Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label NaurahArissa. Show all posts
Showing posts with label NaurahArissa. Show all posts

Tuesday, September 19, 2017

Review: Genting Trip, Genting Premium Outlet dan Hotel on the Park, Genting

Win, Naurah dan kawan-kawan perempuan (plus a 4 months old baby) telah pergi jalan-jalan ke Genting weekend yang lepas iaitu pada Hari Malaysia dalam tahun 2017. Tujuan perjalanan tu sebab nak celebrate one of them yang akan kahwin in 3 weeks time! woohoooo go Iqah!

Kami pilih untuk check in ke Hotel on the Park yang telah viral baru-baru ini sebab style hipsturrr dia tu. So, on 16th September 2017, kami bergerak ke sana.

To cut the story short, ini adalah review win terhadap the whole trip to Genting, Genting Premium Outlet (GPO) dan juga terhadap Hotel on the Park itu. Bear in mind tarikh penulisan ini ye, sebab kata orang-orang di Genting, mereka dalam pembinaan dan akan getting better in 2018, katanya laaa...

Review Hotel on the Park:



Bilik.
Kami stay di bilik untuk 6 orang iaitu "SIXERS", ada 3 queen bed. Sangat selesa. Perhiasan bilik dia memang seperti yang dijangka (rujuk gambar). Ada peti ais dan iron (upon request). Katil n bantal bersih. Ada 6 mugs, 6 towels and other keperluan biasa like shampu, sabun dsb. Takde aircond cuma kipas, rasanya aircond memang tak perlu. Sejuk sangat sebab kami pergi musim hujan2 jgk lah.








View dari bilik kami
















Bilik air?
ada 2 sinks, dan sinki-sinki ini cukup luas dan dalam untuk memandikan seorang baby. Air panas berfungsi dengan baik, water pressure amat membanggakan. Thumbs up. Ada hair dryer.
Yang tak bestnya ialah toilet tu, yess i mean jambannye, ada cubicle kaca. Tapi pintunya tutup tak berapa rapat. Kami pergi berkawan2 jadi nak guna toilet amatlah tidak selesa because people can see apa kita buat melalui pintu yang tidak rapat itu. Mungkin itu cuma berlaku di bilik kami (5410), but ini tidak best.


Parking!!!
Ini lah masalah utama, in fact the only masalah yang kami hadapi. Hotel ini takde parking, belum siap katanya (dijangka siap 2018). So kami pergi park sampai ke First World Hotel nun sanaaaaaa tu. Ini sangat menjengkelkan. Aduhai. We went there with no guys. Smua husband/tunang tinggal. Jadi kena pergi carik parking sendiri dan menapaaaaakkkk la sambil tolak stroller itu. Masa pergi jauh sangat sebab orang ramai sangat, tp kalau tgk GPS dari tempat parking sampai ke hotel adalah dalam 850meter. Mcm dekat eh? Kami bawak baby 1, budak 5 tahun 1, baggggsss and terpaksa melalui orang yang ramai. So laamaaaaaa sgt baru sampai ke hotel. Tapi perjalanan itu dalam building sahaja.. kecuali the final 30m nak sampai Hotel on the Park tu je dah keluar dari building.


Overal, lobi, cafe, tempat ambil gambar.
Semua oke. Cafe tu, kecil laa.. takde free breakfast. Servis kaunter oke, bell boy oke. Tempat ambil gambar cuma ada 3 je, they should add few more. Oh ye, malam-malam kami tidur bukak tingkap sikit, sejuk nak mampus macam aircond, kalau tutup tingkat panas lak. Tapi, bisingnya lahaiii. Bilik kami tingkat 5, tapi bunyik motor la, bas la, lori la... Genting memang hidup malam2, so? bising sampai terbangun2 dari tidur. Takde cerita seram ye dalam trip kami, syukur :-)


Review Genting:

Genting dah packed!.. Kami berjalan kaki dari parking Hotel First World sampai ke Hotel on the Park itu, walaupun sejuk + aircond lagi tapi, bau rokok ada sepanjang jalan. Tak nampak orang merokok pun baunya masih ada. Sangat-sangat tidak selesa.

Makanan syubhah banyak. Makanan tak halal juga senang jumpa. Makanan halal ada sikit, itupun kedai2 mahal. So ready kan makanan sendiri ataupun ready kan duit utk pergi makan kedai mahal ye. Aiskrim byk pulak jual di tempat sejuk ini. Sabar je la. McDonalds ada. Tapi jauh kt tingkat 8 di eskalator paling dekat dengan Hotel on the Park itu. Berhampiran dengan McDonald ada kedai runcit ala 7e utk beli air ke maggie cup ke.

Perjalanan naik dan turun memang bawak slow je sebab kereta banyak. Tak ley laju2 pun, which is bagus lah. Tapi lambat sampai, lagi mabuklah orang yg duduk belakang dalam kereta kita (sorry zira and Naurah!)

Tak sempat naik cable car, kesian Naurah sedih. next time lah!

Review Genting Premium Outlet (GPO):

Parking?
Banyak.. tons of parking. Parking untuk orang naik cable car ke atas jugak kt sini. Maybe we should have taken cable car pergi hotel. Senang sikit.

