ada satu topik yang berapa kali sebut pun, dengan mudah air mata ni mesti akan mengalir. Kalau tak dikawal, tersedu-sedu lah jadinya.
topik itu bermula dengan soalan:
"apa akan jadi dengan win kalau wan pergi dulu?" (<<<-- "pergi" membawa maksud "mati")
secara berseloroh dia sentiasa suruh hidup ni diteruskan seperti biasa, cadangannya supaya kahwin aje dengan orang lain dan berbahagialah.
tapi, cadangannya sentiasa ditolak, dengan alasan, mana mungkin dia diganti dengan orang lain?? gila??
topik ini hanya berlalu begitu sahaja tanpa jawapan memandangkan air mata tidak lagi bergenang tetapi telah tumpah sehabis-habisnya.!
No comments:
Post a Comment