Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Friday, July 4, 2014

Apabila Pelanggan Mengadu - Susu Friso Gold 3

Pada suatu hari bertarikh 23 Jun 2014 sekitar jam 9.40 malam, win dan wan membeli susu Friso Gold 3 di satu kedai dekat dengan rumah kami di Kajang. Harga sekotak 1.2kg adalah RM65.50. Kedai ni adalah antara tempat yang jual Friso Gold 3 dengan harga yang murah dan harganya sentiasa konsisten dan Friso Gold 3 sentiasa ada stok. Tempat ni tempat biasa kami beli susu ni.

Esoknya, 24 Jun 2014, dalam pukul 6.30 pagi, wan buka kotak susu ni dan wan jumpa 1 daripada 3 pek susu dalam kotak ni telah terkoyak (slashed open, about an inch). Susu tepung tu dah terkeluar-keluar tetapi kelihatan oke. Tapi dah tentu win takkan beri pada Naurah. Mungkin telah tercemar!.. Lagi 2 pek, selamat, tak koyak. Kebiasaannya kalau jadi begini, win mesti pulangkan balik susu ke tempat yang kami beli. Kalau mereka tidak mahu refund, mereka mesti ganti. Kalau tak mahu ganti, win akan create a scene. TETAPI, susu Naurah sudah betul-betul habis. Dalam masa 10 minit Naurah akan dihantar ke rumah mama (pengasuh). Win kerja. Wan kerja. Walaupun Win kerja dekat, kedai tu buka pukul 10 pagi sedangkan Naurah akan bangun minta susu dalam pukul 8 pagi nanti. ALAMAK! Memang tak ada cara lain.



Win stuck. Jadi win ambil 1 pek yang elok, masukkan dalam beg Naurah, hantar kepada mama. Tapi win agak sedihlah, dah tak bolehlah nak pulangkan lagi kalau macam ni sebab 1 pek dah terpaksa guna. Win dan wan decide untuk hantar aduan melalui emel kepada Friso dan tengok apa tindakan Friso. Mana tau, susu akan dapat ganti? Kalau tak dpt, kiranya memang tak ada rezeki lah. Tak apa lah.. RM20+ je. (still.....) :-(

Win emel kepada Friso pada 24 Jun 2014. No reply. Sampailah 30 Jun 2014, win check semula.. rupanya emel itu failed dihantar..haha.. i felt stupid. Failed sebab saiz gambar-gambar yang win send terlampau besar. MY BAD! sebab tak check.. So pada 30 Jun 2014, around 7am, win hantar semula emel kepada friso and guess what?? Lebih kurang pukul 11 pagi, friso called!.. When I said Friso called, I meant Dutch Lady sebab, Dutch Lady adalah distributor of Friso product di Malaysia. Orang Friso tu tanya beberapa soalan, tapi semua jawapan dah ada pun dalam emel win, tapi win jawab juga lah semua soalan dia. Dia cadangkan win pergi semula ke kedai yang sama, dan beli sekotak lagi susu yang berasal dari production yang sama (she asked me to check the production number), kalau dapat, pulangkan 2 pek susu baru bersama-sama dengan 1 pek yang koyak kepada Dutch Lady kemudian mereka akan replace semula one whole box of 1.2kg Friso Gold 3 yang baru.

Win dengan segera tengahari tu, bersusah payah balik rumah utk check. To cut the story short, production number yang sama is no longer available. Yelah kan, win beli pada asalnya 23 Jun 2014, win cari semula pada 30 Jun 2014. Dah seminggu. Dah tentu orang lain dah beli.

Then, the next day, orang Friso call again dan win ceritakan semua kepada dia. So, setelah berbincang, orang Friso beritahu yang Friso akan gantikan balik 1 pek yang rosak tu. Mereka ambil details win untuk lodge an official complaint for them to forward that complaint to Friso di Netherland. For your info, susu Friso is fully imported daripada Netherland. Dutch Lady Malaysia hanya import dan distribute sahaja. Kotak, packaging semua Netherland buat. Orang Friso beritahu win yang akan ada wakil Dutch Lady call win untuk set an appointment untuk jumpa win, di mana win dikehendaki memulangkan kotak dan 1 pek yang koyak itu kepada Dutch Lady dan orang itu akan beri win susu ganti.

Pada 3 Julai 2014 sekitar jam 11 pagi, orang Dutch Lady called dan janji nak dtg office win pada jam 2 petang. Lebih kurang pukul 3, dia sampai dan ambil ini daripada win:


1 pek = 400gram

dan gantikan win semua ni:
1 kotak Friso Gold 700gram + vouchers + toys

Win lega. Masalah selesai. Customer service Dutch Lady/Friso adalah bagus, cepat dan efisyen. Hanya buat aduan melalui emel, mereka akan berikan feedback. Lesson for the day is, when you have to complaint, please complaint. But do it properly and politely.

p/s Win tak mahu bagitau di kedai mana win beli susu sebab nanti orang serbu susu habis. Macam Mydin Putrajaya, I once said that Friso Gold 3 costs only RM58, sekarang ni, tak pernah win jumpa Friso Gold 3 dekat Mydin Putrajaya, habis sentiasa.. mungkin kebetulan, tp kalau bukan kebetulan? Kan? U get what I mean? Selfish kan win? hahaha

p/s2 I have made complaint to these customer service centres before:
1. Maybank
2. Myeg
3. Pos Malaysia
4. DIGI
5. Maxis
6. Yes 4G
7. Hospital An-Nur
8. Kementerian Kesihatan
9. Friso
All turned out well. Yang paling lambat reply adalah Kementerian Kesihatan, tapi yang paling best tindakan juga adalah Kementerian Kesihatan. Yang paling teruk customer servis adalah Hospital An-Nur, Bandar Baru Bangi. BOOOO! Yang paling pantas is Friso. Yang paling tersentuh di hati adalah Maybank. hehehe

p/s3 Win dapat Moo Blanket free masa beli susu pada 23 Jun 2014. Tapi bila pulangkan balik, win simpan Moo Blanket tu..hehe

I hope my post helps you people out there (in whatever way possible)..

Till then..!

Awin H

9 comments:

  1. bagusnya customer service Frisio. nasib baik awak dapat ganti kan... ^_^

    saya nak follow awak, bole awak follow saya balik? tQ =)
    http://formulasihatcantik.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Assalam..klau anak masih minum friso, boleh dpt best price, tp cod area klg, slam..boleh tgk iklan sy kt mudah..0189821220

    ReplyDelete
  3. Assalam, jika anak masih minum friso, boleh tgk iklan kt mudah utk best price, atau whatsapp 0189821220

    ReplyDelete
  4. Assalam..klau anak masih minum friso, boleh dpt best price, tp cod area klg, slam..boleh tgk iklan sy kt mudah..0189821220

    ReplyDelete
  5. Jauh nye klang. Takpela tq. Kat area sini ada jgk best price kena rajin jln2 masa sale aje..

    ReplyDelete
  6. Jauh nye klang. Takpela tq. Kat area sini ada jgk best price kena rajin jln2 masa sale aje..

    ReplyDelete
  7. Baik x yah ko cerita klu kedekut ilmu x nak share mana ko beli friso murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ilmu yg aku cerita dlm post ni fsl komplen kpd friso.. bukan fasal nk bli friso kt mana.ngok.

      Delete
  8. Saya ada 4 tin susu frisogold step 3 nak tolak murah...kawasan ampang call 0172794115

    ReplyDelete