi, dat time duduk banglo pula.

Kemudahan
Win sebelum nak dtg sini, win ada soalan like, ada iron ke, ada sejadah ke, ada peti ais ke..
Jawapannya, iron board ada disediakan dalam bilik, iron takde, tapi iron boleh minta di counter. Cerek elektrik pun sama macam iron, minta di kaunter. Peti ais ada. Cawan ada 2 set, tapi tiada teh/nescafe 3 in 1 whatsoever.
Bilik air ada water heater (of course), ada syampu dan sabun juga, tapi better bring your own.
1 Katil king dan 1 single bed, 3 bantal sahaja, tiada extra. TIADA TOWEL, bring your own. Ada sejadah. TV ada astro, channel basic saje. Ada aircond tapi masa win pergi terlampau sejuk sehingga kami langsung tak on aircond itu.


Katil-katil telah win rapatkan supaya jadi 1 gigantic bed. Naurah suka tengok tu.

Naurah berlari-lari dalam bilik sepuas hati sebab bilik besar.


Kemudahan lain like tempat bbq pun ada. Tapi arang dan benda makan bawak sendiri. Ada badminton court juga dan playground. Tak ada ambil gambar playground pulak. Barang-barang playground semua baru dan selamat. Ada tempat parking yang cukup. No swimming pools.




Lokasi
Lokasinya pula adalah di Brinchang, sebelah dengan Healthy Strawbery Farm. Kalau ikut GPS, GPS akan lead u to Jalan Tengkolok di Tanah Rata bersebelahan Balai Polis.. Itu salah ya. Itu rumah pegawai daerah. Bukan Rumah Peranginan Persekutuan. Rumah Peranginan Persekutuan ini terletak berhadapan dengan Kelab GOLF Sultan Ahmad Shah. Ada signboard jangan risau.. atau ikut signboard Healthy Strawbery Farm.

Lain-lain
Kena check in antara pukul 2 sehingga 6 petang sahaja. Sebab lobi tutup after 6. If nak seterika atau cerek elektrik atau apa sahaja urusan di kaunter lobi, do it before 6! Check out at 12pm.
For 1 apartment, hanya RM25/night. Win tinggal di sana for 2 nights, RM50 sahaja. This is one benefit that a government servant can have. I sure hope nobody is questioning the rates. :-) Tapi nak booking sangat sukar ye kawan-kawan. Tapi win memang pandai berebut, so selalu dpt. hehe.

Oke, itu sahaja. Hope this post helps.
Bye!
Awin H

Friday, July 4, 2014

Apabila Pelanggan Mengadu - Susu Friso Gold 3

Pada suatu hari bertarikh 23 Jun 2014 sekitar jam 9.40 malam, win dan wan membeli susu Friso Gold 3 di satu kedai dekat dengan rumah kami di Kajang. Harga sekotak 1.2kg adalah RM65.50. Kedai ni adalah antara tempat yang jual Friso Gold 3 dengan harga yang murah dan harganya sentiasa konsisten dan Friso Gold 3 sentiasa ada stok. Tempat ni tempat biasa kami beli susu ni.

Esoknya, 24 Jun 2014, dalam pukul 6.30 pagi, wan buka kotak susu ni dan wan jumpa 1 daripada 3 pek susu dalam kotak ni telah terkoyak (slashed open, about an inch). Susu tepung tu dah terkeluar-keluar tetapi kelihatan oke. Tapi dah tentu win takkan beri pada Naurah. Mungkin telah tercemar!.. Lagi 2 pek, selamat, tak koyak. Kebiasaannya kalau jadi begini, win mesti pulangkan balik susu ke tempat yang kami beli. Kalau mereka tidak mahu refund, mereka mesti ganti. Kalau tak mahu ganti, win akan create a scene. TETAPI, susu Naurah sudah betul-betul habis. Dalam masa 10 minit Naurah akan dihantar ke rumah mama (pengasuh). Win kerja. Wan kerja. Walaupun Win kerja dekat, kedai tu buka pukul 10 pagi sedangkan Naurah akan bangun minta susu dalam pukul 8 pagi nanti. ALAMAK! Memang tak ada cara lain.