Outlets
Best la. Semua benda/brand kau cari pun ada. Murah. Contohnya Mac foundation/compact powder win yang harga rm215 itu cuma rm150 di sini.... whattttt. Swatch dpt rm112! Semua murah aje. Win gi padini je la. Baju rm9 pun ada.. haha..kasut vincci yg rm89 kt putrajaya tu, kt sini, yg sama, rm49.wth? Blazer G2000 RM199. oke check mate. murah lah. haritu pegi JPO takdelak excited cam ni.

Makan!??
Tak brapa best. Ada la chicken rice shop yg penuh amat. Absolute Thai.. selain dpd tu syubhah (pada win) atau non halal.. Adalah starbucks, coffee bean tu semua, tapi win kan tak suka kopi, so tak relevanlah kepada win.. ada food court, dalam tu ada marry brown, ada la sizzling jgk, nasik jgk.. tapi ada yg syubhah jgk (win memang aneh n strict sikit..?) so win rasa susah nak makan kt situ... dah la kena bayar ala-ala prepaid card sebelum makan tu, malassss nyee..

Toilet?
Setiap toilet rasanya mcm ada tempat baby. So sangat senang n baby friendly.

Escalator/lift.
Kitorg kan bawak baby in a stroller, lift mcm sikit. Dan nak pergi L ground tu mcm tak jumpa lift langsung..? sukar..sukar.. So kena pandai-pandailah improvise neh..


Tuesday, June 10, 2014

Kerja vs Anak

Obviously ANAK menang.. She will always be my priority, lagi pulak dia hanya berumur 2 tahun..!
Tapi bila boss suruh pergi kursus 4 hari 3 malam, yang jaraknya melebihi 100km, nak berulang? mcm boleh.. tapi kena melalui KL..SESAK.. sanggup? Tak!
What should i do? Discuss dengan boss? I don't think so. This is my problem, personal issue can't interfere with work. I must find a way.
What should i do?
Allahumma yassir wa la tu assir..


Awin H


Tuesday, December 24, 2013

18 Disember ....

18 Disember 2010, Wan and Win got engaged.

What have Wan and Win accomplished in life?
1. We got married, almost reached 3rd anniversary in about 3 months,
2. We have given birth to a child who has now reached 1 year and 7 months of age, who dah pandai count to 10 already!!
3. We have what we need, love, health, loving family members and good careers.
Alhamdulillah.

Thursday, November 7, 2013

Zoo Negara - November 2013

Wan dan win bawa Naurah pergi zoo pada 3 November 2013, ahad lepas bersama mama cah dan mama ira juga. Sebelum nak pergi, win dah research dulu entrance fee nya berapa. RM30 untuk seorang adult. Like seriously mahal gila weyh skrg. Ye lah kan, nak masuk sunway lagoon pun dah 100 lebih. Dulu RM48 je! haha
Naurah free je. Kanak kanak 3 tahun ke atas kena bayar, half price.

Sebelum ni, win last sekali pergi zoo masa 2005. Masa tu pergi dengan group asasi law kot rasanya.. Fee masuk hanya RM13.. tp itupun sebab dtg by group. Before 2005, win pergi masa 1996 rasanya, ayah ckp fee dia, bawah RM10 sahaja.


Masuk-masuk je sama, sama seperti dulu pun, kita akan jumpa zirafah dulu, kemudian gajah. Sama kandangnya, gajah yg nama siti pun masih ada, sihat. Lepastu burung, burung dan burung. :-)

Secara keseluruhannya apa yang berbeza adalah, sekarang ada Hyena!.. i love hyena. Jumpa hyena mcm jumpa artis aku jakun.. haha. Win tak jumpa beruang, babi hutan pun takde (maybe i missed the cages, i don't know)..

Harimau ada sponsor.. Maybank yg sponsor. Bukan main gemok harimau..ada 3 tempat, 1 tempat sepasang harimau gemok, 1 lagi tempat ada 4 ekor ke berapa harimau kecik sikit tapi gemok jgk dan 1 tempat untuk harimau albino warna putih yg gemok jgk. Semua aktif dan sihat, alhamdulillah. Harimau putih tu bukan main lagi dia tgk org.. agaknya kalau ikut kan hati habis semua org dia nak ngap. mungkin lapar kot. sama mcm singa dekat zoo melaka.. gerakan badan dia mcm kucing nak tgkap tikus.. memang dia nak ngap org yg dtg tgk dia.. takut!!

tapi, singa, ada sepasang, kurusssssss sgt. kesian tgk. tak ada sponsor. Kesiannya.. dah la lepak je tak bermaya. kurus kering. Takda ke siapa siapa kaya raya nak sponsor singa? kesian sgt. laki bini duduk atas batu, membelakangkan org lepas tu nampak mcm lembik.

Sekarang dah ada akuarium. Mungkin masa 2005 pun dah ada, tapi mgkin tak masuk. Tapi 1996 definitely takde (i think). Tapi having visited aquaria klcc a few times, akuarium zoo is nothing. shark pun takde. ikan air tawar je kot? tapi ada penguin..

kura kura tua yg besar tu masih ada.. tak bergerak dan makan makan makan dan makan. nothing much. oh ye, apes, mereka pun ada sponsor. memang gemok dan sihat binatang yang ada sponsor ni. seriously, takde siapa ke nak sponsor singa?

