Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Thursday, June 12, 2014

Kolam Renang Pusat Maritim Putrajaya



Lately Win rajin pergi swimming dengan Azira lepas office hour, for health sake. Masa mula start dulu, musim hujan, asalkan petang je hujan kadang-kadang siap kilat sabung menyabung. Jadi, kalau hujan, kolam renang presint 6 tutup, jadi Azira suggest utk kami pergi ke kolam renang Pusat Maritim Putrajaya instead sebab kolam renang kt sini, di bawah bumbung!

Lokasi? Lokasinya di Pusat Maritim Putrajaya betul-betul di sebelah Hotel Pullman, berhampiran PICC.

Fee? Fee masuk RM5 per head. Budak-budak tak tau kena fee atau tidak, sebab belum pernah bawa Naurah lagi. Fee itu adalah untuk satu sesi, satu sesi adalah selama 2 jam sahaja. Kami pergi sesi 5 hingga 7 petang.

Kolamnya?
Swimming pool nya tak sebesar kolam renang presint 6 yang bersaiz olimpik itu.. kolam nya mungkin separuh daripada saiz olimpik. Seluruh kolam dewasa kedalamannya hanya 1.5 meter (kalau tak silap). Tiada tempat yang dalam sangat. Ada kolam kanak-kanak, sungguh cetek sampai paras lutut sahaja.

Ini adalah swimming pool indoor ye kawan-kawan, berbumbung. Hari hujan lebat kilat sabung-menyabung pun dia bukak. Tapi walaupun indoor dan berbumbung, ruangan sekeliling swimming pool ini terbuka, so, berangin dan kalau hujan tempias, nasihat win, kalau ada kilat, bahaya juga. So, jangan pergi masa hujan kilat. Masa hujan biasa2 boleh.

Since swimming pool ni bawah bumbung, maka air nya sejuk! Sejuk gilss.. Sejuk macam air sungai. Tp mungkin sejuk sbb masa win pegi tu hari hujan kat luar, siap berangin.

Pakaian? tegas, pakaian renang sahaja.

Life guard? I saw none! Pak guard biasa adalah.

Food? I saw none!

Toilet? Bersih dan lengkap.

Tempat salin baju? Actually, ada shower n toilet, ample space utk tukar baju. Tapi tiada cubicle salin baju mcm swimming pool presint 6

Locker? ada. dalam tempat salin baju tu. ada locker with locks, tapi nak kunci kena bayar extra dekat kaunter kot. Taktau berapa cajnye.

Parking? banyak. Jangan risau. Ada parking basement, tapi kinda eerie sbb sunyi n tak berapa ada org.

View? tasik! cantik. Berangin jugak petang-petang.

Gambar? to be uploaded later. Tak sempat snap gambar langsung..

Kesimpulan? Win prefer swimming pool presint 6, sebab cheaper, air lebih panas n kolam lebih besar, senang nak kira berapa lap kita da swim..


Awin H

Tuesday, June 10, 2014

Kerja vs Anak

Obviously ANAK menang.. She will always be my priority, lagi pulak dia hanya berumur 2 tahun..!
Tapi bila boss suruh pergi kursus 4 hari 3 malam, yang jaraknya melebihi 100km, nak berulang? mcm boleh.. tapi kena melalui KL..SESAK.. sanggup? Tak!
What should i do? Discuss dengan boss? I don't think so. This is my problem, personal issue can't interfere with work. I must find a way.
What should i do?
Allahumma yassir wa la tu assir..


Awin H


Monday, June 9, 2014

Tentang An-Nur Bandar Baru Bangi

Win pergi hospital An-Nur sebab nak bawa mak mertua pergi jumpa doktor. Win sekeluarga rasa kecewa dengan servis An-Nur ni. Sebelum ni Az-Zahraa yg teruk. Semua org lari ke An-Nur, An-Nur pulak buat cmni.!! Apa yg jadi telah win tuliskan dalam emel komplen, seperti berikut:

Jawapan An-Nur adalah seperti berikut:


I will visit An-Nur again sometimes, just nak tgk adakah tindakan telah diambil. I like to come to An-Nur ke Az-Zahraa ke.. based on nama yg digunakan oleh kedua-dua hospital swasta ini, win rasa lembut hati nak ke sana setiap kali bila perlu. Tapi, kalau dia main-mainkan kita....................memang nak kena.!