Win stuck. Jadi win ambil 1 pek yang elok, masukkan dalam beg Naurah, hantar kepada mama. Tapi win agak sedihlah, dah tak bolehlah nak pulangkan lagi kalau macam ni sebab 1 pek dah terpaksa guna. Win dan wan decide untuk hantar aduan melalui emel kepada Friso dan tengok apa tindakan Friso. Mana tau, susu akan dapat ganti? Kalau tak dpt, kiranya memang tak ada rezeki lah. Tak apa lah.. RM20+ je. (still.....) :-(

Win emel kepada Friso pada 24 Jun 2014. No reply. Sampailah 30 Jun 2014, win check semula.. rupanya emel itu failed dihantar..haha.. i felt stupid. Failed sebab saiz gambar-gambar yang win send terlampau besar. MY BAD! sebab tak check.. So pada 30 Jun 2014, around 7am, win hantar semula emel kepada friso and guess what?? Lebih kurang pukul 11 pagi, friso called!.. When I said Friso called, I meant Dutch Lady sebab, Dutch Lady adalah distributor of Friso product di Malaysia. Orang Friso tu tanya beberapa soalan, tapi semua jawapan dah ada pun dalam emel win, tapi win jawab juga lah semua soalan dia. Dia cadangkan win pergi semula ke kedai yang sama, dan beli sekotak lagi susu yang berasal dari production yang sama (she asked me to check the production number), kalau dapat, pulangkan 2 pek susu baru bersama-sama dengan 1 pek yang koyak kepada Dutch Lady kemudian mereka akan replace semula one whole box of 1.2kg Friso Gold 3 yang baru.

Win dengan segera tengahari tu, bersusah payah balik rumah utk check. To cut the story short, production number yang sama is no longer available. Yelah kan, win beli pada asalnya 23 Jun 2014, win cari semula pada 30 Jun 2014. Dah seminggu. Dah tentu orang lain dah beli.

Then, the next day, orang Friso call again dan win ceritakan semua kepada dia. So, setelah berbincang, orang Friso beritahu yang Friso akan gantikan balik 1 pek yang rosak tu. Mereka ambil details win untuk lodge an official complaint for them to forward that complaint to Friso di Netherland. For your info, susu Friso is fully imported daripada Netherland. Dutch Lady Malaysia hanya import dan distribute sahaja. Kotak, packaging semua Netherland buat. Orang Friso beritahu win yang akan ada wakil Dutch Lady call win untuk set an appointment untuk jumpa win, di mana win dikehendaki memulangkan kotak dan 1 pek yang koyak itu kepada Dutch Lady dan orang itu akan beri win susu ganti.

Pada 3 Julai 2014 sekitar jam 11 pagi, orang Dutch Lady called dan janji nak dtg office win pada jam 2 petang. Lebih kurang pukul 3, dia sampai dan ambil ini daripada win:


1 pek = 400gram

dan gantikan win semua ni:
1 kotak Friso Gold 700gram + vouchers + toys

Win lega. Masalah selesai. Customer service Dutch Lady/Friso adalah bagus, cepat dan efisyen. Hanya buat aduan melalui emel, mereka akan berikan feedback. Lesson for the day is, when you have to complaint, please complaint. But do it properly and politely.

p/s Win tak mahu bagitau di kedai mana win beli susu sebab nanti orang serbu susu habis. Macam Mydin Putrajaya, I once said that Friso Gold 3 costs only RM58, sekarang ni, tak pernah win jumpa Friso Gold 3 dekat Mydin Putrajaya, habis sentiasa.. mungkin kebetulan, tp kalau bukan kebetulan? Kan? U get what I mean? Selfish kan win? hahaha

p/s2 I have made complaint to these customer service centres before:
1. Maybank
2. Myeg
3. Pos Malaysia
4. DIGI
5. Maxis
6. Yes 4G
7. Hospital An-Nur
8. Kementerian Kesihatan
9. Friso
All turned out well. Yang paling lambat reply adalah Kementerian Kesihatan, tapi yang paling best tindakan juga adalah Kementerian Kesihatan. Yang paling teruk customer servis adalah Hospital An-Nur, Bandar Baru Bangi. BOOOO! Yang paling pantas is Friso. Yang paling tersentuh di hati adalah Maybank. hehehe

p/s3 Win dapat Moo Blanket free masa beli susu pada 23 Jun 2014. Tapi bila pulangkan balik, win simpan Moo Blanket tu..hehe

I hope my post helps you people out there (in whatever way possible)..