Naurah excited masa tgk zirafah yg mula mula. Muka dia mcm pelik apa benda binatang pelik ni. Dia kan selalu tgk kucing dan rabbit je. Ini zirafah. Tapi dia diam je. Seperti biasa Naurah excited tgk bird, fish, tortoise yang dia panggil tutut (read: turtle), n rabbit!!! oh my.. pergi zoo, rabbit jugak yg dia cari..hahaha.. tp most of the time di sana Naurah tidur.. Lepas harimau, dia tidur, she missed the apes, the rhinos. Dia bangun balik masa di reptile. tapi buaya manalah bergerak sgt. So dia tak heran. Hahaha.
Since Naurah suka rabbit sgt, patut bawak dia pergi bukit broga ada rabbit farm. haha.
Taking 18-month old baby to zoo is fun, she knows many animals already.. but not so much fun compared to bringing 3-year old lah.. Tapi ada parents yang bawa newborn pergi zoo?? serious! hahahah.. takpelah parents nya excited pun oke!!..

The day went well, cuaca tak panas, n tak hujan. Best lah. N kami bawak masuk mcd dan makan di dlm zoo!.. i think cannot bring food,. but we did anyway. hehe. sorry tapi sampah kami buang properly. JANJI!!

sekian.

awin hashim

Wednesday, November 6, 2013

Naurah reaching 18 months

Sempena tahun baru (awal muharam) semalam, Naurah tiba-tiba banyak menunjukkan kepandaian baru dia. Alhamdulillah.. I was the happiest mummy yesterday.

Seperti biasa win akan tertidur di sofa dpn tv sekitar jam 11 malam sebelum wan terseksa untuk mengejutkan win untuk masuk tidur ke bilik (so he claimed.. i don't think he even kejut me pun!! heheh).. he should have just carry me to bed baru romantik gitu.. Tapi.. hmmm... hahaha

So, memandangkan kejadian tertidur di sofa kerap terjadi, setiap kali pun wan akan sebut begini "mummy.. mummy masuk tidur dalam bilik please.. mummy mummy... mummy bangunlah..." (win dgr mcm ni tapi sayup je...)

Semalam, dah masuk kali kedua (ketiga?) Naurah pula kejutkan mummy mcm ni "mummy..mummy...mummmyy..." sometimes ada bunyi "ngonnn" (read: bangun)... lepastu, habis mulut win basah kena wet kiss Naurah beberapa kali yang minta mendayu dayu suruh mummy bangun..

Lepastu, semalam, bila win bangun, masuk ke bilik win dah duduk di katil, sebelah kaki masih di bawah.. guess what she did??

Sambil memanggil mummy, dia nak angkat kaki mummy naik katil. Win pun angkat kaki naik katil n terus baring kat tengah katil.. n Naurah terus pergi ke hujung katil (tempat dia) n baring sambil bergolek golek menikmati kesedapan katil.. sambil ketawa ketawa dan meminta nenen mummy. Hehehe

Naurah woke mummy up, held mummy's hand to bed, made sure mummy lies on the bed properly, lie next to mummy, position herself close to mummy to be breastfed to sleep. All that she did on her own.

Mummy kagum, Naurah. U r so clever.. Can't wait for u to read this post when u've grown up and ask mummy to tell u again about what happened on awal muharam 1435h night.

p/s daddy boleh pencen kejutkan mummy yang tertidur.. Naurah boleh take that duty. But i still wish to be carried to bed like before (u did that few times). :-)
p/s 2: have to turunkan berat badan some more supaya daddy tak guna alasan mummy lepas beranak dah berat!


Tuesday, September 17, 2013

Naurah dan tasik.

Naurah dah pandai lari..(yey!!) so, di rumah, habis ke semua tempat dia berlari. Lari laju laju, langgar dinding pun ada. Kadang-kadang kuat gila. Dia pun dah berkehendak sekarang, kata org putih atau org putih wannabe (opps) "tantrum"..kata org melayu mcm win ni, buat perangai. Tapi naurah buat perangai pun masih boleh dikawal la. She just loves to scream, perempuan sangat..

So kadang-kadang nampak sangat dia boring especially bila daddy bukak pintu, dia cepat-cepat nak ikut keluar. Kalau mummy pakai tudung, cepat-cepat dia pegang tangan mummy, excited sgt dan takut kena tinggal. (mummy daddy, wannabe sgt kan? aahahaha)

So, di pagi-pagi hujung minggu atau petang selepas balik kerja, win dan wan bawa naurah pergi jln jln ke taman.. Parents banyak yang malas bangun pagi during weekend. Itu bukan malas, itu selfish, selfish kepada anak. Balik kerja penat konon, takde masa nak pergi taman dah. Itu pun selfish jugak. Bukannya hari hari pun. Berkorban la sikit. Oke enough membebel. haha.

Taman paling dekat Taman Tasik PICC tu. Tak la dekat sangat pun, pergi balik 24km jugak! Dan bila naurah dilepaskan berlari, mak aiiii.. seronoknya dia.. dia lari laju sgt,,. seram jgk win sebab kadang-kadang tu, dia lari senget, nampak macam nak jatuh, tapi dia tegap je sebenarnya. Lagi dia seronok kalau ada pulak budak-budak sebaya dia berlari lari jugak. Nanti dia nak ikut berlari, walaupun ketinggalan sebab kakak/abang tu dah 3 tahun ke atas, tapi dia terjerit jerit ketawa. Happy nya win dikurniakan anak sihat. Thanks Allah. Thanks so much,.. win bersyukur.

Balik rumah, naurah kepenatan. Dia makan nasik banyak. Lepastu, sampai time tidur, dia tidur dgn mudah. Tiada masa untuk tantrum lagi sebab dia seronok dapat merasa bebas.

Some parents diorang paranoid. Takut anak jatuh, takut anak lari menuju ke dalam tasik, takut itu dan ini. Anak tu akhirnya jadi penakut dan lambat belajar. Lepastu parents tu tertanya tanya kenapa anak aku lambat itu dan ini. Bukan salah anak awak lah..bukak mata dan fikiran sikit. Bukan win tak takut naurah jatuh, tapi lumrah kalau budak jatuh lutut berdarah sikit. Ada lesson learn jugak di situ, kalau tak hati hati, nanti jatuh, jatuh lutut sakit. Pengajaran kan tu? Yang penting, kita jgn lupa nak perhati dia, ikut dia, kejar dia. Tapi biar dia bebas. Untuk win as parent, win pun excited tgk dia gembira giler..priceless.

Oke, sekian.


awin hashim

Thursday, August 15, 2013

Naurah - 1 tahun 3 bulan

Makin besar anak dara win seorang ni. Mulut becok asyik bercakap je. Dia memang cepat ckp. Vocab dia dah banyak.. Apa saja kita sebut, dia boleh tiru.. So, sekarang memang kena beringat je apa kita nak cakap. Jalan pun da tegap n berlari pun boleh. Dua hari lepas, dia kejut mummy mcm daddy kejut mummy suroh bangun.. dia kejut mummy sambil sebut "mimummy, na nennenn" hihihi. selagi win tak bangun dia cium cium pipi win perlahan. saja la win pura pura tidur sebab sedap kena cium dengan anak dara sendiri.

She loves flower so much. Bunga kat rumah yang win gubah, dia cabutnya, dan bawa ke hulu ke hilir.. Win belikan dia bunga setangkai (dalam gambar tu), tapi dia tetap suka cabut bunga yang dah digubah..
Naurah dia tak suka dekat org yg dia tak kenal. Kalau org tu dia kenal, dia terus peluk peluk cium cium. Oh ye, she kisses everybody she likes A LOT., suka dibelek belek dan membelek org, manja betul. Gigi atas dah mula tumbuh menjumlahkan 4 gigi semuanya.. yey!.. rambut dah panjang tapi belum ckup lebat utk difesyenkan *mummywaitingpatiently*

Baru-baru ni, dah ada makcik tanya soalan dekat win, "taknak baby kecik ke?" haha.. tak sangka dah dapat soalan seawal ni. Makcik tu sorg je tanya, takde siapa penah tanya fasal 2nd baby yet. Tgk lah muka Naurah ni, she's not kakak yet. kan? hehe.. I choose to wait some more, thank you!
 
p/s i love you little creampuff.

Thursday, March 28, 2013

Our 2nd Wedding Anniversary

26 March 2011 was the date when Wan said "AKU TERIMA NIKAH MAZUIN BINTI HASHIM...."

It has been 2 wonderful years. I mean to say it, wonderful. This time, Naurah is here with us pulak! We went to Manhattan Fish Market at Alamanda, having our dinner on 27 March (on 26 March, Naurah was down with flu). Last time pergi makan situ masa kita belum kahwin lagi.. dah lebih 2 tahun dah la! waa lama betul..

Selama tempoh 2 tahun, we have gone through many things together, wan n win. Rasanya kami dah kenal betul each other. We have raised a 10 month-old juga dengan jayanya. Wow,. how time flies, tahun ni kami sama-sama masuk 27 tahun. Semoga dengan izin Allah kami akan bersama dan bahagia pada umur kami 37, 47, 57, 67, 77, 87? jika dipanjangkan umur.

Tips? kami bukannya layak bagi tips pun, baru 2 tahun kawin..(boo hoo) tapi, dear readers, if you ask me, MARRY YOUR BESTFRIEND.! :)



awin hashim.

Friday, February 1, 2013

Marilah melawat baby di waktu Maghrib, senja atau malam buta

Org tua-tua selalu pesan, kalau ada anak kecik jangan keluar masuk rumah bila da dekat-dekat Maghrib atau senja. Time tu time jin bertendang dan keluar bersuka ria. Nanti azan, dorg ketakutan, dorg nak lari selamatkan diri, pintu tingkap semua kena tutup. Kalau tak ada yg sesat masuk rumah nanti!