Semoga kau berubah!

Awin H

Tentang Jalsoa 2014

6 Jun 2014

Win join netball team Jalsoa untuk Zon Tengah. Zon Tengah tu termasuklah KL, Putrajaya dan Selangor. Mula-mula dpt emel pemilihan akan diadakan pada 24 Mei 2014, berjemurlah win bersama mereka-mereka yang lain. Tapi ended up training sahaja bersama coach yang berbayar dan mengajar totally mcm "netball for dummies".. seriously she treated us like none of us have ever played netball before.. pfft..mungkin sebab cuaca panas dan badan win tak fit (cepat penat) buat win panassssss n marah sgt dah la takde pemilihan pun.! Tapi later when i came to my senses, i went positive iaitu, okelah dia ajar.. dummies pun dummies lah.!! janji win dpt main dan mem-produce-kan peluh dgn banyaknya..hahaha

Team netbal ni berjumpa utk training sbnyk 4 kali, rabu, khamis, rabu, khamis.. semangat kan? Hari rabu yang kedua tu, ada coach jugak,, this time coach itu mengajar best.. dia biarkan kami main halfcourt and dia bagi tips n how to(s) n strategies yg dia tau.. haaaaa.. coach mcm ni yg diperlukan.. best gile.. sbb dia tau kami semua tau main, so dia tak ajar benda yang tak perlu.. dia cari silap2 yg kecil n betulkan... I LOVE THAT! Win bukan bodoh sombong.. tapi coach yg pertama tu should have known that we are not 12-year-old playing netball for the first time!

So, come 6 Jun 2014, our team dtg dgn smangat.. pukul 7.30am dah sampai dgn jersi bagai.. pada pukul 8 kami dimaklumkan, team Zon Utara sahaja yg akan dtg. Laaaaaaa... dgrnya team Zon Selatan ada 4 org je.. mungkin sbb Pn. S.Atan dah bukan Zon Selatan, so Zon Selatan mcm hanyut.. Zon Utara yg dtg tu pulak claimed that they came for badminton sebenarnya. So half of them pergi main badminton dulu dkt presint 11, then akan join kemudian... (--__--) frustrated.!

So Zon Tengah mainlah sesama kami je. Sampai Zon Utara dtg, still tak ckup org dan Zon Tengah siap provide player utk cukupkan Zon Utara.. by then sbnanye Zon Tengah dah menang dah pun. Tapi kami dtg nak main, main je lah mcm mana cara pun.. Sedih.. memang sedih.. Keputusannya 24-9 Zon Tengah bantai Zon Utara.. Win pun termain utk Zon Utara for 7 minutes.!! 2 of their 9 was contributed by yours truly!! hehehehe..

Malam tu, kami ada dinner. Wan adalah AJK dan Win adalah org yg dtg free sebab dpt tiket free. I sat on AJK's table. Food was nice dkt Marriot Putrajaya. Persembahan pun best. Ada Adibah Noor siap.. the theme was ALL WHITE AFFAIR. Semua org pakai putih.. best.. nampak bersih saje.. Naurah ditinggalkan di mama dia.. sampai esok pagi baru kami amek.. mgkin mama mls nak tggu kalau kami balik lewat sgt.. lgpun wan AJK..haruslah lewat!



Ini adalah Jalsoa event yang kedua win attend,,. first time was back in 2011 masa baru kahwin.. 2012 ada org call ajak main netball mungkin sbb tak ckup org, tapi win masa tu baru 2 minggu dlm pantang..boleh takkk? heheh 2013, tak terdengar apa2.. mungkin kah takde? n then ada 2014.

Some people mmg avoid sgt dpd pegi Jalsoa event, especially geng mindef.. not sure why. tapi takpelah masing-masing kan.. till then..

