Pages

Couple

Daisypath Anniversary tickers

Kahwin

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, December 16, 2015

Apa tu USB OTG?

Win tengah cuti bersalin maka banyak la masa lapang dihabiskan dengan shopping online.. win browse lazada nak cari thumbdrive. Win terbelajar tentang kewujuda usb yang lebih laju iaitu USB 3.0.. sebelum ni org pakai usb 2.0. Kemudian win ternampak lazada buat flash sale untuk sandisk dual USB 3.0. Win tengok gambarnya dia ada usb type A (usb biasa) dan sebelah lagi ada micro usb (charger samsung tu). Aneh.

Tapi win beli jgk la.. sbb 32gb hrga rm45 saje.
Bila baca description dia kata boleh jadi extra storage utk fon dan sng nak transfer gmba ke kmputer nanti. Win kan asik amek gmba je smpai memory penuh. Jd, win beli laa..

2 days later barang smpai. Gini la rupanya. Jakun betul win sbb win kan berpantang mcm duduk dlm gua tak keluar rumah.




So win test la cucuk micro usb ke samsung s4 win. Mmg best sbb boleh trus transfer file2 yg penuh2 tu masuk ke thumbdrive ni. So nanti bila2 win boleh transfer masuk dlm hard disk (via laptop).. save a lot of time. Selalunya kan masa transfer dr fon ke hard disk kena on laptop pulak.. malasnye.. then tiba2 naurah dtg kacau, teralih sikit cable, transfer fail. Adoi sesak btol.

So, dgn usb otg ni, kehidupan s4 win menjadi lebih mudah sikit dpd biasa.

USB OTG stands for..universal serial bus on the go.. the name suits it well kan?

Oke, tu je. Bye.

Awin Hashim


Tuesday, December 1, 2015

Win dan Wan dapat baby baru

Alhamdulillah. Memperkenalkan, Nadrah Amanda...


19 Oktober 2015, 8.26pm
3.6kg, 51cm

Nadrah Amanda means sekeping emas yang disayangi.. aka my precious.

Harini dia da 44hari, mummy's last day of confinement.. so skrg, ada wan, win, naurah dan nadrah.

Awin Hashim

Kisah deep freezer, chest freezer dan si munafik

Bila dah beranak dua, maka win makin terer menyusukan anak, alhamdulillah, terima kasih Allah s.w.t. atas rezeki utk nadrah. Bile dah terer maka stok susu banyak berbanding masa anak pertama haritu. Belum apa2 lg freezer dah mula menunjukkan tanda2 kesesakan. Tambah lagi terdapat 3 ahli keluarga yg rajin makan, maka freezer win selalu penuh dgn barang basah, left overs dan sausages/nuget/burger etc. So, freezer da sesak.

Win pun terfikir nak beli deep freezer. Masa anak pertama dulu, tak terfikir sbb stok susu cukup2 aja dari mula, jd tak timbul keperluan. Bila tanya kwn2, ada yg beli freezer baru dan ada yg suggest second hand.

Jenis2 deep freezer.

Bila win da google sana sini, maka win tau bahawa wujud 2 jenis deep freezer iaitu CHEST FREEZER dan UPRIGHT FREEZER. Chest freezer yg penutupnya atas manakala upright freezer tu penutupnya depan sama spt peti sejuk biasa. So untuk simpan susu badan yg dah diperah (expressed breast milk, EBM), dua2 jenis deep freezer ni sesuai.

Cuma bile nak ambil susu dari dlm freezer nnti, timbul masalah kalau kite beli chest freezer ni, sebab kena keluarkan yg atas dulu then korek yg dlm2. Kan kite nak pakai susu yg da lama dulu, yg baru kemudian kan? So, boleh bayangkan tak? Kalau upright freezer senang nak ambil susu ni sbb dia ada drawer2 dan takde susu yg tenggelam. Fhm ke ni? Kalau tak fhm, sila tgk gmbar ya:

Upright freezer

Chest freezer

Selain pintunya, beza chest dan upright freezer yg paling ketara adalah..HARGANYA. of course upright freezer lebih mhl sbb dia lebih mudah. Kalau chest freezer 100liter lebih kurang rm500, upright freezer 100liter lebih kurang rm900-1000 harganye. Mahal? Memang mahal. Tapi both ada nilai jual balik ya deep freezer ni.