Betul ke? org tua2 kata, baby boleh nampak benda2 yg kita tak nmpak. dats why ada situation di mana baby kita nanges tak henti2 mlm2, dia sentiasa nak elak dpd memandang ke arah satu tempat tertentu. kite lalu situ je, dia lagi nanges kuat. mcm ketakutan. tutup2 muka dkt bahu n dada kita yg tengah mendukung dia. well, win pernah lalui ni bila Naurah nanges cmtu. Lepas wan baca yasin, baca2 3 qul sikit, tiba2 Naurah oke terus, dah tak nanges pun. Benda tu dah blah agaknya. Haih.. win, seram2 pun, win geram tau.. Naurah nanges sampai penat tau. Kesian dia.

Sebelum win kawen dulu, Rayyan (nephew) pun pnah nanges cmtu masa tu kami pergi tidur kt satu hotel kt Port Dickson. Berhantu kot! jeng jeng jeng.,. hehe or merely setan tu tersesat or ikut kami masuk ke dlm hotel tu? ntah. Allah s.w.t. je tau. Rayyan nanges sampai tertidur sebab penat sangat nanges sekuat hati ketakutan. lepas kami semua berdoa n membaca2, oke dah.

Setiap kali win n wan n naurah balik rumah dari rumah nenek putrajaya, mesti dah lepas mgrib n dah mlm, rumah nenek putrajaya pulak dikelilingi belukar yg menakutkan. dulu masa win lom kawen, nak hantar wan sampai rumah pun takut, sbb nanti nak balik kena lalu belukar tu sorg2. walaupun naik kereta kejap je dah lepas kwsn belukar tu, tapi semasa melaluinya, kus semangat.. seram siot! hehe. padahal jln tepi kawasan belukar tu tak lebih 20 meter pun dah ada rumah org..alahai. kalau dah dasar penakut gelap! masa Naurah kena tu balik dari rumah nenek la, dah mlm mcm pukul 8.30mlm. hujan renyai. Malam tu, kami terleka. Langsung tak baca ayat kursi ke, 3 qul ke. bismillah pun terlupa. ha, mlm tu la kena!

Maka kesimpulannya di sini yg win buat berdasarkan pandangan win, manusia kan khalifah di bumi ni, maka kita RULE..yeahhh..:) n those syaitan jin come second. So, kita boleh je keluar malam lah lepas maghrib ke, ASALKAN KITA BERINGAT. INGAT APA? INGAT ALLAH. SEBUT NAMA DIA, BACA AYAT DIA, in syaa allah, benda lain takut nak dekat. tapi win n wan jarang keluar2 time cmtu. buat apa carik penyakit. duduk rumah berpelukan (me, exaggerate) lagi best tau!

Tapi, atas dasar hormat pulak, kalau kita nak melawat kawan kita yg baru melahirkan, rumah dia ada newborn baby, jgn lah dtg maghrib! jgn la dtg mlm oi. Hormatlah sikit. kalau ada makhluk lain tersesat ikut korg, yg menanggung keluarga baby tu la, kalau baby tersampuk, bukan korg yg susah,.baby nanges teriak kuat2 yg risau mak dia, bukan korg, korg cukup masa buat apa? balik. kan? Adab nya adalah dtg lah siang2. Kalau akhirnya korg smpai malam pun, lepaskan mghrib dulu, pastu baca2 sikit, baru masuk rumah. Faham?? BERINGAT. tapi seeloknya, jgn lah gatal nak dtg mlm.

People, dah tentu dah, we human are not alone in this world. makhluk lain memang ada. apa salahnya beringat? kan? bukan susah pun.. :)

oke, bai!

Thursday, January 3, 2013

My Izwan's 27th birthday

This is his first birthday as a daddy, i first planned to have it celebrated in Bukit Tinggi. But then, the birthday boy (he is a real man by the way, but "birthday man" doesn't sounds right. Kan?) asked to have it celebrated at the beach. So, tak plan apape, we went to Teluk Kemang (being the nearest) first thing Wednesday morning January 2nd, just us, Wan, Win and Naurah.

With fried macaroni and Naurah's papaya breakfast, we were there as early as 8.30am. Dengan Naurah yang berbaju tidur (baju lubang-lubang plak tu haha).. We planned to arrive around 7am, tapi ye lah 7.15 am baru gerak dari rumah!
Kami makan-makan, borak-borak, ketawa-ketawa and then Wan received his birthday presents and then, before we can do anything else, Naurah sudah mula membunyikan siren, cepat-cepat kemas/pack and 10.15am naik kereta, BALIK! hehehe.. It was a short and sweet trip.

Naurah dah bising sebab dia ngantuk, balik rumah, dia lunch, mandi and tidur.

The day was not over yet because i promised Wan to get him his birthday cake, so we waited (and waited and waited) for Naurah to bangun and then we can go buy daddy's  birthday cake. Pukul 3.30pm baru dia bangun. We bought a cake for daddy, sing-sing, blow candles, eat cake and then? We planned to have dinner at MAEPS steamboat because it was daddy's favourite restaurant, but then Naurah had a runny nose, so, we stayed home and had domino's pizza for dinner instead.

It was a day that ended with a smile on our faces. Alhamdulillah, my dearly beloved husband is 27 and healthy and loved and in love with me and Naurah. I can't ask for more.!

Happy birthday darling. We love you!!

p/s darling, birthday celebration wan belum habis lagi tau.. Tunggguuuu! hehehehe


awin hashim.