Awin H




Friday, April 25, 2014

Dear Jay,

Dear Jay,

I don't know you as much to claim to be your friend. I know your name, I know you knew mine, that's about it. We were batch mates, sometimes classmates, mass-lecture-mates, nothing more. We exchanged smiles a few times in 4 years in UiTM, that's it. But I know the fact that you were always baik to everyone. I never saw you mad at anyone, gaduh or anything like that.
I learnt about your passing around 4.30pm on that day, from being trapped in the midst of saving lives of innocent puppies. So noble. So "Jay". Kindness was your last deed, that's how I am going to remember you.

So, Jay.. good bye.

Condolences to Jay's family and friends.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/04/24/Accident-Lawyer-suffocates/

Awin H




Monday, April 7, 2014

Rezeki Bulan Mac 2014

Selain kesihatan keluarga win, win terima rezeki extra sepanjang bulan mac dan akan melarat ke bulan April. Alhamdulillah ya Allah.. syukur.

Rezeki extra win ada kaitan dengan kerja. Firstly tak perlu berulang KL-Putrajaya dah, manage to save a few hundreds solely on this ground.. tentang berulang kan..bila fikir balik, every month win spent RM350.. win berulang dah lebih 3 tahun.. sum up everything = RM 350 x 36 bulan
= minimum RM12600 telah ditabur ke jalan (dan of course ditabur ke Petronas).. n now, I am happily posted here, 8km away from home, bebas dari traffic jam, ada parking sendiri, gerak pukul 8.20 pagi2 pun smpat sampai on time..RM25 minyak berbaki every week..alhamdulillah..
Secondly.. dpt surat naik pangkat..yey yey.. ALHAMDULILLAH. effective mid April. Alhamdulillah syukur..

Win nak sambung berdoa supaya terus-terus dikurniakan rezeki yang murah dan semoga diberi kesihatan untuk semua ahli keluarga win. Amin..!

till then.... win akan write fasal tempat kerja baru on next post ye.

Awin H

Friday, February 28, 2014

City Times Hotel di Kuantan - Review


Bila nak pergi Mahkamah Kuantan di Indera Mahkota, Kuantan, ada 2 hotel yang terhampir, either City Times Hotel or Sri Manja. Mungkin ada yang lain, tapi win tak explore pun.
Win pilih City Times Hotel. Sebab the first time win nk dtg Kuantan, City Times penuh, sedangkan Sri Manja banyak kosong. So bila nak pergi at a later date, win call City Times, kosong, terus win book.

I think I've made a mistake.. haha.

Hotel nya plain, simple dan bosan. Untuk leisure memang tak patutlah duduk sini, lagipun cherating sangat dekat dah. Untuk kerja boleh lah sekadar utk tidur je kan.

Channel TV yang ada TV1, TV2, TV3, NTV7 dan Al Hijrah. Like, seriously. Memanglah nak tidur je, tapi utk rate RM120/night, dan scary nak keluar mlm2, at least kita nak tgk tv lah kan. Ingatkan tahun 2014 dah takde hotel yang offer channel TV1, TV2, TV3, NTV7 je. Rupanya ada.

Bilik air paling simple, mcm bilik air dkt rumah. Shower ada air panas, tapi dah on lama, baru air nak panas.. lambat lah jgk, win dah sudah cuci muka, gosok gigi, tgk tv jap, masuk bilik air balik, tgk tv jap, baru air shower panas, at first i didn't think there was hot shower pun! tp pressure air kuat la..at least.. Air sink pun halus, pressure kuat, tp halus.

Tilam keras. Tp cadar bersih. Aircond tak berapa sejuk. TV flat lah.. nasib baik bukan tv kembung lagi..hahaha.. view? astaka yang aneh. Takde view, senang cerita, tapi boleh nampak kubah mahkamah kuantan dari hotel ni. Oh ye,. bilik ni gelap. lampu tak ckup.. kalau siang, bukak langsir terang lah.

