Wednesday, March 28, 2012
takut nak pergi check up. boleh tak?
Tuesday, March 27, 2012
the truth is.. the third trimester story
Monday, March 26, 2012
Sunday, March 25, 2012
law vs engineering
n jeng jeng jeng.. 10A 1 B..hamek kau. alhamdulillahirabbil 'alamin! kan dah kata 'the clever one'
dia dari dulu bercita-cita nak pursue ambition menjadi seorang engineer. dia suka fizik sgt2, tapikan bila dpt result, yg 1 B tu apa lah lagi kalau bukan fizik!!!. sedih n kasehan. only Allah knows what went wrong.. sudah la kalau nak engineering fizik kene A..(so we thought)
bila dah dpt result, dia pun sebok nak kemaskini UPU application dia. alhamdulillah, fizik B+ pun masih sgt layak untuk apply engineering. SANGAT LAYAK.
tp...
yes, ada tapi.. sblm result spm keluar, dia susun pilihan dia engineering diutamakan dan (surprisingly) law turut disenaraikan. dia kata dia minat jugak. mungkin slh satu penyebabnya adalah abg majistret dia sndiri. nampak macam hidup senang, so, mungkin dia fancy that. i don't know. :) well, why not??
so, after result spm keluar, dia ada masalah untuk kemaskini upu dia sbb dia tgh consider whether to take law or engineering.. penat kami mempengaruh dia supaya amek engineering sbb itu cita2 asal dia.. bukan kami tak sokong dia amek law. tp result dia sgt bagus n kalau nak amek law mcm wasted!.. (our opinion ha,, jgn ada yg menggelabah nak marah pulak, fyi, i am a law graduate too!!) tapi somehow dia takmo proceed learning anymore physics and addmath. why la?
jadi smlm kami menceritakan segala pengetahuan kami kepada dia (in good faith/bona fide-ly) tentang pemilihan law atau engineering. pros and cons. ijazah, peluang kerja, biasiswa dll. dan akhirnya kami tinggalkan dia supaya dia boleh buat keputusan untuk dirinya sendiri sama ada untuk pilih law atau engineering utk masa depan dia. hmmm i hope for the best, either way, he's going into a pretty future. sejuk perut cik timah :))))
p/s cik timah is my mum in law :)
p/s2 dapat result cantik macam lagi susah nak pilih kerjaya? heeee
Friday, March 23, 2012
tilam vyssa slappna - ending
http://awinh.blogspot.com/2012/03/tilam-vyssa-slappna.html
semalam saya tengok stock barang dekat ikea. barang apa? tilam vyssa slappna ni lah. statusnya adalah "OUT OF STOCK"
semalam adalah 21 Mac 2012. Stok masuk 13 Mac 2012. 9 hari sahaja.. sudah abis semua. tak tau la bila habisnya kan..mungkin by weekend tu (18Mac2012) dah abes?
hahaha..laku betul tilam tu. *amaze*.. serius ni, nak bukak kedai tilam la.. takpun, bukak ikea satu lagi kt putrajaya :))
Wednesday, March 21, 2012
kisah kad mesra dan minyak petrol petronas free
Setiap kali isi minyak mesti guna kad mesra jgk. kadang-kadang terlupa, mesti menyesal..
so, setelah 2 tahun lebih dah kumpul point, pada suatu tengahari yang mana kami kegersangan duit tapi gatal nak berdating dekat luar, tangki minyak pun dah mengering, jadi, saya menyebut satu idea.."mari redeem point kad mesra untuk dapat isi minyak kereta free!!" wan jawab "mari!!"
so, kami pergi petronas presint 16 putrajaya, petronas terdekat dgn rumah le tu. wan pergi kaunter n redeemkan. win terus isi..lepas dah isi, meter kat tempat minyak tu tulis RM40.00!!
huiyooo..rm40 minyak free.. 2 thn kumpul point.!! lepas tu, tgk meter kt kereta pulak:
hehe *pardon the habuk at my stereng oke*
huiyooo lebih daripada separuh!!! takpenuh la tapi sbb tank pesona penuh RM70..
wan telah me-redeem 4000 point dan balance point skrg adalah 221 shj. skrg memandangkan win berulang kl-putrajaya hari2, minyak cpt kene isi, lagi cepatlah point tu naik berbanding sebelum kawen di mana ofis terletak sekangkang kera *penggunaan peribahasa ni slh ye adik2* je. minyak pun tak luak2.
kesimpulannya, wahai pengguna petrol di petronas, rugi kalau kau tak guna kad mesra.. walaupun dpt rm40 dlm masa 2 thn kan, still siapa nak isi tank kereta kau free?? (melainkan kau anak atau girlfriend org kaya).. :)
p/s i love free stuff. who doesn't?