Till then..!

Awin H

Thursday, June 12, 2014

Kolam Renang Pusat Maritim Putrajaya



Lately Win rajin pergi swimming dengan Azira lepas office hour, for health sake. Masa mula start dulu, musim hujan, asalkan petang je hujan kadang-kadang siap kilat sabung menyabung. Jadi, kalau hujan, kolam renang presint 6 tutup, jadi Azira suggest utk kami pergi ke kolam renang Pusat Maritim Putrajaya instead sebab kolam renang kt sini, di bawah bumbung!

Lokasi? Lokasinya di Pusat Maritim Putrajaya betul-betul di sebelah Hotel Pullman, berhampiran PICC.

Fee? Fee masuk RM5 per head. Budak-budak tak tau kena fee atau tidak, sebab belum pernah bawa Naurah lagi. Fee itu adalah untuk satu sesi, satu sesi adalah selama 2 jam sahaja. Kami pergi sesi 5 hingga 7 petang.

Kolamnya?
Swimming pool nya tak sebesar kolam renang presint 6 yang bersaiz olimpik itu.. kolam nya mungkin separuh daripada saiz olimpik. Seluruh kolam dewasa kedalamannya hanya 1.5 meter (kalau tak silap). Tiada tempat yang dalam sangat. Ada kolam kanak-kanak, sungguh cetek sampai paras lutut sahaja.

Ini adalah swimming pool indoor ye kawan-kawan, berbumbung. Hari hujan lebat kilat sabung-menyabung pun dia bukak. Tapi walaupun indoor dan berbumbung, ruangan sekeliling swimming pool ini terbuka, so, berangin dan kalau hujan tempias, nasihat win, kalau ada kilat, bahaya juga. So, jangan pergi masa hujan kilat. Masa hujan biasa2 boleh.

Since swimming pool ni bawah bumbung, maka air nya sejuk! Sejuk gilss.. Sejuk macam air sungai. Tp mungkin sejuk sbb masa win pegi tu hari hujan kat luar, siap berangin.

Pakaian? tegas, pakaian renang sahaja.

Life guard? I saw none! Pak guard biasa adalah.

Food? I saw none!

Toilet? Bersih dan lengkap.

Tempat salin baju? Actually, ada shower n toilet, ample space utk tukar baju. Tapi tiada cubicle salin baju mcm swimming pool presint 6

Locker? ada. dalam tempat salin baju tu. ada locker with locks, tapi nak kunci kena bayar extra dekat kaunter kot. Taktau berapa cajnye.

Parking? banyak. Jangan risau. Ada parking basement, tapi kinda eerie sbb sunyi n tak berapa ada org.

View? tasik! cantik. Berangin jugak petang-petang.

Gambar? to be uploaded later. Tak sempat snap gambar langsung..

Kesimpulan? Win prefer swimming pool presint 6, sebab cheaper, air lebih panas n kolam lebih besar, senang nak kira berapa lap kita da swim..


Awin H

Monday, June 9, 2014

Tentang An-Nur Bandar Baru Bangi

Win pergi hospital An-Nur sebab nak bawa mak mertua pergi jumpa doktor. Win sekeluarga rasa kecewa dengan servis An-Nur ni. Sebelum ni Az-Zahraa yg teruk. Semua org lari ke An-Nur, An-Nur pulak buat cmni.!! Apa yg jadi telah win tuliskan dalam emel komplen, seperti berikut:

Jawapan An-Nur adalah seperti berikut:


I will visit An-Nur again sometimes, just nak tgk adakah tindakan telah diambil. I like to come to An-Nur ke Az-Zahraa ke.. based on nama yg digunakan oleh kedua-dua hospital swasta ini, win rasa lembut hati nak ke sana setiap kali bila perlu. Tapi, kalau dia main-mainkan kita....................memang nak kena.!

Semoga kau berubah!