Monday, December 17, 2012

Naurah @ 7 months

Inilah Naurah @ 7 months.
Dah kenal orang. Kalau nak main, dia clingy dengan daddy..ketawa sampai nampak anak tekak dengan daddy, dengan mummy dia senyum lebar je ketawa jarang..tapi kalau ada something wrong, tak selesa ke nak tido ke, lapar ke, org lain semua dia tanak, daddy pun dia tanak, just mummy je dia nak. n ada time dia nak bermanja je, dia pilih mummy. mummy only.
Budak ni memang manja. Tidur nak dipeluk, kalau cium2 dia masa tidur pun, dia tak terganggu pun. Tapi very sensitive to noises. Senang terbangun. Tapi kalau tidur malam, straight je, tak bangun2 kecuali nak menyusu *semoga terus cekap tidur malam ye babey, amin*
Mulutnya mengomel, suka berborak, bak kata nenek kl, mulut Naurah ni leter.
Tapi kalau ada org yang dia tak kenal, terus jadi baik, senyap n behave *thumbs up*
kalau hanya ada mummy n daddy, bercerita terpekik2..hehe
@ 7 months, Naurah pandai imitate apa org buat. org geleng kepala, dia ikut, mulut itik mandi dia tu comel kan, itupun dia ikut (sila tengok gambar di bawah), mummy jerit, dia jerit jugak

Tengok mulut dia tu.. rasa nak sedut sedut ja

Naurah budak sihat. Tak pernah demam selain daripada sebab kena injection, itupun highest suhu dia pernah capai setinggi 37.4 darjah celcius sahaja, lepas berkepit n menyusu dgn mummy puff dia sehat.. breastsmilk is the best milk for your baby, faham? terbukti sudah ni
*semoga terus sihat ye sayang, amin*
weighs 7.1kg (as of 26nov, last time timbang, sekarang tak tau berapa)
69cm tall
She loves chicken berbanding ikan. n sangat suka carot. hehehe..n sangat expert minum pakai cawan
gigi? belum tumbuh..tapi dah suka menggigit especially mummy's u know what! *ouch* haha
merangkak? belum..
dan yang paling baru sekali, duduknya dah tegap dah, alhamdulillah..


p/s i don't think she likes pink. :(

Tuesday, November 20, 2012

Do not give your baby plain water..!

Malas nak tulis panjang-panjang kenapa. Cuba try google "plain water for baby" then, you will find the answers. Some sources said it is fatal if you give water to your baby,.,. fatal? scary kan? most sources said giving plain water to babies can cause "sawan tarik" pun scary. So, when you are pregnant, why not u start ur research on this topic as well.

Plain water should be introduced to your baby when you have introduced to them solid food, around 6 months of age. Itupun, you should not bloat your baby with plain water, instead, keep on feeding her/him breastmilk. She/he'll be fine. Kalau kurang air, sembelit pulak nanti.

Masa mengandungkan Naurah babey dulu, masa pergi check up dekat klinik kesihatan, dekat dinding ada tampal-tampal info breastfeeding, piramid makanan, kesihatan baby, gigi baby, termasuk plain water ni. Tapi kebanyakan pregnant moms di klinik, mereka termenung tunggu turn. Dah lah tak bawa apa-apa benda nak baca ke, mengait ke, game ke.. (i brought sudoku all the time).. since tak bawa apa-apa, bacalah benda-benda tampal kat klinik tu..(tiba-tiba nak komplen)...
kalau moms yang bawa baby takpelah.. dia sibuk membelek2 newborn mereka.

kesimpulannya, plain water is dangerous kepada baby di bawah 6 bulan.

i once (not once, beberapa kali) saw my friend administer air dalam botol susu kepada anaknya. Sepanjang masa berada di rumahnya (sejam ke dua jam) dia asyik kasi anak dia plain water. Anak dia belum 2 bulan lagi time tu. Reason? untuk cuci lidah anak dia yang putih sebab susu formula. I knew it was bad from the very beginning, but if i tegur her, she'll state the classic statement "kau tak de anak maz, kau tak tau"..(masa tu, win anak dara lagi..kawen pun belum..hehe) boohoo! i watched closely how my mom took care of my nephew dari dia lahir sampai dia 2 tahun lebih. memang practical kurang, tapi teori cukup. buktinya, i took care of Naurah sendiri and so far alhamdulillah, "aku dah ada anak, aku tau la.." (tapi sebelum aku ada anak pun aku lebih tau dari kau lah, malu sikit..hehe)

oke, kembali ke tajuk asal, plain water tak perlu untuk baby yang exclusively breastfed and formula fed. Bila mula makan, baru kasi air kosong, tapi itupun jgn kasi sampai baby kenyang tak nak susu. faham? hehe

do your research now mommies, for your son/daughter's benefit tau.

p/s kalau ada yang terasa, janganlah terasa tau.. i may not meant you, because you are not the only friend that i have who has baby. perasan sangat nanti stress,, betul... :)


Wednesday, October 24, 2012

Macam pernah dengar..