Baju baby, baju mommy, bunga telur foam untuk majlis akikah, apam polkadot DI SINI!!! |
tiket murah air asia dan kisah honeymoon
satu tiket RM0.10 x 2 org = RM0.20 x 2 way = RM0.40 sahaja!!!
tapi airport tax RM15 x 2org = RM30 (masih murah, gile kan??)
n kami purchase baggage RM25
total semua, RM55.40 untuk 2 org pergi balik. wow!
Tuesday, March 20, 2012
soalan: uri saya duduk mana?
apa maknanya tu: cuba kau google "placenta praevia"
harapan: uri bergerak ke atas balik agar dapat bersalin normal tanpa sebarang komplikasi kepada saya dan baby
masih ada harapan?: masih, insyaallah.
kesan uri di bawah: kemungkinan besar c-sect + kemungkinan tumpah darah
langkah pencegahan: tidak mengangkat benda berat, tidak membuat benda yang memenatkan, memilih untuk bersalin di hospital kerajaan kerana confirm ada bekalan darah n expertise yg diperlukan
perasaan: sedih tetapi belum berputus asa.
permohonan: kawan2, doakan saya.!
p/s :(((((
Thursday, March 15, 2012
tilam vyssa slappna!
isu gender
itulah kerisauan saya sekarang.
tapi technology dah berkembang skrg. kalau dulu org scan 2D je..nmpak gmbar itam putih,,n hanya nampak bayang2 barang boy or barang girl. kadang2 jelas. kalau boy mmg selalunya jelas. kalau girl tu yg tak jelas. jadi doktor ada kemungkinan "agak2" je gender baby tu.
but, we scanned 3D/4D.. sonographer tu tunjuk apa yang kami nak tgk, gender. sgt jelas. mcm kita tgk gmbar biasa yg kite snap. bezanya takde warna hijau biru merah pink bagai, just warna orange2. tapi jelaslah. lagipun, baby tak tutup kaki dia. :)) no mushroom just burger. hehe
bila beritau org dekat office, dorg pertikaikan..sbb dorg ikut petua org dulu2.. bentuk perut la, muka mommy berseri ke tak berseri la. tabiat makan la.. pemalas ke rajin ke, malas pakai make-up pun buat org predict mcm2.. masalahnya, A predict lain, B predict lain berdasarkan petua yg sama..hahaha.. suka hati korg la labu!
so, saya goyang.! :(
tapi wan ckp, memang nampak girl kan win..so, jgn risau. rai also said the same,. n ayah terus teka girl bila tgk scan tu. so, mmg girl.! mmg girl!! kecuali kalau Allah yang tentukan otherwise.
so ppl, i can't stop u from predicting. but it is going to be a girl, dengan izin Allah...faham?
p/s hehehehe
Wednesday, March 14, 2012
pink..pink..pinkkk!!
u know what are the things that melt my heart? see below..
Tuesday, March 13, 2012
flyfm - petang semalam
terus tukar flyfm. dgr ben lagi best. ben cerita fasal kisah holiday yang telah ter-spoil. he said that one time he had to be on a plane for 7 hours, sitting next to a sneezy on one side and another annoying woman on the other side. then he said "if u have holiday story..bla..bla..bla..call us at 0377241144 and share it with us"
terus aku dail number tu.. selalu kan nak telefon radio, mana penah dapat pun..busy je line dia..tapi semalam tu, dah la tgh drive, i tried my luck and called, dua kali ring and ben angkat!.. *terkejut aku* then i told him my story, my honeymoon in medan story which went weird...
lepas letak telefon, mencicit aku call wan n whatsapp lin suro dgr flyfm. and lin and the whole family at home dgr.hehehe.. *suke*.. tapi wan masih sebok kerja, he missed it.. but it's oke, i recorded it pun.. :)
p/s kali kedua berjaya ter-on air @flyfm.
everything seems to be in order..:)
so, 7 hari dalam masa 5 bulan. kena pergi kursus. << pening jugak tu, bila da cuti panjang, mesti ada kerja yang menunggu kan. jadi sempat ke nak pergi kursus? (7 hari macam pendek. tapi sebenarnya tidak..!)