Awin H

Friday, February 28, 2014

City Times Hotel di Kuantan - Review


Bila nak pergi Mahkamah Kuantan di Indera Mahkota, Kuantan, ada 2 hotel yang terhampir, either City Times Hotel or Sri Manja. Mungkin ada yang lain, tapi win tak explore pun.
Win pilih City Times Hotel. Sebab the first time win nk dtg Kuantan, City Times penuh, sedangkan Sri Manja banyak kosong. So bila nak pergi at a later date, win call City Times, kosong, terus win book.

I think I've made a mistake.. haha.

Hotel nya plain, simple dan bosan. Untuk leisure memang tak patutlah duduk sini, lagipun cherating sangat dekat dah. Untuk kerja boleh lah sekadar utk tidur je kan.

Channel TV yang ada TV1, TV2, TV3, NTV7 dan Al Hijrah. Like, seriously. Memanglah nak tidur je, tapi utk rate RM120/night, dan scary nak keluar mlm2, at least kita nak tgk tv lah kan. Ingatkan tahun 2014 dah takde hotel yang offer channel TV1, TV2, TV3, NTV7 je. Rupanya ada.

Bilik air paling simple, mcm bilik air dkt rumah. Shower ada air panas, tapi dah on lama, baru air nak panas.. lambat lah jgk, win dah sudah cuci muka, gosok gigi, tgk tv jap, masuk bilik air balik, tgk tv jap, baru air shower panas, at first i didn't think there was hot shower pun! tp pressure air kuat la..at least.. Air sink pun halus, pressure kuat, tp halus.

Tilam keras. Tp cadar bersih. Aircond tak berapa sejuk. TV flat lah.. nasib baik bukan tv kembung lagi..hahaha.. view? astaka yang aneh. Takde view, senang cerita, tapi boleh nampak kubah mahkamah kuantan dari hotel ni. Oh ye,. bilik ni gelap. lampu tak ckup.. kalau siang, bukak langsir terang lah.

Oh ye,. takde lift, jalan nak ke tangga bilik agak menakutkan.. masuk terowong2 sikit, ala terowong sesat gitu, pastu ada tangga. Kat tangga ada tingkap.. takut nk tgk kt luar kalau malam.!!.. n naiklah ke tingkat kau sndiri.. paling tinggi tingkat 4.. pastu koridor yang nak pergi bilik pun mcm seram. Mungkin sbb win penakut n kena tidur sorg!! haha

Staff is friendly, tapi blur,. semua dia taktau, dia penjaga kaunter, win tanya nak makan kt restoran berapa harga.. "RM25, eh rm23 rasanye,. nanti akak boleh tanya kt kaunter restoran.." erkk.. itu jwpn dia. dah la pnggil kita akak. n tak presentable, no uniform, no make up, pakai tudung, rambut keluar2..seriously, kot ye pun hotel 3 bintang kan..

Ada steamboat dinner. Tapi win tak pergi, jadi tak boleh kasi review.

Kesimpulannya, hotel ni oke utk tidur, kena makan dulu kt luar siap2 baru balik hotel. Bawak internet sendiri, sebab rasanya takde wifi pun (tak sure), bawak laptop tgk movie ke sbb tv channel tak boleh harap.
Win will definitely tak dtg lagi ke hotel ni, mungkin Srimanja lebih bagus.. Tapi mana nak tau kan??

Oke bye.


Awin H


Wednesday, February 19, 2014

Swimming Pool Awam di Presint 6 Putrajaya

Win sangat suka swimming pool. Jadi hari sabtu lepas win heret wan dan bawa naurah pergi public swimming pool yang paling hampir dengan rumah kami, iaitu di Presint 6 Putrajaya.

Lokasi? Lokasinya betul-betul di tepi tasik, berdekatan dengan Hotel Pullman dan PICC. Kalau tengok maps google satellite tu nampak swimming pool dekat area situ.

Fee? Fee masuk yang kami bayar hanyalah RM4 untuk wan dan win, maknanya RM2 seorang. Naurah free. Fee itu adalah untuk satu sesi, satu sesi adalah selama 2 jam sahaja. Kami pergi sesi 5 hingga 7 petang.

Kolamnya?

Swimming pool nya besar lebih kurang mcm swimming pool di UiTM Shah Alam, macam standard olimpik size. Kolam dewasa tu, yang tempat paling dalam mencapai 2 meter dalam dan tempat tercetek 1.2 meter sahaja. Ramai juga parents yang bawa anak kecil masuk swimming ke kolam dewasa. Mengganggu orang yang nak buat lap juga. Tapi kami pun sama bawa Naurah ke kolam dewasa. Sebab? Kolam budak sangat pack.

