Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Showing posts with label Cerita Pengasuh. Show all posts
Showing posts with label Cerita Pengasuh. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

Pengasuh demam. Kisah suatu hari yang memeningkan.

Oke, saya sayang pengasuh anak saya kerana pengasuh anak saya sayang anak saya macam anak dia sendiri. Kadang-kadang melebih-lebih pulak sayangnya kepada Naurah. literally. Tapi itu adalah tersangat bagus. Alhamdulillah, Tuhan jumpakan win dengan mama Naurah.

Pada suatu pagi yang hening, kami telah terlewat. Sepatutnya 6.30am dah masuk kereta masing-masing. Tapi 6.40am masih kelam kabut bersiap kat rumah. Sambil kelam kabut, win capai blackberry dan terperasan ada sms.

Dalam hati "alamak, macam sms mama Naurah ni"

Ye. Memang sms dari pengasuhku sayang.
"6.35am: mummy, akak demamlah. bla bla bla.."

Win terus terpinga-pinga. ALAMAK. Apa nak buat ni? Win beritau wan yang masa tu dah pasang enjin kereta lagi. Wan pun ikut terpinga-pinga. Sudahlah dah lambat. Baru tau mama tak boleh jaga Naurah harini.

MACAM MANA NIIIIII?

otak terpinga-pinga memang tak boleh berfikir waras. Tapi yg terlintas di kepala otak sekarang adalah... MAK WAN. she lives 3km away, near mama's house. maybe she can take care of Naurah today. Separuh hari sahaja pun oke (sebab win ada persidangan yang akan tamat 12.30pm). Bila call, sadly MAK WAN said, abah wan demam. (so, tak boleh jaga Naurah). Sedihnya hatiku ini.

Terus call MAK WIN pulak. MAK WIN said oke. fuiyooo leganya hati ni. Nak cuti tak boleh sebab harini kena hadir persidangan lepastu awal bulan dah cuti sehari sebab birthday wan dan baru minggu lepas dah emergency leave 2 hari sebab Naurah demam. ya Allah..kecut dah jantung ni tadi.

since MAK WIN said oke, terus Naurah dimasukkan ke kereta mummy and to kl we went that morning. Mummy was late setengah jam je tapi. Mujur persidangan mula 9am. Win sampai 9.30am. hehe.

Tapi tak bestnya sebab MAK WIN menjaga newborn baby yg baru seminggu umurnya. sedangkan Naurah baru beberapa hari pulih demam campak. Ya Allah. peliharalah kesihatan si newborn itu. Amin.

Sekian, cerita haywire apabila pengasuh demam.

p/s wahai pengasuh ku sayang, janganlah engkau memaklumkan ketidakbolehan engkau last minute sangat. bagitaulah malam sebelum atau 5 pagi pun!.. ini kami patut dah gerak tinggalkan rumah 6.30am, 6.35am baru nak bagitau.


awin hashim.

Thursday, September 27, 2012

Bila Pengasuh Nak Bawak Anak Kita Balik Kampung Dia

Kampung nanny Naurah di bagan lalang. dia pernah sebut nak bawak Naurah balik kampung dia. Tapi mummy sentap n mummy tak pernah bagi permission pun. Kenapa nak bawa anak win pegi balik kg dia? kenapa? kalau urgent, mummy balik lah amek Naurah. Pastu dia boleh lah balik kg dia dgn hati senang. mummy pun hati senang.

tapi pada harini, nanny Naurah sms n tanya "boleh ke" dia nak bawak Naurah balik kg. dia tanya boleh ke..so mummy reply "ooo, takpelah saya balik amek Naurah dululah kalau mcm tu, kakak nak balik kg pukul brapa?"...n dia reply "nak balik dah ni, takpelah akak bawak Naurah"

aik? dia kan tanya boleh ke? Kite dah ckp tak boleh, dia nak bawak jugak anyway. Hadoi....sungguh ku tak rela..! tp what choice do i have? win keje kl..Naurah dkt Putrajaya. Kalau nak tggu win balik amek Naurah pun dalam sejam baru sampai...n dia da nak gerak sgt. Again..sungguh ku tak rela!

Hmm. as a working mum, i don't really have choice, baguslah dia inform dulu, dpd dia bawak je terus kan? n baguslah dia bawak, dpd dia tinggalkan Naurah sendiri kan, kalau apa2 jd mcm mana pulak?