jawapannya sempat, kerana tiba2 (ting..ting..ting..tingggg...) nama tersenarai untuk ke kursus induksi yang panjangnya lebih dpd 10 hari!.. kursus induksi adalah satu requirement untuk sah jawatan. kalau ditangguh, pengesahan jawatan pun tertangguh la.
lucky for me, induksi pada bulan april. sempat selesai sebelum cuti bersalin. yey! alhamdulillah. so, induksi - checked!... requirement kursus 7 hari setahun also - checked!
n alangkah heavennya apabila induksi tu di ilkap, which is 15-20mins away from home. kan best kalau tempat kerja dekat mcm tu..tambahan pula bila baby comel dah keluar senang kalau mommy kerja dekat. ya Allah, lembutkan lah hati datuk tu untuk luluskan permohonan transfer ke putrajaya aku..amin! :)
p/s harini semangat nak buat kerja. ntah kenapa,. :)
missing child, Dirang - found dead tragically
1. how can a mother let her 5 year old pergi kedai sendiri?
2. how can a mother let her daughter out of the house without supervision?
3. 5 tahun tu bukannya tau apa2. kau sedar tak anak kau umur 5 tahun tu kecil lagi? ha?
4. sama macam budak2 hilang lain, mcm mana parents boleh lepaskan dorg keluar dgn supervision abg/kakak yg tua setahun or 2 tahun je?
final question..
5. tak sayang anak ke?
takziah kepada keluarga. benda dah jadi. tapi kepada org len, don't be tooooooo careless.
i wonder, budak2 hilang ni, selalunya hilang bila mereka under supervision parents sendiri why la?? whyyyy???
a law should be enacted to be imposed on the parents who carelessly cause their child dissappearances. keyword "carelessly"..contoh, leka main facebook!
Monday, March 12, 2012
baby expo and sales everywhere
Kami pergi pada hari sabtu selepas pergi ikea n ikano. We bought 1 bedding set and carter's baby romper 5 in 1 set tu je.. pastu nak pengsan, terus keluar sbb packed sangat. hehehe
tapi then ternampak jusco sale, so, kami singgah jusco n sambung shopping..boleh tak?
3# Baby store SALE!
kedai di Mahkota Cheras (bley google ye), apa yg sale? stroller. hehe..kami jadik gile. but we didn't buy 1 yet. :(
sambung lagi shopping dekat jusco mahkota cheras lepas tu. hmm.. weekend shopping..*heaven*
p/s fyi ada 2 jusco dekat situ aku baru tau. 1 jusco mahkota cheras, 1 lagi jusco taman ekuin (cmni ke spell?) kenapalah sampai 2 jusco? letaklah satu dekat putrajaya..pleaseeeee!
p/s 2 kami perlu menghabiskan shopping sepantas mungkin..bulan april sebok induksi n da sarat..skrg pun da lembik berjalan banyak..april or mei apa lagi?
post - 3D/4D ultrasound scan
bila tengah scan, belum apape, a few seconds after scanner menyentuh kulit perut ini, sonographer dah sebut, haa.."nampak gender dia, dah tau gender dia?" win jwb "belum, kami mmg nak tau gender harini.."
and then, the sonographer showed us "ini ha, kaki dia..peha, peha satu lagi, tu tengah tu, very clear"..win "gulp..itu girl!".. sonographer ckp, "iyee,,it's a girl"
win wonder what was wan thinking masa tu..he was there watching and tersenyum-senyum.
alhamdulillah, we are expecting a baby girl.! :)
dek kerana menginginkan hanya untuk melihat gender, tak pulak kami wish nak tengok wajah baby,,ahaha,,.ada kesannya di situ.. dia tutup muka dia pakai her whole arm. n tunduk..setunduk-tunduknya,..lama jugak tau dia mcm tu. sampai sonographer ckp, mungkin mummy dia kena jalan-jalan dulu nanti dtg balik, mungkin baru dia nak tunjuk muka..
tapi later, after poking sessions, poke here, poke there, akhirnya she showed us her beautiful baby face..masyaallah, that is my daughter in there.. i re-fall in love with her for tuhan knows how many times. :))))))))) *nangis kegembiraan*
for the story about where we did the ultrasound, how was the sonographer, how much it cost, time etc. etc. u can read that here:
http://awinthinksitstimepart2.blogspot.com/
later in the evening (because i haven't write about it yet!)
