Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, March 5, 2012

kenduri kahwin dan pakaian lelaki.

ada 2 kenduri kahwin di hujung minggu lepas. Fa'erah's and shida's. Both kami attend sebab both dibuat di KL dan Putrajaya.

(fyi, dear friends, i can't come to the wedding which is held outside kl n putrajaya, because if i do, i'll fainted and stay that way for the whole day, i am very sorry. but i'll activate myself around september, insyaallah.)

fa'erah's wedding is the formal one where they provided us with dresscode: baju kebangsaan/lounge suit. so, tgk my dearly beloved (kiri sekali) pakai baju melayu.. (ni yg cair ni..).. macho seyh. hihi.. pakaian yg betul.



shida's wedding pulak (not to say that it wasn't formal) they didn't provide dresscode, so we figured smart casual suits best. n again, tgklah my dearly beloved pakai kemeja. kemas2 oke.
(alahai, cair lagi sekali..)

still at wedding shida..(kami spent masa lama jgk di dewan seroja presint diplomat ni, tu yg sebok usha org) tgk abg dalam bulatan tu. bang, kami bukan tak sokong pasukan bola Malaysia, tapi ni kan "majlis kenduri kahwin" dalam dewan tau., dewan aircond lagi. tgk pelamin shida kat belakang tu bukan main gah. tapi abg ni pakai baju macam budak2 basuh pinggan kat kenduri kat kampung.

(bukan nak merendah2kan budak basuh pinggan kat kenduri kat kampung, tapi baju tu sesuai lah untuk mereka, sbb nak basah2, terkena minyak bagai. takkan nak berbaju melayu bersamping songket nak cuci pinggan kan? abis la)

abg ni, macam tak menghormati majlis lah,. if this were my wedding, i'll make sure somebody send u out.!

org sekeliling, pakcik2, budak2, kalau tak pakai kemeja, mereka pakai tshirt kolar, elok2. mmg la takde siapa pakai baju melayu (kecuali tuan rumah), tapi jgn la pakai round neck tshirt bola. bang, kau nak pegi nak stadium ke?? saket matalah..! ini kau tak tgk lagi masa abg tu berdiri,. jeans londeh bagai,. anak (baby) n isteri dia cantik2 je pakai baju yg sesuai. apa da!

kepada pasangan pengantin, selamat pengantin baru, enjoy ber-honeymoon.. kepada abg tu, walau kau takkan baca blog ini, tapi aku harap satu hari ada org menegur kau atau kau tersedar sendiri tentang pakaian kau yg silap ini. sekian.

p/s bukanlah nak ckp pakaian kami betul sangat., tapi pakaian abg tu mmg salah!

19 comments:

  1. Jgn memperlekehkan pemakaian org lain...yg paling penting adalah menghadiri majlis...bukan pakaian yg diutamakan...terpulang kpd individu utk memakai apa yg dia rasakan selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "selesa" is what u wear at home.

      Delete
    2. pada pendapat saya, mereka kurang menghormati majlis yang mereka hadiri, maka mereka kurang menghormati host/tuan rumah yang menjemput mereka itu. very bad.

      Delete
  2. Itu pendapat awaklah. Pendapat saya still stands,hadir majlis org, pakailah properly. Kalau pakai suka hati dan tak sesuai mcm tu, mcm tak hormat majlis org pun ye.*gelengkepala*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak salah membenarkan cita rasa sendiri..tp ayat "ill make sure somebody will sent u out" tu terlalu angkuh n bongkak.. be positif kite jemput org dtg utk jdi saksi kite..tp kite plak menilai org tu..syukur besar la org tu tunaikan kewajipan die utk hadir jugak wedding.. positifnye anggap la die dri tempat lain tp teringat wedding berdekatan terus dtg..klu lambat tak sempat..😊 Kan lagi bagus tu..nabi slalu positif nape kite tak contohi die..kan3😊

      Delete
    2. maybe ayat "ill make sure somebody will sent u out" tu memang terlalu angkuh n bongkak..so, saya angkuh dan bongkak dalam soal pemakaian ke majlis2, itulah pendirian saya. saya angkuh, awak tak angkuh, just live with it. tp kalau majlis tu saya host, dtg pakai baju ntah apa2.. mmg saya akan enforce pendirian saya itu. :-)

      Delete
  3. alahaiiii.. org dtg majlis sbb kerana jemputan.. demi pahala.. janji die tutup aurat kannn.. nape nak lekehkan org tu pakai jersi.. pd sy ok jek.. asalkan tutup AURAT.. kalau pakai classy ponn dedah sane dedah sini ponnn x ok jugak kannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini isu ethics. beretika kah seseorang kalau dia dtg majlis org pakai mcm tu..?

      Delete
  4. xbaik merendahkan org..jgn p k awk je yang bagus...bju lak yg dikesahkan..tuan umah xckp ape pn ko lak lebih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. memang aku lebih2.. so what? hahahaha..

      Delete
  5. Maaf tapi aku sokong sangat pendapat penulis. Ape ke teruk la komen2 korang ni, dah datang majlis kenduri kahwin pakailah elok-elok sikit.

    Unless kalau korang memang tak kisah orang datang majlis kenduri kahwin korang pakai singlet putih gi kebun tu siap ngan kain pelekat, selipar jepun. Satu rombongan 20-30 orang semua pakai camtu. Nak? "Eh, tutup aurat jugak ape?" Haha bangang la sape cakap camtu, ye dak? :)

    Kalau korang rasa ok je pakai jersi bola masuk kenduri kahwin, so sila pakai baju Melayu siap samping lengkap time gi stadium.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg komen tak sokong ni semua lelaki.. kalau awk ni pun lelaki, ada juga lelaki yg sedar hakikat ni. thanks for leaving your comment. :)

      Delete
    2. Sbb tu lelaki leh jdi pemimpin..pemikiran die lebih baik pertimbangan nye..maksud dri semua aspek..

      Delete
    3. takde kaitan dengan isu la komen Ramzan Razali ni. Ramai je lelaki yang pertimbangan dia TIDAK LEBIH BAIK DARIPADA perempuan, dan vice versa. Tapi bukan isu itu yang dibincangkan di sini. cuba masuk majlis BLACK TIE pakai jersi bola, amacam?

      Delete
  6. Memenuhi undangan majlis kahwin tu wajib, therefore asalkan memenuhi undangan itu dah dikira cukup...tak semua orang berkemampuan nak berpakaian serba cukup. Lain kali kalau nak senang letak syarat berpakaian dalam kad jemputan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah. betul. wajib datang.
      kalau org yg tak mampu beli tshirt berkolar, pakailah tshirt round neck.pakailah.
      apalah beza harga tshirt berkolar dan tshirt roundneck? RM2? RM5? org sekarang handfon mewah bagai, takkanlah tshirt kolar tak mampu beli.
      tak mampukah kau wahai Anonymous? utk beli tshirt berkolar?

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete