Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, February 19, 2014

Swimming Pool Awam di Presint 6 Putrajaya

Win sangat suka swimming pool. Jadi hari sabtu lepas win heret wan dan bawa naurah pergi public swimming pool yang paling hampir dengan rumah kami, iaitu di Presint 6 Putrajaya.

Lokasi? Lokasinya betul-betul di tepi tasik, berdekatan dengan Hotel Pullman dan PICC. Kalau tengok maps google satellite tu nampak swimming pool dekat area situ.

Fee? Fee masuk yang kami bayar hanyalah RM4 untuk wan dan win, maknanya RM2 seorang. Naurah free. Fee itu adalah untuk satu sesi, satu sesi adalah selama 2 jam sahaja. Kami pergi sesi 5 hingga 7 petang.

Kolamnya?

Swimming pool nya besar lebih kurang mcm swimming pool di UiTM Shah Alam, macam standard olimpik size. Kolam dewasa tu, yang tempat paling dalam mencapai 2 meter dalam dan tempat tercetek 1.2 meter sahaja. Ramai juga parents yang bawa anak kecil masuk swimming ke kolam dewasa. Mengganggu orang yang nak buat lap juga. Tapi kami pun sama bawa Naurah ke kolam dewasa. Sebab? Kolam budak sangat pack.

Kolam untuk budak-budak pula ada dua, satu budak-budak yang betul kecil. Parasnya rendah daripada paras lutut orang dewasa yang tingginya normal tak rendah. Satu lagi kolam untuk budak besar sikit. Di kawasan tangga sampai peha win dalamnya, di hujung kolam sedalam 1.2 meter. Jadi kalau ada budak kecil nak masuk kolam budak besar ni kena jagalah sebab mereka boleh tenggelam.

Kolam terbuka ya. Tak berbumbung. Kalau mandi tengahari, hitam! haha.

Pakaian? tegas, pakaian renang sahaja. Ada pakcik pakai shorts biasa, kena wisel dengan jaga kolam tu. Dia diminta keluar. Sekejap lepastu, pakcik tu masuk balik selepas dah tukar seluar mandi.

Life guard? I saw none!. Ada kerusi life guard. Tapi diletakkan di hujung tepi kawasan kolam. Tapi tak nampak pun life guardnya. Mungkin ada, tapi pergi berjalan-jalan ke tak taulah. Tapi sepanjang masa win di sana, win tak nampak pun siapa-siapa yang macam life guard. Jadi, parents yang bawa anak kecil ke kolam dewasa, sendiri mau ingat.

Food? ada gerai waffle kat luar tu, tapi ramai org berkerumun sebab lepas swimming kan lapar. Ada jugak kedai jual barang-barang swimming kat luar tu. Tak mahal sangat harganya.

Toilet? Bersih dan lengkap.

Tempat salin baju? best. Bila masuk dalam ni, ada banyak cubicle. Dalam setiap cubicle ada tempat duduk supaya senang nak salin baju. Ada side shower juga. Selesa, besar dan bersih.

Locker? ada. dalam tempat salin baju tu. Tapi terbuka dan nampak macam tidak digunakan. win tak nampak pun kunci ke apa. Mungkin ada lah kot. Ramai org, letakkan barang di tepi tepi kolam tu je. Tempat yang boleh dilihat dari jauh dan sempat lah nak kejar kalau ada org nak curi barang ke apa.
(Update: Win baru pergi pada selasa lepas (2 Disember 2014) dan mendapati semua locker telah dikunci, tak boleh bukak lagi, so i assume, kena mintak (or bayar) untuk dpt kan kunci from kaunter)

Parking? banyak. Jangan risau.

View? tasik! cantik. Tapi berangin jugak petang-petang.

Kesimpulan? Wan dan win akan pergi lagi. Sebab win dah menggemok. Nak exercise. See you there!


awin hashim

Thursday, February 6, 2014

CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT (ALTHOUGH WHEN THEY ARE NOT)

Win baru terbaca reply penjual tudung mahal tp cantik cantik dan terkenal yg ada branch dekat area wangsa maju (hereinafter referred to as PT) kepada customer dia dengan agak kasar just because customer dia sama kan produk dia dengan produk pasar malam..

I shall not post the printscreen of IG of PT here, tp win just nak komen sikit lah.. hehehe

well, customer can be pain in your asses people, tapi jgn kasar dgn mereka. I am a seller sometimes, pernah dpt teguran juga. Memang SNAP marah meluap.. tapi seller yg berjaya adalah seller yg guna slogan CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT and walk the talk.