oke, perasaan? i am counting the days left sehingga dpt akhirnya pegang my own daughter and hear she cries for the first time in her life.
p/s gambar? sorry people, i can't share this to public.. too sacred and private, only for selected people. gambar dia dah lahir nanti (insyaallah) boleh..! hehe
Friday, March 9, 2012
smart tunnel - kisah kehebatannya
petang, sudahlah meeting habis lambat. jalan tun razak. MAHA JAMMED!. daripada depan menara TH SELBORN nak sampai ke depan tabung haji, 15 minit oke? dari tabung haji nak sampai dpn US Embassy n Prince court hospital lagi setengah jam..total 45minutes-1hour sangkut..! hahaahahahaha.. dah kenapa? (selalunya THSELBORN smpai princecourt during peak hours = 10-15min maximum)
check twitter for any traffic update.. oh rupanya terowong smart tutup. hmm..biasa mcm ni. bila musim hujan, jem gile sbb smart tunnel tutup. sebab apa tutup, sbb itu smart tunnel, tunnel utk air banjir dan traffic!..kalau banjir, banjir didahulukan. sebelum ada smart tunnel, teruk kl banjir kilat sana sini. sejak dah ada, kurang banjir. tapi bila nak banjir, jem pulak sbb pengguna smart tunnel tu terpaksa di-cramped-kan dengan kami yg kedekut duit RM2 tanak ikut smart tunnel tu. heheh
tapi itu petang smlm, jem tak bergerak. pagi ni..pun SAMA je.. smart tunnel masih tutup..tambah pulak ada accident dekat loke yew (or wherever, according to radio n twitter punya traffic update) langsung tak bergerak tau traffic loke yew tadi. jalan mahameru kosong, jadi segera aku memilih jln mahameru. sampai nak masuk jln tun razak jem tak bergerak juga, lantas terus aku memilih masuk jln kuching (menuju ke selayang) kalau jem jgk, aku balik tido rumah mak ajelah.! luckily, it was clear. jadi, alternatif terakhir, ikut duke, nasib baik kementerian kesayanganku sangat savvy dgn duke. hehehehe i like that about u..*muah..muah,,.*
sampai, lewat setengah jam. if i have stayed on loke yew, i would have not arrived even 1hour and a half later.
betapa hebatnya smart tunnel ni, bila hujan, dia menjalankan fungsinya untuk menyalurkan air hujan, maka selamatlah kl dpd banjir. tapi, hebat2 pun banjir traffic pulak kesannya. betapa ramainya org yg masuk lmbat harini sbb smart tunnel tutup. maka, pengajarannya, kalau hujan, why not masuk mex? hahaha
p/s siapa2 yg masih belum follow #kltrafficupdate di twitter,, silalah follow, selain info jem, ada info roadblock lagi der #klroadblock.. n follow #plustraffic juga ye. best! sekian, wassalam.
Thursday, March 8, 2012
induksi weyh!
simpler sentence? yes, batch kami dah mula dipanggil utk induksi.
maka, terus aku kelam kabot. kenapa kau tau? sbb aku ni membuyung,.kalau induksi time aku sebok beranak n berpantang, alamatnya, tertangguhlah pengesahan jawatan aku,. bakal ditinggalkan oleh kwn2 sebatch sekalian. :(
terus kami cek website ilkap. induksi ada 3 kali.. mac, jun dan sept. mac pulak akan start next week. mac je yg sesuai dgn aku sbb jun aku sebok beranak. sept pulak ada baby kecik.!
lantas laju tangan aku mendail number telefon ilkap. pukul 1 baru telefon, baiknya dorg angkat telefon (cik huda, i owe u one!) to cut the story short, huda (kerani yg angkat telefon) setelah diterangkan kepada dia situasi aku, terus huda ckp, "puan, induksi ditunda ke bulan 4. sbb nak dgr pm ckp apa fasal sbpa dulu esok (hari ni) ada ura2 induksi mansuh ke apa"
aku jwb "i.c...jadi, utk bulan 4 tu, boleh ke cek, nama saya ada ke tak?"
huda jwb "boleh, nama puan? puan kerja mana?"