Oh ye,. takde lift, jalan nak ke tangga bilik agak menakutkan.. masuk terowong2 sikit, ala terowong sesat gitu, pastu ada tangga. Kat tangga ada tingkap.. takut nk tgk kt luar kalau malam.!!.. n naiklah ke tingkat kau sndiri.. paling tinggi tingkat 4.. pastu koridor yang nak pergi bilik pun mcm seram. Mungkin sbb win penakut n kena tidur sorg!! haha

Staff is friendly, tapi blur,. semua dia taktau, dia penjaga kaunter, win tanya nak makan kt restoran berapa harga.. "RM25, eh rm23 rasanye,. nanti akak boleh tanya kt kaunter restoran.." erkk.. itu jwpn dia. dah la pnggil kita akak. n tak presentable, no uniform, no make up, pakai tudung, rambut keluar2..seriously, kot ye pun hotel 3 bintang kan..

Ada steamboat dinner. Tapi win tak pergi, jadi tak boleh kasi review.

Kesimpulannya, hotel ni oke utk tidur, kena makan dulu kt luar siap2 baru balik hotel. Bawak internet sendiri, sebab rasanya takde wifi pun (tak sure), bawak laptop tgk movie ke sbb tv channel tak boleh harap.
Win will definitely tak dtg lagi ke hotel ni, mungkin Srimanja lebih bagus.. Tapi mana nak tau kan??

Oke bye.


Awin H


Tuesday, February 25, 2014

Yahoo! mail GILA

What's up with yahoo mail ye lately?? Took too long to open my inbox, let alone downloading photos. Ke win sorg je yang gini?
Looks like I have to change my primary email from Yahoo Mail to Gmail..

Kompleks Mahkamah Kuantan - Takkan dijumpai dalam Google Maps!

Win kan ada dua kali dalam bulan Februari yang win kena pergi Mahkamah Kuantan. Yang pertama kali tu, one day before nak pergi, win pun cari dekat google maps utk set kan siap-siap GPS dalam phone, supaya tak tersesat. Win google "mahkamah kuantan" n then apa yang keluar di google maps adalah:


Mahkamah terletak di Jalan Masjid, berhampiran dengan masjid besar dan hotel terdekat adalah Shahzan Inn. Oke, tapi sebenarnya, MAP INI SUDAH OUTDATED.

Mahkamah ini dah jadi mahkamah syariah (so i was told, tak sure sahih ke tak yang mahkamah ni dah jadi mahkamah syariah.. Tapi ini CONFIRM bukan mahkamah sivil/jenayah yang win cari)

Kenapa tau? Sebab, mahkamah kuantan telah pindah ke Kompleks Mahkamah Kuantan di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Bangunan gah berkubah, lebih kurang mcm Kompleks Mahkamah KL style kubah-kubahnya. Dekat dengan Airport Kuantan.

So, win carilah dalam google maps, memang tak jumpa. Serious.!!!! Geram betul.

Setelah win pergi dua kali lah ke Kompleks Mahkamah Kuantan yang baru ni, mari win tunjukkan di mana letaknya Kompleks Mahkamah Kuantan yang baru, agar kamu semua tidak tersilap...oke?

Mula-mula search "Indera Mahkota, Kuantan" dekat google map, lepas tu, cari pangkah yang win calitkan dalam peta di bawah.


Atau nak senangkan lagi cerita, pergilah ke airport kuantan, nampak je signboard masuk kiri ke airport, kau janganlah masuk kiri.. tp terus lagi sampai nampak bangunan berkubah yang gah.. Besar, takkan terlepas. Opposite Stadium dan Terminal bas yang baru dekat Bandar Indera Mahkota tu, Oke?

Nak kasi lagi senang, gambar di bawah adalah map yang win tanda dari City Times Hotel ke Mahkamah.
A = City Times Hotel
B = Mahkamah Kuantan


City Times Hotel ni kalau kita cari di google maps ada.. So senanglah.

Win takde pun nak pergi lagi tempat ni, just saja je nak explain, mungkin ada yang akan dpt benefit daripada post win ni, alhamdulillah.. comprande??

Oke bye.!

Awin H

Wednesday, February 19, 2014

Swimming Pool Awam di Presint 6 Putrajaya

Win sangat suka swimming pool. Jadi hari sabtu lepas win heret wan dan bawa naurah pergi public swimming pool yang paling hampir dengan rumah kami, iaitu di Presint 6 Putrajaya.