Masa mengandungkan Naurah, win yang sememangnya berulang-alik KL-PUTRAJAYA hari2 pergi balik kerja selalu/sentiasa tersangkut dalam traffic jem di KL yang tercinta ini. Kadang-kadang perjalanan 40 minit bertukar menjadi 2 jam atau 2 jam setengah..tgklah.. jadi, win slalu stress, call wan kadang-kadang nangis-nangis (ini pengaruh hormon ketika mengandung..kalau tak mengandung tak kuasa aku nak nangis!)..jadi, bagi mengelakkan stress yang not good for the baby in the tummy, maka win slalu pasang radio kuat-kuat sambil nyanyi2.. driver2 di sebelah tu pandang, win buat tak pedulik je dan teruskan nyanyian sekuat hati..hehe..slain menyanyi, win ngaji jugaklah..btol! sungguh..! win dah nak hafal seluruh surah yasin dah alhamdulillah..

lagu yang paling selalu diulang-ulang adalah HELENA, My Chemical Romance.. terjerit pekik lah win nyanyi lagu punk rock.. surah pulak, surah yasin lah..dengan ar rahman. itu cerita masa mengandunglah..

so, masa umur Naurah mcm 3 bulan mcm tu, win drive balik KL berdua dengan dia.. dia tak tido, dia bising..menjerit-jerit nyanyi ke apa tak tau..tapi dia main lah..bukannye menangis or cranky.. tiba2 keluarlah lagu HELENA tu..terdiam dia..dia dgr sampai habis. habis je lagu tu, dia sambung menjerit2 balik..

win try again, replay HELENA, dia terdiam juga, tapi kali ni tak sampai habis lagu la.. n play lagu lain, tak pulak dia terdiam..pasang semula HELENA, dia diam n dgr..

so, win try pasang surah yasin pulak, pun sama.. dia diam.. n dgr.. (tp surah ar rahman tak pulak)...

so kesimpulan yang win buat adalah..mungkin dia teringat lagu HELENA ni mcm familiar lah.. mcm pernah dgr..bila ye? surah yasin pun mcm familiar sgt.. it's a sweet sweet fact..

it's just, kalaulah win lebih banyak dgr mengaji daripada dengar lagu yang terpekik terlolong adalah jauh lebih baik dan bermanfaat.. ada sesalan di situ. *mengeluh*

p/s adik Naurah nanti, mummy dgr mengaji ye.. :)

Monday, October 1, 2012

apa nak buat dengan duit anak kita?

Duit Naurah dah selamat dalam akaun Mummy yey..besnye boleh shopping!! ;P (oke, tak..mummy tumpangkan je duit tu for safety purposes until i can decide how to keep it for Naurah's benefit)

So now mummy kena fikir cara mana yg paling menguntungkan Naurah darling. Fikirkan masa depan.

Niat asal win adalah untuk tunggu umur Naurah masuk 6 bulan, then win bukak akaun ASB *kegemaranku* untuk dia dan humbankan segala duit raya, duit lahir, duit akikah dia ke dalam akaun ASB tu.

Memandangkan win nye baby adalah girl, ada staff di pejabat cadangkan belikan Naurah emas sebab harga emas makin meningkat. Kalau nanti later dia nak jual harga melambung-lambung.. Yelah kan, masa win nak kawen dgn wan harga emas RM138 mcm tu. Setahun lepas tu, masa nak belikan anklet Naurah haritu harga emas dah jadi RM158 itupun selepas sale..!! Sekarang dengarnya dah RM170 lebih..hmmm good investment i think., bayangkan masa Naurah nak kawen nanti, 25 or 26 tahun dari sekarang berapa harga emas ye? ntah2 org zaman tu kawen tak beli emas dah, pakai besi je sbb emas mhl sgt..haha. so, it is in fact a good investment utk Naurah darling. Kan?

oke, win ada 2 options:

1. Buka akaun bank, simpan je semua duit2.
atau
2. Belikan Naurah emas, sebab harga emas makin meningkat..

Hmm...? ntah eh..daddy rasa cne?

Thursday, September 27, 2012

Bila Pengasuh Nak Bawak Anak Kita Balik Kampung Dia

Kampung nanny Naurah di bagan lalang. dia pernah sebut nak bawak Naurah balik kampung dia. Tapi mummy sentap n mummy tak pernah bagi permission pun. Kenapa nak bawa anak win pegi balik kg dia? kenapa? kalau urgent, mummy balik lah amek Naurah. Pastu dia boleh lah balik kg dia dgn hati senang. mummy pun hati senang.

tapi pada harini, nanny Naurah sms n tanya "boleh ke" dia nak bawak Naurah balik kg. dia tanya boleh ke..so mummy reply "ooo, takpelah saya balik amek Naurah dululah kalau mcm tu, kakak nak balik kg pukul brapa?"...n dia reply "nak balik dah ni, takpelah akak bawak Naurah"

aik? dia kan tanya boleh ke? Kite dah ckp tak boleh, dia nak bawak jugak anyway. Hadoi....sungguh ku tak rela..! tp what choice do i have? win keje kl..Naurah dkt Putrajaya. Kalau nak tggu win balik amek Naurah pun dalam sejam baru sampai...n dia da nak gerak sgt. Again..sungguh ku tak rela!

