Baru-baru ni win terdengar tiga pantang larang yg disebut oleh seorang orang tua yang win jumpa. Dua daripada pantang larang ni win baru pertama kali dengar.
1. Win dah pernah dengar, bedunglah baby, nanti elok lurus n rapat je kaki dia.
2. Yg ni tak pernah dengar. Air susu ibu jgn terkena kemaluan baby, nanti kemaluan baby tu sampai ke tua berbau busuk. Tak scary ke der?
3. Kalau baby tgh meneran untuk buang air besar, jgn cium2 dia, nanti ketiak dia busuk sampai tua (ada bau badan yang tak best). Inipun win baru pertama kali dengar.
Untuk pantang larang yang kedua tu, win tanya si orang tua, macam mana boleh terkena air susu dkt kemaluan baby? Kan baby sentiasa bertutup dgn lampin? Si orang tua jawab, tak lah, mungkin zaman dulu baby tak pakai lampin aka bogel semasa disusukan. Hmm..Hmm..Hmm..
Kadang-kadang ada pantang larang yang boleh diikuti, tapi yang mengarut tak pyh la nak ikut. Kadang-kadang sampai menyalahi agama pulak, jahil..jahil...sendiri decide oke?
P/s jangan pakaikan baju kuning atau dekatkan apa-apa benda kuning (langsir, kerusi, boot phua chu kang etc) pada baby yg kena demam kuning..nanti makin teruk kuningnya.. Betul..betul, kalau baby tu baby chameleon (cicak sesumpah) la..ahaha..NO OFFENCE, pendapat masing-masing. kau fikirkan lah, oke?