Lokasi? Lokasinya betul-betul di tepi tasik, berdekatan dengan Hotel Pullman dan PICC. Kalau tengok maps google satellite tu nampak swimming pool dekat area situ.

Fee? Fee masuk yang kami bayar hanyalah RM4 untuk wan dan win, maknanya RM2 seorang. Naurah free. Fee itu adalah untuk satu sesi, satu sesi adalah selama 2 jam sahaja. Kami pergi sesi 5 hingga 7 petang.

Kolamnya?

Swimming pool nya besar lebih kurang mcm swimming pool di UiTM Shah Alam, macam standard olimpik size. Kolam dewasa tu, yang tempat paling dalam mencapai 2 meter dalam dan tempat tercetek 1.2 meter sahaja. Ramai juga parents yang bawa anak kecil masuk swimming ke kolam dewasa. Mengganggu orang yang nak buat lap juga. Tapi kami pun sama bawa Naurah ke kolam dewasa. Sebab? Kolam budak sangat pack.

Kolam untuk budak-budak pula ada dua, satu budak-budak yang betul kecil. Parasnya rendah daripada paras lutut orang dewasa yang tingginya normal tak rendah. Satu lagi kolam untuk budak besar sikit. Di kawasan tangga sampai peha win dalamnya, di hujung kolam sedalam 1.2 meter. Jadi kalau ada budak kecil nak masuk kolam budak besar ni kena jagalah sebab mereka boleh tenggelam.

Kolam terbuka ya. Tak berbumbung. Kalau mandi tengahari, hitam! haha.

Pakaian? tegas, pakaian renang sahaja. Ada pakcik pakai shorts biasa, kena wisel dengan jaga kolam tu. Dia diminta keluar. Sekejap lepastu, pakcik tu masuk balik selepas dah tukar seluar mandi.

Life guard? I saw none!. Ada kerusi life guard. Tapi diletakkan di hujung tepi kawasan kolam. Tapi tak nampak pun life guardnya. Mungkin ada, tapi pergi berjalan-jalan ke tak taulah. Tapi sepanjang masa win di sana, win tak nampak pun siapa-siapa yang macam life guard. Jadi, parents yang bawa anak kecil ke kolam dewasa, sendiri mau ingat.

Food? ada gerai waffle kat luar tu, tapi ramai org berkerumun sebab lepas swimming kan lapar. Ada jugak kedai jual barang-barang swimming kat luar tu. Tak mahal sangat harganya.

Toilet? Bersih dan lengkap.

Tempat salin baju? best. Bila masuk dalam ni, ada banyak cubicle. Dalam setiap cubicle ada tempat duduk supaya senang nak salin baju. Ada side shower juga. Selesa, besar dan bersih.

Locker? ada. dalam tempat salin baju tu. Tapi terbuka dan nampak macam tidak digunakan. win tak nampak pun kunci ke apa. Mungkin ada lah kot. Ramai org, letakkan barang di tepi tepi kolam tu je. Tempat yang boleh dilihat dari jauh dan sempat lah nak kejar kalau ada org nak curi barang ke apa.
(Update: Win baru pergi pada selasa lepas (2 Disember 2014) dan mendapati semua locker telah dikunci, tak boleh bukak lagi, so i assume, kena mintak (or bayar) untuk dpt kan kunci from kaunter)

Parking? banyak. Jangan risau.

View? tasik! cantik. Tapi berangin jugak petang-petang.

Kesimpulan? Wan dan win akan pergi lagi. Sebab win dah menggemok. Nak exercise. See you there!


awin hashim

Thursday, February 6, 2014

CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT (ALTHOUGH WHEN THEY ARE NOT)

Win baru terbaca reply penjual tudung mahal tp cantik cantik dan terkenal yg ada branch dekat area wangsa maju (hereinafter referred to as PT) kepada customer dia dengan agak kasar just because customer dia sama kan produk dia dengan produk pasar malam..