*mengeluh* *mengeluh* *dan mengeluh lagi*...again, sungguh ku tak rela!
why can't i take care of my own daughter and work at the same time?

Wednesday, August 8, 2012

Dengan Penuh Kerisauan - Cerita Nanny

Sejak dah bergelar mummy, hati ni selalu je risau. Risau kalau dia lapar sbb tak tersedar nak menyusukan malam la, risau kalau susu badan ckup utk dia, risau berat badan dia tak naik lah, bla bla bla..dan yg terbaru sekali risau nanny dia tak pandai jaga dia.

FYI, nanny dia sentiasa bergaul dgn babies sbb mak kpd nanny dia adalah seorang pengasuh babies sepenuh masa yg handal sekali (ini first time dlm hidup win gunakan perkataan "handal"). Beliau juga masih mengasuh sehingga sekarang. So, apabila si nanny terdengar nenek si Naurah mencari pengasuh, dia terus berminat utk menjadi pengasuh juga, just like her mom memandangkan dia tidak bekerja. Ada satu je tapi. TAPI dia tidak pernah mempunyai anak sendiri. Ini crucial kpd win. Sangat. Tapi wan ckp kita tawakal, itulah satu2 nya perkara tak best kalau both mummy n daddy kerja. Kesian Naurah baby kena tinggal dengan org.

First Day at Nanny's

Turned out to be difficult for both mummy and nanny. Mummy hantar Naurah dan brg2 lepas tu terus mummy balik, tak Lepak2 sana pun sbb mummy takut mummy nanges.! So mummy terus pergi selepas dah explain briefly fasal handling susu perah dan cloth diaper. Tapi oleh sebab explanation tu brief sgt, nanny ada byk questions tentang susu dan perkara lain juga. End up Naurah either tidur or nanges dengan teruk!

Ya Allah..Mcm ni mcm mana nak start kerja nanti? Nasib baik win hantar dia seminggu awl. Sempat repair masalah ni. Insyaallah.

Contoh masalah adalah (among others), Naurah taknak nenen guna botol susu dia. Win sendiri da sebulan ajar Naurah menyusu guna botol. Memang susah tapi boleh. Perlu kesabaran tapi boleh. sepatutnya nanny lagi senang sbb Naurah tak boleh bau nanny mcm Naurah bau mummy dia, so bottle feeding should be easier. Tapi, TAK!

Masalah lain, Naurah suka mandi. Suka sgt..berenang2 dia dlm besen. Dah la win mandikan dia style old school, nenek Naurah ajar mandikan dia tanpa sebarang gadget zaman skrg. Hanya besen, tgn win dan Naurah dan air. N Naurah suka mandi. Tapi nanny dia ckp Naurah nanges sekuat hati bila dimandikan. Win confused.! How lah?? Apa yg silap ni?

Day 2 at Nanny's

Memandangkan hari pertama tak berjaya, nanny byk mintak barang2 keperluan tambahan, based on experience semalam dan Win adakan semuanya. FYI, 4 hari sblm hari pertama, win dah call nanny dan tanya dia perlu apa2 tak so win boleh siapkan sblm hari pertama. Dia kata tak ada, hanya Naurah dan baju n brg2 essential dia, like diaper, wet tissue etc. Tapi I don't blame her, dia pun first timer. Based on experience smlm dia dah tau apa dia perlu. Nasib baik mak dia was around to guide her through the day. Kalau mak dia takde mungkin win tak akan pilih dia utk mengasuh Naurah to begin with. Sebab sebelum seseorang itu menjadi ibu, dia memang belum pandai jaga baby, walaupun dia rasa dia terer sebab pernah babysit anak org. Kecuali lah dia pernah menjadi pengasuh full time.

Hari kedua turned out to be just fine. Semua oke. Naurah tak nanges2. Dia bahagia je berbanding smlm. Alhamdulillah.

Esok third day. Kita tgklah cmne nanti. So far, nanny Naurah da buat yg terbaik sekali utk Naurah dan she really is trying hard to please me and I appreciate that and hope that this relationship goes well.

truthfully, i am sad not because i dont trust my new nanny but i am sad because i can't take care of Naurah myself.