Hmm. as a working mum, i don't really have choice, baguslah dia inform dulu, dpd dia bawak je terus kan? n baguslah dia bawak, dpd dia tinggalkan Naurah sendiri kan, kalau apa2 jd mcm mana pulak?

*mengeluh* *mengeluh* *dan mengeluh lagi*...again, sungguh ku tak rela!
why can't i take care of my own daughter and work at the same time?

Tuesday, September 11, 2012

my Naurah sudah besar!

kepala Naurah dah tegap dan tegak sejak dia 2 bulan setengah lagi..sejak tu, dia dah taknak dukung baring dah, nak didukung mcm budak besar, kepala n leher mesti tegak masa kena dukung, baru dia happy..sampaikan masa nak injection imunisasi 3 bulan tu, doktor sampai tegur "eh,..btol ke baru 3 bulan ni? kepala dah kuat sgt tegaknya ni.. ni mcm da 4 - 5 bulan dah,.." bila Naurah ditiarapkan, mmg dah terer, tegak kepala dia, siap dah terkuak2 kononnya nak bergerak ke depan.. tapi dia belum pandai nak meniarap sendiri.. seluruh badan dia da in position meniarap dah, kecuali kepala belum naik2 lagi..tapi mummy cool n relax je, thinking dia akan meniarap bila dia ready..anytime soon..sbb bila baca kat internet, rata2 baby meniarap on the fifth month, plg lambat 6 bulan.. tapi mummy sentiasa mengharap, harap dan harap harap sgt...
sampailah...

malam tadi 9.10pm (10sept2012) (she was 3 months 3 weeks 5 days), Naurah did it for the first time sendiri depan muka mummy!! whooooaaaa!
Pagi2, mama dia snap gambar terus send kt mummy.. Anak dara mummy da meniarap.. *happy*



mummy sungguh bersyukur..Naurah darling, sabtu ni Naurah baru nak masuk 4 bulan..tp Naurah dah berjaya dahh..alhamdulillah...comelnya..mummy so proud!

Thursday, September 6, 2012

Cerita peti ais, susu dan air mata

Sehening pagi berangin jam 2.45 pagi..terduduk win menangis bila menjumpai pintu peti ais tak tutup rapat. ada 6 botol susu perah untuk naurah dalam tu. lembik lutut dek kekecewaan melampau. Sudahlah naurah menyusu dekat baby sitter 5 botol sedangkan win cuma produce 3 botol..sedang gigih catching up sampai bangun malam utk pam, tiba-tiba peti ais pulak tak tutup rapat. ya allah hai,. tp nasib baik bukan freezer yg tak tutup rapat, kalau tak pengsan! ada lg byk yg beku. dah lah makin sikit..sungguh berat dugaan ni.

dengar dek wan win menangis-nangis malam2 buta, terus dia dtg. n dia ckp dia last bukak peti ais baru je lagi..tak lama sgt pun. lagipun masih sejuk.belum betul2 hilang sejuknya.. win bukak satu-satu, bau dan rasa time tu jgk..alhamdulillah. masih elok. n yes masih sejuk. leganya lah hati ni.

huiyooo..frust yg pagi tadi tu.. sungguh berat rasanya. ya Allah, aku mohon jgnlah putus rezeki naurah. amin!

Wednesday, August 15, 2012

catering majlis akikah



"wow. mahalnye.!" ni adalah reaction apabila win terima quotation dpd satu caterer akikah di klang. RM24 per head, min 100 pax, dah rm2400.. belum masuk harga kambing lagi. kambing golek seekor RM1500.. kau kirakanlah total berapa..!! kaya lah jadi caterer. Nak jadi caterer jugak lah..haha

nasib baik zaman skrg ada internet, boleh browse byk2, mintak quotation sana sini dulu baru decide. byk la pilihan sikit!

kesimpulannya, buat majlis yang sederhana adalah pilihan kami, so, bye2 caterer klang, kau mahal lah.




Tuesday, August 14, 2012

Gambar-Gambar Obsess

Tajuk post ni mcm nak kutuk org. Tapi sebenarnya, tidak. Hehehe.. Semalam, 13 Ogos adalah hari pertama masuk kerja setelah cuti bersalin 90 hari. Jumpa semua officemate..Rindu lah! haha tp win rindu my baby Naurah more.. if win can bawak her, win masukkan Naurie dlm beg, bawak pegi office hari2.hehe

So, bila dah lama tak berjumpa, i did a lot of catching up with them. Satu topik melompat ke satu topik dan seterusnya, tiba2 tersentuh topik gambar Naurah di facebook yang berlambak-lambak. One colleague telah berkata begini "alaaaa, dulu baru kahwin gambar wan aje kat facebook, sekarang, mana ada gambar wan lagi".. win was like "hahaha, ha'ah la.. tak perasan"

kelakar..kelakar..bila dah obsess dengan Naurah, gambar Naurah je lah.. Sorry ye wan darling.. hehe.

Itu je nak ckp.

Wednesday, August 8, 2012

Rezeki Naurah lah ni

Last week, wan dpt rezeki, soon dia akan dpt status tetap dlm servis.
Semalam win dpt rezeki, result induksi lulus dengan kepujian, boleh la confirm tak lama lg.

Alhamdulillah, thank u Allah for the rezeki!