aku jwb "mazuin hashim, kementerian pertahanan"
huda cek, 5 minit cmtu dia jwb "takde pun? ashyraf ashi....apa ni..ada la..kementerian pertahanan..ehh..ada..ada..mazuin binti hashim.."
gembira tak terkata aku..yey! tak clash tarikh aku due,. alhamdulillah.
later, i told my soon-to-be married colleague "ashyraf, cmne? induksi clash tarikh kawen kau?"
hmm..jwpn dia..takpayah la nak cerita kt sini.. kesian dia :(
balik rumah aku cerita dkt wan. wan terus ckp "jd win tak pegi la wedding ashyraf?"
i was like "haaah laa! alaaaaaa cmne? nasib baik iznie jmput jgk side dia..tapi alaaaaa nak pegi ashyraf punye jgk...cne wan?"...
*cerita ni tamat di sini.*
p/s cik ilkap, cpt la antar surat ke kol ke. confirm kan tarikh tu.! aku anxious ni.
sbpa cancelled and other stories.
just arrived at the office after attending the perjumpaan with PM at PICC.
kesimpulan perjumpaan (yg hanya melibatkan my concern):
sbpa cancelled. ssm kekal + ditambahbaik
gaji naik 13%
cola kawasan B (untuk wan le ni) rm200 jadik rm250..
bitk maintained.
yg len.. yada yada yada..rubbish2..bla2..none of my concern.. heheh
cerita 2#
lepas perjumpaan semua hadirin dijamu dgn mee goreng mamak n few kuih2 moden n teh tarik. maka kenyang lah saya makan bertambah oke, makan da la sorg2.suka hati je nak ambik 2 kali.hahah teruk betul. so langsung ke eskalator utk turun ke kereta la.
di eskalator tu tiba2 ada perempuan lebih kurang umur 40 lebih menjerit terkejut sbb kain dia tersangkut dkt eskalator. ya allah. ngeri siot. 2 org lelaki belakang dia terus tolong tarik kain dia. smpai dia hilang dari pandangan mata aku yg terus turun eskalator seterusnya (3 tingkat tau, means 3 eskalator), kain dia masih tersangkut dekat eskalator. eii ngeri siot..ya Allah, janganlah kau beri pengalaman seperti itu kepada aku dan semua perempuan yg aku kenal. amin. tatau apa jadik pastu.
kalau aku dgn pakaian aku lah yg kena tu, kalau kain tu terpaksa dicabut (tanggal kain??) maka, dah tentu seluar dalam maternity pink aku semua terbukak utk penglihatan org sekeliling. sbb baju kurung aku pakai ni jarang. ya Allah serius ngeri apa yg terjadi dkt perempuan tadi tu. aku doa dia diselamatkan daripada aib,. amin.!
cerita 3#
selepas dpt makan mee goreng mamak free di PICC, terus pergi parking, n terperangkap hampir setengah jam di level B2. pelik2..sesama govt servant pun susah nak kasi jalan..sama2 terperangkap kot?? ceritanya begini..adalah makcik tu pakai vios (boooo!) kaler kelabu. dah tentu semua org selang seli kasi jalan kat kereta yg baru keluar parking. dia tanak kasi aku jalan. hoi..silap lah makcik..aku ni gangster jalanan tau dak? bukannye lady driver yg jenis takut n terhegeh2 on the road tu..sekali kami mcm play chicken, n disebabkan dia sayang vios (boooo!) dia tu, maka, she had to give way to me..the best lady wins..! mazuin wins..get it? well. tengok kaki la..kaki aku ni da la da bengkak sebab membawak budak. hahah..marah pulak tiba2.
maka, jelingan tajam aku beri kepada makcik tu (harap2 dia bukan org AGC yg pada suatu hari nanti terjadik bos aku..erkk!) haha dan aku pun (selepas menang dgn makcik tu) berada di depan makcik tu jugak lagi. tersangkut sama2. sampailah sama2 dpt keluar menjengah sinaran matahari kt luar PICC. haha.
the end. :)
Wednesday, March 7, 2012
ultrasound 3D/4D
then i'll have to wait for 2 months, lepastu, i'll be watching u every second, every minute, every day..can't wait.
countdown starts: 3 days left.!
the crucial 2kg
sedangkan everybody around me ask me to eat more, the nurse made me eat less. she said, if i gain more than 2kg a month, i will be facing the risk of having kencing manis, some pregnant women have that throughout their pregnancy, but it'll go away as soon as the baby arrives. having kencing manis during pregnancy has it's own effects, bad effects, which everybody should try to avoid.
