Nak tgk? Oke, win copy paste kat bwh eh:
Emel win 23 Jan:
Assalammualaikum/Selamat
Sejahtera,
Saya sepatutnya menerima bungkusan
poslaju. Bungkusan poslaju tersebut dialamatkan ke alamat ibu bapa saya di Lot
952, No. 13612, Lorong Jambu 2, Kampung Seri Delima 52000 Kuala Lumpur.
Saya dapati bahawa pada 18 Januari
bapa saya menerima notis pemberitahuan yang menyatakan bahawa posmen telah cuba
menghantar bungkusan tetapi tidak berjaya kerana tiada orang di rumah.
Adalah dimaklumkan bahawa ibu bapa
saya ada di rumah sepanjang hari pada 18 Januari tersebut. Mereka
menyatakan bahawa ada posmen datang lebih kurang jam 11 pagi tetapi tidak
membunyikan hon langsung. Selalunya jika posmen tidak membunyikan hon, mereka
hanya menghantar surat biasa shj. Jadi, ibu bapa saya tidak keluar untuk
bertemu posmen tersebut. Posmen terus jalan selepas memasukkan surat dalam peti
surat.
Kemudian, bapa saya mengambil
surat-surat dan mendapati bahawa terdapat notis pemberitahuan.
Saya amat kesal perkara begini
berlaku. Jika memang tiada orang di rumah, tidak mengapalah.
Amat senanglah kerja posmen kalau
poslaju dia hantar notis sahaja?? Sedangkan pelanggan bayar untuk khidmat pos
laju. Kebiasaannya kan posmen dtg dgn van atau motor, bunyikan loceng, hon kan
motor dan sebagainya terlebih dahulu. Kalau dah pasti tiada orang di rumah,
barulah dia boleh tinggalkan notis. Tapi kali ni senang sahaja kerja dia. Dtg
utk hantar notis terus????
Saya mohon Pos Malaysia mengambil
tindakan terhadap perkara ini. Sekiranya tidak, saya akan cuba untuk membuat
aduan di pihak yang menjaga kebajikan pengguna kerana saya yakin perkara
seperti ini boleh diselesaikan.
Berikut saya kepilkan gambar print
screen butir-butir bungkusan saya yang setakat tarikh hari ini, masih belum
saya ambil kerana kekangan masa dan kelecehan yang akan timbul kerana terpaksa
mencari pusat pengumpulan pos laju di Kepong.
Sekian, terima kasih.
Pos reply 5 Feb:
Salam
sejahtera,
Terima
kasih atas e-mel yang diterima pada 23.1.2014.
Terlebih
dahulu, saya bagi pihak Pos Malaysia Berhad mengucapkan terima kasih dan amat
menghargai teguran membina dari pihak tuan kerana kami sentiasa berusaha
memajukan syarikat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan
kami. Kami juga berasa amat duka cita di atas kesulitan yang dihadapi.
Pos Malaysia memandang serius akan maklum balas tuan.
Harap maklum bahawa item tersebut sedang dalam agihan
pada hari ini 5.2.2014- Rabu.
Waktu penghantaran adalah 8.30am – 5.30pm.
Detail result for Parcel No :
EF2017XXXX0MY
Date
|
Time
|
Process
|
Office
|
05-Feb-2014
|
08:54:59
|
Courier
is attempting delivery
|
Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai
produk dan perkhidmatan Pos Malaysia Berhad, pihak pelanggan boleh menghubungi talian PosLine 1 300 300
300 or 0327279100 dari 8:30 am hingga 8.00 pm setiap Isnin hingga Jumaat dan
8:30 am hingga 5:00 pm pada hari Sabtu (kecuali Sabtu pertama setiap bulan dan
Cuti Umum) atau e-mel ke care@pos.com.my
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
bagi pihak POS MALAYSIA BERHAD
Pada hari yang sama, sebelum menerima emel reply ini, ada org call win tanya mcm mana dengan bungkusan yang masih win tak dtg collect (kena collect within 14days after dpt notis). Win minta ia dihantar semula.
Then terima emel from pos, lepastu, bungkusan pun sampai pada hari yang sama.
Alhamdulillah..
Pos Malaysia, mungkin anda tiada saingan sangat (ada, tapi tak tergugat).. Tapi jgn lupa, kalau sentiasa buat cmni mungkin satu hari nanti kena boikot ke? Kan? Think about it. Kalau servis tak bagus sebab kesilapan setitis nila, jangan lah pula tak layan atau lewat layan customer di customer care anda. :-)
awin hashim
No comments:
Post a Comment