Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Tuesday, September 17, 2013

Naurah dan tasik.

Naurah dah pandai lari..(yey!!) so, di rumah, habis ke semua tempat dia berlari. Lari laju laju, langgar dinding pun ada. Kadang-kadang kuat gila. Dia pun dah berkehendak sekarang, kata org putih atau org putih wannabe (opps) "tantrum"..kata org melayu mcm win ni, buat perangai. Tapi naurah buat perangai pun masih boleh dikawal la. She just loves to scream, perempuan sangat..

So kadang-kadang nampak sangat dia boring especially bila daddy bukak pintu, dia cepat-cepat nak ikut keluar. Kalau mummy pakai tudung, cepat-cepat dia pegang tangan mummy, excited sgt dan takut kena tinggal. (mummy daddy, wannabe sgt kan? aahahaha)

So, di pagi-pagi hujung minggu atau petang selepas balik kerja, win dan wan bawa naurah pergi jln jln ke taman.. Parents banyak yang malas bangun pagi during weekend. Itu bukan malas, itu selfish, selfish kepada anak. Balik kerja penat konon, takde masa nak pergi taman dah. Itu pun selfish jugak. Bukannya hari hari pun. Berkorban la sikit. Oke enough membebel. haha.

Taman paling dekat Taman Tasik PICC tu. Tak la dekat sangat pun, pergi balik 24km jugak! Dan bila naurah dilepaskan berlari, mak aiiii.. seronoknya dia.. dia lari laju sgt,,. seram jgk win sebab kadang-kadang tu, dia lari senget, nampak macam nak jatuh, tapi dia tegap je sebenarnya. Lagi dia seronok kalau ada pulak budak-budak sebaya dia berlari lari jugak. Nanti dia nak ikut berlari, walaupun ketinggalan sebab kakak/abang tu dah 3 tahun ke atas, tapi dia terjerit jerit ketawa. Happy nya win dikurniakan anak sihat. Thanks Allah. Thanks so much,.. win bersyukur.

Balik rumah, naurah kepenatan. Dia makan nasik banyak. Lepastu, sampai time tidur, dia tidur dgn mudah. Tiada masa untuk tantrum lagi sebab dia seronok dapat merasa bebas.

Some parents diorang paranoid. Takut anak jatuh, takut anak lari menuju ke dalam tasik, takut itu dan ini. Anak tu akhirnya jadi penakut dan lambat belajar. Lepastu parents tu tertanya tanya kenapa anak aku lambat itu dan ini. Bukan salah anak awak lah..bukak mata dan fikiran sikit. Bukan win tak takut naurah jatuh, tapi lumrah kalau budak jatuh lutut berdarah sikit. Ada lesson learn jugak di situ, kalau tak hati hati, nanti jatuh, jatuh lutut sakit. Pengajaran kan tu? Yang penting, kita jgn lupa nak perhati dia, ikut dia, kejar dia. Tapi biar dia bebas. Untuk win as parent, win pun excited tgk dia gembira giler..priceless.

Oke, sekian.


awin hashim

No comments:

Post a Comment