Kolam untuk budak-budak pula ada dua, satu budak-budak yang betul kecil. Parasnya rendah daripada paras lutut orang dewasa yang tingginya normal tak rendah. Satu lagi kolam untuk budak besar sikit. Di kawasan tangga sampai peha win dalamnya, di hujung kolam sedalam 1.2 meter. Jadi kalau ada budak kecil nak masuk kolam budak besar ni kena jagalah sebab mereka boleh tenggelam.

Kolam terbuka ya. Tak berbumbung. Kalau mandi tengahari, hitam! haha.

Pakaian? tegas, pakaian renang sahaja. Ada pakcik pakai shorts biasa, kena wisel dengan jaga kolam tu. Dia diminta keluar. Sekejap lepastu, pakcik tu masuk balik selepas dah tukar seluar mandi.

Life guard? I saw none!. Ada kerusi life guard. Tapi diletakkan di hujung tepi kawasan kolam. Tapi tak nampak pun life guardnya. Mungkin ada, tapi pergi berjalan-jalan ke tak taulah. Tapi sepanjang masa win di sana, win tak nampak pun siapa-siapa yang macam life guard. Jadi, parents yang bawa anak kecil ke kolam dewasa, sendiri mau ingat.

Food? ada gerai waffle kat luar tu, tapi ramai org berkerumun sebab lepas swimming kan lapar. Ada jugak kedai jual barang-barang swimming kat luar tu. Tak mahal sangat harganya.

Toilet? Bersih dan lengkap.

Tempat salin baju? best. Bila masuk dalam ni, ada banyak cubicle. Dalam setiap cubicle ada tempat duduk supaya senang nak salin baju. Ada side shower juga. Selesa, besar dan bersih.

Locker? ada. dalam tempat salin baju tu. Tapi terbuka dan nampak macam tidak digunakan. win tak nampak pun kunci ke apa. Mungkin ada lah kot. Ramai org, letakkan barang di tepi tepi kolam tu je. Tempat yang boleh dilihat dari jauh dan sempat lah nak kejar kalau ada org nak curi barang ke apa.
(Update: Win baru pergi pada selasa lepas (2 Disember 2014) dan mendapati semua locker telah dikunci, tak boleh bukak lagi, so i assume, kena mintak (or bayar) untuk dpt kan kunci from kaunter)

Parking? banyak. Jangan risau.

View? tasik! cantik. Tapi berangin jugak petang-petang.

Kesimpulan? Wan dan win akan pergi lagi. Sebab win dah menggemok. Nak exercise. See you there!


awin hashim

Monday, January 20, 2014

Tulislah fasal caterer majlis kahwin anda

Cerita fasal caterer wedding harini.. adik wan akan kahwin dalam bulan 8 tahun ini. Jadi, win dan wan ditugaskan untuk mencari caterer. Jumpa memang jumpalah, thanks to Google. Banyak je catering sekitar kajang/bangi/putrajaya ni. Harga pun byk yang berpatutan, banyak jugak yang mahal nak mampus.. padahal cater makanan je!! dalam makanan ada emas ke ha? arham.

Banyak yang win survey tu, win tanyalah, boleh tak nak food tasting/testing(?) Ada yang kata boleh, boleh upon confirmation, masuk bakul angkat sendiri pun  ada (setakat ni org kata food akak sedap, ayam tak keras bla bla bla..) aku pun boleh claim cmtu. Hearsay hearsay.

Win google lah kot kot ada pengantin pengantin yang serik guna catering tu ke catering ni ke.. Boleh kita avoid. To my surprise, tak ada langsung siapa siapa tulis fasal caterer yang win jumpa ni atau tak byk pun info pengalaman mengambil caterer kawen ni. Alamak!!

Bloggers, come on! siapa yang baru kahwin, share lah info, yang baik dan yang buruk.. boleh kita learn the lesson based on other people's experience.

Win cakap banyak, win cari dalam blog kawen win, ada ke takde win tulis fasal RESTU CATERING, ada. 1 perenggan je, oke lah kan daripada takde. Mungkin ada org based from my experience dah pergi amek RESTU CATERING ke. bagus jugak. dapat bisnes la datuk tu..

