Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, August 26, 2013

Bila boleh ambil geran kereta kita dari bank?



Selalunya, yang kita tahu, kita boleh ambil geran kereta kita daripada bank hanya selepas kita habis bayar loan kereta kita kan?

Memang betul lah tu. Selepas kita habis bayar loan kereta.

Tapi, baru baru ni win nak drive masuk Singapura. Win diberi tahu yang salah satu dokumen yang win kena ada, besides passport adalah geran kereta original. Yang win ada geran kereta fotostat je.

So, win call bank win, Maybank Damansarajaya, yg pegang geran kereta win. Maybank Damansarajaya bagitahu, semua geran kereta dia simpan di Maybank Damansara Utama. Bila call maybank Damansara Utama n tanya boleh ke ambil geran kereta win, dia ckp boleh walaupun kereta win habis bayar tahun 2015.

So, win terus lah pergi ke Maybank Damansara Utama. Sampai je, pergi tingkat 3, ambil number. Baru nak duduk, dah kena panggil number sebab takde org. Dia check kita ada payment yang due ke tidak. Kalau takde, terus dia proses and bagi je geran kereta tanpa soal apape. Win tanya la dia, bila sebenarnya saya boleh ambil geran kereta ni, jawapan dia adalah, dalam setahun lebih selepas beli kereta dah boleh dah. Mcm awk ni, dalam hujung tahun 2010 dah boleh ambil dah patutnya (win beli kereta Oktober 2009).

Oke. Sebenarnya wahai pembaca, geran kereta tu, bank nak pegang pada mulanya adalah sebab dia nak masukkan caveat dia sahaja dalam geran tu. Caveat tu tulisan kecil di bawah sebelah blkg yang menyatakan kita ada loan dgn bank mana tu. Caveat tu adalah utk bank pegang hak kereta tu sampai kita habis bayar. Lepas habis bayar, bank akan tarik balik (withdraw) caveat tu dan tadaaaaa..the car is all ours..ours alone.


p/s Tak sure kt geran kereta dia panggil caveat jugak ke tak. Tapi dalam geran tanah dan Kanun Tanah Negara memang panggil kaveat pun.


awin hashim

4 comments:

  1. Geran memang boleh ambil sejak pindaan Akta Sewa beli tahun 2010. Kegagalan bank bagi kita geran selepas diminta secara bertulis boleh dikenakan denda RM100k kepada bank itu. Tak payah tunggu setahun ke setahu nsetengah ke.

    ReplyDelete
  2. Wahhh....baruku tahu...dah tak perlu tunggu habis bayar baru boleh ambik geran kereta rupanya...kereta saya dah umur 7 tahun tapi geran tak ambik2 lagik....

    ReplyDelete
  3. kalau gitu kenapa bank baik sgt nak simpan geran tu. Bukan ke akan tambah kos pengurusan mereka sendiri. Tak paham bank ni.

    ReplyDelete
  4. boleh dapat x salinan geran kalau byaran tertunggak atau due

    ReplyDelete