I shall not post the printscreen of IG of PT here, tp win just nak komen sikit lah.. hehehe

well, customer can be pain in your asses people, tapi jgn kasar dgn mereka. I am a seller sometimes, pernah dpt teguran juga. Memang SNAP marah meluap.. tapi seller yg berjaya adalah seller yg guna slogan CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT and walk the talk.

Dalam cerita PT ni, ada satu pembeli dia ckp mahal sgt tudung PT ni, sedangkan dia ada terjumpa yg sama dkt pasar malam sebijik jibik sama tapi harga kat pasar mlm baru RM10 je.. Pastu PT ni boleh melatah marah marah (tak smpai tahap maki hamun, tahap maki sampai kot) n ckp jgn nak sama kan tudung dia dgn tudung pasar mlm,.kain dia beli nk buat tudung pun lebih mhl dpd harga pasar malam, bukan setakat RM10/meter.. lebih kurang mcm tu dia marah customer yg bagi komen.

Helo PT, oleh sebab jasa si customer, u now know that ur products have been copied by anonymous out there and dia jual murah.. rugi la kau kan?? Taking the customer's complaint in a positive mood, this is a wake up call for u.. ADA ORG TIRU KAU KT LUAR SANA.. kau dah patent kan tudung kau? like Fareeda did? kalau dah, apa lagi.. ambil tindakan!! It's your design!! kan? come on PT... take action.. yg kau maki customer tu apsal?? win sndiri dah pernah jumpa tudung mcm yang PT jual memang sama sebijik sama, ada kt pasar mlm.. nasib baik jual gantung2 tau.. tak jual longgok.. I don't think customer tu nak sama kan tudung kau dan tudung pasar mlm.. dia nk tudung kau dijual murah sikit.. dia kata dia student, memang budget sikit nak beli tudung..

Logik utk PT rasa berang dan mengamuk.. Tapi pegi la cool down dulu.. BERTENANG,, n then reply to that customer.. seburuk2 komen pun PT patut bertenang n then reply. serious,,. kalau customer nak adu privately or publicly pun, kan hak dia.. cara PT nak jwb tu kalau tenang, dan berjaya jwb dgn berhemah sekali, lagi ramai customer akan dtg sbb PT pandai PR tau.. yang hang pi melatah awat? kan? cer fikir..cer imagine.

I hope PT has learnt her lesson utk bertenang sebelum menjawab komen kasar customer.. Customer tu pun ckp benda betul.. PT patut gi usha pasar mlm sikit.. kalau ada peniru, ambil tindakan.. (itupun kalau dah patent kan design tudung lah)..

Oke PT? I love your tudung design, serious.. moden, simple and classy.. Org yg liat pakai tudung pun, bila nmpak tudung PT kt online, terbukak hati nk bertudung dek kerana fesyen (tak kesahlah, asal tutup aurat).. Tahniah PT,, dah berjaya.. tapi jgn lupa diri ya.. jgn bongkak.. be humble and mungkin dengan izin Allah, rezeki awk makin murah kan? mana tau? dah la jual tudung, kan? i look forward to see you respond to rude customer soon.. hehehe

*i never bought tudung PT pun selama ni.. maybe soon.. tapi bila baca cara PT jwb aduan customer dia.. win rasa takut nak beli dari PT ni..
bukan sebab comment customer dia atau sebab kt pasar mlm ada yg murah.. tapi sebab cara PT jwb customer dia.. cara PT tu is scary and weird and drive customer away.. hmm.. think about it.. :-)

INI OPINION SAYA.


awin hashim

Aduan ke Pos Malaysia - REPLIED BUT LEWAT

Win buat aduan ke Pos Malaysia pada 23 Januari. Tunggu punya tunggu punya tunggu pada 5 Februari dia reply. Tapi reply dia sgt berhemah (unlike sugarscarf*) walaupun emel win marah-marah (sikit je)..