so i need to consume less carbs. and people please DO NOT ASK ME TO EAT MORE.! i'll be miserable if u do. mohon bantuan dan sokongan semua org.. :) mengandung tak perlu "eat for two"..tak caya tanya doktor or google aje. itu semua taboo.
fyi, so far, doktor/nurse ckp, my condition is normal. berat oke, size perut oke, takde apapun yg tak normal (except ada juge a few concerns, but it's not crucial in any way). jadi, kalau bila jumpa semua org nak komen "awin,, keciknye perut awin!".. ini menyedihkan saya. i'll go home sad and miserable tau lepas dpd dapat komen mcm tu. instead of commenting as such, baik lagi kalau kau tanya aku sehat ke, doa yg baik2lah. lagi soothing and supporting tau mcm tu.
*hmm..sedih i*
yg bad news nya smlm penimbang berat digital dekat office menunjukkan yang dlm seminggu aku dah gain 2kg. sedangkan sepatutnya 2kg in a month bukan in a week. oke, demi baby, let's not be stressed out. instead, mari prepare kan mental, kot2 kena ujian air gula next check up..hah! kalau kena, kena lah. semoga Allah permudahkan pregnancy ini untuk aku. amin ya rabbal alamin.
p/s ada jugak tu yg komen "awin mengandung kembar ke? besarnye perut??"..i was like? ha? pulak! hehehehe..
p/s 2 my husband, my family and my officemates are those who have been supporting me all along..THANK YOU *hugs* mcm ni la bagus.! :) siapa lagi nak jadi supporting? silalah..nanti aku quote kau kat sini. hehe
Monday, March 5, 2012
kenduri kahwin dan pakaian lelaki.
(fyi, dear friends, i can't come to the wedding which is held outside kl n putrajaya, because if i do, i'll fainted and stay that way for the whole day, i am very sorry. but i'll activate myself around september, insyaallah.)
fa'erah's wedding is the formal one where they provided us with dresscode: baju kebangsaan/lounge suit. so, tgk my dearly beloved (kiri sekali) pakai baju melayu.. (ni yg cair ni..).. macho seyh. hihi.. pakaian yg betul.
shida's wedding pulak (not to say that it wasn't formal) they didn't provide dresscode, so we figured smart casual suits best. n again, tgklah my dearly beloved pakai kemeja. kemas2 oke.
(alahai, cair lagi sekali..)
still at wedding shida..(kami spent masa lama jgk di dewan seroja presint diplomat ni, tu yg sebok usha org) tgk abg dalam bulatan tu. bang, kami bukan tak sokong pasukan bola Malaysia, tapi ni kan "majlis kenduri kahwin" dalam dewan tau., dewan aircond lagi. tgk pelamin shida kat belakang tu bukan main gah. tapi abg ni pakai baju macam budak2 basuh pinggan kat kenduri kat kampung.
(bukan nak merendah2kan budak basuh pinggan kat kenduri kat kampung, tapi baju tu sesuai lah untuk mereka, sbb nak basah2, terkena minyak bagai. takkan nak berbaju melayu bersamping songket nak cuci pinggan kan? abis la)
abg ni, macam tak menghormati majlis lah,. if this were my wedding, i'll make sure somebody send u out.!
org sekeliling, pakcik2, budak2, kalau tak pakai kemeja, mereka pakai tshirt kolar, elok2. mmg la takde siapa pakai baju melayu (kecuali tuan rumah), tapi jgn la pakai round neck tshirt bola. bang, kau nak pegi nak stadium ke?? saket matalah..! ini kau tak tgk lagi masa abg tu berdiri,. jeans londeh bagai,. anak (baby) n isteri dia cantik2 je pakai baju yg sesuai. apa da!
kepada pasangan pengantin, selamat pengantin baru, enjoy ber-honeymoon.. kepada abg tu, walau kau takkan baca blog ini, tapi aku harap satu hari ada org menegur kau atau kau tersedar sendiri tentang pakaian kau yg silap ini. sekian.
p/s bukanlah nak ckp pakaian kami betul sangat., tapi pakaian abg tu mmg salah!
Saturday, March 3, 2012
why do u need to have a credit card?
Thursday, March 1, 2012
baby blog vs wedding blog
seriously i feel like writing, but i don't have anything under my sleeves..oke. bye.