Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Tuesday, August 28, 2012

Kisah Kedai Cermin Mata

Win da kena pakai spec sejak umur 15 tahun, form 3. So dah byk kali sgt berurusan dengan kedai spec sepanjang 11 tahun ni. Setiap kali sebelum buat spec baru, mesti kena check mata dulu..sgtlah biasa perkara ni, siapa pakai spec mesti tau punya.

Di taman tempat wan n win tinggal tu, ada kedai spec kecik, satu lot kedai tu bahagi 2. Itu je kedainya. Kebelakangan ni win selalu pening2, kemungkinan besar fasal spec la kot, da 2 tahun tak tuka. So, ingatkan murah dan since dekat sgt dgn rumah, maka win berminat utk buat spec kat kedai tu je.

Nak masuk kedai lagi dah terpana dgn sign 50% off.. wow! so win gi la check mata dulu. Mamat yang check ni, confirm bukan optometrist, cara dia check sgt terkial2 dan mcm tak confident langsung. Tapi takpelah kot. Pastu yg buat win turn off adalah apabila mamat ni suro win pakai "spec plastik yg dia masukkan kanta tuka2 nak check power tu, yg rupanya aneh skali tu" ke luar dari tempat check mata tu. fhm tak?

rephrase: kalau kita nak check mata, mesti kita masuk bilik gelap kt belakang yg akan ada screen huruf2 tu tau,..pastu, kita pakai satu spec plastik yg boleh tukar2 kanta tu dlm tu sambil dia nak check power kita.

mamat ni, suro win keluar dari bilik belakang yg gelap tu, masuk balik ke ruang kedai sambil pakai spec plastik tu, dia suro pandang luar n dia tanya jelas tak? n dia suro pandang lantai, tanya even tak lantai kedai dia?

what the? hideous..hideous..mamat ni betul ke tak? turn off betul seyh!

pastu result dia gempak btol. win nye power mata kiri dia kata dah naik. asalnya 325, naik menjadi 450! yes. naik sebanyak tu (menurut kata mamat ni lah) padahal, win rasa spec win masih terang lagi. kalau naik pun takkan la byk sgt. pastu mungkin pening sbb silau yg dah lain. what the hell mamat ni? win dah sebelas tahun pakai spec tak penah jumpa tukang check mata yg mcm ni.!

pastu dia terus promo spec dia. win dah terkedu sbb power bertambah byk mcm tu dan confuse sbb rasa mcm kena tipu pun ada. terus win ckp, takpelah bang, kami dtg masa dah dpt gaji nantilah. mahal lah! memang mahal pun utk kedai standard mcm ni. (mcm berlagak betul ayat ni kan? haha)

so wan n win terus pergi ke focus point kt alamanda. Check power, chinese girl yg check tu cara dia check mmg mcm standard biasa win pernah go through, and resultnya.... power mata kiri ke kanan ke tak berubah. TAK BERUBAH langsung oke! silau mata kiri je turun sikit. n something about angle, this one win baru first time dgr.heheh.

cubalah bygkan kalau win ni stupid enough utk percaya mamat tu yg power win dah naik extra 150 in 2 years. pastu pakai spec yg powernya slh..tak ke buta hasilnye?

so, kedai spec di desa pinggiran something dkt tepi putrajaya ni, soooooo highly NOT RECOMMENDED.. pergilah jauh sikit..jgn mls sgt ye kwn2... :)

p/s mengeluh kuat-kuat!

Monday, August 27, 2012

Kenapa kita patut mengemas rumah?

Sebab...

Pertama sekali, kita mungkin akan terjumpa kad ucapan selamat pengantin baru:




yang tertulis berbagai ucapan:




Di mana, ada ucapan/doa yang dah termakbul:





atau yang tak berapa kesampaian:

(tp mungkin cucu ketiga mak adalah girl. who knows?)




hehe.


Selain itu, kita juga boleh terjumpa sesuatu yang lebih lama daripada kad ucapan selamat pengantin baru.. iaitu,


kad ucapan selamat bertunang!






How cool? :)


Atau kita juga boleh terjumpa envelope misteri seperti ini, sambil kita membukanya tanpa sebarang pengharapan,



tiba-tiba, kita dikejutkan dengan:



wahhhh!!! duit selit-selit..


tapi yang paling bernilai dalam RM literally adalah apabila win menjumpai:



!!!!!!!!!!


alhamdulillah. muahahahaha.. aku kayo!