Nak tgk? Oke, win copy paste kat bwh eh:

Emel win 23 Jan:


Assalammualaikum/Selamat Sejahtera,
Saya sepatutnya menerima bungkusan poslaju. Bungkusan poslaju tersebut dialamatkan ke alamat ibu bapa saya di Lot 952, No. 13612, Lorong Jambu 2, Kampung Seri Delima 52000 Kuala Lumpur.
Saya dapati bahawa pada 18 Januari bapa saya menerima notis pemberitahuan yang menyatakan bahawa posmen telah cuba menghantar bungkusan tetapi tidak berjaya kerana tiada orang di rumah.
Adalah dimaklumkan bahawa ibu bapa saya ada di rumah sepanjang hari pada 18 Januari tersebut. Mereka menyatakan bahawa ada posmen datang lebih kurang jam 11 pagi tetapi tidak membunyikan hon langsung. Selalunya jika posmen tidak membunyikan hon, mereka hanya menghantar surat biasa shj. Jadi, ibu bapa saya tidak keluar untuk bertemu posmen tersebut. Posmen terus jalan selepas memasukkan surat dalam peti surat.
Kemudian, bapa saya mengambil surat-surat dan mendapati bahawa terdapat notis pemberitahuan.
Saya amat kesal perkara begini berlaku. Jika memang tiada orang di rumah, tidak mengapalah.
Amat senanglah kerja posmen kalau poslaju dia hantar notis sahaja?? Sedangkan pelanggan bayar untuk khidmat pos laju. Kebiasaannya kan posmen dtg dgn van atau motor, bunyikan loceng, hon kan motor dan sebagainya terlebih dahulu. Kalau dah pasti tiada orang di rumah, barulah dia boleh tinggalkan notis. Tapi kali ni senang sahaja kerja dia. Dtg utk hantar notis terus????
Saya mohon Pos Malaysia mengambil tindakan terhadap perkara ini. Sekiranya tidak, saya akan cuba untuk membuat aduan di pihak yang menjaga kebajikan pengguna kerana saya yakin perkara seperti ini boleh diselesaikan.
Berikut saya kepilkan gambar print screen butir-butir bungkusan saya yang setakat tarikh hari ini, masih belum saya ambil kerana kekangan masa dan kelecehan yang akan timbul kerana terpaksa mencari pusat pengumpulan pos laju di Kepong.
Sekian, terima kasih.

 Pos reply 5 Feb:

Salam sejahtera,

Terima kasih atas e-mel yang diterima pada 23.1.2014.

Terlebih dahulu, saya bagi pihak Pos Malaysia Berhad mengucapkan terima kasih dan amat menghargai  teguran membina dari pihak tuan kerana kami sentiasa berusaha memajukan syarikat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan kami. Kami juga berasa amat duka cita di atas kesulitan yang dihadapi.  Pos Malaysia memandang serius akan maklum balas tuan.
Harap maklum bahawa item tersebut sedang dalam agihan pada hari ini 5.2.2014- Rabu.
Waktu penghantaran adalah  8.30am – 5.30pm.
Detail result for Parcel No : EF2017XXXX0MY
Date
Time
Process
Office
05-Feb-2014
08:54:59
Courier is attempting delivery


Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Pos Malaysia Berhad, pihak pelanggan boleh menghubungi talian PosLine 1 300 300 300 or 0327279100 dari 8:30 am hingga 8.00 pm setiap Isnin hingga Jumaat dan 8:30 am hingga 5:00 pm pada hari Sabtu (kecuali Sabtu pertama setiap bulan dan Cuti Umum) atau e-mel ke care@pos.com.my
 Sekian, terima kasih.
 Yang benar,
    bagi pihak POS MALAYSIA BERHAD 

Pada hari yang sama, sebelum menerima emel reply ini, ada org call win tanya mcm mana dengan bungkusan yang masih win tak dtg collect (kena collect within 14days after dpt notis). Win minta ia dihantar semula.
Then terima emel from pos, lepastu, bungkusan pun sampai pada hari yang sama.

Alhamdulillah..

Pos Malaysia, mungkin anda tiada saingan sangat (ada, tapi tak tergugat).. Tapi jgn lupa, kalau sentiasa buat cmni mungkin satu hari nanti kena boikot ke? Kan? Think about it. Kalau servis tak bagus sebab kesilapan setitis nila, jangan lah pula tak layan atau lewat layan customer di customer care anda. :-)
awin hashim