Dalam cerita PT ni, ada satu pembeli dia ckp mahal sgt tudung PT ni, sedangkan dia ada terjumpa yg sama dkt pasar malam sebijik jibik sama tapi harga kat pasar mlm baru RM10 je.. Pastu PT ni boleh melatah marah marah (tak smpai tahap maki hamun, tahap maki sampai kot) n ckp jgn nak sama kan tudung dia dgn tudung pasar mlm,.kain dia beli nk buat tudung pun lebih mhl dpd harga pasar malam, bukan setakat RM10/meter.. lebih kurang mcm tu dia marah customer yg bagi komen.

Helo PT, oleh sebab jasa si customer, u now know that ur products have been copied by anonymous out there and dia jual murah.. rugi la kau kan?? Taking the customer's complaint in a positive mood, this is a wake up call for u.. ADA ORG TIRU KAU KT LUAR SANA.. kau dah patent kan tudung kau? like Fareeda did? kalau dah, apa lagi.. ambil tindakan!! It's your design!! kan? come on PT... take action.. yg kau maki customer tu apsal?? win sndiri dah pernah jumpa tudung mcm yang PT jual memang sama sebijik sama, ada kt pasar mlm.. nasib baik jual gantung2 tau.. tak jual longgok.. I don't think customer tu nak sama kan tudung kau dan tudung pasar mlm.. dia nk tudung kau dijual murah sikit.. dia kata dia student, memang budget sikit nak beli tudung..

Logik utk PT rasa berang dan mengamuk.. Tapi pegi la cool down dulu.. BERTENANG,, n then reply to that customer.. seburuk2 komen pun PT patut bertenang n then reply. serious,,. kalau customer nak adu privately or publicly pun, kan hak dia.. cara PT nak jwb tu kalau tenang, dan berjaya jwb dgn berhemah sekali, lagi ramai customer akan dtg sbb PT pandai PR tau.. yang hang pi melatah awat? kan? cer fikir..cer imagine.

I hope PT has learnt her lesson utk bertenang sebelum menjawab komen kasar customer.. Customer tu pun ckp benda betul.. PT patut gi usha pasar mlm sikit.. kalau ada peniru, ambil tindakan.. (itupun kalau dah patent kan design tudung lah)..

Oke PT? I love your tudung design, serious.. moden, simple and classy.. Org yg liat pakai tudung pun, bila nmpak tudung PT kt online, terbukak hati nk bertudung dek kerana fesyen (tak kesahlah, asal tutup aurat).. Tahniah PT,, dah berjaya.. tapi jgn lupa diri ya.. jgn bongkak.. be humble and mungkin dengan izin Allah, rezeki awk makin murah kan? mana tau? dah la jual tudung, kan? i look forward to see you respond to rude customer soon.. hehehe

*i never bought tudung PT pun selama ni.. maybe soon.. tapi bila baca cara PT jwb aduan customer dia.. win rasa takut nak beli dari PT ni..
bukan sebab comment customer dia atau sebab kt pasar mlm ada yg murah.. tapi sebab cara PT jwb customer dia.. cara PT tu is scary and weird and drive customer away.. hmm.. think about it.. :-)

INI OPINION SAYA.


awin hashim

Aduan ke Pos Malaysia - REPLIED BUT LEWAT

Win buat aduan ke Pos Malaysia pada 23 Januari. Tunggu punya tunggu punya tunggu pada 5 Februari dia reply. Tapi reply dia sgt berhemah (unlike sugarscarf*) walaupun emel win marah-marah (sikit je)..

Nak tgk? Oke, win copy paste kat bwh eh:

Emel win 23 Jan:


Assalammualaikum/Selamat Sejahtera,
Saya sepatutnya menerima bungkusan poslaju. Bungkusan poslaju tersebut dialamatkan ke alamat ibu bapa saya di Lot 952, No. 13612, Lorong Jambu 2, Kampung Seri Delima 52000 Kuala Lumpur.
Saya dapati bahawa pada 18 Januari bapa saya menerima notis pemberitahuan yang menyatakan bahawa posmen telah cuba menghantar bungkusan tetapi tidak berjaya kerana tiada orang di rumah.
Adalah dimaklumkan bahawa ibu bapa saya ada di rumah sepanjang hari pada 18 Januari tersebut. Mereka menyatakan bahawa ada posmen datang lebih kurang jam 11 pagi tetapi tidak membunyikan hon langsung. Selalunya jika posmen tidak membunyikan hon, mereka hanya menghantar surat biasa shj. Jadi, ibu bapa saya tidak keluar untuk bertemu posmen tersebut. Posmen terus jalan selepas memasukkan surat dalam peti surat.
Kemudian, bapa saya mengambil surat-surat dan mendapati bahawa terdapat notis pemberitahuan.
Saya amat kesal perkara begini berlaku. Jika memang tiada orang di rumah, tidak mengapalah.
Amat senanglah kerja posmen kalau poslaju dia hantar notis sahaja?? Sedangkan pelanggan bayar untuk khidmat pos laju. Kebiasaannya kan posmen dtg dgn van atau motor, bunyikan loceng, hon kan motor dan sebagainya terlebih dahulu. Kalau dah pasti tiada orang di rumah, barulah dia boleh tinggalkan notis. Tapi kali ni senang sahaja kerja dia. Dtg utk hantar notis terus????
Saya mohon Pos Malaysia mengambil tindakan terhadap perkara ini. Sekiranya tidak, saya akan cuba untuk membuat aduan di pihak yang menjaga kebajikan pengguna kerana saya yakin perkara seperti ini boleh diselesaikan.
Berikut saya kepilkan gambar print screen butir-butir bungkusan saya yang setakat tarikh hari ini, masih belum saya ambil kerana kekangan masa dan kelecehan yang akan timbul kerana terpaksa mencari pusat pengumpulan pos laju di Kepong.
Sekian, terima kasih.

 Pos reply 5 Feb:

Salam sejahtera,

Terima kasih atas e-mel yang diterima pada 23.1.2014.

Terlebih dahulu, saya bagi pihak Pos Malaysia Berhad mengucapkan terima kasih dan amat menghargai  teguran membina dari pihak tuan kerana kami sentiasa berusaha memajukan syarikat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan kami. Kami juga berasa amat duka cita di atas kesulitan yang dihadapi.  Pos Malaysia memandang serius akan maklum balas tuan.
Harap maklum bahawa item tersebut sedang dalam agihan pada hari ini 5.2.2014- Rabu.
Waktu penghantaran adalah  8.30am – 5.30pm.
Detail result for Parcel No : EF2017XXXX0MY
Date
Time
Process
Office
05-Feb-2014
08:54:59
Courier is attempting delivery


Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Pos Malaysia Berhad, pihak pelanggan boleh menghubungi talian PosLine 1 300 300 300 or 0327279100 dari 8:30 am hingga 8.00 pm setiap Isnin hingga Jumaat dan 8:30 am hingga 5:00 pm pada hari Sabtu (kecuali Sabtu pertama setiap bulan dan Cuti Umum) atau e-mel ke care@pos.com.my
 Sekian, terima kasih.
 Yang benar,
    bagi pihak POS MALAYSIA BERHAD 

Pada hari yang sama, sebelum menerima emel reply ini, ada org call win tanya mcm mana dengan bungkusan yang masih win tak dtg collect (kena collect within 14days after dpt notis). Win minta ia dihantar semula.
Then terima emel from pos, lepastu, bungkusan pun sampai pada hari yang sama.

Alhamdulillah..

Pos Malaysia, mungkin anda tiada saingan sangat (ada, tapi tak tergugat).. Tapi jgn lupa, kalau sentiasa buat cmni mungkin satu hari nanti kena boikot ke? Kan? Think about it. Kalau servis tak bagus sebab kesilapan setitis nila, jangan lah pula tak layan atau lewat layan customer di customer care anda. :-)
awin hashim

Thursday, January 23, 2014

Sejuk kan sekarang?

KL and Putrajaya win berulang gi kerja hari hari pukul 6.40pagi dah keluar rumah. Tak hujan dah berapa hari dah, tapi sejuk. Pagi tadi singgah isi minyak, sejuk gila pagi tadi dlm kol 7... Tapi pagi memang sejuk lah. Tengahari panas pun, tapi bila ada angin tiup, sejuk..bukan sejuk angin tapi sejuk yg chill yg mcm sejuk pagi subuh tu di tengahari. Mcm cameron highland/kundasang.. bila kita kena matahari, kita rasa bahang matahari tu. Tapi bila angin tiup, rasa sejuk mcm sejuk gunung pulak. Dah kenapa kau ni KL? dan Putrajaya?
*insaf*
Is it just me or it really is happening??