I should have 1 specific post lah tulis fasal caterer win. I should. Dah 3 thn kawen, skrg baru terfikir. Hahahah

Anyway people. Please, write about your caterer ye.. Win nak google.. hehe
Thanks!

Tuesday, December 17, 2013

Kenanga Wholesale City

Win belum pernah tulis fasal tempat ni. KWC ni adalah tempat membeli borong. Semua barang harga menjadi rendah kalau kita beli borong. Dalam KWC banyak kedai-kedai kecil. Kebanyakannya adalah kedai barang/baju baby dan kedai baju perempuan. Ada jugak kedai handbag la, belt la, baju lelaki pun ada tapi sikit. Kedai costume pun ada kat sini.

Win sentiasa pergi kedai barang/baju baby kalau dtg KWC, for some of you know why :-)
Sebagai contoh, win kalau nak beli sehelai gaun untuk Naurah, mungkin harganya mencecah RM65. Tapi ada a lot of kedai, kenakan syarat begini, BUY 3, get 50% of, maknanya, sehelai gaun yang asalnya RM65, hanyalah berharga RM32.50. Bayangkan ada je gaun yang before diskaun harganya RM49.. maknanye selepas diskaun RM25 je!!!! arrgghhhh pengsan. Gaun ni yang cantik cantik boleh pakai jalan jalan, kenduri kahwin, ada gaun flower girl bagai oke. Serius.

Kalau baju perempuan pulak, ada a few shops yang win dah came across, dia tak jual sehelai langsung kebanyakannya kena beli minimum 3 atau minimum 6. Berdasarkan pengalaman win sendiri, tau tak sehelai blaus kalau kat kedai kat luar harganya RM39.90, blaus yang sama, kat KWC, dapat RM18... arhhhhhhggghhh pengsan lagi sekali..!!! tapi kena la beli kuantiti yang ditetapkan.. maknanye beli 1 RM39.90, beli 3 helai RM54 je hahahah (Tapi don't worry, kalau mau ada kedai yang jual sehelai-sehelai punya, round round je, mesti jumpa. tapi mahal lah. Tp kan kalau kt KWC, beli sehelai, lagi mahal dpd harga kat luar tau. so kalau nak beli sehelai, bawaklah geng shopping 1 resit)

Ada jual tudung, tapi tak banyak n tak delah murah sgt. Baik pergi Jalan TAR je. Banyak kedai baju org cina, maksud win, baju style yang budak budak chinese suka pakai, sleeveless ke n yang seksi seksi sikit. Kalau siapa style dia mcm tu, memang sesuai dtg sini.

Kalau nak beli sehelai, takpayah dtg. Rugi. Haha.

Kain? kain ela? takde. Adalah dua tiga kedai yang ada, tapi seriously, tak banyak pilihan dan tak akan menggilakan perempuan-perempuan normal. Sedih. kalau ada banyak kedai kain lace mcm dekat Jakarta n Bandung... argghhh lagi pengsan. Tapi takde gals.. So sorry.

Tempat makan? ada food court non halal. Food court halal takde. Tapi ada restoran melayu dekat tingkat 2.

Parking? RM3 per entry. Dulu RM1, baru baru ni je RM3 per entry kalau tak silap. Kalau win silap, mungkin RM3 for the first 3 hours rate yang baru, rate lama RM1 for the first 3 hours. Nanti win update bila dah sure ye, lupa la pulak. Tapi parking rate KWC adalah murah. First time win dtg, win sampai around 12.30 tghari, win balik dalam pukul 2.40 ptg hari jumaat, win kena bayar RM1 sahaja..!!! later win pergi, time n hari serupa, RM3 win kena bayar. Never more than that.

More about parking, kita sampai sampai tu kan, kena naik parking ke tingkat 8, jenuh jgk kereta panjat tinggi tinggi ke tingkat 8. Tingkat 8,9,10 parking. Rasenya 3 tingkat je untuk parking. Selalu win dpt parking senang je. Tapi sebab hari jumaat. Tak pernah pergi hari lain.

Best.. try la dtg. Sorry no gambar. Tak sempat snap sbb taksub shopping. hahaha

Oke bye!.


awin hashim