Kisah si munafik.

Bile sebut tentang nilai jual balik, maka win nak cerita kisah si munafik di mudah.my ni.. bukan niat win nak jatuh hukum org ni confirm munafik. Tapi orang yg memungkiri janji is munafik.. sendiri mau ingat la ye..

Nama mamat dlm whatsapp ni izzat stay dkt bandar nusa putra near putrajaya. Kalau ada dia jual apape dlm mudah.my... lari...

Second hand deep freezer.

Maka, coming back.. dkt mudah.my selama 2 minggu win bukak tgk hari2..ada je org nak jual. Kalau org melayu nk jual deep freezer 130liter ke bwh terpakai tu, selalunya dia mmg simpan EBM saje.. tp ada jgk non muslim nak jual.. selalunya non muslim jual lebih murah. Tapi win tak boleh la nak beli dpd mereka, sbb tak pasti kalau mereka pernah simpan daging2 u know what dlm tu..ada chest freezer semurah rm300 atau upright freezer semurah rm500.. tgk la kalau ada rezeki kau orang. Selalunya mereka up iklan harini, harini orang dah beli dah. Laju sungguh..kalau iklan tu smlm, dah jual aje jwpn penjual..

Akibat win telah dimain-mainkan oleh si munafik, maka win serik sikit lah nak beli 2nd hand ni.. so.. win cari yg baru aje terus.. da tentu ianya baru dan tak dela kena main kan. So win keluar rumah pakai stokin (masih dlm pantang masa ni) utk cari deep freezer. Win jumpa dkt tesco 120liter rm628. Ini hrga on sale katanya. Mahal betul. Wan pulak pergi tgk dkt kedai2 letrik dekat dengkil, 100liter rm600++. Mahal. Mahal.

Kisah Lazada.

Win pun cari online. Jumpa di lazada. RM499 free delivery..jenama hisense, 130liter.. ini yang termurah. Tapi win tak pernah beli dkt lazada. Boleh percaya ke? First time nak beli beratus2 pulak tu.. alahai. Jenama hisense pulak tu. Tapi oleh sebab ini je yg murah.. so.. win tawakal n beli je selepas wan bagi green light. Win beli pada hari gaji 25 November 2015, 10.20am cmtu. Freezer smpai 28 November 2015, hari sabtu pukul 11.40am. Dorg pos pakai GDEX. Janji 5-8hari baru sampai, yg sebenarnya 4 hari dah sampai. Alhamdulillah.. inilah chest freezer win.


Cara simpan EBM versi win.

Oleh sebab EBM susah nak organize dalam chest freezer, win terjumpa jgk ada kakak ni tulis dlm blog dia idea dia simpan EBM dlm plastik yg disusun dlm paper bag yg dilubangkan.. thanks kak for the idea.. tp win yg suka simpan susu dlm botol/dadih cup ni.. perlu cari idea sndiri. Skrg win simpan enam botol dlm 1 plastik.. then win susun siap2 yg terbaru di bwh. So time nak ambil nanti win tarik keluar sekali 6 botol la. Of course.. win labelkan setiap botol dan plastik tu sekali.. dalam gmba boleh nampak labelnya. Lepas da susun jadi gini:
Ada 5 plastik. Plastik bwh sekali yg paling baru..yg atas sekali yg paling lama. Dalam bakul tu smntara nak ckupkan 6 botol. Da ckup 6 botol, baru masuk plastik..

Nak tau idea ni berkesan ke tak, kene tgk bile nak hnta nadrah kpd mama dia nanti..mummy kelam kabot ke tak..kalau relax je, maka efektif la cara ni..tggu awal tahun nanti ye..

Oke. Harap2 post ini dapat membantu mummies di luar sana yg tengah survey deep freezer.

Awin Hashim.