(bley top up duit nak bayar servis kereta, kata wan.)


Kesimpulannya, kemaslah rumah anda sekarang!!!!

sekian.

Wednesday, August 15, 2012

catering majlis akikah



"wow. mahalnye.!" ni adalah reaction apabila win terima quotation dpd satu caterer akikah di klang. RM24 per head, min 100 pax, dah rm2400.. belum masuk harga kambing lagi. kambing golek seekor RM1500.. kau kirakanlah total berapa..!! kaya lah jadi caterer. Nak jadi caterer jugak lah..haha

nasib baik zaman skrg ada internet, boleh browse byk2, mintak quotation sana sini dulu baru decide. byk la pilihan sikit!

kesimpulannya, buat majlis yang sederhana adalah pilihan kami, so, bye2 caterer klang, kau mahal lah.




Tuesday, August 14, 2012

Gambar-Gambar Obsess

Tajuk post ni mcm nak kutuk org. Tapi sebenarnya, tidak. Hehehe.. Semalam, 13 Ogos adalah hari pertama masuk kerja setelah cuti bersalin 90 hari. Jumpa semua officemate..Rindu lah! haha tp win rindu my baby Naurah more.. if win can bawak her, win masukkan Naurie dlm beg, bawak pegi office hari2.hehe

So, bila dah lama tak berjumpa, i did a lot of catching up with them. Satu topik melompat ke satu topik dan seterusnya, tiba2 tersentuh topik gambar Naurah di facebook yang berlambak-lambak. One colleague telah berkata begini "alaaaa, dulu baru kahwin gambar wan aje kat facebook, sekarang, mana ada gambar wan lagi".. win was like "hahaha, ha'ah la.. tak perasan"

kelakar..kelakar..bila dah obsess dengan Naurah, gambar Naurah je lah.. Sorry ye wan darling.. hehe.

Itu je nak ckp.

Wednesday, August 8, 2012

Rezeki Naurah lah ni

Last week, wan dpt rezeki, soon dia akan dpt status tetap dlm servis.
Semalam win dpt rezeki, result induksi lulus dengan kepujian, boleh la confirm tak lama lg.

Alhamdulillah, thank u Allah for the rezeki!

Dengan Penuh Kerisauan - Cerita Nanny

Sejak dah bergelar mummy, hati ni selalu je risau. Risau kalau dia lapar sbb tak tersedar nak menyusukan malam la, risau kalau susu badan ckup utk dia, risau berat badan dia tak naik lah, bla bla bla..dan yg terbaru sekali risau nanny dia tak pandai jaga dia.

FYI, nanny dia sentiasa bergaul dgn babies sbb mak kpd nanny dia adalah seorang pengasuh babies sepenuh masa yg handal sekali (ini first time dlm hidup win gunakan perkataan "handal"). Beliau juga masih mengasuh sehingga sekarang. So, apabila si nanny terdengar nenek si Naurah mencari pengasuh, dia terus berminat utk menjadi pengasuh juga, just like her mom memandangkan dia tidak bekerja. Ada satu je tapi. TAPI dia tidak pernah mempunyai anak sendiri. Ini crucial kpd win. Sangat. Tapi wan ckp kita tawakal, itulah satu2 nya perkara tak best kalau both mummy n daddy kerja. Kesian Naurah baby kena tinggal dengan org.

First Day at Nanny's

Turned out to be difficult for both mummy and nanny. Mummy hantar Naurah dan brg2 lepas tu terus mummy balik, tak Lepak2 sana pun sbb mummy takut mummy nanges.! So mummy terus pergi selepas dah explain briefly fasal handling susu perah dan cloth diaper. Tapi oleh sebab explanation tu brief sgt, nanny ada byk questions tentang susu dan perkara lain juga. End up Naurah either tidur or nanges dengan teruk!

Ya Allah..Mcm ni mcm mana nak start kerja nanti? Nasib baik win hantar dia seminggu awl. Sempat repair masalah ni. Insyaallah.

Contoh masalah adalah (among others), Naurah taknak nenen guna botol susu dia. Win sendiri da sebulan ajar Naurah menyusu guna botol. Memang susah tapi boleh. Perlu kesabaran tapi boleh. sepatutnya nanny lagi senang sbb Naurah tak boleh bau nanny mcm Naurah bau mummy dia, so bottle feeding should be easier. Tapi, TAK!

Masalah lain, Naurah suka mandi. Suka sgt..berenang2 dia dlm besen. Dah la win mandikan dia style old school, nenek Naurah ajar mandikan dia tanpa sebarang gadget zaman skrg. Hanya besen, tgn win dan Naurah dan air. N Naurah suka mandi. Tapi nanny dia ckp Naurah nanges sekuat hati bila dimandikan. Win confused.! How lah?? Apa yg silap ni?

Day 2 at Nanny's

Memandangkan hari pertama tak berjaya, nanny byk mintak barang2 keperluan tambahan, based on experience semalam dan Win adakan semuanya. FYI, 4 hari sblm hari pertama, win dah call nanny dan tanya dia perlu apa2 tak so win boleh siapkan sblm hari pertama. Dia kata tak ada, hanya Naurah dan baju n brg2 essential dia, like diaper, wet tissue etc. Tapi I don't blame her, dia pun first timer. Based on experience smlm dia dah tau apa dia perlu. Nasib baik mak dia was around to guide her through the day. Kalau mak dia takde mungkin win tak akan pilih dia utk mengasuh Naurah to begin with. Sebab sebelum seseorang itu menjadi ibu, dia memang belum pandai jaga baby, walaupun dia rasa dia terer sebab pernah babysit anak org. Kecuali lah dia pernah menjadi pengasuh full time.

Hari kedua turned out to be just fine. Semua oke. Naurah tak nanges2. Dia bahagia je berbanding smlm. Alhamdulillah.

Esok third day. Kita tgklah cmne nanti. So far, nanny Naurah da buat yg terbaik sekali utk Naurah dan she really is trying hard to please me and I appreciate that and hope that this relationship goes well.

truthfully, i am sad not because i dont trust my new nanny but i am sad because i can't take care of Naurah myself.

Saturday, August 4, 2012

Soalan Ikan Salmon

Beberapa hari yg lepas, semasa berbuka puasa berdua dgn wan kat rumah, dalam pada borak2 tu kami tiba-tiba tertanya-tanya, "ikan salmon tu, ikan sungai ke ikan laut??"

Wan ckp ikan sungai sbb pernah kami berdua tgk cerita monster fish ke river monster ke apa tak ingat dekat discovery channel, ikan salmon migrate naik ke hulu sungai utk bertelur. So, wan ckp "obviously ikan salmon tu ikan sungai"

Win pulak ckp, ikan salmon tu ikan laut. Memang dlm discovery channel tu dia tunjuk ikan salmon migrate ke hulu sungai utk bertelur, tapi dia migrate dari laut..dan lepas da menetas, anak ikan salmon balik ke laut..so, dia ikan laut. Lagipun, salmon dekat tesco mhl. Ikan sungai tak mhl. Ikan laut yg mhl.

So, kami bersetuju utk research dan bersetuju juga siapa slh kena bayar..rm50!

So kami Google. Dekat wikipedia ada tulis, "ikan salmon tinggal di laut dan akan migrate ke hulu sungai utk bertelur pada musim2 tertentu. Ikan salmon lahir di hulu sungai dan akan bergerak menuju ke laut..bla..bla.." win dah confident wan slh.. Cubalah interpret wikipedia. Memang win yg betul. Tp wan taknak klh. Tak ada pun ayat penyata daripada punca sahih yg menyatakan "ikan salmon adalah ikan laut" mahupun "ikan salmon adalah ikan sungai"

Masalahnya sampai skrg kami tak tau siapa slh siapa betul. So, soalannya, ikan salmon ikan laut ke ikan sungai?

P/s movie "The Lovely Bones" ada watak Susie Salmon.. Susie ke sushi Salmon? Hahahah apalah nama tu.

Lelaki 711

Have u ever noticed the picture of a guy at channel 711 astro every time every show is about to start? The guy whose picture is between the classification tu (PG13, 18SG etc etc). Well, I have, only recently. Dah lama tau dia ada..kenapa lelaki tu? Handsome? tidak, terkenal pun tidak. Sedikit gay-ish pun ye (his style, I mean) kenapalah astro letak gambar dia?

Tiba-tiba rasa annoying. Selama ni tak perasan pun..
Hahahah. Apalah.